You are on page 1of 9

ULASAN KRITIS

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


(EDU 3083)

ULASAN KRITIS BAGI JURNAL

“ 5 AMALAN KEPIMPINAN TERBAIK UNTUK SEKOLAH “ORGANISASI


PEMBELAJARAN” ”

Oleh

Nurathirah binti Shamsuddin

1.0 PENGENALAN

Jurnal ini keseluruhannya membincangkan tentang lima amalan kepimpinan terbaik


untuk sekolah “organisasi pembelajaran”. Jurnal ini ditulis oleh Rosnah Binti Ishak dan
Muhammad Faizal Bin Abd Ghani. Menurut Senge (1990) mendefinisikan organisasi
pembelajaran sebagai satu organisasi iaitu ahlinya sentiasa mengembangkan kapasiti mereka
untuk melahirkan hasil yang mereka ingini, baru, dan corak pemikiran yang berharga dipelihara
hasrat kolektif diberi kebebasan dan masyarakat secara berterusan belajar bagaimana untuk
belajar bersama. Menurut Abdul Ghani Abdullah (2009) organisasi pembelajaran ialah berkaitan
dengan sekolah ialah organisasi pendidikan yang tidak berasaskan perniagaan dan keuntungan.
Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa sekolah tidak perlu mempunyai daya saing. Dengan
perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan kini, ibu bapa mahu anak mereka mendapat
pendidikan di sekolah yang terbaik. Justeru, sekolah perlu menjadi sebuah institusi yang
berkesan dalam menyebarkan ilmu dan juga mendidik pelajar menjadi insan seimbang. Kajian
oleh Muhammad Faizal (2008) mendapati antara ciri sekolah berkesan di Malaysia ialah sekolah
sebagai organisasi pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menyenaraikan amalan kepimpinan
terbaik sebagai panduan untuk menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran. Dalam
kajian ini juga, kutipan data dibuat dengan menggunakan teknik Delphi tiga pusingan. Selepas
menjalankan tiga pusingan tersebut, dapatan kajian telah menemui lima elemen kepimpinan
terbaik organisasi pembelajaran. Antara elemen tersebut ialah menyediakan ruang dan peluang
pembelajaran untuk guru, menjadi model pembelajaran, menggalakkan inovasi, memberikan
penghargaan dan pengiktirafan serta membangunkan potensi warga sekolah. Kesemua eleman

1
ULASAN KRITIS
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(EDU 3083)

yang dikaji ini telah dibincangkan secara menyeluruh dalam jurnal ini. Kesemua elemen ini
memberikan impak yang besar dalam pendidikan negara kita. Kepimpinan merupakan aspek
paling penting dalam proses transformasi organisasi untuk menjadi komuniti pembelajaran yang
berkesan. Pemimpin yang berintegriti diperlukan oleh sebuah organisasi sekolah bagi
mewujudkan sekolah yang berjaya dalam semua bidang bukan sahaja bidang akademik.

2.0 RINGKASAN

Kajian ini telah menggunakan teknik Delphi tiga pusingan. Menurut Harold A Linstone
(1975) teknik Delphi adalah teknik komunikasi berstruktur, yang dikembangkan sebagai kaedah
amalan interaktif yang bergantung pada jumlah pakar teknik Delphi tiga pusingan ini sesuai
digunakan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat bagi masalah atau fenomena yang masih
baharu. Menurut Garrod (2007) teknik ini sangat fleksibel untuk diaplikasi dalam pelbagai
situasi dan berbagai masalah yang kompleks, iaitu apabila tidak kaedah analisis yang sesuai
untuk digunakan. Menurut Norazam Abd Aziz (2009) kepakaran dalam bidang ini dipilih untuk
menjalani teknik ini iaitu yang berkeupayaan dan bersedia untuk melibatkan diri dalam kajian
serta mempunyai kemahiran dan komunikasi yang berkesan. Selain itu, teknik Delphi juga
mempunyai beberapa pusingan maklum balas yang berfungsi sebagai menguji kesahan dan
kebolehpercayaan data yang diperolehi. Kaedah tematik juga digunakan untuk menguji dan
mengkaji kaedah temu bual

Melalui teknik ini, telah menemui sebanyak lima elemen dan 36 amalan berkaitan
kepimpinan organisasi pembelajaran. Seterusnya, satu soal selidik dibina berdasarkan item-item
amalan yang telah disenaraikan untuk kegunaan dalam pusingan kedua. Dalam pusingan kedua,
soal selidik yang telah dibina ditabdirkan kepada 15 orang pakar yang sama untuk diberi
penilaian semula menggunakan skala Likert lima poin. Mereka digalakkan untuk menambah
item baharu, menggugurkan item atau menambah baik item sedia ada. Data dalam sesi pusingan
kedua ini telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif Ukuran Kecenderungan
Berpusat (UKB), iaitu median dan mod serta Julat Antara Kuartil (JAK). Sesi pusingan kedua
Delphi ini juga telah menerima beberapa cadangan sebagai item tambahan dan penambahbaikan

2
ULASAN KRITIS
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(EDU 3083)

item sedia daripada 15 orang pakar. Sebanyak lima elemen telah menerima persetujuan yang
tinggi dalam kalangan pakar sebagai elemen penting kepimpinan untuk organisasi pembelajaran.
Manakala, sebanyak 42 amalan telah dipersetujui pada tahap tinggi oleh semua pakar sebagai
amalan kepimpinan terbaik untuk sekolah organisasi pembelajaran. Elemen-elemen tersebut
ialah menyediakan ruang dan peluang pembelajaran untuk guru, menjadi model pembelajaran,
menggalakkan inovasi, memberikan penghargaan dan pengiktirafan serta membangunkan
potensi warga sekolah terutamanya antara guru dan murid. Kajian ini bertujuan melihat
bagaimana kejayaan sesuatu organisasi itu ialah berasaskan pemimpinnya. Oleh itu, melalui
kajian ini pengkaji cuba untuk mencari amalan kepimpinan sekolah yang terbaik untuk dijadikan
rujukan sistem pendidian negara.

3
ULASAN KRITIS
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(EDU 3083)

3.0 KRITIKAN

Kritikan dalam kajian ini ialah teknik Delphi ini dikatakan tidak begitu relevan kerana ia
tidak memikirkan persekitaran masa kini dan jangkaan yang akan berlaku pada masa hadapan
mengenai sistem pendidikan di Malaysia. Ini kerana sistem pendidikan negara kita berubah
mengikut peredaran masa. Teknik ini juga di mana pakar tidak dapat menafsir sesuatu perkara
dengan baik dan tidak menggunakan kepakarannya dengan betul. Menurut Garrod (2007) antara
kelemahan teknik ini ialah mengambil masa yang lama serta hasilnya merupakan dari tanggapan
sahaja. Namun begitu, hasil dapatan berkaitan dengan organisasi pembelajaran ini memuaskan
biarpun mengambil masa yang lama. Mungkin penyelidik boleh mencari satu lagi kaedah yang
menjimatkan masa namun masih menggunakan teknik yang sama.

Melalui hasil kajian mempunyai tiga implikasi. Secara teorinya, kajian ini meyumbang
kepada perkembangan literatur berkaitan organisasi pembelajaran khususnya dalam bidang
pendidikan yang kurang diberi perhatian. Menurut Samsuddin Osman (1999) adalah kemestian
pemimpin untuk membina organisasi sebagai organisasi pembelajaran. Dari sudut dasar
pendidikan, pihak yang terbabit dengan latihan kepimpinan kepada pengetua dan guru besar
sekolah seharusnya peka dengan amalan kepimpinan yang lebih praktikal untuk membangunkan
sekolah yang cemerlang. Menurut Zuraidah Abdullah (2009) dicadangkan kepimpinan sekolah
dilatih untuk menginstitusikan amalan kepimpinan organisasi pembelajaran dengan pemantauan
pihak atasan. Dari sudut amalan pula, kepimpinan sekolah perlu mengaplikasikan amalan
tersebut berdasarkan konteks sekolah masing-masing.

Menurut Reynold & Ablett (1988) organisasi pembelajaran meningkat kemampuan


organisasi untuk menyelesaikan masalah dan perubahan sikap ke arah meningkat prestasi di
semua peringkat. Menurut Rahman Shukor & Maznah Arshad (2007) pembangunan modal insan
guru perlu diberi perhatian sewajarnya memandangkan selama ini kepimpinan sekolah lebih
memberi tumpuan kepada pencapaian pelajar. Watkins dan Marsick (1993) menyatakan bahawa
pembelajaran berterusan sering dimulakan dengan masalah kerja atau cabaran kerja tersebut.
Pembangunan diri dan profesionalisme guru adalah strategi yang dapat menjamin peningkatan
pencapaian pelajar dan sekolah secara keseluruhannya.

4
ULASAN KRITIS
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(EDU 3083)

Kajian ini boleh dilanjutkan dengan kajian pembinaan program yang bersesuaian bagi
mengukur dan menilai tahap pelaksanaan amalan tersebut di sekolah. Satu kajian jangka panjang
juga boleh dilaksanakan dengan menginstitusikan amalan ini kepada pemimpin sekolah tercicir
bagi melihat kesan jangka panjang amalan ini kepada pencapaian sekolah. Kajian ini juga boleh
dilanjutkan sebagai satu kajian kuantitatif di sekolah menggunakan soal selidik yang telah dibina
untuk pusingan kedua dan ketiga Delphi dalam kajian ini. Dicadangkan juga, kajian ini
diperluaskan dengan menjalankan kajian yang serupa di sekolah luar negara. Kajian ini boleh
dilaksanakan sebagai satu kajian perbandingan dalam konteks perbezaan budaya pembelajaran di
antara sekolah di dalam dan luar negara. Perbezaan dari segi elemen dan amalan kepimpinan
sekolah organisasi pembelajaran boleh dijangkakan daripada kajian tersebut. Dapatan kajian
lanjutan tersebut boleh memberi sumbangan besar kepada ilmu pengetahuan sedia ada berkaitan
kepimpinan sekolah dan organisasi pembelajaran.

Di samping itu, kajian ini hanya mementingkan memberi penekanan kepada peranan
kepimpinan sekolah untuk menyediakan ruang dan peluang yang menyokong pembelajaran guru,
menjadi model pembelajaran, menggalakkan inovasi, memberikan penghargaan dan
pengiktirafan sepenuh hati serta membangunkan potensi warga sekolah secara berterusan.
Seharusnya, kajian ini meliputi dan mengambil kira aspek yang lain seperti peranan guru dalam
mengembangkan potensi dan kebolehan murid. Guru berperanan dalam memberikan galakan dan
dorongan. Menurut Benard H.W (1965) dalam buku Psikologi Pembelajaran oleh Kamaruddin
Hj. Hussin, motivasi merupakan kecendurangan diri seseorang yang dapat mempengaruhi
tingkah lakunya. Dengan dapat membangunkan organisasi pembelajaran yang positif dan mantap
dan meningkatkan kualiti pendidikan negara di seantero dunia.

5
ULASAN KRITIS
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(EDU 3083)

4.0 KESIMPULAN

Organisasi yang akan terus kekal adalah organisasi yang berusaha secara berterusan
meningkatkan pembelajaran dalam organisasi. Keadaan in imemerlukan organisasi mencari
sumber ilmu dan maklumat Konsep organisasi pembelajaran masih dianggap baharu dan kurang
difahami, terutamanya dalam konteks pendidikan peringkat rendah dan menengah di Malaysia.
Watkins dan Marsick (1996) mengukuhkan bahawa organisasi pembelajaran mempunyai kapasiti
untuk mengintegrasikan manusia dan struktur yang membawa organisasi ke arah pembelajaran
berterusan dan perubahan. Kajian ini dapat membangunkan senarai amalan kepimpinan terbaik
sebagai panduan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran. Kutipan data dibuat
menggunakan teknik Delphi tiga pusingan. Pusingan pertama melibatkan temu bual bersama 15
orang pakar pendidikan. Manakala, pusingan kedua dan ketiga menggunakan soal selidik yang
telah dibina dan ditadbirkan kepada lima belas orang pakar yang sama. Data temu bual dianalisis
menggunakan kaedah tematik. Data pusingan kedua dan ketiga dianalisis menggunakan statistik
deskriptif, iaitu skor mod, median dan Julat Antara Kuartil (JAK). Dapatan kajian menemui lima
elemen kepimpinan terbaik organisasi pembelajaran. Elemen tersebut ialah menyediakan ruang
dan peluang pembelajaran untuk guru, menjadi model pembelajaran, menggalakkan inovasi,
memberikan penghargaan dan pengiktirafan serta membangunkan potensi warga sekolah.
Sebanyak 42 amalan telah dipersetujui oleh panel pakar sebagai amalan kepimpinan terbaik
untuk sekolah “organisasi pembelajaran”. Implikasi kajian mencadangkan amalan tersebut
dilaksanakan oleh pengetua dan guru besar bagi membentuk sekolah menjadi organisasi
pembelajaran yang berjaya.

(1300 patah perkataan)

6
ULASAN KRITIS
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(EDU 3083)

5.0 RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah (2009) Kepimpinan Dan Penambahbaikan Sekolah. Kuala Lumpur:
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Garrod (2007). The Delphi Technique. Univerisiti Of Wales Aberystwyth. Wales : Institute Of
Rural Science

Jamal@Nordin Yunus (2009) Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Dan Budaya


Organisasi Dengan Organisasi Pembelajaran Di Sekolah Harapan Negara Kategori
Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Luar Bandar. Tesis Doktor
Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Kamaruddin Hj Husin (2010) Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distribution Sdn Bhd.

Linstone, H.A, & Turoff, M. (Eds.). 2002. The Delphi Method: Techniques And Applications.
Http://Is.Njit.Edu/Pubs/Delphibook/Ch1.Html. Oktober 5, 2010.

Marsick. V.J. & Watkins, K.E. (1999). Facilitating Learning Organizations, Making Learning

Count. Brookfield. VT: Gower.

Norazam Abd Aziz (2009) Hubungan Budaya Dengan Organisasi Pembelajaran Di Sebuah
Universiti Awam. Universiti Teknologi Mara. Melaka Bandaraya Bersejarah

Rahman Shukor & Maznah Arshad (2007) Organisasi Pendidikan Sebagai Satu Sistem Sosial
Https://Www.Scribd.Com/Document/100118398/Organisasi. 31 Januari, 2010.

Reynolds,R. and Ablett, A. (1998) Transforming The Rhetoric Of Organisational Learning To


Thereality Of The Learning Organisation. Learning Organisation

7
ULASAN KRITIS
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(EDU 3083)

Samsuddin Osman, (1999). Human Resource Management And The Changing Role Of The

Public Service. Paper Presented At The 4th National Civil Service Conference 15 – 17

July 1999 Organised By INTAN And PPTD.

Senge, P.M. (1990), The Fifth Discipline: The Art And Practice Of The Learning Organization,

Doubleday, New York, NY.

Watkins, K.E. & Marsick, V.J. (1993). Sculpting The Learning Organization. San Francisco:
Jossey-Bass.
.
Zuraidah Abdullah (2009) Pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional: Kajian Terhadap
Sekolah Menengah Di Malaysia. Jurnal Manajemen Pendidikan 5(2): 78-96.

8
ULASAN KRITIS
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(EDU 3083)

LAMPIRAN JURNAL :
“ 5 AMALAN KEPIMPINAN TERBAIK UNTUK SEKOLAH
“ORGANISASI PEMBELAJARAN” ”

OLEH

ROSNAH BT ISHAK
&
MUHAMMAD FAIZAL ABD. GHANI

You might also like