You are on page 1of 1

Tinjauan Literature

Tinjauan literatur merupakan satu aktiviti awal yang amat penting dalam semua
penyelidikan. Blaxter, Hughes, dan Tight (2003) menegaskan bahawa kebolehan untuk membuat
tinjauan literatur secara kompeten merupakan satu kemahiran yang penting bagi seseorang
penyelidik. Menurut Creswell (2005), Tinjuan literatur ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti yang
mencabar kerana kewujudan maklumat yang banyak dari pelbagai sumber.

Menurut Holt, Strean & Bengoechea (2002) dan Rovengno, Nevett & Babiarz (2001),
permainan adalah tunjang utama dalam Pendidikan Jasmani dan semestinya disertai oleh semua
lapisan murid tanpa mengira tahap kebolehan kemahiran dalam sesuatu sukan.

Menurut Ministerio de Educación y Ciencia (2006), salah satu strategi utama daripada
kerajaan Sepanyol difokuskan untuk mengubah undang-undang sekolah untuk memberi peranan
kesihatan yang lebih penting dalam Sistem Pendidikan.

Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu program latihan yang
melibatkan stesen-stesen tertentu dan program latihan ini akan dilakukan dalam jangka masa
yang ditentukan. Satu litar dikira telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti.
Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam
satu litar.

Menurut Soram (1976), latihan litar merupakan beberapa aktiviti senaman yang dipilih,
diatur dan dinomborkan di suatu tempat yang tertentu. Setiap tempat yang dinomborkan dipanggil
stesen. Ia adalah untuk memudahkan peserta bergerak dari satu stesen ke stesen lain dalam litar
mengikut urutan yang ditetapkan. Bilangan satu set latihan bergantung kepada keperluan dan
kemampuan individu.

Menurut Cissik (2004), keupayaan seseorang individu untuk menguasai sesuatu


kemahiran bergantung kepada masa program latihan dan kekerapan latihan diadakan.

Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji peningkatan ketepatan hantaran
aras dada murid Tahun 5M melalui kaedah berstesen.

You might also like