You are on page 1of 4

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.

Semua
lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana
Membaca Jambatan Ilmu.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum
ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa
yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi,
bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh
dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di
bawah tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat
mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita
didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu
perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku


seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca
buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan


membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu
mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan
membaca sebagai budaya hidup mereka.
Kebudayaan Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga
kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar
dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama
Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai
pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada
penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung.
Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian,
berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang
ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu,
bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga
kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi
Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di
rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh
pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di
Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup
berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden
Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai
pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan
sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan
rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun
pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini
menjawat jawatan profesional seperti doktor.
Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat
Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia.
Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini
mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India,
dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman,
dan barangan perak dan tembaga.
Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak
hinggalah yang ringan seperti kuih.
IMPLIKASI PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KEPADA MURID-MURID

Dalam menelusuri era kemodenan dunia semakin pesat berkembang maju dan
pelbagai teknologi baru yang serba canggih telah tercipta memberi kemudahan dan
kesenangan kepada manusia sejagat. Sehinggakan dunia hari ini dikenali sebagai dunia tanpa
sempadan atau dunia globalisasi. Begitu juga dengan penciptaan telefon bimbit yang semakin
canggih dan maju telah menjadi satu trend masa ini. Lebih-lebih lagi terciptanya telefon
pintar yang mengandungi pelbagai aplikasi sistem pesanan ringkas seperti telegram ‘,whats-
upp’ , ‘video call’ dan ‘skype’.

Penggunaan telefon bimbit menimbulkan pelbagai implikasi kepada murid –murid


sama ada positif mahupun negetif . Antaranya , murid akan menggunakan wang simpanan
untuk membeli telefon bimbit . Selalunya telefon yang canggih dan berjenama harganya
mahal hingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Murid juga menggunakan wang simpanan
untuk membeli kad tambah nilai. Malah pemerhatian mendapati bahawa murid sanggup tidak
makan di kantin sekolah dan sanggup berlapar semata-mata untuk memastikan duit saku
dapat digunakan untuk membeli kad tambah nilai. Akibatnya murid menjadi tidak cergas
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran . dengan ini prestasi akademik mereka
merosot dari sehari ke sehari.

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid dapat mendorong kepada kegiatan
tidak sihat yang lain. Imsalnya , untuk bergaya dengan telefon bimbit yang canggih dan
berjenama ,murid sanggup mencuri. Mereka sanggup mencuri duit atau menipu ibu bapa
semata-mata untuk mendapatkan duiit bagi membeli telefon atau kad tambah nilai. Justeru ,
akhlak dan moral seseorang murid itu akan tergugat kerana kegilaan terhadap telefon
bimbit. Sekiranya hal ini tidak dibendung , maka akan lahirlah generasi muda yang tidak
berkualiti. Harus diingat bahawa pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara .Maka jika
rosak bangsa maka rosaklah negara.

Telefon bimbit juga menyebabkan murid-murid leka dengan talian telekomuikasi


seperti asyik dengan sistem pesanan ringkas. Ada juga yang terlalu sibuk dengan aplikasi
permainan yang tersimpan dalam telefon bimbit tersebut. Mereka sanggup membuang masa
berjam-jam atau berhari-hari melayani permainan tersebut malah ada juga permainan ini
yang membahayakan keselamatan Contohnya permainan ‘Pokemon Go’. Mereka hanya
mementingkan keseonokan semata-mata. Hal ini menjadikan murid-murid hilang tumpuan
terhadap pelajaran masing-masing. Oleh itu ,murid akan gagal dalam pelajaran dan akan
berasa kecewa akhirnya.

Tuntasnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid banyak memberikan


implikasi yang negetif berbanding impak yang positif. Oleh itu semua pihak perlu
memainkan peranan memastikan penggunaan telefon bimbit ini dalam kalangan murid
berada di landasan yang betul. Begitu juga dengan syarikat telekomunikasi yang
bertanggungjawab mengeluarkan kad prabayar . Iklan-iklan kad prabayar yang dikeluarkan
hendaklah dihadkan agar murid tidak terpengaruh. Iklan prabayar juga hendaklah
mengandungi kata-kata nasihat atau pernyataan peringatan kepada murid. Hal ini
hendaklah dilakukan sebagai suatu inisiatif dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan
bukan untuk mencari keuntungan semata-mata.

You might also like