You are on page 1of 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah yang saya hormati serta rakan

sekelas sekalian.

Acara lompat tinggi merupakan satu sukan yang menggunakan ketinggian yang sudah lama
bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu
gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

A) GAYA GUNTING
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar
dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

B) GAYA TIMUR
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak kaki bebas
dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

C) GAYA GULING BARAT


Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan
kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa
pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

D) GAYA PELANA
Gaya ini hampir sama dengan gaya guling barat.Pelompat menuju ke palang secara bersudut.
Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya
seolah-olah meniarap di atas palang.

E) GAYA FOSBURY FLOP


Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop.Mengikut
gaya ini, pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. Gaya ini
diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik
baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian
belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian
tengkuk. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar
tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang
mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.

You might also like