You are on page 1of 11

AMALI 1

EKOSISTEM TANAH - BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

Tujuan :
1. Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas tanah di dua lokasi berbeza
2. Mengkaji kesan kehadiran mikrofauna dan makrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah.

Pendahuluan :
Secara biologinya, ekosistem bermaksud sebuah komuniti sama ada haiwan ataupun
tumbuhan yang berinteraksi antara mereka dan juga persekitaran di sesebuah kawasan.
Persekitaran tersebut termasuklah dengan cuaca, bumi, matahari,atmosfera dan juga tanah.
Ekosistem berkait dengan cara semua organisma termasuklah faktor-faktor abiotik yang berbeza
hidup berhampiran antara satu sama lain dan bagaimana mereka menjana tenaga dan nutrien
sesama mereka. Dalam ekosistem ini, organisma kecil dikenali sebagai mikrofauna, manakala
organisma besar dikenali sebagai makrofauna.
Sebagai contoh, dalam ekosistem di mana terdapat arnab dan rubah, kedua-dua organisma
ini mempunyai hubungan dimana rubah memakan arnab untuk melangsungkan kehidupannya.
Secara tidak langsung, apabila bilangan arnab berkurang akibat dimakan oleh musang, bilangan
tumbuhan di kawasan tersebut akan meningkat disebabkan tiada arnab yang memakan tumbuhan
tersebut. Hal ini bermaksud ekosistem ini dapat memperlihatkan sejauh mana kebergantungan
sesebuah organisma terhadap organisma yang lain disekeliling mereka.

Bahan Dan Alat Radas :


 Serampang tiga mata
 Sudip tanah
 Bikar
 Corong Tulgren
 Bes plastik
 Air
 Lidi
 Dulang
 Kain kasa
 Lampu pijar
 Kanta pembesar
 Tanah dari dua lokasi berbeza
 Kaki Retord

1
 Prosedur :

2
Dapatan kajian

Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Lokasi 2

Jenis tanaman Pokok mempelam Pokok-pokok tinggi

Tahap keredupan Redup Panas

Kelembapan/Kekeringan Tanah Lembap Kering

KepadatanTanah Padat sederhana

Tekstur Tanah Lembut Berbatu kecil

Habitat Asrama IPGKSM Tapak semaian RBT

Jadual 1: Perbandingan Ciri-Ciri Lokasi Sampel Tanah

Makrofauna besar Lokasi 1

Jisim Tanah : 500 gram

Cacing 1

Cacing 2
Cacing
Cacing 3

Cacing 4

Cacing 5

Telur cacing 1

Telur cacing 2

Telur Cacing
Telur cacing 3

Nimfa

Lipan

3
Lipan

Nimfa
Lipas

Athropod 1

Nematod 1

Nematod 2

Jadual 2: Makrofauna besar dan kecil yang dijumpai

4
Makrofauna besar Lokasi 2

Jisim Tanah : 500 gram

Anai-anai

Belalang

Lipan

Labah-labah

Jadual 3: Makrofauna besar dan kecil yang dijumpai

5
Kumpulan Lokasi 1 Lokasi 2

Jisim Tanah : 100 gram Jisim Tanah : 100 gram

A (berkaki enam) 3 Banyak

B (berkaki lapan) - 2

C (berkaki banyak) 2 1

D (tidak berkaki) 9 -

E (badan bersegmen) 9 Banyak

F ( berkulit keras) - -

G (berkulit lembap) 8 -

Jadual 4: Pengelasan makrofauna berdasarkan ciri-ciri fizikal

Soalan Perbincangan :

1. Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna daripada


tanah daripada dua lokasi yang berbeza? Bolehkah anda cadangkan mengapa mungkin
ada perbezaan. Apakah parameter tanah yang anda boleh ukur untuk menerangkan
perbezaan tersebut?

Jawapan:
Berdasarkan sampel tanah yang telah dikaji, sememangnya terdapat perbezaan
yang ketara dari segi mikrofauna dan makrofauna yang telah dijumpai. Sebagai contohnya,
cacing hanya dapat dijumpai di lokasi 1 dan langsung tidak dijumpai di lokasi 2. Perbezaan
yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh beberapa parameter yang boleh diperhatikan.
Antaranya adalah dari segi keredupan tanah. Tanah di lokasi 1 di ambil daripada kawasan
dibawah pokok yang redup. Manakala, tanah lokasi 2 pula di ambil daripada kawasan yang
panas dan kering. Hal ini telah menyebabkan cacing hanya ada di lokasi 1 kerana cacing
hidup di kawasan yang mempunyai tanah yang lembap dan redup manakala tanah di lokasi
2 mengandungi labah-labah dan anai-anai kerana kawasan panas dan kering sangat sesuai
untuk mereka. Selain itu, antara parameter lain yang dijadikan ukuran berdasarkan
makrofauna yang dijumpai adalah dari segi pH tanah, jenis tanaman yang terdapat di
kawasan tersebut dan juga kepadatan tanah itu sendiri. Setiap parameter ini akan
mempengaruhi makrofauna yang terdapat di sesebuah kawasan berdasarkan keadaan
yang sesuai bagi setiap makrofauna yang berlainan untuk hidup.

6
2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah.

Jawapan:
Antara makrofauna yang telah dijumpai semasa menjalankan eksperimen tersebut
adalah, cacing, labah-labah, lipan, dan juga anai-anai. Makrofauna merupakan organisma
yang menghabiskan sebahagian hidup mereka di dalam tanah. Organisma ini mempunyai
peranan yang sangat penting dalam menjamin ekosistem yang seimbang. Antara
makrosistem yang memainkan peranan besar dalam keseimbangan ekosistem adalah
cacing. Hal ini kerana, cacing akan membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang
yang digalinya. Selain itu, najisnya pula mengandungi kalsium yang dapat menyuburkan
tanah. Akhir sekali, cacing juga secara tidak langsung membawa tanah dari satu lapisan ke
satu lapisan yang lain dan seterusnya struktur tanah menjadi lebih seimbang. Selain
daripada cacing tanah, lipan juga secara semulajadi membantu keseimbangan ekosistem
tanah. Hal ini kerana, lipan dapat menghasilkan larva tanah yang banyak. Pergerakan larva
ini di dalam tanah menghasilkan banyak terowong-terowong kecil yang dapat memudahkan
nutrient dan air sampai ke akar tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut. Hal ini secara
kesimpulannya dapatlah diperkatakan bahawa makrofauna dalam tanah berperanan untuk
menjamin keseimbangan ekosistem tanah, memelihara sifat-sifat fizikal dan biological
tanah, proses humifikasi serta memperbaiki struktur dan pembentukan tanah itu sendiri.

3. Pada rajah rangkaian makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh:
fungi,nematode dan sebagainya). Apa yang mereka lakukan (pemangsa, pengurai daun
dan sebagainya) dan terangkan bagaimanakah cara tenaga disalurkan cth. Dimanakah
tenaga tu dikumpulkan dan dimanakah tenaga berakhir (ie. Yang utama dalam rantaian
makanan mati? Masukkan rajah dalam laporan anda.

Jawapan :

 Berdasarkan rajah tersebut, tumbuhan hijau berperanan sebagai pengeluar. Tumbuhan


hijau memerangkap tenaga daripada cahaya matahari dan menggunakannya di dalam
proses fotosistesis untuk menghasilkan makanan dan secara langsung menjadikan

7
tumbuhan hijau ini organisma autotrof. Pengeluar biasanya menduduki aras trof yang
pertama.
 Arthropod, burung dan juga tikus pula merupakan consumer dalam jaringan makanan
tersebut. Konsumer ini bergantung kepada pengeluar seperti tumbuh-tumbuhan untuk
mendapatkan tenaga dan sumber nutrient. Bakteria, kulat dan nematod pula berperanan
sebagai pengurai.
 Apabila organisma seperti burung dan tikus mati, nematode akan memainkan peranan
yang penting sebagai pengurai semulajadi kepada bangkai burung dan tikus tersebut.
Hal ini secara tidak langsung nutrien dan tenaga akan kembali semula ke tanah sebagai
sumber nutrient tanah itu sendiri. Oleh itu, nutrien dan tenaga kembali berkitar.
Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana iabergerak dari satu fasa ke fasa yang
lain dan akhirnya akan hilang sebagai habadan perlu diganti oleh tenaga daripada
Matahari

4. Kumpulan organisma mana yang membentuk mesofauna? Kumpulan mana yang


membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan utama ini?

Jawapan :
Mesofauna merupakan invertebrata yang hidup di bawah lapisan daun di
permukaan tanah dan berukuran antara 0.1 mm dan 2 mm dan biasanya dapat dilihat
oleh mata kasar dengan bantuan kanta pembesar. Contoh yang biasa dijumpai bagi
mesofauna adalah nematode, hama, springtails dan juga paurapod. Mesofauna
memakan pelbagai bahan termasuk mikroorganisma, haiwan tanah lain,tumbuhan hidup
atau reput, kulat, alga, liken, spora, dan debunga. Spesies ini berperanan bagi
membuka saliran air dan udara dalam tanah dengan menguraikan akar tumbuhan.
Mikrofauna pula merupakan haiwan kecil dan organisma uniselular yanghanya
boleh dilihat melalui mikroskop seperti fungi, bakteria dan aktinomisetes.Kebiasaanya
mikrofauna berukuran lebih kecil daripada 0.1mm. Kebanyakkanmikrofauna
dipanggil ‘cryptozoa’. Organisma-organisma ini berfungsi sebagai pengurai melalui
pemakanandan memproses partikel-partikel organik kecil di dalam tanah yang
telah mendap.Selain itu juga, mikrofauna juga boleh didapati di dalam usus organisma yang
lebih besar untuk menguraikan bahan selulosa di dalam usus tersebut.

5. Rangkaian makanan boleh menunjukkan biologikal yang kompleks dan juga kesuburan
tanah. Terangkan bagaimana pengurusan tanah meningkatkan kesuburan tanah.

Jawapan :
Antara cara ataupun kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kesuburan
tanah adalah melalui penggunaan kawalan biologi. Kaedah kawalan biologi ini merupakan

8
suatu alternatif kepada kelemahan penggunaan bahan kimia untuk menghapuskan
serangga dan makhluk perosak dalam bidang pertanian. Melalui kaedah ini, sesuatu
organisma yang barkaitan akan digunakan untuk mengawal pembiakan dan populasi
organisma lain yang membawa kerosakan. Hal ini secara tidak langsung dapat memastikan
kesuburan tanah terjamin dan kawasan makhluk perosak dapat dijalankan secara semula
jadi.
Selain itu, kaedah lain yang boleh digunapakai adalah melalui penggunaan baja
organik seperti baja tahi dan enzim. Hal ini kerana, penggunaan baja organic ini bukan
sahaja dapat mengekalkan kesihatan tanah. Malah ia juga secara tidak langsung dapat
mengekalkan pH di kawasan tersebut. Hal ini kerana, penggunaan baja bukan organic akan
mengubah pH tanah di sesebuah kawasan dan akan memberi kesan yang buruk kepada
organisma lain yang terdapat di dalam tanah.

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah. Apakah
servis yang ekosistem jalankan?

Jawapan :
Biota tanah merupakan sekumpulan organisma yang menjadikan tanah
sebagai habitat untuk hidup. Antara contoh-contoh biota tanah adalah cacing, rhizophora,
magistophora, bakteria, cendawan dan juga akar tumbuhan. Biota tanah menyumbang
kepada kesihatan tanah. Tanah yang mengandungi kandungan oksigen yang
tinggi adalah yang terbaik untuk proses pertanian.
Kitaran nutrien dalam tanah seperti kitar oksigen nitrogen dan lain-lain yang
dihasilkan dapat digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup. Biota tanah ini memainkan
peranan utama di semua peringkat dalam makanan mikro web dimana tenaga dipindahkan
dari satu organisma yang lain dan sebagai nutrienakibat dikitar semula melalui persekitaran
tanah. Selain itu, penguraian bangkai oleh pengurai juga menghasilkan nutrien yang
diperlukan oleh pokok untuk membesar dengan baik.

Kesimpulan :

Ekosistem tanah adalah sesuatu yang sangat penting bagi kehidupan makrofauna. Selepas
kajian dijalankan, didapati terdapat pelbagai makrofauna yang telah dijumpai di dalam tanah.
Makrofauna ini memainkan peranan yang sangat berguna dalam membekalkan nutrisi kepada
tumbuhan dan mengekalkan keseimbangan tanah. Secara kesimpulannya, di dapati mikrofauna
yang terdapat di lokasi 1 mempunyai bilangan yang lebih banyak berbanding di lokasi 2. Hal ini
mungkin disebabkan struktur dan keadaan tanah yang lembap merupakan persekitaran yang lebih
sesuai kepada kebanyakan makrofauna untuk hidup.

9
Rujukan

Borman, F.H. dan G.E. Likens. (2013). The ecosystem and how it relates to sustainability. Dimuat
turun daripada:
https://globalchange.umich.edu/globalchange1/current/lectures/kling/ecosystem/ecosyste
m.html
Neil, A. R., Jane, B. T., Martha, R. S., Eric J. and Dickey, J. L. (2010) Biology (6th Ed.). London,
England: Campbell.
Noppadol Paothong. (2014). Soil centipedes. Dimuat turun daripada:
https://nature.mdc.mo.gov/discover-nature/field-guide/soil-centipedes
Richard, Y. K. (2014). Pre-u stpm text biology. Batu Pahat, Johor: Pelangi Sdn. Bhd.
Thye, C. L., Jacqueline, R. S., & Nalini, B. (2014). Ace ahead biology stpm text. Shah Alam,
Selangor: Oxford fajar Sdn. Bhd.

10
Lampiran

11

You might also like