You are on page 1of 1

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat

bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha


mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan


ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara
baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan
bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau


perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar
negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan
peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di
seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau
dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan


membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan
sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih
baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca


buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan
sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku
amalan

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat


diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus
dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat
di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai
budaya hidup mereka.

You might also like