You are on page 1of 11

Amalan-amalan ketika bersalin

Kesakitan ketika bersalin merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas kaum wanita. Ini merupakan nikmat yang Allah
s.w.t. berikan kerana ia menguji iman seseorang. Jika bersabar dengan kesakitan yang dialami dan
bersyukur dan memuji kebesaran Allah s.w.t., dosa kita akan diampunkan olehNya.

1. Doa-doa semasa bersalin

o Surah Al-Anbiyak ayat 87

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri
o Ayat Kursi

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya
mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit
dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak
mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu
kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi
keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya),
lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
o Surah Al-A'raf ayat 54

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam
di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula
Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah,
kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah
Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam
o Surah Al-Falaq

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.Dari
bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-
makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).Serta dari kejahatan orang yang
dengki apabila dia melakukan dengkinya.
o Surah An-Nas
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang
Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan
pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati
manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia

2. Mandi wajib

o Mandi Wiladah - selepas melahirkan anak


o Mandi ketika kering dari darah nifas (darah kotor yang keluar selepas bersalin, sekurang-
kurangnya sekejab dan paling lama 60 hari)

3. Tanggungjawab bapa

o Mengazankan dan mengamatkan anak yang baru lahir

Tujuannya adalah untuk mengingatkan kembali perjanjian bahawa hanya akan bertuhankan Allah s.w.t.
ketika di alam rohani. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al'Araf ayat 172 yang berbunyi
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan
mengambil kesaksian sari mereka sendiri, firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia)
menjawab: Benar! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai
tehadap hal ini."
o Menanam uri
o Mendoakan anak
 Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t.- surah Al-Baqarah ayat 128

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah
daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan
cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha
Mengasihani.
 Doa agar diberi anak yang baik - surah Ali-Imran ayat 38

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu
zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
 Doa agar anak menyenangkan hati - surah Furqan ayat 74

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami,
berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati
melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
 Doa agar anak tetap mengerjakan sembahyang - surah Ibrahim ayat 40

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
4. Panduan menamakan anak

o Nama anak harus diberikan pada hari kelahirannya atau hari ketiga atau pada hari aqiqah
atau beberapa hari selepas itu
o Nama anak hendaklah dipilih dari nama-nama yang baik dan haram menggunakan nama
yang mengabdi kepada sesuatu dari Allah s.w.t seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-
lain

5. Menyembelih aqiqah

6. Mengkhitankan anak

o Menurut Imam Shafie berkhitan adalah wajib.


o Hikmah berkhitan
 Asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam yang perlu dikerjakan
 Menyempurnakan tuntutan syarak yang sesuai dengan sunah Nabi Ibrahim a.s. dan
Nabi Muhammad s.a.w.
 Sebagai perbezaan antara orang Islam dan penganut agama lain
 Dari aspek kesihatan ia mendatangkan kebersihan pada zakar dan membebaskan
kekotoran yang tersimpan di dalamnya
 Menjaga kesihatan batin serta memelihara dari menghidapi penyakit kelamin

Makanan ketika dalam pantang untuk meningkatkan tenaga.

Kehidupan dengan bayi baru lahir adalah memenatkan. Adalah agak sukar untuk mendapatkan rehat dan
senaman yang mencukupi. Dan juga sukar untuk makan dengan baik. Tetapi adalah penting untuk anda
menjaga diri anda. Pilihlah makanan yang sihat dan ikutilah strategi-strategi pemakanan yang mudah
membantu anda bertenaga sepanjang masa.

Mulakan dengan diet yang seimbang. Minum air yang banyak dan cuba cari masa untuk duduk dan makan.
Berikut adalah strategi-strategi untuk meningkatkan tenaga anda dari makanan anda:

Mulakan sarapan pagi anda dengan makanan berprotein seperti telur dan yogurt dan karbohidrat yang
kompleks seperti roti 'whole wheat' dan bijiran adalah pilihan sarapan yang baik berbanding karbohidrat yang
mudah atau gula. Untuk sarapan yang baik, makanlah yogurt, semangkuk oatmeal atau bijiran penuh serat
atau ‘scrambled eggs’ dengan roti bakar 'whole wheat'.

Karbohiderat yang mudah menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat dan kemudian menurun
mendadak, menjadikan anda berasa mengantuk. Karbohidrat yang kompleks memberikan anda tenaga yang
lebih dan menyebabkan anda lebih kenyang kerana ianya mengambil masa yang lama untuk hadam dan
memberi lebih khasiat dalam bentuk vitamin dan mineral. Sarapan yang tinggi protein dan karbohidrat
kompleks adalah penting tetapi kebanyakan orang melakukan yang sebaliknya.

Tukarkan cara pemakanan dari 3 kali makanan yang berat kepada 5 kali makanan yang lebih ringan
sepanjang hari untuk meningkatkan tenaga anda. Ini menetapkan tahap tenaga anda pada tahap yang sama
sepanjang hari berbanding turun naik di antara kenyang dan lapar.

Tiada siapa yang suka memakai semula pakaian mengandung selepas kelahiran bayi. Walaupun anda
mungkin kecewa dengan penurunan berat badan yang perlahan ketika dalam pantang, ia bukan masa yang
sesuai untuk elak daripada makan atau memotong secara mendadak kalori yang diambil. Ianya adalah masa
untuk mendapatkan semula kekuatan daripada risaukan masalah berat badan.

Apabila bekalan susu sudah stabil dan anda telah pulih sepenuhnya dari mengandung dan bersalin, dan
anda telah diberi kebenaran oleh healthcare provider, bolehlah anda mula menurunkan berat badan anda
perlahan-lahan. Bagi ibu yang menyusu anak, kehilangan berat badan yang terlalu cepat boleh melepaskan
toksin yang tersimpan dalam lemak badan ke susu badan.

Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, kekurangan air akan menyebabkan kepenatan dan
mengantuk yang anda alami semakin teruk. Oleh itu minum air dengan banyak dan ini boleh mengekalkan
tenaga. Jika anda menyusu badan, beberapa minggu pertama akan menjadikan anda amat dahaga, jadi
pastikan anda minum dengan banyak.
Adalah lebih mudah untuk kopi apabila anda kepenatan atau mengambil cokelat ketika anda lapar untuk
mendapatkan tenaga dengan segera. Tetapi berhati-hati. Bergantung kepada minuman berkafein atau
makanan bergula boleh memberi anda tenaga dengan cepat tetapi selepas itu anda akan menjadi lebih
penat dari sebelumnya. Seperti yang diterangkan di atas, karbohiderat kompleks seperti roti whole grain,
kekacang dan sayuran atau protein seperti daging, telur, makanan asas soya akan menetapkan tahap gula
yang lebih stabil.

Sembelit

Walaupun anda tidak pernah mengalami sembelit semasa mengandung, tetapi masa ini akan mungkin
mengalaminya. Jika anda pernah ada enema, proses bersalin yang lama tanpa makan atau tiada
pergerakan dalam perut ketika bersalin, anda mungkin tidak mengalaminya selama 1 atau 2 hari kerana
tiada apa di dalam usus anda. Dan jika anda menjalani pembedahan, ia akan mengambil 3 ke 4 hari untuk
usus anda berfungsi secara normal semula.

Jika anda terus mengalami masalah usus anda selepas itu, penyebabnya adalah seperti berikut:

 Narkotik systemic yang diambil ketika mengurangkan kesakitan semasa atau selepas bersalin boleh
melambatkan sistem penghadaman anda
 Mengalami luka pada perineum kerana buasir, episiotomi, atau terkoyak boleh menyebabkan
sembelit jika takut kesakitan pada jahitan jadi anda menahan tidak membuang najis.

Kebanyakan sembelit akan hilang dalam beberapa hari jika anda mengambil langkah- langkah berikut:

 Tidak membiarkan keinginan untuk membuang walau anda berasa tidak selesa untuk beberapa kali
yang pertama. Lagi lama anda tunggu, lagi keras najis itu dan menyebabkan sakit yang lebih buruk.
 Makan makanan yang tinggi fiber seperti bijiran ‘whole grain’, roti ‘whole grain’ dan buah-buahan
segar dan sayur-sayuran setiap hari.
 Minum banyak air - sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas air sehari.(lebih air diperlukan jika anda
menyusu badan). 1 gelas jus buah-buahan sehari terutama jus prun. Setengah orang mendapati
memulakan pagi dengan meminum air suam pada setiap hari turut membantu.
 Berjalan-jalan, mungkin sakit pada mulanya terutama yang menjalani pembedahan atau episiotomi,
tetapi pergerakan yang sedikit dapat membantu pergerakan usus anda.
 Tanyalah doktor jika anda memerlukan ubat untuk melembutkan najis. Ia juga patut anda lakukan
jika anda mengalami buasir atau anda mengambil pil yang mengandungi zat besi yang tinggi untuk
anemia atau narkotif untuk melegakan kesakitan kerana sembelit juga boleh berpunca dari kesan
ubat-ubatan ini.

Bengkak Payudara

Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda bengkakberdenyut-
denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak
sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya
sementara.

Apa penyebabnya?

Selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini tejadi, lebih
banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara
menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya
mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak
dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih
kepenatan.

Bagaimana untuk merawatnya?


Pembengkakan ini sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu
untuk bayi

 <!--[if !supportLists]-->Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk
waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat
 Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi
anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan
kepada pengeluaran susu. Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi
lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi
untuk yang seterusnya.
 Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras.
Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang
keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.
 Elakan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat
meyusus. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan
memanjangkan pembengkakan
 Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu
mengalir dan mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan
 Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas
menyusu.
 Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.
 Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang
bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan
memburukkan keadaan.

Berapa lama akan berpanjangan

Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu
dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan
bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh
dengan susu.

Bolehkah saya terus menyusu?

Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan
penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi
susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti
menghisap jari atau menangis.

Berpeluh

Saya berpeluh tanpa berhenti sejak bersalin, apakah yang telah terjadi?

Ia adalah perkara biasa untuk berpeluh dengan banyak dalam beberapa minggu selepas bersalin, terutama
pada waktu malam. Berpeluh adalah satu cara badan anda membuang air berlebihan yang tersimpan ketika
mengandung.

Ginjal anda bertanggungjawab kepada kebanyakan pembuangan, iaitu bermakna anda akan kerap
membuang air kencing dari biasa dalam 1 minggu pertama bersalin. Tetapi puri anda juga juga bekerja keras
untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Tekanan emosi ibu-ibu yang baru juga mungkin boleh
menyebabkan anda berpeluh dengan banyak. Dan kemungkinan penurunan estrogen yang mendadak
selepas bersalin turut menyumbang perkara ini.

Walau berat air telah hilang, anda mungkin akan berterusan mengalami pepeluhan dengan banyak jika anda
menyusu bayi. Penyebabnya tidak dikaji atau dapat difahami, tetapi terdapat teori perubahan hormon dan
metabolik yang berkaitan dengan penyusuan.
Walaupun perpeluhan ini adalah normal, tetapi jika diikuti dengan demam, anda mungkin mengalami
jangkitan. Ia juga boleh menjadi petanda kepada masalah lain seperti tiroid yang terlebih aktif. Jumpa doktor
anda jika anda mendapati anda berpeluh terlalu berlebihan.

Berapa lama ianya akan berakhir?

Ianya akan berlarutan sehingga beberapa minggu selepas bersalin, dan akan lebih panjang bagi wanita yan
menyusu bayi

Apa yang boleh saya lakukan?

Jangan kurangkan pengambilan minuman untuk mengurangkan berpeluh. Minum banyak minuman tidak
berkafein akan membantu mempercepatkan proses pembuangan air berlebihan dan mengelakkan anda
menjadi kekeringan

Penyusuan Badan

Adakah penyusuan badan akan membantu rahim saya mengecut ke saiz sebelum mengandung?

Ya. Jika anda menyusu badan, kelenjar pituitari mengeluarkan hormon oxytocin, yang bertindak untuk
menegangkan otot yang lembut seperti pundi susu di payudara anda. Ini menyebabkan susu anda bergerak
ke hadapan payudara, memyediakan susu kepada bayi anda. Dengan setiap penyusuan, oxytocin akan
menyebabkan sel-sel otot ini di dalam rahim menegang, mengakibatkan rahim mengecut kembali ke saiz
asal. Oxytocin mempunyai 1 lagi kesan yang penting, perasaan sayang dalam diri ibu-ibu terhadap bayi-bayi
mereka. Kadang-kadang hormon ini juga dikenali sebagai 'hormon sayang'.

Adakah penyusuan ini membantu berat badan saya turun?

Ketika anda mengandung, badan anda secara semulajadi menambah tisu-tisu lemak supaya anda
mempunyai lemak yang mencukupi untuk mula dan menyokong penyusuan. Selepas mempunyai bayi, jika
anda makan pelbagai makanan dan seimbang, penyususan akan menolong menurunan berat badan tanpa
mempengaruhi kesihatan anda atau bayi dengan berdiet. Dan anda secara natural membakar lemak untuk
menghasilkan susu setiap kali anda menyusu badan.

Wanita yang mengamalkan diet, bersenam dengan kerap, atau kurang makan mungkin dapat menurunkan
berat badan dengan segera, tetapi mereka juga akan melepaskan tahap toksin yang tinggi ke susu badan
mereka. Namun, susu ini tetap merupakan susu yang paling sihat untuk bayi, jadi jangan jadikan kenyataan
ini untuk berhenti menyusu. Buatlah penurunan secara teratur, makan ketika lapar dan pastikan minum air
yang secukupnya. Ini adalah cara yang terbaik dan selamat untuk kurangkan berat badan.

Adakah penyusuan menyebabkan nafsu seks saya terganggu

Mungkin, tetapi ia tidak akan berlarutan. Terdapat beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi nafsu pada
ibu-ibu baru ini. Paling ketara adalah kepenatan ketika berpantang, kepenatan yang mungkin berlebihan jika
anda sahaja yang dapat memenuhi kehendak bayi baru anda seperti menyusu pada setiap beberapa jam
(selain menidurkan, menukar lampin dan mendukung bayi anda) mungkin menyebabkan anda keletihan
pada akhirnya dan kurang berminat kepada pasangan anda.

Akhirnya, penyusuan akan menahan ovulasi selepas beberapa bulan bersalin – iaitu cara semulajadi
mengelak dari mengandung semula. Ini juga bermakna, jumlah estrogen yang beredar dalam badan anda
berada jauh bawah dari paras normal, menyebabkan vaginal kekeringan dan kekurangan keinginan.

Tetapi setiap wanita adalah berbeza, kebanyakan wanita yang menyusu mengatakan penyusuan tidak
memberi kesan ini kepada mereka, malah terdapat yang merasa lebih seksual. Mereka mendapati
penyusuan adalah sesuatu yang menarik , yang menyebabkan mereka berperasaan berahi terhadap
pasangan mereka. Penyusuan juga memberi wanita perasaan lebih menghargai badan mereka, altitud yang
menyebabkan keinginan untuk bersama timbul.

Jika anda adalah mereka yang tidak bernasib baik, ingatkan diri anda dan pasangan anda, adalah normal
seks ibu yang menyusu ini adalah kurang. Pastikan berkomunikasi secara terbuka dan cari cara lain (seperti
mandi bersama, saling urut –mengurut) Paling penting, letakan semua ini dalam satu perspektif –
Kebanyakan ibu bapa baru ini mengatakan ini hanyalah sementara untuk mendapat kebaikan yang lebih
daripada penyusuan itu.

Sakit belakang selepas bersalin

Mengapa belakang badan saya sakit selepas bersalin?

Sakit belakang ini disebabkan oleh beberapa faktor. Semasa mengandung, rahim yang membesar
menyebabkan otot-otot abdominal anda lemah dan mengubah posisi badan, mengakibatkan tekanan kepada
belakang badan anda. Ini akan berterusan sehingga otot-otot perut kuat semula

Sakit ini boleh juga disebabkan oleh kesan proses bersalin yang lama. Semasa bersalin, anda mungkin
menggunakan otot-otot anda yang biasanya tidak digunakan dan anda akan rasa kesan ini untuk beberapa
ketika.

Dan juga ramai ibu muda membuat sakit belakang semakin teruk ketika belajar menyusu bayi. Ini berlaku
kerana anda terlalu fokus memastikan bayi menyusu dengan betul yang akhirnya menyebabkan anda
terlebih membongkok ketika duduk, menegangkan leher dan otot-otot bahagian atas belakang anda ketika
anda memandang ke bawah.

Kepenatan adan dan tekanan akibat penjagaan bayi anda 24/7 membuatkan sukar untuk pulih dari kesakitan
selepas bersalin termasuk sakit belakang. Dan biasanya ibu yang mengalami sakit belakang sebelum atau
semasa mengandung akan lebih berisiko untuk mengalami ketika selepas bersalin.

Berapa lamakah ianya akan berakhir?

Adalah biasa mengalami sakit belakang untuk beberapa bulan pertama selepas bersalin. Berapa lama kesan
ini akan hilang bergantung kepada beberapa faktor seperti sejarah masalah sakit belakang, terlebih berat
badan dan berapa cepat anda mula bersenam untuk menguatkan otot-otot abdominal anda.

Apa yang boleh saya buat?

- Berjalan-jalan. Senaman begini dapat membantu mengurangkan sakit belakang dan selamat dilakukan
dengan segera selepas bersalin samada bersalin secara normal atau caesarean. Buat secara perlahan-
lahan dan sekejab untuk beberapa minggu pertama

- Perhatikan posisi anda dan berdiri tegak. Adalah penting anda duduk tegak ketika menyusu bayi anda
samada menyusu botol atau menyusu badan. Jika anda mengalami sakit belakang di bahagian bawah,
gunakan kerusi kaki(footstool) untuk memastikan kaki anda lebih tinggi sedikit dari lantai. Pilih kerusi yang
selesa yang mempunyai tempat meletak tangan dan gunakan banyak bantal untuk memberikan sokongan
kepada belakang dan tangan anda. Belajar cara posisi yang betul ketika menyusu, pastikan anda membawa
bayi anda ke payudara bukan sebaliknya. Cuba juga posisi penyusuan yang berbeza. Jika anda mengalami
sakit di bahagian bahu atau di bahagian atas belakang, menyusu secara berbaring mengiring mungkin lebih
selesa

- Selalu bengkokkan lutut ketika angkat objek atau anak untuk kurangkan tekanan pada belakang anda.
Jangan membongkok. Jika objek berat suruh orang lain mengangkatnya(Jika bersalin secara caesarean
pastikan anda tidak mengangkat sesuatu yang lebih berat dari bayi anda sekurang-kurangnya sehingga 8
minggu.)
- Berurut. Ini tidak menyebabkan punca kesakitan hilang tetapi dapat membantu anda relax dan melegakan
otot-otot dan kesakitan. Jika tidak dapat berurut, minta seseorang untuk mengosok badan anda.

- Mandi air suam untuk kurangkan kerengsaan dan tekanan

- Balut dengan pad pemanas dikawasan berkaitan. (tutup badan anda)

-Apabila anda mula boleh melakukan senaman, mulakan dengan senaman menguatkan belakang dan otot
abdominal, dan buat ‘pelvic titts’ sebagai rutin harian anda.

- Perhatikan badan anda. Jika senaman atau aktiviti yang anda lakukan menyebabkan anda kurang selesa,
berhenti lakukannya. Jika sakit belakang anda semakin sakit atau anda mula hilang rasa pada kaki,
punggung, bahagian kemaluan, usus atau anus atau tiba-tiba tiada koordinasi atau lemah hubungi doktor
anda.

Bagaimana untuk memastikan bayi saya dapat susu yang mencukupi?

Salah satu perkara besar yang menghantui ibu-ibu baru, adakah mereka mempunyai susu yang cukup untuk
bayi mereka. Ini adalah alasan yang biasa digunakan untuk mula mengambil susu tambahan dan juga
menceraikan susu badan. Kita hidup dalam masyarakat yang menyukat segala-galanya dan kebanyakkan
kita (terutama ibu kita) adalah menyusu dari botol (susu formula), jadi kita akan tahu berapa banyak susu
yang diambil oleh bayi setiap penyusuan.

Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia
tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu
yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti
pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakkan masalah ini dapat diperbetulkan.

Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah
alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.

Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda
mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.

Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu anda:

 Susu anda akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi anda dilahirkan dengan lebihan cecair di
dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa 48 jam selepas lahir. Berat akan berkurang 7 - 8
auns. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair
ketika ini. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara sebelum susu
'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi yang
penting. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi akan
mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.

Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa 'lain', lebih panas, penuh
dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu matang,
berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan
lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.

 Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan perlahan) selama 10-
15 minit pada setaip payudara. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di
payudara kedua. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua masa
menyusu di antara kedua-dua payudara. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit
bagi kedua payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa
menelan ketika menyusu
 Bayi yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi baru lahir akan
menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek.
Menyusu setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan
sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi anda tidak akan bertambah berat
badan. Anda mungkin perlu mengejukan bayi anda untuk menyusu.
 Apabila susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas
penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi menyusu
di payudara lain. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan
kembar, jadi susu akan keluar serentak. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau
seperti dicucuk jarum ketika susu keluar. Sesetengahnya tidak bersa sedemikian sehingga beberapa
minggu.
 Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat badan, ini juga
pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda menyusu.

Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap. ini adalah najis yang
disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan
kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau kehijauan dan dalam bentuk cair dan
tidak terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu' berwarna kekuningan
dan berbiji. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan mungkin akan membuang
air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini
bermakna dia tidak mendapat susu yang mencukupi.

Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali sehari kerana dia hanya
menerima kolostrum. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar
untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel
yang menyerap air kencing agar sentiasa kering. Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu
utntuk menolong anda. Air kencin itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau. Air kencing yang
gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.
 Kebanyakan ibu-ibu mengalami ketegangan pada puting pada peringkat awal penyusuan.
Ketidakselesaan ini akan bertambah buruk apabila bayi menghisap buat kali pertama. Jika sakit
berterusan ketika penyusuan, puting pecah atau berdarah, atau sakit melebihi 1 minggu ini
bermakna bayi anda tidak menghisap dengan betul. Ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak
selesa tetapi juga menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.Periksa berat bayi
anda dan hubungi mereka yang arif mengenai penyusuan badan yang dapat menilai teknik
penyusuan anda. Cara menghisap yang salah mudah untuk diperbetulkan.
 Satu cara mudah untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup ialah dengan memeriksa
berat secara kerap. Adalah biasa untuk bayi kurang berat badan 5-7 % dari berat asal dalam
beberapa hari pertama (tetapi jika melebihi 10% perlu pemerhatian). Anda perlu menanya berat bayi
anda ketika keluar dari hospital kerana ini adalah berat yang perlu anda perhatikan untuk mengira
pertambahan berat badannya bukan berat ketika lahir. Contohnya jika berat bayi anda ketika lahir
adalah 7 lbs 8 oz. 48 jam kemudian ketika meninggalkan hospital berat bayi anda adalah 7 lbs 1 oz.
Apabila susu mula keluar, berat bayi patut bertambah 1 auns setiap hari untuk beberapa bulan
pertama. Kebanyakan bayi akan kembali ke berat ketika lahir dalam masa 2-3 minggu. Untuk
melihat peningkatan berat, boleh membuat pemeriksaan selepas 2 minggu. Sepatutnya bayi juga
akan mempunyai air kencing dan najis yang elok. Masalah penyusuan lebih mudah diperbaiki jika
dikenalpasti dan dirawat awal.
Kaedah Rawatan bagi Ibu Dalam Pantang Bersalin
Dipetik dari buku 'Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan
Kesihatan ' oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah

Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita
hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan
ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang
bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang
banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat,
sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi
dingin dan lemah tenaga batin.

Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.
 Amalan Intensif Ubat Periuk

Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah
untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem
perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat
mengembalikan kesihatan serta kecantikan.
 Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit

Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk
kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk
merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .
 Rawatan Bertuam

Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu
tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya
dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
 Rawatan Bertungku

Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan
sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan
peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha,
lutut, kaki dan tapak kaki.
Bertungku selepas 44 hari. Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang
mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir
bolehlah memakai bengkung sahaja.
 Mandian Ibu Bersalin

Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara
perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas
atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
 Rawatan Urutan Tradisional

Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir
yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi,
meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini
kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian
dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
 Rawatan Berlulur

Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki
serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan
kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
 Rawatan Berbengkung
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk
mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin
panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah
payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung
itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian
pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian
pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.
Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan,
mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
 Rawatan Mandi Wap atau Bertangas

Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan
pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan
dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.
 Rawatan Ukup Wangi

Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan
rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.
 Senaman Kemutan Otot Rahim

Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari
naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut
atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu
mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.

 Darah Nifas

Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan
dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat
dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair sehingga
berdebu kehitaman/coklat. Dan akhirnya kelaur cecair kekuningan

You might also like