You are on page 1of 6

AMALI 3

TAJUK

Mengkaji morfologi bagi tumbuhan Gimnosperma dan Angiosperma.

OBJEKTIF

1. Untuk membuat kajian dan pemerhatian bagi tumbuhan Gimnosperma dan


Angiosperma.
2. Mengkaji morfologi bagi kedua-dua tumbuhan ini daripada segi bentuk daun, batang
bunga, saiz daun batang dan bunga serta sifat-sifat fizikalnya yang lain.
3. Membuat pengelasan bagi kedua-dua jenis tumbuhan ini.

TEORI :

Morfologi boleh ditakrifkan) sebagai suatu bidang yang mengkaji struktur-strutur


dan bentuk atau ciri-ciri fizikal bagi sesuatu organisma. Oleh yang demikian morfologi
bagi tumbuhan ini boleh didefinisikan sebagai ilmu mengkaji berbagai organ tumbuhan,
bahagiannya, bentuk serta fungsi tumbuhan tersebut.Secara teorinya, bahagian utama
yang terdapat pada tumbuhan ini terdiri daripada batang, akar dan daun. Manakala
bagi bahagian lain pula dianggap sebagai organ sekunder seperti bunga, buah dan
biji.Angiosperma merupakan apa sahaja tumbuhan yang mengeluarkan bunga. Istilah
bagi angiosperma yang berasal dari Bahasa Yunani ini memberi maksud tanaman
berbunga yang terhasil dengan mengembangkan benih yang tertutup. Angiosperma juga
turut dikenali sebagai tumbuhan yang mempuyai biji tertutup dimana ia boleh
dikelaskan kepada dua jenis sama ada dikotiledon ataupun monokotiledon. Ciri-ciri
umum yang ditunjukkan bagi angiosperma adalah sifatnya yang berbunga, cara
pembiakan biseks dan unisex,menghasilkan buah dan juga mempunyai bentuk daun
yang rata dan lebar.Manakala, bagi gimnosperma pula dikelaskan sebagai tumbuhan
berbiji yang terbuka yang mempunyai ciri-ciri seperti berbatang lembut, tulang daun
yang berbentuk jarum, dan tidak menghasilkan buah. Tumbuhan yang akan dikaji dan
diperhatikan morfologinya pada amali kali ini ialah:

Nama Tumbuhan Nama Saintifik


RosJepun Portulaca Grandiflora
BungaTahiAyam Lantana Camara
Pokok Ru Casuarinaequisetifiloa
Serai Cymbopogoncitratus
BAHAN DAN RADAS :
Kanta pembesar, skapel, forsep, bunga ros jepun, bunga tahi ayam, serai, Taiwan
beauty dan pokok ru, kertas, pensil,

PROSEDUR :
1. Pelajar dikehendaki untuk mencari pelbagai jenis tumbuhan yang terdiri daripada
tumbuhanan giosperma dan gimnosperma.
2. Kemudian nama-nama saintifik bagi tumbuhan-tumbuhan tersebut mestila dicari
terlebih dahulu sebelum amali dijalankan .
3. Sewaktu di makmal menjalankan amali, setiap tumbuhan perlu dikaji dengan
teliti menggunakan kanta pembesar.
4. Bahagian batang, daun dan akar semua tumbuhan dilukis dan dicatat beberapa
data mengenainya (Rujuk jadual 1).
ANALISIS DATA

GAMBARAJAH LAKARAN MORFOLOGI TUMBUHAN :


PERBINCANGAN
Mengaplikasikan sifat-sifat umum tumbuhan yang dikaji dalam kehidupan
manusia dan alam sekitar.

Tumbuhan pertama , iatu bunga Ros Jepun dengan nama saintifiknya adalah
Portulaca Grandiflora, menunjukkan ciri-ciri morfologi batang yang lurus dan
tegak,mempunyai kayu yang lembut, berpermukaan licin serta tidak
mempunyai duri, manakala batangnya tumbuh kea rah atas dan tidak
mempunyai cabang. Manakala morfologi daun baginya ini diperhatikan
berbentuk kanopi dan mempunyai urat daun yang berjejala. Secara teorinya,
daun berbentuk kanopiakan menerimai cahaya matahari dalam kuantiti yang
banyak. Manakala urat daun berjejala ini memberi fungsi sebagai laluan yang
mengangkut nutrient kebahagian tumbuhan yang lain. Bagi akarnya pula,
adalah akar tunjang. Akar tunjang penting dalam membentuk radikel dan
membesar menjadi biji benih.

Ciri-ciri yang terdapat pada bunga ros jepun ini menyebabkan ia boleh digunakan
dalam kehidupan manusia sebagai ubat dan merawat luka. Iaitu dengan cara
menghancurkannya dan menampal pada bahagian luka. Tumbuhan kedua
:Pokok Ru (Casuarinaequisetifiloa) ciri morfologi adalah berbeza dengan pokok
ros jepun kerana ia tidak berbunga. Malah ia juga spesies yang berkayu keras
dan mempunyai permukaan kasar pada kayu. Pokok ru mempunyai batang yang
bercabang kesisi dan mempunyai akar tunjang. Daunnya pula berbentuk kon
dan urat pada daunnya berbentuk jejarum. Daun berbentuk jarum adalah sebuah
adaptasi kepada persekitaran yang sejuk. Dalam kehidupan manusia , pokok ru
digunakan untuk membuat perahu dan bahanapi,

Tumbuhanketiga : Taiwan Beauty (CupheaHyssopifolia). Morfologi bagi batang


ialahberkayu keras, permukaan kayu yang keras tetap itidak berduri namun
mempunyai cabang. Bentuk susunan daun adalah random. Taiwan Beauty
banyak dijadikan sebagai ubat untuk merawat luka dan pelbagai penyakit lain.
Tumbuhankeempat adalah serai atau nama saintifiknya Cymbopogoncitratus.
Tumbuhan ini menunjukkan ciri tidak berbunga, mempunyai batang yang tegak
dan lurus, berbatang lembut, permukaan batang yang licin dan tiada cabang.
Susunan daunnya pula tidak spesifik dan mempinyai urat. Daun serai ini
mempunyai ‘miang’ yang berfungsi sebagai banteng pertahanan tumbuhan.
Aplikasi dalam kehidupan dan alam sekitar, serai biasanya digunakan dalam
masakan. Dari segi perubatan , serai, boleh digunkan untuk mencegah kanser
(anti-kanser). Ia hal ini kerana serai menyebabkan sel-sel kanser mati. Malah ciri-
ciri anti septic pada serai boleh menghapuskan mikroorganisma yang jahat
seperti kulat.

KESIMPULAN :

1. Selepas kaian dibuat ke atas setiap struktur tumbuhan-tumbuhan yang dinyatakan,


didapati tumbuhan ini diklafikasikan kepada dua jenis morfologi.
2. Tumbuhan Portulaca Grandiflora (bunga cina) dan Cuphea Hyssopifolia (Taiwan
Beauty) merupakan tumbuhan yang tergolong dalam Angiosperma kerana sifatnya
yang paling ketara iaitu mengeluarkan bunga.
3. Tumbuhan Casuarina Equisetifolia (pokok ru) dan Cymbopogon Citratus (Serai)
merupakan tumbuhan yang tergolong Gimnosperma iaitu tumbuhan yang tidak
mengeluarkan bunga.
LAMPIRAN

You might also like