You are on page 1of 76

..

wý"
ºý
I"

ý1 "
I

iJiilitiiFTi1 ý
ý..

.ý...
" ii I(11111i ". "

8 00 ". " :' A' 201


. P' " :1 au
'.. " i: "
ýýEGRýT ý-
f

NILAI-NILAI
Tý"! ý`

UI'
CORE
vrºLiu,
ý ,'
I
iEiI411T?
.! '
f
UNIMASSTRATEGYMP2016 -2020
ý"s, -ý 14:01-191PLAMM
\r-ý
t'
.. e.
V-
: M-11 """"""" 0 'ý.

[ý, Tý 77-MM. "..


ý
: 116 , I- "" "" ""
ý
". MIM "" "ýý. ý-
mempertingKaiman ". " .1
penyelidikan

". """
IkA[1 II! ii T7'f " f1 ii iiI) ii
lkvjm ""-"" 14171 -
11
cemerlang
+ oq ""-00 Are-TIPWI
t_
and products
.1. 4 STRATEGICFOCI
kolaboratif
13 COMMITMENTS ". ý
L, ,ý
ýIn"IIlýIL=
24 STRATEGICINITIATIVES
y
I T, """'

Increase enrolment of graduate and Diversify


university revenue
international students Meningkatkan program endowmen ".
/"' ""
"""-"""_

Enhance global branding programmes


kecekapan sumber
"" -"""-
Strengthen sustainable and strategic
"_ ý"_ ._"-
partnerships "ýý "ý-
mbgziLgýý

1'1i1

ýý: ýý'"'"/
. aryru : yrrijl: ui; 1, Dý Mil PUMA
:S r'j: llui-11 '! J'16
Publishedin Malaysiaby
Corporate Planningand CommunicationDivision
UniversitiMalaysiaSarawak
94300 Kota Samarahan
Sarawak,Malaysia.

ý.
ýý

All rights reserved. No part of this book may be reproduced or utilised in any form or by any means,
electronic or mechanical, including photocopying, recording or by any information storage and
retrieval system, without permission in writing from the publisher.
First Printing, 2016. Copyright Universiti Malaysia Sarawak
fý 10 he,-1 tu am si eW;

4: 'ýik+SyýiriýWý

LEE=-
11 ýi ý ,.. , _.
. _ý ...

Lanskap Pembangunan Fizikal

Keterlibatan Industri dan Komuniti

Doa dan Harapan


J auh Jttuharii
lmlý vwrT
lielayar ý!iepag
Dada dý
"ýn.

ýti ý
",, ýý
o"'MuMmul
I
MUTT 7M M
q
.
W-mv
OZUWI '
ýýa
ý ými .u
ý -ýý- .

ý. ýº7
tpn, d.
Imm

DO: rkr. IT Tt4 .*'ýI


-rim- Týý IMN
dan semo
ýý
K_ ýs 14991!
ý%ý_!
ýý,.; ý±ý !'iiýý1Tý
:1
ý =.
TT 0
AA
ý Mir
ä=
.ZM: . -ii

ý_-, ý
A
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

P ada tahun ini, UNIMAS akan menyambut ulang tahun yang


ke-24. Di usia sebegini, UNIMAS telah kukuh bertapak di
Bumi Kenyalang dan terus cekal agar kehadirannya dirasai di
kepulauan Borneo, rantau Asia Tenggara dan persada antarabangsa.

Kita sedar bahawa keadaan sosio-ekonomi, persekitaran dan cabaran-


cabaran yang dihadapi sekarang akan mempengaruhi serta menentukan
tatacara dan amalan yang sesuai untuk dilaksanakan bagi menghadapi
týhurýtýahun -tnendatang. Kita tidak lagi mempunyai kemewahan
sumber yang lazim kita kecapi seperti sebelumnya. Dalam erti kata lain,
perlu bexop,grasi dalam keadaan di mana sumber-sumber
-
; adälahterý. '
.,
!! ' . ý. .-

nalam senario maka perlulah terkini diingatkan bahawa kejayaan

akan hanya dapat dicapai apabila kita mempunyai perancangan yang


rapi,
pelaýsanaan dan kawalan yang berkesan, mempunyai sikap
ý1
°ýt:. 1Týýnggungjawaban tinggi, kreatif, bekerjasama dan berkongsi
,ý. C. .
yang
- ., .ý ýlm -1
lüc, am situasi menang-menang. Dan pada masa yang sama,
kital%JLL. sefiýýriianya mchikukan sebarang kesilapan, kita juga perlu
ýang kita kekuatan
mei6masiýýkanpý rbezaý wujud antara sebagai satu
.
ýÄalaº, kPaAhirkan keunikan
1 --------------ý-- --- --ý-- dan idea-idea baru sebaaai sebuah
upiversiti, mengurangkan segala bentuk pembaziran dan seterusnya

mWcari jalan bagaimana Universiti boleh berprestasi secara "with less,


we deliver more" : Matlamat ini seirama dengan ucapan yang pernah
`: ýY
1t7f. tl 1ý ll ý1 tl ý"T !V" T\
.

Oleh Yang Amat iernormat 1)atuK ratinggi Tan cri DDr


Satem, Ketua Menteri Sarawak, yang juga Pro Canselor
«
ýýýSarawalý
cannot lýýofýlýlhýit
c an,: ýýthýýýýýhohý 1(ýý' nýlýýi ýIýýýýýýrýý
r

.. 10,

., ýýýý
...,.. ` ý

- .: ý,..;-
ýýýýrrýýýýýý
ý---. _ ýýý. - ."
-ý,..

r.
"1 9/ ý

Un1ý
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

M engimbau kejayaan sepanjang tahun 2015, suka untuk saya


menzahirkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
saudara dan saudari, kerana telah banyak menyumbang dan

mengharumkan nama universiti. Sesungguhnya kejayaan-kejayaan


ini bukan sahaja satu catatan pencapaian peribadi malah pencapaian
bersama dan bermakna dalam memartabatkan Universiti ini.

Kejayaan sesebuah organisasi dan seperti UNIMAS khususnya, bukan


hanya sumbangan seseorang inidividu, tetapi merupakan sumbangan
seluruh warga universiti, tidak kira pelajar, staf pelaksana, pegawai
pengurusan dan profesional, mahupun staf akademik. Tahun 2015
menyaksikan banyak kejayaan signifikan yang telah meletakkan
UNIMAS berada setanding dengan universiti awam lain. Apa yang jelas,
UNIMAS telah mempamerkan keunggulan dalam memartabatkan ilmu
serta aktiviti berorientasikan komuniti. Aktiviti libat sama komuniti
saban tahun memang banyak dilakukan oleh warga Universiti. Seperti
lazimnya, melalui Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU), pelbagai kerja
khidmat komuniti telah dianjur dan dilaksanakan dengan jayanya
sepanjang tahun, dari membantu mangsa banjir besar di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia sehinggalah projek libat sama komuniti di
kampung-kampung pesisiran pantai Sarawak.
Kehebatan kumpulan
ini dinobatkan melalui kemenangan Pingat Emas untuk Pembentangan
Projek USR Terbaik semasa Seminar Perkongsian Kesukarelawanan
dan Projek Tanggungjawab Sosial (VCORE)
2015 anjuran Majlis
Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI). Tahniah!

Saya amat berbangga apabila penganjuran Syarahan Perdana tahun


lepas menyaksikan empat profesor UNIMAS berkongsi ilmu dengan
warga Universiti dan masyarakat umum. Inilah semangat kesarjanaan
yang ingin kita pupuk dan semai di hati setiap warga Universiti. Majlis
ilmuan sebegini memberi ruang dan peluang kepada ahli pelbagai
komuniti mempelajari sesuatu yang baharu dan mengenali kepakaran
yang kaya dan berbeza yang ada di UNIMAS. Berada di Universiti
sebegini indah dan luas, tidaklah lengkap jika minda kita tidak mahu
belajar dan mengajar. Teruskan usaha untuk mengangkat budaya ilmu
ini dalam acuan kita tersendiri. Syabas!
6
Amanat Naib Canselor 2016

Keterlibatan pelajar dalam


pelbagai penganjuran aktiviti dan

penyertaan dalam program berteraskan khidmat komuniti amat


ketara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kerana mereka,
UNIMAS kian menyerlah dalam kalangan masyarakat setempat, dan
juga di persada antarabangsa. Pelajar-pelajar UNIMAS membuktikan
kebolehan mereka dalam mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang
dipelajaridalam penganjuran Innovation Career Education (ICE 2015),
di mana Universiti menyaksikan keberanian dan ketekunan bakat-bakat

muda UNIMAS bekerjasama dengan TalentCorp Malaysia. Acara ini


berjaya menarik lebih 7500 peserta seluruh negara, dan mencatatkan
keuntungan berjumlah RM 72,000.00. Syabas!

Nama UNIMAS juga harum


di peringkat antarabangsa
dengan kejayaan Nurul Aqilah
Aqiludeen, pelajar Sarjana
Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan apabila dinobatkan

sebagai pemenang keseluruhan


dalam International Norvatis
Biocam 2015 di Switzerland.
Behau telah berjaya menyaingi
:ý5 orang pelajar terbaik dari

pelbagai universiti ternama


dunia.

7
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

I'll Tahun lalu juga


N t, ý,ýj;: ýý,;
,I {ý' menyaksikan nama
'i .:ý UNIMAS dijulang hingga ke
pejabat Presiden Amerika
Syarikat, Barack Obama,
di Washington DC. Pelajar

program Sarjana Muda


Ekonomi dengan kepujian
(Ekonomi Antarabangsa),
Patricia Wong Bi Yi, telah
terpilih bersama 19 pelajar
lain daripada buah negara Asia Tenggara untuk
lima mengikuti
program 2015 Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI)
Academic Fellowship. Program ini dibiayai
sepenuhnya oleh kerajaan
Amerika Syarikat, yang bermula pada Mei hingga Jun 2015. Program
ini telah memberi peluang kepada pelajar universiti untuk meninjau
pelbagai negeri di Amerika Syarikat untuk mempelajari tentang isu
persekitaran global melalui problem-based learning serta lawatan dan
perbincangan dengan rakyat negara berkenaan.

Seorang pelajar program ijazah


kedoktoran Kesihatan Awam, Fakulti
440 Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr
Dhesi Baha Raja, telah terpilih menjadi
angkasawan analog dan sebagai saintis
kepada anak kapal di bawah Krew
ý1r A1%, R Mici '1'anna "%Amnardan fro 1VTar; lrl,
1_.. _ý.
ýnºC'ººº'%v ý! I ý .. ý. . -. ý.. j.. ý . ýýaaaruaauia iiý i. icaiinit.
P%ttV %,%o
Program ini adalah dengan kerjasama
DýSEASES
sAV\N Gýý'jI NASA bagi projek penyelidikan padang
-\ \VF-ý

pasir 1Vlarikh. 1iajian Dr 1lhesi mengenai


aplikasi peramalan wabak denggi juga
kini sedang diuji di Amerika Selatan untuk membantu masyarakat
di sana yang memerlukan ilmu dan kepakaran behau dalam bidang
Kesihatan Awam. Syabas dan Tahniah diucapkan!
8
Amanat Naib Canselor 2016

Warga UNIMAS juga telah berjaya dalam mengembangkan pengaruh


ilmu di kepulauan Borneo ini melalui penganjuran lebih sepuluh
persidangan kebangsaan dan antarabangsa oleh Fakulti dan Pusat-
pusat Kecemerlangan UNIMAS. Kita amat berbangga apabila
penganjuran E-Borneo Knowledge Fair 2015 buat julung-julung kalinya
telah diadakan di Ba'Kelalan pada November tahun lepas. Persidangan
ini menyaksikan penyertaan komuniti setempat dan penyelidik dari
dalam dan luar negara di suatu lokasi yang indah nan tenteram.
Pendekatan `unconference' yang dipelopori melalui persidangan anjuran
Institut Sosial dan Inovasi Teknologi ini merupakan inovasi
Informatik
komunikasi yang unik kerana ia membuka peluang untuk interaksi
yang jujur, telus dan relevan antara ahli komuniti terpencil dan ahli
akademik dari pelbagai bidang kepakaran.

Tahun lepas seramai 3893 pelajar prasiswazah tempatan dan

antarabangsa mendaftar di Universiti ini. Daripada jumlah tersebut


kita bertuah menerima seramai sembilan pelajar kelainan upaya. Ini
merupakan jumlah tertinggi pengambilan pelajar istimewa di UNIMAS
dan membuktikan kemampuan dan keperihatinan kita dalam memberi

akses kepada pendidikan tinggi buat golongan ini.

9
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

Konvokesyen adalah acara tahunan Universiti


suatu yang paling
dinantikan oleh semua warga. Majlis Konvokesyen UNIMAS ke
-19
menyaksikan seramai 3,919 graduan yang telah berjaya menerima ijazah
masing-masing. 46 orang graduan dianugerahkan ijazah kedoktoran.
Ini adalah bilangan tertinggi pernah dicatat oleh UNIMAS pada satu
majlis konvokesyen. Syabas!

Umum mengetahui keserakanan merupakan satu nilai teras utama


yang dititikberatkan oleh UNIMAS. Jalinan hubungan kerja baik di
antara warga kerja bukan sahaja dipupuk secara formal dalam waktu
pejabat, malah turut disemai melalui aktiviti di luar waktu pejabat.
Justeru, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk riadah bersama staf.
Uniknya tahun lalu adalah penganjuran buat pertama kali, Festival
Sukan Tradisional. Pelbagai acara disusun rapi, untuk mewujudkan
persaingan sihat antara staf, demi memantapkan hubungan balk dan
harmoni dalam kalangan warga universiti.

ý/,,
16 MD.
.ý+ý

10
Amanat Naib Canselor 2016

Keperihatinan terhadap keperluan masyarakat tidak dibatas kepada


program-program berkala di luar kampus. Di Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan, Pusat Simulasi Klinikal, Clinical Simulation
Centre (CSC), yang ditubuhkan pada tahun 2014, kini menyediakan
pelbagai kemudahan simulasi termasuk simulasi `high fidelity' untuk
pendidikan perubatan, kejururawatan dan program berasaskan sains
kesihatan untuk pelajar semua peringkat (termasuk program untuk
orang awam yang bukan dalam bidang penjagaan kesihatan). Pada
bulan Oktober tahun lalu, hasil kerjasama UNIMAS dan "American
Heart Association Training Site (AHATS)" sebuah MoA telah dimeterai,
bersama Pusat Latihan Antarabangsa American Heart Association
(AHA). Asas perjanjian ini telah membuka peluang kepada Universiti
untuk menawarkan latihan persijilan melalui 16 kursus yang dianjur
sepanjang tahun yang melibatkan lebih 300 orang awam seluruh negara.

PROJEK PENYELIDIKAN DALAMAN


RIL :,. %,
%,16mim
%.
*%w
. DANA SMALL GRANT SCHEME (SGS)
DANA PRINCIPAL INVESTIGATOR (DPI)
DANA PELAJAR PHD (DPP)

52
DANA PASCA DOKTORAL (DPD)
DANA KURSI TUN OPENG
DANA KUPc' T' JN AHMAD 7AIDI

MOQC
Massive Open Onlirsewar
r-,

5 KURSUS
dibina secara kolaboratif

u
11
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

Tahun 2015 juga melonjak reputasi kesarjanaan UNIMAS. Semakin


ramai pensyarah mendepani teknologi untuk memastikan kursus-
kursus yang diajar tidak ketinggalan masa serta pada masa yang
sama, Universiti juga menyaksikan penggunaan pendekatan Blended
Learning dalam aktiviti ilmiah meningkat dengan ketara. Lima
kursus terpilih dibina secara kolaboratif melalui usahasama beberapa
kumpulan pensyarah muda dan berbakat besar dari beberapa fakulti,
untuk penawaran melalui format MOOC, iaitu Massive Open Online
Courseware, dan hasilnya, ribuan pelajar seluruh dunia kini mendekati
UNIMAS secara online.

Kita turut menyaksikan kerancakan aktiviti penyelidikan di kampus


bertuah ini. UNIMAS secara keseluruhannya telah berjaya memperolehi
sebanyak 62 geran berjumlah RM5,324,326.07. Jumlah tersebut mewakili
55 geran di bawah Skim Geran Penyelidikan Kementerian Pendidikan
Tinggi yang merangkumi geran di bawah skim FRGS, PRGS, RACE
dan RAGS yang membabitkan peruntukan sebanyak RM4,357,648.00;
dua geran penyelidikan berjumlah RM326,700.00 di bawah Program
Pemindahan Ilmu (KTP) dan eScience dan sebanyak lima geran lagi telah
diterima daripada beberapa organisasi luar, sama ada daripada agensi
kerajaan, swasta dan luar negara bernilai RM639,978.07. Pada tahun
2015 juga, UNIMAS telah memperuntukkan sejumlah RM1,708,828.00
bagi membiayai 52 projek penyelidikan dalaman melalui pembiayaan
di bawah dana Small Grant Scheme (SGS), dana Principal Investigator
(DPI), dana Pelajar PhD (DPP), dana Pasca Doktoral (DPD), dana Kursi
Tun Openg dan dana Kursi Tun Ahmad Zaidi.
SKIM GERAN PENYELIDIKAN KPT
55 (FRGS, PRGS, RACE DAN RAGS)
RM4,357,648.00

RM 5,324,326.07.... SLUAR
ORGANISASI
PENYELIDIKAN
62 GERAN RM639,978.07

i PEMAN II MU IKTPI

2PROGRAM
[SAN FSCIFNCI
12
Amanat Naib Canselor 2016

INTELLECTUAL
PROPERTY
1 PATT
66 COQ . i;,,.jHTS
5 PRODUCTS COMMERCIALISED

RM
FILED
1,399,500.00
31 PATENTS
3 INNOVATION UTILITY
3 TRADEMARKS

Kerancakan iklim penyelidikan dan inovasi di UNIMAS telah memberi


impak yang besar kepada kejayaan kita pada tahun lepas. Sebanyak
20 hak cipta telah berjaya didaftarkan dan 13 lagi sedang menunggu
nombor pendaftaran. Di samping itu, UNIMAS juga telah berjaya
memperoleh satu pendaftaran paten penuh (patent granted) tahun lalu.
Manakala sebanyak 31 paten dan tiga Utiliti Inovasi telah berjaya
difailkan, berserta tiga cap dagangan (trademark) yang sedang dalam
proses pensijilan. Sepanjang tahun 2015, sebanyak lima produk telah
berjaya dikomersilkan pada nilai RM1,399,500.00. Selain itu, UNIMAS
juga telah memperolehi Dana pertama dari Geran Kesatuan Eropah di
bawah program Horizon 2020 sebanyak RM203,508.07 untuk tempoh
dua tahun. UNIMAS juga telah berjaya meraih tiga geran antarabangsa
(EC; National Geographic dan Sumitomo Foundation) dengan dana
berjumlah RM240,878.07.

Terbitan sentiasa menjadi pengukur kejayaan kesarjanaan.


ilmiah
Tahun lalu 302 bahan terbitan dalam bentuk makalah, jurnal berimpak/
indeks/prosiding indeks dan berwasit telah dihasilkan. Sebanyak 35
buah manuskrip buku telah diterima untuk diterbitkan. Pada tahun
lepas juga, kita telah berjaya mendapat penarafan 3 bintang untuk
MyRA 2015. Hasil kejayaan ini, UNIMAS telah diperuntukkan geran
penyelidikan berjumlah RM 2,050,000.00 untuk menyemarakkan lagi
aktiviti penyelidikan di UNIMAS.

13
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

Keberadaan Universiti di alam maya kian terserlah. UNIMAS berjaya

mengorak perubahan dalam posisinya dalam penilaian Webometrik

pada tahun 2015, dari tangga 2,302 ke tangga 2,092 di peringkat

antarabangsa. Manakala di peringkat kebangsaan, UNIMAS kini


berada di tangga ke 16, berbanding di tangga ke 18 pada tahun
sebelumnya. Pencapaian ini amat membanggakan, kerana UNIMAS
telahmembuktikan lonjakannya adalah yang terbaik dalam kalangan

semua Universiti Komprehensif.

Selain itu, kepakaran dan pengalaman warga Universiti juga menonjol


dalam perolehan projek-projek perundingan sepanjang tahun 2015.
Tahun lalu kita mencatatkan perolehan sebanyak 28 projek yang
bernilai RM2,554,575.00. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan
kepakaran universiti, sebagai kumpulan yang dirujuk dalam pelbagai
bidang tujahan masing-masing.

MAKAIANý JVRNAI BERIMPAK/INDEK',


PROSIDNVGINDEKS DAN BERWASIT
2,092

s
2,302
rJQ JsJý,
Jr ýýV
i- r)
OF UNIVERSITIES
MyRA RATING***
HASIL KEJAYAAN INI MEMBOLEHKAN
! %';MASME %1PFR () L.El,
-; i
},

RM 2,050,000.00
GERAN PENYELIDIKAN

14
Amanat Naib Canselor 2016

Elemen keselamatan bukanlah suatu perkara yang boleh diambil remeh


dalam sebuah kampus yang dihuni hampir 20 ribu warga setiap hari.
Untuk memperkasakan aspek keselamatan di kampus, UNIMAS telah
menaiktaraf jawatan Pegawai Keselamatan kepada Polis Bantuan
pada 16 Jun 2015. Saya amat gembira mengumumkan kejayaan 35
orang Pegawai Keselamatan UNIMAS yang telah menamatkan latihan
kepolisan pada 18 Disember 2015 di Pusat Latihan Polls Sarawak
(PULASAR). Ini adalah lonjakan yang signifikan dalam usaha Universiti
untuk terus menjamin kesejahteraan kampus terindah ini. Syabas dan
tahniah diucapkan!

ý
- 'ýý 'ýCýý

\ýýG

0
.

15
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

Pada majlis konvokesyen yang ke-19, UNIMAS telah menganugerahkan


Ijazah Kehormat Doktor Pemuliharaan Alam Sekitar kepada Yang
Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji
Satem, Ketua Menteri Sarawak atas penglibatan beliau dalam
pemuliharaan alam
sekitar sepanjang beliau memegang jawatan di
peringkat persekutuan dan negeri. Ini jelas menunjukkan komitmen
dan kesungguhan UNIMAS dalam bidang tujahan yang berkaitan
dengan biodiversiti dan
pemuliharaan alam sekitar. Sumbangan
besar Ketua Menteri Sarawak dalam pemuliharaan alam sekitar, telah
menyuntik semangat baharu kepada penyelidik-penyelidik UNIMAS,
untuk memacu kecemerlangan dalam pelbagai bidang penyelidikan
yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar.

Seperti yang telah dizahirkan kepada saudara-saudari sebelum ucapan


ini bermula tadi, sisipan keratan akhbar dan gambar-gambar visual
pelbagai pencapaian universiti, sememangnya amat membanggakan.
Setinggi tinggipenghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua

warga UNIMAS, kerana tanpa anda semua, adalah mustahil untuk


merealisasikan apa yang telah direncana. Syabas dan terima kasih,
atas kerjasama, dedikasi, komitmen dan keikhlasan hati seluruh warga
UNIMAS, demi mengharumkan nama Universiti di persada dunia.
16
1Y
L/ '4

i. ý,ýý
ý ir

i'ýý*A
-0
,. 4... 11

I
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

Tema amanat tahun ini adalah, Komitmen Bersama Ke Arah


Kecemerlangan, mempunyai kesinambungannya dengan misi
dan visi kita sebagai sebuah universiti komprehensif abad ke-21.
Dalam mengharungi cabaran dan dugaan global pada ketika ini, adalah
penting bagi semua warga universiti untuk kembali memikirkan semula
peranan dan tanggungjawab masing-masing dalarn organisasi. Refleksi
diri dan organisasi wajar dilaksanakan pada ketika ini, kerana kita

perlu faham akan kekuatan, kelemahan dan kompetensi tersendiri yang

ada pada diri kita dan juga di universiti ini. Ekosistem kecemerlangan

perlu wujud dan perlu dihayati sentiasa, kerana ia akan membangkitkan


budaya kerja berilmu dan berdaya saing, seiring dengan nilai-nilai teras
UNIMAS iaitu integriti, ikhlas, keserakanan, inovatif dan tabah.
Kita perlu menyusun barisan, bergerak bersama-sama, berganding
tenaga dan bersefaharnan haluan, untuk maju ke hadapan, mencapai
matlamat yang sudah pun disurat dan disiratkan untuk UNIMASku

sayang.

Kecemerlangan tercipta dari


usaha, ketekunan, ketabahan,
dan
komitmen yang tinggi. Kecemerlangan tidak akan tercapai jika barisan
sokongan dan dokongan kita lemah. Kecemerlangan akan punah bila
kita tidak seiring kata dan bercanggah matlamat. Saya menyeru kepada
semua warga UNIMAS untuk tampil dan berdiri bersama, bangun dari
selesa, tegaskan dedikasi diri, dan bina kompetensi kendiri, dengan
yakin dan tabah, agar UNIMAS bergerak dengan lebih matang, kukuh,
dan teguh untuk kesejahteraan nusa dan bangsa Malaysia. Bersama-
samalah kita bangun untuk maju, bergerak dalam satu irama, bantu-
membantu antara satu sama lain, dan tampil yakin dan berhemah
mulia di persada dunia. Tiba masanya untuk UNIMAS menjadikan
realiti, misinya untuk menjadi institusi pendidikan tinggi yang terpilih
dan tersohor di rantau ini.

18
Dulu

Yang
""

Yang Tengah
",,

/B"I"

Yang
I]

Yang 1 "

:", Perlu Diluruskan

Yang
Dijagakan

Yang ,

Yang Salah
""

", Angkat-Mengangkat

Yang I

Yang Tinggi
""

Berani

Yang Memberi "

ham

M2

tCJ4LIF4'4 vr ZOO
ý ii:. l1'i''.c:1º
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

KT a diingatkan sekali lagi, dalam Amanat Menteri Pendidikan


inggi 2016, ucapan Yang Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh

ada 18 Januari yang lalu, betapa pentingnya usaha dalam

merealisasikan aspirasi yang dihasratkan dalam sepuluh lonjakan

yang disenaraikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(Pendidikan Tinggi) iaitu;

AMANAT
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
2016
0 Graduan Holistik (berciri keusahawanan dan seimbang)
iD Kecemerlangan Bakat
e Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
ý Graduan Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET)
ý Kemapanan Kewangan
Pemantapan Tadbir Urus
Ekosistem Inovasi
"m! Keunggulan Global
(i) Pembelajaran dalam Talian Tahap Global

, TO Transformasi Pendidikan Tinggi


Pencapaian

Dalam ucapan amanat beliau, pendekatan Pendidikan Fleksibel telah


diwajarkan. UNIMAS sebagai universiti yang sentiasa proaktif dan
berpandangan jauh, telah lama menjadikan elemen "flexibility" ini ke
dalam reka bentuk kurikulumnya, sejak Universiti mula ditubuhkan
pada tahun 1992 lagi. Pelajar UNIMAS bertuah mempunyai peluang
untuk belajar kursus-kursus di luar program masing-masing, demi
membina minda yang terbuka dan berdaya saing, sesuai dengan
kehendak pasaran kerja yang kian dinamik dan mencabar. Peluang
menimba ilmu juga tidak terbatas kepada kursus-kursus dalam
universiti sahaja, malah sudah ramai pelajar kita yang dihantar ke luar
negara melalui pelbagai program mobiliti. Kredibiliti pelajar UNIMAS
kian terserlah, atas usaha warga Universiti yang tidak jemu-jemu
membantu merancakkan kepelbagaian pendidikan di Universiti ini.

22
Amanat Nab Canselor 2016

Inisiatif-inisiatif dalam merealisasikan aspirasi-aspirasi yang digariskan


di dalam pelan baru pendidikan, telah pun digerakkan di peringkat
Kementerian Pendidikan Tinggi bermula pada tahun 2015. Dengan
pelaksanaan agenda PPPM(PT) 2015-2025 ini, ditambah lagi dengan

perubahan dinamik persekitaran, semua institusi pengajian tinggi


termasuk UNIMAS sedang melalui gelombang perubahan di dalam

aspek pentadbiran, fokus strategik institusi dan pelaksanaan agenda


universiti. Untuk menjamin kemandirian atau `suruiuability' institusi

yang beroperasi dalam persekitaran yang kompetitif dan cabaran


kekangan sumber dana, budaya kerja berasaskan prestasi perlu menjadi
nadi kekuatan institusi dalam menggerakkan penglibatan tenaga kerja,
untuk menyumbang kepada produktiviti dan kecemerlangan institusi.

Sukacita saya maklumkan, Pelan Strategik UNIMAS


untuk tahun
2016-2020 akan dilancarkan secara rasmi hari ini. Idea dan inspirasi
untuk pelan ini telah melalui beberapa siri keterlibatan staf dari
pelbagai peringkat dan kategori, serta dimurnikan dalam beberapa siri
perbincangan bersama ketua pusat tanggungjawab. Pelan ini dibina
atas aspirasi dan fokus yang jelas untuk membawa Universiti yang kita
sayangi ini ke arah kecemerlangan yang berkekalan. Pelan Strategik
UNIMAS 2016-2020, turnt kita jajarkan dengan aspirasi dan agenda yang
digariskan di dalam PPPM (PT) 2015-2025, untuk memastikan UNIMAS
sebagai universiti awam, terus menyokong falsafah pendidikan negara
dan agenda-agenda kerajaan yang membawa kepada penyelesaian isu
dan masalah berkaitan komuniti setempat, negara dan juga global.

Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 digubal berlatarbelakangkan


keunikan UNIMAS di Malaysia dan Borneo, dan sumbangan Universiti
yang berterusan dalam membantu menjamin kelestarian komuniti
pelbagai dan terpisah atau dalam Bahasa Inggerisnya, "Sustainability
of Diverse and Dispersed Community". Asas pendekatan ini bukanlah
sesuatu yang baharu di UNIMAS hari kita sudah lazim
- saban
memberi perhatian dan pemahaman kepada pentingnya kerelevanan

23
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

pengembangan ilmu dan kepakaran Universiti untuk pelbagai komuniti


di dalam dan luar negara. Dalam konteks ini, kita telah menggariskan

empat fokus strategik sebagai hala tuju bersama untuk membawa


UNIMAS ke arah kecemerlangan. Empat fokus strategik itu adalah:

$F1 Kecemerlangan dalam Pendidikan dan Latihan


(Excellence in Education and Training)

Kecemerlangan dalam Ekosistem Inovasi


SF2
(Excellence in Innovation Ecosystem)

Kesohoran Global
(Global Visibility and Prominence)

Portfolio Kewangan Lestari


(Sustainable Financial Portfolio)
ýi
,

24
Amanat Naib Canselor 2016

Untuk mencapai keberhasilan yang dihasratkan bagi setiap fokus


strategik, strategi-strategi yang relevan dan pelan tindakan yang
berkaitan telah kita hasilkan. Pelaksanaan strategi-strategi ini, melalui
pelan tindakan yang berfokus dan terancang merupakan komitmen
bersama, oleh kita, sebagai warga kerja UNIMAS. Justeru, komitmen-
komitmen ini perlu kita galas dan laksanakan untuk membawa
UNIMAS ke arah ekosistem kecemerlangan - inilah "Our Commitment
to Excellence".

Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 didokong oleh empat fokus strategi,


13 komitmen, dan 24 inisiatif. Pemantauan dan pengukuran setiap
inisiatif akan dilaksanakan melalui satu sistem data bersepadu, yang
akan dibangunkan oleh Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan
Kualiti (SQC).

Saya sangat berbesar hati melihat komitmen padu daripada warga


kerja UNIMAS, dari pelbagai peringkat pusat tanggungjawab fakulti,
-
institut, pusat, bahagian dan unit - dalam penglibatan bersama di bawah

naungan pemimpin yang dinamik, untuk menghasilkan pelan strategik


dan pelan-pelan tindakan pusat tanggungjawab untuk kitaran 2016-
2017. Tahniah semua! Komitmen
kepada kita bersama adalah faktor

penyumbang utama kepada tercapainya aspirasi dan hasrat UNIMAS,

untuk lima tahun akan datang ini, dan insyaAllah memboleh UNIMAS

untuk terus mara ke hadapan di tahun-tahun berikutnya.

Dengan pelancaran secara rasmi Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020,


kita sebagai warga kerja UNIMAS bakal mengharungi cabaran bersama
dalam usaha mencapai keberhasilan yang dihasratkan di dalam setiap
fokus strategik UNIMAS.

Sungguh harum bunga kasturi


Wanginya hingga Kampung Kuala
UNIMAS tersohor kerana berani
Berkat komitmen anda semua.

25
PELAN STRATEGIK
UNIMAS 7016-2020
4 #-OKUS STRATEGIK
--------- iCFOclJ
STKATiEG. ------
_. - .mý

ý
Lr 13 0m
me.
.

F24 ad-STRATfA
ý
ý Ilk °icr

x IýMLL. V/Vº ir
a. ýýºý.
fr// ýrýýý
I
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

Fokus pertama Pelan Strategik 2016-2020 adalah Kecemerlangan


Pendidikan dan Latihan. Dalam konteks ini, strategi-strategi
yang kita gariskan adalah untuk menyokong kepada keberhasilan
impak yang memberi kesan kepada semua pemegang taruh, yang
merangkumi pelajar, warga kerja UNIMAS seterusnya komuniti
setempat. Harapan saya, UNIMASakan terus memperkukuhkan
komuniti pembelajaran yang cemerlang, melalui penawaran program
pendidikan dan latihan yang berkualiti dan relevan. Kita telah
menggariskan TIGA KOMITMEN untuk mencapai aspirasi-aspirasi
yang dihasratkan seperti berikut:

3 KOMITMEN
ý,
v
Nmwý
411i'lCALM -.. -

28
Amanat Naib Canselor 2016

ý
ý4
Y

Dalam usaha L\ BLýS untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran,


pelaksanaan inisiatif strategik seperti berikut akan dilaksanakan:
(1) mengkonsolidasikan pelaksanaan Pendidikan Berasaskan Hasil
(Outcome Based Education OBE) dan Amalan Pembelajaran Berimpak
-
Tinggi (High Impact Educational Practices HIEPs); (2) memperluaskan
-
peluang pembelajaran kepada orang ramai; (3) meningkatkan

penggunaan pembelajaran teknologi-dipertingkatkan (Technology


Enhanced-Learning).

Justeru, kita mensasarkan sebanyak 37 program akademik yang


akan melaksanakan sepenuhnya Penambahbaikan Kualiti Berterusan
(Continuous Quality Improvement CQI) berdasarkan pencapaian
-
hasilpembelajaran kursus (Course Learning Outcomes CLO). Bagi
-
memastikan UNIMAS terus menyumbang serta relevan kepada

pendidikan berterusan,
sebanyak 42 program pembelajaran sepanjang
hayat bakal ditawarkan. Selaras dengan matlamat tersebut juga,
UNIMAS berhasrat mencapai 40% kursus-kursus dalam mod
pembelajaran teradun (blended learning mode) dan penawaran 5 kursus
baharu untuk Massive Open Online Course (MOOC). Sebagai Universiti
Komprehensif, UNIMAS sentiasa menambahbaik pembangunan
kesarjanaan ilmu pengajaran dan pembelajaran melalui Scholarship

of Teaching and Learning (SoTL). Tahun lepas, Universiti telah

memperuntukkan RM200,000.00 untuk tujuan ini. UNIMAS sedang


29
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

Kursus baharu
untuk Massive
Open Online
Course (MOOC)

ýi

dalam proses untuk menyediakan studio khas yang akan ditempatkan


di Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia untuk tujuan MOOC.
Sokongan akan terus diberikan untuk memastikan UNIMAS berdiri
di hadapan saingan lain, demi mendokongi hasrat Universiti untuk
menjadi institusi di rantau ini. la juga merupakan
pengajian terpilih
langkah awal dan sejajar dengan amanat YB Menteri Pendidikan Tinggi
untuk menjadikan MOOC sebagai pendidikan fleksibel yang diberi nilai
kredit dan boleh dipindah bagi tujuan pengijazahan.

Universiti juga serius dalam memfokus usaha memartabatkan agenda


STEM di Sarawak. STEM, singkatan untuk `Science, Technology,
Engineering and Mathematics Education', merupakan pembangunan
ilmiah yang menjurus kepada bidang-bidang terpilih, kerana
kepentingannya untuk alam dan manusia sejagat. Di peringkat
universiti, TEGAS dan UNIMAS telah bersetuju untuk membangunkan
satu makmal STEM di Fakulti Kejuruteraan. Makmal ini akan menjadi
pusat yang akan mempromosikan STEM dan memberikan kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan pendidikan sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik. TEGAS juga sering berganding bahu
dengan Universiti untuk mempromosi bidang-bidang tujahan STEM
dan membantu dalam menyemarakkan aktiviti-aktiviti ilmiah yang
relevan, seperti persidangan tahunan UNIMAS STEM EnCon. Kitaran
kemajuan dalam bidang-bidang STEM akan memberi manfaat tinggi
dan berkualiti untuk pembangunan SCORE di Sarawak.

30
Amanat Nab Canselor 2016

STEM:English language a must


I9 DODEEN
IIG "iAm11d15iYM w
rýrdrrerdvý7
ur Yb

deMw. um rºr aoo e®


i.. . drr. r, rarm. r. r
m.m.ý bmmro.
Ym..
m, mrr.. i. Y... Y
d; rre
rn.. arrameeý. N
bmbOYrl+rYýý . r... rmawqreý, ý.
r. m.. rrrý. o.. iw db Ue... e YY+mY S. Yw..
(U. 1... ) STEM
Pie,
TYb wu said by "wbum CalwrfeS. ebw. Mtl.
IßYY b 1b. Child P. e IVr Fb. l V+, dm
Ome. (R... If. e e/ T. tLr11 'Rrretrýurrye. e. rs
N. aYm) Oa Is 7101 YY d. IrmdtrbNpAreva
Oý{"PýIamYm.. and rywsd MN.. r

ginrr. s m SIW en M rd P. eeuem r.. eYemea..


Yýacwwmmmw
malorterlmYYwlrYr . e. r m. eae... ae tr -
YmI. uxmnn. l I. ýuAe em d ý. ere d. epre, ý.,
'SIFA1 N. n Iý. wmI.. W Yý1[ de. r,.. e; rra
dwmrtlýaralrYýrý ud.... r. <r.. ww n,
lnob m lororlm. l n.. r w H. Yý. d oar 5ore.
ina
Muh
. e. rr. r. Prrtrree. mý
rewer. ýr. eee. ae.r.
bI.. IYmý. OýAl1 W4 d Y. w. NYm d Aa.. meu
b. Y.. di%%º'r
bMS. Mewr tl. e. rrWye ßrun.
deep. re. Ye re rA. trin
vY.. ramrba. Yrr aura oe. 140. - zrrn
. ae.mntl+dýsr Ynl tpa6 e. ewk sacaM bb. na c. o
e.. T in wMy re. la S.Yrene ra 8. p ndlep
' 8ew. wl. rbrps. mY -iee., M w. rrrm.
. m. äbWe. lkb<mmrmd wo. vee,.. are,.. YN,s
C. MrMdýmlýv.
He.. wild w. I-+amlvr"bsa YMVMfveoadahdoae
ýmpmdýb a,r«ý... - ,,aa .. .n ýni .1.1a .ý.,
ýý. ,.....
wW.. WI. Y... p. I1ebM in . dj, WUML IM nyMWý ee uyýwMý ý4PF
lbad-rb Wi- arb hol Nolip faezl aeN Maliwýý b Anabo Rd 0. aaW Way W. I. ýaln 1aeen, wry a ergxeainp tlnn
yrmwabrmre. ry oMrl. 4sLL AAhLLOo4., ý oerM
11mnar
rýaýruT. rrý. iY.

Bahasa dan komunikasi adalah signifikan dalam proses penyampaian


ilmu. Sejak ditubuhkan, Pusat Pengajian Bahasa menjadi nadi kepada
Universiti untuk mendidik pelajar menguasai bahasa ibunda, bahasa
Inggeris dan bahasa-bahasa ketiga pilihan masing-masing. Kini tiba
masanya untuk memberi cabaran baharu kepada pusat pengajian ini.
Sukacita saya umumkan, Pusat Pengajian Bahasa telah diberi kelulusan
oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 30 Disember 2015, untuk
dijenamakan semula serta diberi fungsi tambahan sebagai Fakulti
Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi. Penubuhan fakulti ke-9
ini tepat pada masanya. Fakulti ini akan memulakan penawaran program
pengajian dan penyelidikan dalam bidang bahasa dan komunikasi,
seiring dengan keperluan strategik Universiti dan negara, khususnya di
negeri Sarawak yang masih menuntut peningkatan kualiti pendidikan
anak-anak Sarawak yang komunitinya terpisah dan pelbagai.

Selari dengan keperluan semasa serta tumpuan Kerajaan Negeri


Sarawak tentang penekanan kemahiran dalam Bahasa Inggeris,
justeru secara bersama memberi
UNIMAS bersama TEGAS telah
tumpuan kepada STEEM - Science, Technology, Engineering, English
and Mathematics. Semoga usaha kolaboratif dua agensi signifikan di
Sarawak ini akan membuahkan hasil yang nyata untuk kesejahteraan
dan kemakmuran rakyat Sarawak dan Malaysia.

31
Gunung Santubong tersergam indah
Gunung Serapi setia menemani

UNIMAS terus berdirimegah


Didokong oleh pendidikýan berkualitj.
0

rL,
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

S elaras dengan aspirasi Lonjakan 1 daripada Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi), iaitu untuk
menghasilkan Graduan Holistik, Keusahawanan dan Seimbang,
UNIMAS telah menggariskan komitmen kepada
pengukuhan
kemahiran insaniah dan keusahawanan pelajar. UNIMAS akan terus
mempertingkatkan keterlibatan dengan industri dan komuniti untuk
membantu mencapai agenda ini, disokong komitmen padu dari setiap
fakulti, Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), Pusat Pembangunan
Keusahawanan (PPK), yang baharu diwujudkan. UNIMAS mensasarkan
pemantapan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berfokuskan kepada
kemahiran insaniah, kokurikulum berkredit, dan badan beruniform
secara berstruktur serta memberi penekanan kepada projek libat
sama komuniti dan projek kesukarelawanan dengan bantuan agensi-
agensi kerajaan dan swasta di negeri Sarawak pada setiap aktiviti yang
dijalankan.

Selain itu, kebolehpasaran graduan merupakan salah satu fokus


Universiti dalam
memastikan graduan UNIMAS dapat bersaing
dalam alam pekerjaan. Sehubungan dengan itu, UNIMAS mengambil
langkah proaktif tahun lalu dengan menubuhkan Pusat Pembangunan
Keusahawanan (PPK), yang dipertanggungjawab melaksanakan aktiviti
keusahawanan pelajar. Peranan pusat ini untuk mewujudkan program-
program keusahawanan dan peluang-peluang baru yang memberi impak
secara jelas dan langsung kepada pelajar dalam menyediakan mereka
dengan kemahiran bersesuaian
untuk menceburi dunia perniagaan
sebenar. la juga bertindak sebagai urusetia di peringkat universiti,
dalam mengendali program Public-Private Research Network (PPRN).

Pelaburan Universiti PPK sudah mula menampakkan


dalam penubuhan
hasil. Antara pengiktirafan tertinggi yang dicapai oleh PPK tahun lalu,
ialah apabila pelajar yang diselia menjuarai Franchise Business Challenge

seluruh Malaysia. Untuk 2016, PPK mensasarkan untuk mengemaskini


dasar-dasar, program dan aktiviti sedia ada untuk melahirkan lebih

ramai graduan yang memiliki entiti perniagaan sendiri, terutamanya

34
Amanat Naib Canselor 2016

dalam kalangan pelajar. PPK akan meningkatkan penglibatan dalam


program-program keusahawanan di peringkat nasional, sebagai salah
satu usaha untuk meningkat visibiliti UNIMAS di Sarawak khususnya
dan Malaysia amnya. Dengan usaha dan dedikasi tinggi daripada semua
pihak, saya percaya UNIMAS akan dapat mencapai sasaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, iaitu mencapai kadar
Kebolehpasaran Graduan sebanyak 65%, dan dari jumlah ini, dijangka
2% daripada jumlah graduan akan terlibat dalam bidang keusahawanan,
dan sekurang-kurangnya 3% akan menyambung pelajaran dan latihan
ke peringkat yang lebih tinggi.

OO KEBOLEHPASARAN
GRADUAN
GRADUATE
EMPLOYABILITY

fir.
Fo"iiý 2% KEUSAHAWANAN
ENTREPRENEURSHIP
0% wfw M- IL ffimý NM%L /A IL 1 -9- 2 IL I /% AP"º I

.j"/o F'tNUIUIKAN I IIVVUI '"%'


1

HIGHER LEARNING ýý
d.
ýýýý
I ý'

ý
ý

35
Cantik sungguh DeTAR Putra
Serinya nampak dari seberang
Pembangunan pelajar komitmen kita
Pelajar cemerlang UNIMAS terbilang.
ý

ä
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

novasi tidak terbentuk dalam vakum. la adalah usaha yang

J memerlukan komitmen yang berterusan untuk mencari, mengkaji


dan mendalami sesuatu idea baharu. Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) PPPM (PT) 2015-2025,
-
kerajaan telah mengangkat agenda ekosistem inovasi untuk memacu
pertumbuhan ekonomi negara selari dengan tuntutan perubahan
teknologi. Pandangan yang mengatakan bahawa ekosistem inovasi
hanya tertumpu kepada penghasilan produk semata-mata adalah
tidak tepat. Ini kerana inovasi turut merangkumi percambahan idea
dan kemahiran insaniah
yang juga
membantu dalam
penyelesaian
permasalahan sejagat. Justeru, suatu ekosistem inovasi perlu wujud di
UNIMAS untuk meningkatkan keunggulan dan pencapaian kita dalam
bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan.

ý
0

. 90

NNOVATIO
ECOSYSTEM

38
Amanat Naib Canselor 2016

Empat KOMITMEN telah dikenal pasti, iaitu - pembinaan program-


program inovasi melalui keterlibatan industri dan komuniti,

mempertingkatkan impak dan kualiti penyelidikan, memperkasa


pengkomersilan hasil penyelidikan, dan mengukuh dan melestari
budaya penyelidikan kolaboratif. Universiti mensasarkan
peningkatan dalam jumlah penerbitan kertas kerja penyelidikan bagi

setiap pensyarah, dalam jurnal berindeks dengan nilai nisbah 0.6.


Manakala bagi penerbitan kertas kerja penyelidikan dalam jurnal dan

prosiding berindeks adalah dengannilai nisbah Di samping itu,


0.7.
UNIMAS berhasrat untuk mencapai jumlah sitasi kumulatif penerbitan
kertas kerja penyelidikan di dalam jurnal sebanyak tujuh sitasi bagi
setiap pensyarah.

Pembinaan progra/n-program inovasi Memperkasa pengkomersilan h


melalqi keterlibatan industri dan N,,,, "iidikan
komuniti
li, ' 1 Meng h dan melestari buda
Mempertingkatkan impak cl*ahti an kolaboratif
penyel d, ka na_

UNIMAS BASELINE UNIMAS KPT


DEC 2016 TARGET2016 TARGET2016

Total number of publications


'ý'ý
per lecture in indexed 1
f
journals ^`_.

,-al number of publications


per lecturer in indexed
ournals and proceedings
,

Total number oc-


citations per lecturer
motions lecturer
7.0

39
ýý`,
ýý ! '.,r'.ý""'Ao-
Komi n Bef a
ý I. 1I aw
ý Krah KeJmerlangan

}\
ý(ý

-4
W,

.
4

ý
Amanat Naib Canselor 2016
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

T ahun lepas, tema amanat didasari semangat untuk memperkasa


jenama UNIMAS. Identiti visual telah diperkenalkan, dan
beberapa PTj terpilih telah diberi mandat untuk menggunakan
identiti visual baharu masing-masing untuk memacu jenama Universiti
ke tahap yang lebih matang. Usaha berterusan dan berkala untuk
menonjolkan visibiliti UNIMAS terus dipertingkatkan, dan ia
menyaksikan peningkatan jumlah minat terhadap peluang-peluang
pembelajaran di universiti, untuk pengajian prasiswazah dan siswazah.

Universiti telah menerima lebih lima ribu pelawat di kampus indah ini
tahun lalu, dan rata-rata menunjukkan minat yang tinggi untuk menjadi
warga UNIMAS. Pelawat maya ke laman web dan media sosial juga kian
bertambah, menunjukkan peningkatan minat terhadap Universiti dan
aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang tahun 2015. Justeru, dalam
pelan strategik 2016-2020, untuk mencapai matlamat Kesohoran Global,
seiring dengan PPPMPT yang dizahirkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Tinggi, UNIMAS akan berusaha untuk mencapai TIGA
KOMITMEN
- meningkatkan pengambilan pelajar siswazah
dan antarabangsa, mempertingkatkan penjenamaan global
secara keseluruhan, dan memperkasa perkongsian strategik

42
Amanat Naib Canselor 2016

ENROLMEN PELAJAR
JANUARI
2016
0"0000o000000"090000

ffPRA-U Illiff f
PRASISWAZAH SISWAZAH
919 14,256 2051
dan mampan. Diversiti usaha bagi mempertingkatkan penjenamaan
UNIMAS akan terus diperkasakan, melalui saluran-saluran media
yang relevan, penulisan bahan promosi yang terpilih, dan pemerkasaan
strategi perhubungan awam. Untuk menggerakkan perancangan
dan pelaksanaan Fokus Strategik ini, sekumpulan staf akademik
telah dilantik untuk bersama membantu Bahagian Perancangan dan
Komunikasi Korporat untuk
menggaris strategi dan pemantauan yang
sesuai untuk terus memantap lonjakan visibiliti UNIMAS.

Berdasarkan keperluan PPMPT, pengukuran pencapaian visibiliti


global akan dibuat bersandarkan enrolmen pelajar siswazah dan
pelajar antarabangsa. UNIMAS Graduate School dan UNIMAS
International akan mempertingkatkan promosi
yang sesuai untuk
menarik minat pelajar siswazah dan antarabangsa untuk belajar di
UNIMAS. Contohnya, UNIMAS Summer Programme, Global Problem-
based Learning dan InternationalStudy Visits akan terus dikukuhkan
untuk memastikan imej dan reputasi Universiti terus dirasai di seluruh
pelosok dunia.

Q UNIMAS Summer Programme

Global Problem-Based

El
International
Study Visits
Learning

43
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

Saban tahun, Universiti


menjalin kerjasamapelbagai dengan

universiti dan agensi dalam dan luar negara. Jalinan hubungan secara
rasmi ini memberi banyak peluang kepada warga Universiti untuk
mengembangkan potensi diri dalam pendidikan, perundingan dan

penyelidikan. Setakat ini, UNIMAS telah memeterai 22 perjanjian

persefahaman (MoU) dan 6 memorandum perjanjian (MoA) dengan 24


institusi dan universiti luar negara. Proses pemeteraian MoU dan MoA

akan diperbaiki dan diselaraskan tahun ini, untuk memastikan setiap


perjanjian memberi impak yang positif kepada universiti. Satu strategi

pemantauan pelaksanaan bagi setiap perjanjian juga akan diwujudkan


tahun ini untuk menjaga kelestarian perhubungan Universiti dengan

agensi luar.

UNIMAS juga telah mengambil langkah proaktif untuk mengambil


lebih ramai pelajar antarabangsa. Perjanjian persefahaman dengan

pihak IMEC dan ERICAN di Lembah Klang dan SIA di Kota Kinabalu,

merupakan strategi penting untuk mencapai jumlah enrolmen yang


disasarkan. Usaha yang serupa akan diteruskan pada tahun 2016, dengan

memberi lebih tumpuan kepada aktiviti berkaitan dengan perkongsian

antarabangsa dengan fokus untuk meningkatkan serta mengukuhkan


kerjasama dengan institusi dan rakan kongsi, terutamanya dalam
menyediakan peluang yang lebih luas bagi pertukaran pelajar dan
aktiviti-aktiviti yang saling menguntungkan.

Institusi/Universiti Luar
24 Negara
ý-------'
I
ý

ý MoA

2 Pusat Pembelajaran Antarabangsa


(Jakarta & Pontianak)

22 Molls
JALINAN
KERJASAMA 44
Amanat Naib Canse

ýýý' -r
. UI4iMAS UNIVERSITIMALAYSIASARAWAK

Dalam Amanat 2015, UNIMAS Business School (UBS) telah diumum

penubuhannya sebagai transformasi terbesar yang akan memfokus


kepada pengajian siswazah dan pengajian sepanjang hayat.
Penubuhannya yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan
Tinggi pada 26 November 2015, akan beroperasi di lokasi yang
dahulunya menempatkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,

yang kini dikenali sebagai UNIMAS City Campus. Perasmian UNIMAS


Business School telah disempurnakan pada 31 Januari 2016 oleh Yang
Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang,
Pro Canselor UNIMAS merangkap Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Majlis tersebut menjadi titik
permulaan azam baharu bagi Universiti

untuk memperkasakan jenama UNIMAS sebagai pusat kecemerlangan


pendidikan tinggi di rantau ini.

Pada tahun ini juga, UNIMAS merancang untuk membuka dua pusat
pembelajaran di luar negara, iaitu di Jakarta dan Pontianak, Indonesia.
Pembukaan dua pusat pembelajaran ini, akan membuka peluang
kepada Universiti menawarkan program-program akademik yang
relevan kepada pelajar-pelajar dari negara jiran. Selain itu, Universiti

amat menggalakkan mobiliti


program pelajar, untuk memperkaya
pengalaman pembelajaran pelajar UNIMAS, dan juga membuka ruang
untuk pelajar antarabangsa mendapat pengalaman `first-hand' belajar
di kampus indah ini.

45
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

A sm I Lw. m 1 u,. """ .- sexcn

LIJýý IrVIVRRSITIMA7AVSIA
ýLý 11ýý ýý11\\ \It\ý\\F. ".- "I".. ý 1.11, -

xiiar
61., "'i
IN THE NEWS TOP STORIES WHAT S ON

-
.11. 11--

00 At IV V,
41 39 13500 11500 1300 ""

CONFERENCE FEATURED LINKS

Fý lwMS / wwsho-ltllutl
F
ý -. iNIM/S f 31:N

f -.:-am_s__

f CxeerOp)v6My

STEM Engine ,; I..engmc


Conference c.onterence f 7eMe

a 13 Octooa K: 5 1:1,1Oll
Contemporary a
Issues In Accounting f ...... ý
Reue M, ýre lieaa More
and Finance a
Z2t70c1aDer20t5

ýý
46
Amanat Naib Canselor 2016

Portal baharu UNIMAS yang akan dilancarkan tahun ini juga bakal

menampilkan imej baru yang lebih interaktif dan berkonsepkan mesra


peranti dan pengguna. Wajah baharu portal ini berupaya menyiarkan
maklumat secara bersepadu. Reka bentuk ini akan memudahkan
capaian maklumat mengikut sasaran pengguna. Strategi ini penting
kerana ia menyumbang kepada pencarian maklumat yang lebih efisien,

sekaligus menambahbaik pencapaian kriteria webometrik. Selain itu,

penjenamaan semula "UNIMAS on the Go" sebagai "UNIMAS Now"

merupakan salah satu langkah strategik ke imej


arah menampilkan
Universiti yang kontemporari dan berpandangan jauh selain memberi
maklumat yang terkini dan relevan kepada pengguna apps berkenaan.
Sebelum ini, saya telah menekankan kepentingan visibiliti kesarjanaan
UNIMAS di peringkat global melalui pendaftaran profil ahli akademik
di Google Scholar, Researchgate dan Academia. Alhamdulillah, kini

visibiliti UNIMAS
semakin ketara khususnya dalam Google Scholar

yang memperlihatkan lonjakan daripada 208 kepada 352 pada tahun


2015.

ýýý 0ýýý
UN1AA5

i
_,..ýý Aý
ý

®1
0

47
,rail
- ýrýr.,
-ýrn
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

C abaran untuk mengurus Universiti kini kian berliku. Persaingan

yang wujud dalam menghasilkan serta melaksanakan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, penyelidikan dan

penerbitan yang berimpak tinggi, perundingan serta tanggungjawab


sosial Universiti kepada masyarakat, turut memberi impak kepada tadbir
urus kewangan universiti. Pelancaran PPPM(PT) menggambarkan
bahawa tadbir urus kewangan Universiti Awam di Malaysia perlu lebih
kreatif dan inovatif tanpa mengenepikan
peraturan-peraturan kewangan

sedia ada. Universiti perlu mencari sumber baharu dan sumber boleh
diperbaharui. Setelah mengambil kira status autonomi serta keperluan

penjanaan pendapatan bagi menampung perbelanjaan operasi tahunan,


Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 akan menekankan kelestarian
kewangan bagi mencapai aspek penjanaan pendapatan. Menerusi Pelan
Strategik ini, UNIMAS telah menetapkan empat KOMITMEN iaitu:
-

ýý

FINANCIAL
ý
ýý SUSTAINABILITY

50
Amanat Naib Canselor 2016

MEMPELBAGAIKAN HASIL UNIVERSITI


Dalam usaha untuk mempelbagaikan pendapatan Universiti, UNIMAS
akan meningkatkan bilangan program komersial, penubuhan UNIMAS
Business School dan bilangan perkongsian pintar. Universiti juga
komited untuk terlibat dalam projek penyelidikan perindustrian yang
dibiayai untuk menjana lebih banyak pendapatan.

MENINGKATKAN PROGRAM ENDOWMEN DAN ENDOWMEN


WAQAF
Sumbangan daripada program wakaf di UNIMAS akan ditingkatkan
bagi menyokong program-program pelajar yang memerlukan bantuan
kewangan, penyelidikan yang dijalankan fakulti serta aktiviti-aktiviti
lain yang penting bagi mencapai objektif UNIMAS.

MENGOPTIMUMKAN DAN MENINGKATKAN KECEKAPAN


SUMBER
UNIMAS akan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti mensasarkan
penjimatan kos perbelanjaan operasi, menyewa kemudahan sedia ada,
penswastaan kolej pelajar, pengoptimuman pengisian penginapan kolej,

mengubah syarat tanah yang belum dibangunkan untuk kegunaan


komersial dan mempelbagaikan penggunaan bangunan untuk pusat
pendidikan komersial atau hub.

MEMPERKUKUHKAN MODEL PEMBIAYAAN


Pembiayaan komponen UNIMAS akan disusun semula dengan memberi
penekanan dan
meningkatkan peratusan penjanaan pendapatan
dalaman dan sumbangan wakaf pada masa akan datang di samping
penyaluran geran oleh kerajaan.

Bagi menjayakan langkah-langkah yang dinyatakan tadi, UNIMAS


telah menggariskan 10 KPI bagi membolehkan matlamat kelestarian
kewangan tersebut tercapai. 10 KPI tersebut adalah:

51
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

1
10 90=1111=M. 0

MIMUMM

Aspek prestasi penyampaian perkhidmatan cepat, cekap, telus dan


berkesan sentiasa diharapkan. UNIMAS perlu memastikan perkhidmatan
yang disediakan adalah berpaksikan prinsip-prinsip value of money
dan sifar unsur-unsur pembaziran dan pemborosan. Bagi memastikan
akauntabiliti dan integriti serta ketelusan dalam pengurusan kewangan
di setiap Pusat Tanggungjawab, aspek pematuhan kepada undang-
undang, peraturan dan piawaian perlu diberi penekanan. Pelbagai
pekeliling dan arahan juga telah dikeluarkan dari semasa ke semasa,
bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan serta menambah
baik prestasi sistem penyampaian perkhidmatan di UNIMAS.

52
Amanat Naib Canselor 2016

Bagi mempelbagaikan hasil Universiti tahun 2016, kita mensasarkan


peningkatan hasil sebanyak 7%-10%, bersamaan RM3.02 juta dalam

program komersialserta pengurangan kebergantungan kepada geran


penyelidikan kerajaan sebanyak 20%, di mana Universiti mensasarkan
untuk mendapatkan peruntukan penyelidikan dari sumber luar

sebanyak RM432,000.00.

Dalam meningkatkan kecekapan


sumber pula, Universiti mensasarkan
penjimatan sebanyak 5% daripada belanjawan perbelanjaan tahun 2016
dengan memberi sasaran setiap Pusat Tanggungjawab dalam mencapai

penjimatan ini. Selain itu, kita juga mensasarkan peningkatan hasil sewa

sebanyak 10% iaitu bersamaan RM1.45 juta daripada kemudahan sedia


ada, mengoptimumkan pengisian pelajar terhadap kemudahan kolej

sehingga 100%, dan mengoptimumkan penggunaan tanah Universiti


untuk tujuan komersial sebanyak 10%. Universiti juga mensasarkan

untuk memperoleh satu kerusi untuk endowmen bagi setiap dua tahun
dan sumbangan minimum sebanyak RM1 juta bagi Endowmen Wakaf.
Bagi memperkukuhkan pembiayaan model Universiti, dalam tahun 2016
Universiti mensasarkan agar pendapatan sumber dalaman mencapai
pada kadar 22.9% manakala pendapatan endowmen sebanyak 4.6% dan

selebihnya geran kerajaan iaitu sebanyak 72.5%. Ini adalah bertujuan


bagi mengurangkan kebergantungan terhadap geran kerajaan bagi

menanggung kos operasi Universiti.

Setiap yang dirancang perlu menepati proses dan prosedur kewangan


yang efisien dan telus. Mulai tahun 2007, Jabatan Audit Negara telah
melaksanakan penarafan penilaian pengurusan kewangan Indeks
Akauntabiliti (IA) dan integriti dalam menguruskan kewangan sesebuah
jabatan. Penarafan Indeks Akauntabiliti (IA) kini telah menjadi salah
satu Key Performance Indicators (KPI) bagi menilai prestasi pengurusan
kewangan universiti. Penarafan yang diperoleh oleh sesebuah jabatan
adalah mencerminkan tadbir urus yang baik dan tahap akauntabiliti
serta integriti yang diharapkan. Dalam tadbir urus kewangan UNIMAS,
kita mensasarkan penarafan 4 bintang pada tahun 2017.
53
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

S umber manusia sesebuah organisasi merupakan modal insan


yang sekiranya dibangunkan dan dibentuk, berupaya memacu
organisasi tersebut ke tahap yang lebih tinggi, sesuai dengan
aspirasi yang ditetapkan. Matlamat ini memerlukan satu perancangan
yang jitu danjelas, serta memerlukan dasar yang berkesan yang meliputi

aspek perancangan strategik, perancangan operasi dan perancangan


modal insan. Perancangan ini amat diperlukan, untuk memimpin
perubahan jangka pendek dan jangka panjang, seterusnya digunakan
untuk menentukan kecemerlangan kualiti dan ketepatan kuantiti

sumber manusia di UNIMAS. UNIMAS HR Blueprint telah dirangka

untuk memperjelaskan hala tuju pengurusan sumber manusia secara


sistematik dan selari dengan visi, misi Universiti, serta menjadi asas
dan rujukan utama untuk merancang, membangun, melaksana dan

menilai program serta aktiviti pengurusan sumber manusia UNIMAS.

Tumpuan diberikan kepada empat skop utama iaitu:


a. Mencari, Menarik, Memilih dan Melantik Modal Insan Yang
Berwibawa;
b. Membangunkan Potensi Modal Insan;
c. Mengekalkan Bakat; dan
d. Pengurusan Risiko dalam Sumber Manusia

56
Amanat Naib Canselor 2016

Pejabat Pendaftar dipertanggungjawab menggalas tugas ini, dengan


memberi fokus berdasarkan perkara yang terkandung di dalam UNIMAS
HR Blueprint, antaranya;
a. Penambahbaikan untuk kriteria penyelidikan, penerbitan,
pengajaran, penyeliaan bagi permohonan kenaikan pangkat bagi
jawatan Profesor Madya dan Profesor
b. Mewujudkan Trek Kepimpinan
khusus kepada staf akademik yang
banyak memberi sumbangan dan khidmat kepada Universiti
c. Penetapan Laluan Kerjaya Baharu dan Kriteria Kenaikan Pangkat
Pensyarah Perubatan di Universiti Awam
d. Penetapan syarat dan kriteria untuk kenaikan pangkat ke jawatan
Pensyarah Kanan DS52
e. Sistem Kenaikan Pangkat akan dibuka
sepanjang tahun bagi
membolehkan calon mengemaskini pencapaian kendiri. Hanya staf
yang telah memenuhi syarat akan dipanggil untuk verifikasi dan
temuduga

Bagi memastikan staf akademik terus memberi sumbangan yang


relevan kepada universiti, penambahbaikan sistem penilaian prestasi
juga sedang dijalankan, antaranya;
a. Penambahbaikan pada kriteria penilaian prestasi sejajar dengan
keperluan semasa dan selari dengan penambahbaikan kenaikan

pangkat. Kriteria penilaian prestasi yang telah digubal secara tidak


langsung akan membantu ahli akademik menentukan hala tuju
kemajuan kerjaya masing-masing
b. Kaedah penilaian bagi staf lantikan baharu dan staf tamat cuti
belajar turut dikemaskini bagi memberi peluang kepada staf
berkenaan menyesuaikan din dan menyediakan perancangan tugas
hakiki terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan dan penerbitan

Justeru, ahli
akademik Universiti
diseru untuk komited dalam
meningkatkan prestasi kerja bagi melonjak kecemerlangan Universiti
dalam dunia yang kian kompleks ciri daya saingnya.

57
Nab Canselor
Amanat

..
..

A
0

.p

S; ýý.. ý ý--ý, ýtýý


.. _ý

ý : al`lýZililtj
- ýý w-_

jI?
ýý\ t .ä
ºý ý

J.
59
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

P embangunan modal insan di UNIMAS juga perlu disokong


dengan pembangunan fizikal yang seimbang, Ia bagi
memastikan UNIMAS terus teguh berdiri untuk bersaing dan
memberi sumbangan dalam pembangunan ilmu dan masyarakat secara
keseluruhan, khususnya di Bumi Kenyalang tercinta ini. Bagi tujuan
tersebut, terdapat beberapa projek baharu telah dikenal pasti dan bakal
dijalankan pada tahun 2016. Antaranya:

a. Pusat Pembelajaran Bersepadu Sibu memberi tumpuan


kepada pelajar pascasiswazah dan pelajar Tahun 3 dan 4 Program
Perubatan. Projek ini akan menyokong pelaksanaan kurikulum

program perubatan dengan mengurangkan kesesakan yang berlaku


di Hospital Umum Sarawak. Sibu akan menjadi pusat aktiviti
pengajaran Tahun 3 dan 4 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
dan program pascasiswazah bersifat kerja kursus yang ditawarkan

oleh beberapa buah Fakulti. Pusat ini akan dilengkapi ruang


pentadbiran, ruang kuliah, kafeteria dan kemudahan rekreasi serta
kolej kediaman pelajar yang mampu menampung 200 orang pelajar.
Kemudahan tempat tinggal untuk 10 orang staf akademik dan
sokongan bersama keluarga masing-masing turut disediakan.

b. Pusat Kecemerlangan Penyelidikan SCORE, Mukah dibina


di atas tapak seluas 100 ekar dan akan memfokuskan usaha-usaha
kolaborasi bersama industri. Bidang yang akan diberi keutamaan
adalah sago, akuakultur, herba, seni dan produk etnik, tenaga
diperbaharui, tanah gambut, pertanian dan perhutanan. Dengan
wujudnya pusat kecemerlangan penyelidikan ini, UNIMAS dapat
berganding bahu menyumbang terus kepada pembangunan SCORE.

60
Amanat Naib Canselor 2016

c. Projek ketiga adalah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan


Pembinaan Atas Tanah Gambut, yang akan ditubuhkan dengan
kerjasama Construction Research Institute of Malaysia CREAM-
CIDB dan Fakulti Kejuruteraan. Pusat ini akan memberi fokus
kepada penyelidikan dan pembangunan yang melibatkan tanah
gambut. Pusat Kecemerlangan ini akan ditempatkan di Fakulti
Kejuruteraan, bersesuaian dengan kedudukan Universiti yang
strategik di kawasan tanah gambut. Selain itu, pusat ini nanti
akan disokong oleh sebilangan pakar yang mantap, bukan sahaja
dalam bidang kejuruteraan, malah ICT dan Sains Sosial. Kita yakin,
kepakaran ini akan membantu CREAM CIDB, menggembleng usaha
bagi meningkatkan teknologi pembangunan di atas tanah gambut.

Sememangnya UNIMAS terus komited dalam menyediakan kemudahan


dan selesa kepada warganya. Antara projek semasa
yang cukup
berjalan adalah kerja-kerja menaiktaraf bangunan Pra
yang sedang
Universiti, pembinaan Bangunan Tambahan untuk Pejabat Akademik,
Pusat Penyelidikan Tumbuhan, pembinaan dan penyiapan
pembinaan
Jambatan dan Jalan Keluar[Masuk ke Kampung Sebayor.

Bangunan Pejabat Staf Akademik


61
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

"'--"-
ýr "
Pusat Penyelidikan Tumbuhan

Bangunan Pra-Universiti

62
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

U NIMAS Engage telah diumum pembentukkannya tahun lalu


untuk memfokus usaha Universiti dalam aspek keterlibatan
industri dan komuniti. Tiga kategori utama industri dikenal

pasti untuk tujuan ini - multi-nasional, GLC, dan Kecil Sederhana.


Sepanjang tahun lalu, UNIMAS Engage berusaha untuk membina
jalinan kerjasama bersama
organisasi terpilih, seperti Shell MDS,
SAINS dan Dayang Salhah. Ini merupakan strategi signifikan dalam

memberi ruang kepada warga akademik Universiti menyesuaikan


produk ilmu dengan keperluan industri.

UNIMAS Engage juga telah berusaha memperkenalkan produk-


produk penyelidikan UNIMAS yang telah dipaten ke pihak industri.
Perbincangan dengan pemilik paten telah dijalankan dan persetujuan
dicapai terhadap beberapa produk yang berpotensi tinggi untuk
dikomersilkan.

Inisiatif UNIMAS
Engage kian mendapat perhatian dari pihak industri
dan masyarakat setempat, seiring dengan agenda pembentukkannya
iaitu untuk mendekatkan Universiti dengan rakan-rakan di industri dan
komuniti di rantau ini. Kerjasama dengan World Wildlife Federation

contohnya, di mana kepakaran IBEC diyakini pihak Kerajaan Negeri


Sarawak, menyaksikan penggunaan suatu sistem pemuliharaan
alam sekitar yang sistematik. Konsepsi idea sebegini sememangnya
sudah menjadi lumrah di negara-negara maju. Dengan sumbangan
UNIMAS, idea ini dapat direalisasikan di lembangan Batang Lupar,
di negeri Sarawak Bumi Kenyalang yang bertuah. Untuk memastikan
UNIMAS tidak ketinggalan dalam mengeratkan kerjasama strategik
dengan pakar-pakar dan ahli industri dari China, UNIMAS Engage
telah menjalin usahasama dengan Sarawak Entrepreneurs Association,
dan bergandingan untuk menganjur ASEAN-China Entrepreneurship
Conference pada bulan September 2015.

64
Amanat Nab Canselor 2016

Pada tahun 2013 kerajaan telah memperkenalkan inisiatif ke lapan


National Blue Ocean Strategy yang dikenali sebagai University
Community Transformation Center atau UCTC. UNIMAS Engage telah
diberi tanggungjawab untuk menangani keperluan inisiatif ini. Secara
keseluruhan sebanyak 25 projek telah dilaksanakan dengan jumlah
dana Ringgit Malaysia 1.2 juta. Projek komuniti UNIMAS adalah
berbentuk transformasi dan bukan
sekadar CSR. Tanya i. ielibatkan
pakar-pakar universiti yang sering berhubung dan bekerjasama erat
untuk menggubah nasib kumpulan fokus. Berdasarkan pengalaman
yang diperolehi, UNIMAS telah menggubal UNIMAS Community
Transformation Model. Tanya telah memudahkan pelaksanaan projek-
projek komuniti yang memenuhi 4 kriteria NBOS berteraskan impak
tinggi dengan kos yang rendah serta pelaksanaan cepat namun memiliki
kelestarian yang berterusan.

65
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

I
Kejayaan UNIMAS melaksanakan pelbagai projek komuniti adalah
disebabkan kepakaran stafnya yang multi-disciplinary dan semangat
keserakanan. Kesemua projek-projek melibatkan bidang-bidang yang
berbeza dan merentasi beberapa fakulti. Satu sinergi yang baik terbentuk,
dan UNIMAS memiliki beberapa kumpulan pakar yang mampu
menerima apa sahaja cabaran yang diberi. Antara kejayaan kumpularf-
kumpulan pakar ini ialah membentuk pakej-pakej pelancongan dalam
kalangan komuniti fokus,menyediakan pemasaran atas talian bagi
PKS tempatan, siri latihan kesihatan dan first-aid untuk rakyat luar
bandar, pakej mempertingkatkan perniagaan melalui penggunaan
teknik yang sistematik, peningkatan produktiviti melalui inovasi mesin

atau proses kerja dan pembentukkan kemahiran yang unik seperti


percetakan dalam format 3D dan kemahiran pembacaan secara multi-
sensory. Pendekatan ini membuahkan impak positif dalam kalangan

staf untuk memperkasakan rakyat dengan menyumbang kepakaran

masing-masing.

Dari Samarahan hingga ke Jeddah


Ilmu di dada disebar
sentiasa
Jalinan komuniti terbina sudah
Terkenal UNIMAS di persada bangsa.

66
Komitmen Bersama
Ke Arah Kecemerlangan

D unia pendidikan padatinggi


alaf ini semakin kompleks
dan bersifat global. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada
pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina di dunia.
Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan
tinggi, setiap dari kita tidak dapat lari daripada pelbagai kemelut dan
cabaran.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga UNIMAS atas pemuafakatan

yang jitu bagi merealisasikan hala tuju Universiti mengikut acuan yang
kita perlukan. Kejayaan UNIMAS sehingga kini, sebahagian besarnya

adalah hasil
sumbangan serta kesungguhan setiap dari anda. Kerana

anda, perancangan dapat diterjemah kepada hasrat dan harapan.


Kerana anda, usaha memartabatkan bidang ilmu ke arah melahirkan

modal insan kelas pertama yang berkualiti kian jelas.

Perhimpunan hari ini sesungguhnya menjadi bukti kepada bulatnya


tekad, teguhnya komitmen serta sepadunya matlamat kita semua

untuk berbakti melalui iltizam yang ikhlas dengan membina muafakat,

menggembleng idealisma, cita-cita dan hasrat berlandaskan tradisi


ilmu. Kesempurnaan dalam semua aspek sangat dititikberatkan dan

saudara-saudarilah pelaksananya, yang mengutamakan kecemerlangan

akademik, langsung bangkit dengan memperkemas segala prosedur,


sumber dan tenaga dalam organisasi bagi mencapai sasaran KPI yang
dipateri dalam tempoh yang telah ditetapkan.

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.


Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan
serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran dan saling
menasihati dengan kesabaran. "
[Al-Asr (103): 1-31

Masa adalah anugerah Illahi. Semalam adalah kenangan, hari ini


adalah kenyataan dan esok adalah harapan. Dalam kita mengharungi
kehidupan, berusahalah untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada
hari semalam dan seterusnya hari esok lebih baik daripada hari ini.
68
Amanat Naib Canselor 2016

Jadikanlah tahun 2016 sebagai titik tolak buat saudara saudari untuk Bahtera telahpun menarik " sauh, tanda
transformasi dalam budaya kerja seharian. Setiap pelayaran sudah kiermula&yuh hersama kita
melakukan minda
tugasan diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. melakar sejarah yang penüh, gpmilang. Saya
perlu
Setiap amanah perlu patuh pada tarikh, proses, syarat dan dasar yang sangat berharap *"'`
agar apý, guhan' daxý
kerja `kemahuan' yang menya1a a kita
ditetapkan. Binalah senarai perancangan masa untuk dirujuk,
kita tidak terlepas dan untuk bertindak dengan semua tidak akan pernah p4,,
ý aliknya
agar peluan- mang
ktif terus menyala dan pana 'ý
ý` ; ngga ke
(4,(, (hill .. s;.
penghujung perjalanan.
Saya percaya hanya dengan disiplin yang kuat seseorang itu boleh
kemajuan dalam kehidupan. Oleh itu, harus diubah Akhir kata saya VeM a ý-"Var kita semua
mencapai yang
adalah disiplin pola fikir. Transformasikan idea anda untuk menjadi diberi petunjuk ke jalan klebenaran. Hidup

realiti. Berfikirlah secara positif untuk menerima perubahan, dem i di dunia hanyalah sementara; dunia ini
kebaikan Buktikanlah bahawa kita warga UNIMAS cuma pinjaman dan
(li akhiratlah kita
universiti. yang
benar-benar bekerja untuk faedah masyarakat, bukan
mementingkan kekal untuk selama-l<unanya. Saya akhiri
diri sendiri sehingga mencalarkan citra nama baik UNIMAS sama ada dengan doa agar usa-lLa kita diberkatiNya.
4m

komunikasi, bekerja Maha sui Engkau Yi Allah. Kami tidak


pada aspek cara atau penampilan ciri peribadi.
mempunv, ii pengc, týihuan selain daripada
Engkau jepada kami;
Marilah bekerja bersama-sama dengan saya untuk menjadikan UNIMAS apa yang ajarkan
kekuatan dalam bidang- sesungguhnya Engkau jualahiYang Maha
sebagai sebuah universiti yang mempunyai
bidang tujahan tertentu dan dikenali ramai. Jangan kita berhenti Mengetahui, lagi Maha Bijak4na. Semoga

daripada berusaha dan bekerja kuat untuk membawa kecemerlangan. kita -wniua diberkati Allah S.
Jangan kita berhenti dari sentiasa membuat kebaikan dan kebaktian di
bumi. Confucius berkata: "Usah berapa lama anda Wabillahi tt&fik wal hidayäh,
muka pernah peduli
berjalan, asalkan anda tidak berhenti" (It does not matter how slowly wassalamualaikum warah*atullahi
you go so long as you do not stop). wabarakatuh.

Dengan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa
semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk
melaksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah dalam merealisasikan
kejayaan UNIMAS dengan penuh ikhlas dan komited. Perbezaan antara
berjaya dengan yang tidak, bukanlah kerana kekurangan
mereka yang
kekuatan, atau kekurangan ilmu, tetapi perhezýian itu terletak kepada
kekurangan `kesungguhan' dan `kemahuan'.
4

69
Cuaca redup di tepi muara
Angin Barat bertiup nyaman
Bahtera hidup kemudinya usaha
Tanamkan kudrat pada keazaman. A" Barat
11
nyaman
B""".
1. 'I.

Tanamkan 1.1.1. keazaman


;it 1

,

/ /ý
,i INTEGRITI INTEGRITY ý
IKHLAS SINCERITY
ýý
ý fký COLLEGIALITY 'ý1
INOVATIF
" "

TABAH
SIDANG EDITOR
i" Prof Dato' D".
". ""

ý". "
"ý".

Prof Dr Rohaya
"""
.".

Prof Dr
-" Tarmiji "

I.

Mizan ""

Budiman
Yulhardy

ýýj "-9j--K9
Salmiah Abdul Hamid
Yulhardy Budiman

FOTOGRAFI:

Fitzpatrick RickyGuing
W`i
ý : :Xý
ºJ .::
.+: ý"ý: ý ISBN 978-967-5521

ýIýIl
wwý. iwWwoulp
9
Illi

You might also like