You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LAGUNA MERBOK,

BANDAR LAGUNA MERBOK,


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. TEL : 04 – 4445021
E-mail : sklagunamerbok.ppdkmy@gmail.com FAKS : 04 – 4445105
KBA 3057
______________________________________________________________________________________________________

“ KEDAH GEMILANG “

Ruj. Kami : SKLM/20/009/7( 1 )


Tarikh : 27/01/2014

Kementerian Pendidikan Malaysia,


Aras 1, Zon A, Wisma Persekutuan Anak Bukit,
Puast Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
06550 Bandar Muadzam Shah, Kedah.
( u.p: Bahagian Audit Sekolah )

Tuan,

JAWAPAN LAPORAN AUDIT TAHUN 2015

Adalah saya dengan hormatnya merujuk surat tuan KP.1383/KED/SK/386 ( ) bertarikh


05/12/2016 berkaitan perkara di atas.

2. Berdasarkan laporan dan teguran daripada pihak audit sekolah, dengan ini dimaklumkan
bahawa pihak sekolah telah mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berikut bagi tahun
kewangan tahun 2016.

3. Pihak sekolah memohon maaf kerana terlepas pandang dan lambat menjawab maklum balas
Laporan Audit Tahun 2015.

2.1 Bagi tujuan pembelian printer pihak sekolah berjanji akan lebih berhati-hati dengan
maksud perbelanjaan dan akan membuat permohonan kelulusan terdahulu dari unit
ICT JPN serta mematuhi arahan dan melaksanakan pada tahun berikutnya.

2.2 Penggunaan wang SUWA juga pihak sekolah berjanji akan memastikan permohonan
kelulusan dari Jabatan Pendidikan Kedah terlebih dahulu mengikut keperluan yang
sepatutnya.

2.3 Bagi Baucer tuntutan untuk program-program yang dituntut, saya berjanji akan
memastikan semua dokumen dan bil yang lengkap disertakan bersama baucer bayaran
bagi tahun semasa.

2.4 Pihak sekolah sekali lagi mohon maaf kerana masih berlaku keciciran cop tarikh terima
pada bil /invois dan berjanji akan memastikan supaya ianya tidak berulang kesilapan
bagi tahun semasa supaya bil/invois dapat dibuat pembayaran dalam tempoh 14 hari
penerimaan bil/invois.
2.5 Berkaitan perakuan/kemasukan stok di borang pesanan sekolah, pihak sekolah juga
mohon maaf kerana masih terlepas pandang untuk membuat semakan sepenuhnya dan
saya berjanji akan memastikan supaya ianya dapat dibuat penambah baik pada tahun
semasa dan tahun yang akan datang.

2.6 Pihak sekolah akan memastikan untuk menghantar bersama buku daftar bil, dokumen
berkaitan stok pada tahun semasa dan akan datang. Keratan Cek Tahun 2015 telah
telah dihantar bersama dokumen-dokumen lain dan dikembalikan ke sekolah semula
untuk kegunaan tahun semasa.

4. Pihak sekolah berjanji supaya tatacara pengurusan kewangan sekolah pada tahun semasa dan
tahun yang akan datang lebih teratur serta mematuhi arahan perbendaharaan yang telah ditetapkan
serta mematuhi syor-syor dari pejabat audit sekolah untuk penambah baik bagi pengurusan
kewangan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..

rd/sklm

You might also like