You are on page 1of 1

Amalan keluar rumah

Bismillah 5

Maksudnya:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang.


2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia
maha mendengar lagi maha mengetahui.

Khasiat Ayat Ini

1. Penawar bisa
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan,gila merian
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
4.pendinding diri
5.penggerak
6.dibaca pada minyak untuk urutan

Amalan untuk pendinding diri dan rumah

Disini diantara kaedah ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir
dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para anbiya. Ilmu ini
tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kesungguhan juga
istiqamah.Dilakukan Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.
1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana
Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).
3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi
dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat
kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembok/benteng yg
amat kebal dan juga memagar diri dengan jarak sejauh mata memandang . Sesudah
selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembok/benteng itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 7 kali sehingga kita berada dalam satu
tembok empat persegi yang sempurna dan satu ditengah2 diri.
5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5
minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk
keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah
Yang Esa.

You might also like