You are on page 1of 12

SULIT

UJIAN BULAN MAC 2016


SAINS 018/1
Kertas 1
1 jam Satu jam

NAMA:___________________________ TAHUN: 5____________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.


Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan,

4. Serahkan kertas jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada


akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak


SULIT

1. Apakah perkara yang perlu kamu lakukan sebelum keluar daripada Bilik
Sains?

A Memasang kipas.
B Memeriksa peti pertolongan cemas
C Menghidupkan api penunu Bunsen.
D Menyusun meja dan kerusi.

2. Antara berikut merupakan perkara yang perlu dielakkan semasa berada di


dalam makmal sains kecuali

A Membuang sisa bahan berbentuk pepejal ke dalam sinki.


B Menggunakan bahan yang boleh terbakar tanpa pengawasan guru.
C Memastikan bilik sains dalam keadaan bersih dan teratur sebelum
meninggalkannya.
D Merawat sendiri apabila terluka semasa menjalankan eskperimen.

3 Manakah antara berikut merupakan larangan ketika berada dalam bilik sains.

A Membuang cecair ke dalam tong sampah.


B Membuat eksperimen dengan arahan guru.
C Beratur di luar bilik sains sebelum masuk.
D Tidak membawa alatan sains ke luar dari bilik sains.

4. Jari kamu terluka ketika memotong sehelai daun dalam satu eksperimen.
Apakah yang perlu kamu lakukan?

A Memberitahu guru.
B Membalut dengan tisu.
C Membasuh luka dengan air paip.
D Biarkan sehingga darah berhenti mengalir.

5. Antara pernyataan yang berikut , yang manakah betul ?

A. Rantai makanan mesti bermula dengan pengguna.


B. Pengguna yang hanya makan tumbuhan dinamakan karnivor
C. Pengguna yang hanya makan haiwan lain dinamakan omnivore
D. Pengguna yang hanya makan haiwan lain dinamakan karnivor

6. Antara haiwan berikut, yang manakah menjaga telurnya?


A C

B D
SULIT

7.

Apakah agen pancaran biji benih yang tersebut di atas.

A Air
B Angin
C Haiwan
D Mekanisma letupan

8.

Rajah di atas menunjukkan seekor haiwan. Bagaimanakan cara yang betul


mengekalkan kemandirian spesies haiwan di atas.

A Bertelur di dalam air.


B Bertelur di bawah daun.
C Bertelut di dalam tanah.
D Bertelur di celah-celah batu.

9. Mengapakah biji benih tumbuhan perlu dipencarkan?

A Untuk memastikan kemandirian spesiesnya


B Untuk meningkatkan populasi spesiesnya
C Untuk membenarkan biji benih tumbuh di tempat baru
D Untuk mengelakkan persaingan antara biji benih dengan pokok
induknya

10. Apakah yang dimaksudkan dengan omnivor?

A Haiwan yang makan tumbuhan sahaja


B Haiwan yang makan haiwan lain
C Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain
D Tumbuhan yang membuat makanan sendiri
SULIT

11. Maklumat di bawah menunjukkans satu rantai makanan

Rumput → X → Burung Pipit → Helang

Haiwan manakah boleh mewakili X dalam rantai makanan di atas?

A B C D

12. Apakah yang dimaksudkan dengan kemandirian haiwan?

A Haiwan tidak akan mati.


B Haiwan akan bertambah dengan lebih banyak.
C Keupayaan haiwan meneruskan kelangsungan hidup.
D Haiwan akan bertambah dengan kadar lebih cepat.

13. Haiwan manakah yang meneruskan kemandirian seperti kaedah berikut :

 Menimbus telurnya di dalam pasir di tepi sungai.


 Menjaga telur-telurnya dari ancaman musuh
 Membawa anak-anaknya di dalam mulut ke tempat yang lebih
selamat

A Burung
B Ular
C Buaya
D Kala jengking

14. Azri terjumpa najis burung di kawasan belakang rumahnya. Dia mendapati
terdapat biji- biji benih yang halus dan keras dalam najis burung tersebut.
Biji benih tumbuhan manakah yang disebarkan dengan cara ini?

A Durian
B Cempedak
C Jambu Batu
D Mangga
SULIT

15.

Apakah yang akan berlaku jika ikan bertelur dalam kuantiti yang sedikit
tanpa menyembunyikannya di celah-celah daun?
A Anak ikan akan menetas dengan banyak
B Semua telur akan berjaya di tetaskan
C Telur ikan akan mudah dimakan oleh pemangsa
D Telur ikan tidak akan menetas

16. Jadual menunjukkan bilangan telur yang dihasilkan oleh haiwan.

Jenis haiwan Bilangan telur yang dihasilkan

P 1

Q 8

R 150

Antara berikut pernyataan yang manakah benar?

A Haiwan Q ialah burung unta manakala haiwan R ialah ialah ayam


B Haiwan P ialah penyu manakala haiwan Q ialah burung unta
C Haiwan R ialah ayam manakala haiwan P ialah ialah burung unta
D Haiwan Q ialah ayam manakala haiwan R ialah ialah penyu

17. Gambarajah di bawah menunjukkan dua jenis biji benih.

Biji benih tumbuhan ini disebarkan oleh ___________________ .

A air. B angin.
C haiwan. D mekanisma letupan.
SULIT

18. Rajah menunjukkan buah bagi sejenis tumbuhan.

Manakah tumbuhan di bawah mempunyai ciri-ciri di atas?

A Pokok nangka
B Pokok durian
C Pokok kelapa
D Pokok getah

19. Bagaimanakah seekor lipan melindungi dirinya daripada musuh?

A Mengeluarkan sengat
B Menyamarkan dirinya
C Menggulungkan dirinya
D Mengeluarkan bau yang busuk

20 Gambar rajah di bawah menunjukkan dua jenis buah.

Mangga Tomato

Manakah ciri-ciri di bawah yang membantu menyebarkan biji benih


tumbuhan tersebut?

A Bersabut
B Mempunyai cangkuk
C Mempunyai bulu halus
D Warna menarik

21 Bagaimanakah lemak yang tebal pada ikan paus membantunya untuk


menyesuaikan diri dengan persekitaran?

A Membantunya untuk terapung


B Membantunya untuk berenang
C Melindungi diri daripada musuh
D Membekalkan haba pada badannya
SULIT

22 Gambarajah di bawah menunjukkan biji benih sejenis tumbuhan.

Manakah biji benih di bawah mempunyai penyebaran yang sama dengan biji
benih yang ditunjukkan di atas ?
A B

C D

23 Gambarajah di bawah menunjukkan seekor tenggiling.

Berdasarkan gambar di atas, haiwan yang manakah mempunyai ciri yang


sama dengan tenggiling semasa menyelamatkan diri daripada musuh?

A Ular
B Lipan
C Buaya
D Ulat gonggok

24 Bagaimana pokok bunga ros melindungi dirinya daripada musuh?

A Mengeluarkan bau busuk


B Mempunyai getah yang melekit
C Mempunyai duri yang tajam pada batangnya
D Mempunyai racun yang berbisa.
SULIT

25 Pak Leman mendapati kebun pisangnya kerap dirosakkan oleh sekumpulan


babi hutan. Ini telah menjejaskan hasil tanaman beliau. Bagaimanakah Pak
Mat dapat Mengelakkan kebun pisangnya dirosakkan oleh haiwan perosak
itu?

A Menanam pokok keladi sekeliling kebunnya.


B Menanam pokok labu di sekeliling kebunnya.
C Menanam pokok nanas di sekeliling kebunnya.
D Menanam pokok getah disekeliling kebunnya.
26 Rajah di bawah menunjukkan satu siratan makanan dalam satu habitat.

Rumput Q S

Antara pengelasan berikut, yang manakah betul?

Herbivor Karnivor Omnivor


A Q, S R P
B Q S P, R
C P, S Q R
D P, R S Q

27 Ammar menjalankan satu penyiasatan ke atas tiga jenis tumbuhan iaitu


tumbuhan X, Y dan Z. Tumbuhan-tumbuhan itu diletakkan di bawah sinaran
matahari selama seminggu tanpa disiram.

Pilih urutan yang betul dari pokok yang paling subur ke pokok yang paling
tidak subur.

A X , Y dan Z C Z , X dan Y
B Y , Z dan X D Y , X dan Z

28 Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri khas tumbuhan X , Y dan Z untuk


perlindungan daripada musuh?

Tumbuhan Ciri-ciri khas


X Mengeluarkan getah
Y Mempunyai bulu-bulu halus
SULIT

Z Mempunyai duri tajam

Apakah tumbuhan X ,Y ,dan Z?

X Y Z
A Buluh Nanas Nangka

B Nanas Nangka Buluh

C Nangka Buluh Nanas

D Nanas Buluh Nangka

29 Rajah di bawah menunjukkan tiga jenis tumbuhan.

Apakah ciri-ciri khas tumbuhan itu yang membantunya melindungi diri dari
musuh ?

R S T
A Berbulu halus Berduri tajam Menghasilkan getah
Menghasilkan
B Berbulu halus Berduri tajam
getah
C Beracun Berduri tajam Berbatang keras
D Berduri tajam Berbatang keras Beracun

30 Rajah di bawah menunjukkan tingkah laku lazim haiwan X.

Haiwan X
SULIT

Mengapakah haiwan X bersikap demikian?


A Ia memutuskan bahagian badannya
B Ia berpura-pura mati
C Ia sedang menelan makanannya
D Ia telah mengesan bahaya dan menggulungkan badannya

31 Rajah di bawah menunjukkan dua jenis haiwan.

Manakah antara haiwan-haiwan di bawah yang mempunyai ciri-ciri khas


yang sama dalam melindungi diri dari musuh?
A Biawak
B Buaya
C Lipan
D Ulat gonggok

32 Maklumat berikut menunjukkan ciri – ciri haiwan X.

 Bulu tebal
 Lapisan lemak yang tebal di bawah kulit
 Telinga kecil

Habitat yang manakah yang paling sesuai bagi haiwan X ?


A Artik C Gurun
B Tepi laut D Hutan

33 Apakah yang dilakukan oleh burung bangau dan ikan paus sebelum musim
sejuk bermula?

A Bermigrasi ke kawasan lebih sejuk.


B Bermigrasi ke kawasan lebih panas.
C Berhibernasi sepanjang hari.
D Berendam di dalam lumpur.

34 Jadual menunjukkan bagaimana haiwan P dan Q melindungi diri dari


bahaya.

P - Memutuskan anggota badan

Q - Menyemburkan dakwat hitam


SULIT

Apakah haiwan P dan Q ?

P Q
A Tenggiling Skunk
B Landak Sumpah-sumpah
C Cicak Sotong
D Sotong kurita Siput

35 Senarai di bawah menunjukkan sebahagian haiwan yang mempunyai cirri


atau kelakuan khas tertentu untuk melindungi dirinya daripada cuaca panas.

 Badak air
 Kerbau
 Badak sumbu

Apakah cirri dan kelakuan khas itu?


A Berhibernasi.
B Berendam dalam lumpur
C Menyamar.
D Bermigrasi
36 Anrata pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan cara kemandirian
spesies yang betul?

A Rama-rama bertelur di dalam tanah.


B Katak menjaga telurnya sepanjang masa.
C Penyu bertelur dengan banyak pada satu masa.
D Gajah menyembunyikan anaknya di dalam hutan tebal.

37 Dalam satu rantai makanan, W memakan berudu dan ia dimakan pula oleh
ikan besar. Apakah haiwan yang diwakili oleh W?

A Katak
B Ikan kecil
C Buaya
D Larva nyamuk

38 Salah satu agen penyebaran bagi biji benih ialah mekanisma letupan.
Apakah yang dimaksudkan dengan mekanisme letupan?

A buah yang matang akan dimakan oleh haiwan


B biji benih yang matang akan pecah dan meletup
C biji benih yang matang akan diterbangkan oleh angin
D biji benih yang matang akan gugur dan dihanyutkan oleh air.
SULIT

39 Rajah di bawah menunjukkan sejenis tumbuhan.

Bagaimanakah cara tummbuhan ini mengurangkan kehilangan air pada


musim panas?

A menggugurkan buah
B mengecilkan batang
C menggulungkan daun
D menggugurkan daun

40 Semasa Azlina bercuti di kampong neneknya, dia dapati pokok-pokok getah


menggugurkan daun-daunnya. Mengapakah pokok getah meluruhkan
daunnya pada musim panas?

A untuk mengelakkan daunnya terlalu berat


B untuk mengelakkan haiwan daripada berteduh
C untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak.
D untuk mengelakkan batangnya dari tumbang.

- SOALAN TAMAT -

You might also like