You are on page 1of 6

TAJUK : Batu

TUJUAN : Mengkaji jenis batu.

PENGENALAN :

Kerak Bumi terbentuk daripada pelbagai jenis batuan. Batu adalah


sejenis bahan yang terdiri daripada mineral dan boleh dikelaskan mengikut
komposisi mineral. Batu boleh dikelaskan mengikut kandungan mineral dalam
batu (iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini), tekstur
batuan (iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan), struktur
batuan (iaitu susunan hablur mineral dalam batuan).

Ahli geologi mengelaskan batu kepada 3 jenis yang berbeza, iaitu


batuan igneus, batuan endapan dan batuan metamorfik. Batuan igneous
merupakan batu yang terbentuk akibat penyejukan magma cair. Penyejukan
merupakan proses eksotermik dan melibatkan perubahan fasa dari cecair
kepada pepejal. Batuan endapan dibentuk melalui pemendakan bahan dalam
laut, sungai, tasik atau pemendapan patikel mineral yang dibawa oleh hujan,
angin. Batuan endapan mempunyai struktur yang berlapis-lapisdan sering
membawa fosil benda hidup. Batuan metamorfik merupakan batuan yang
terbentuk akibat perubahan cuaca atau tekanan yang menjadikan mineral
tidak seimbang dengan persekitaran yang baru. Batuan igneous dan batuan
endapan juga boleh dijadikan batuan metamorfik dengan mengubah
strukturnya akibat peubahan dalam persekitaran.

ALAT RADAS : Sampel batu, air, bikar, silinder penyukat, alat penimbang

PROSEDUR :

1. Sampel batu diperhatikan di dalam makmal.


2. Ciri-ciri batuan dicatatkan dalam jadual di bawah.
3. Ketumpatan batu boleh dikira dengan menggunakan hubungan antara
jisim dengan isipadu batuan.
4. Nama-nama batuan boleh dicari daripada keputusan yan diperolehi.
5. Teknik lain juga boleh digunakan untuk mengkelas dan menamakan
batu.
KEPUTUSAN :

Jenis Batuan Coretan Jisim Isipadu Kilauan Kekerasan Lapisan Saiz Ketumpatan
(g) (cm³) (Skala Moh) butiran (g/cm³)

1. Riolit Ada 150 40 Earthy 6.5 Tiada Seder 3.75


hana

2. Obsidian
Ada 45 15 Vitreous 5.0 Tiada Kecil 3.00

3. Basalt
Ada 260 100 - 6.5 Tiada Besar 2.60

4. Conglomerate Ada 140 40 Dull 2.5 Tiada Besar 3.50

5. Chert Ada 95 45 Dull 6.5 Ada Seder 2.11


hana

6. Arang Ada 40 30 Dull 2.5 Tiada Kecil 1.33

7.Marble Ada 150 80 Vitreous 2.5 Ada Seder 1.88


hana
8. Slate Ada 160 50 Dull 4.0 Ada Seder 3.20
hana

9. Phyllite Ada 61 15 Phyllitic 2.5 Ada Kecil 4.07

PERBINCANGAN :

Batu igneous merupakan batu yang terbentuk daripada penyejukan


dan pembekuan magma. Kadangkala magma disejukkan dalam tanah dan
juga dikeluarkan ke permukaan Bumi melalui gunung berapi. Dalam kes ini,
magma disebutkan sebagai lava. Apabila lava disejukkan dengan cepat, tiada
hablur terbentuk dan batu kelihatan macam kaca dan berkilau. Air akan
tersekat dalam batu semasa proses penyejukan dan menyebabkan batu
mempunyai lubang yang kecil. Batu endapan adalah terbentuk daripada
patikel pasir, batu kecil dan serpihan bahan. Endapan terkumpul dalam
lapisan pada masa yang panjang dan akhirnya menjadi keras. Batu ini lebih
mudah dipecahkan berbanding dengan batu lain. Batu metamorfik terbentuk
di bawah permukaan Bumi melalui proses perubahan yang disebabkan
perubahan haba dan tekanan. Batu ini mungkin merupakan hablur berkilau.

Dalam eksperimen ini, tiga jenis sampel batu telah dikaji dari pelbagai
aspek seperti coretan, ketumpatan, kilauan, kekerasan, lapisan dan saiz
butiran untuk menentukan jenis batuan. Jenis batuan ditentukan dengan
membanding beza ciri-ciri perbezaan.

Batu Riolit mempunyai coretan, kekilauan yang “earthy”, kekerasan


berdasarkan Skala Moh ialah 6.5, tidak mempunyai lapisan, saiz butiran
adalah sederhana dan ketumpatannya ialah 3.75 g/cm³. Batu Obsidian
mempunyai coretan, kekilauan yang “vitreous”, kekerasan berdasarkan Skala
Moh ialah 5.0, tidak mempunyai lapisan, saiz butiran adalah kecil dan
ketumpatannya ialah 3.00 g/cm³. Batu Basalt mempunyai coretan, kekerasan
berdasarkan Skala Moh ialah 6.5, tidak mempunyai lapisan, saiz butiran
adalah besar dan ketumpatannya ialah 2.60 g/cm³. Batu Conglomerate
mempunyai coretan, kekilauan yang “dull”, kekerasan berdasarkan Skala Moh
ialah 2.5, tidak mempunyai lapisan, saiz butiran adalah besar dan
ketumpatannya ialah 3.50 g/cm³. Batu Chert mempunyai coretan, kekilauan
yang “dull”, kekerasan berdasarkan Skala Moh ialah 6.5, mempunyai lapisan,
saiz butiran adalah sederhana dan ketumpatannya ialah 2.11 g/cm³. Batu
Arang mempunyai coretan, kekilauan yang “dull”, kekerasan berdasarkan
Skala Moh ialah 2.5, tidak mempunyai lapisan, saiz butiran adalah kecil dan
ketumpatannya ialah 1.33 g/cm³. Batu Marble mempunyai coretan, kekilauan
yang “vitreous”, kekerasan berdasarkan Skala Moh ialah 2.5, tidak
mempunyai lapisan, saiz butiran adalah sederhana dan ketumpatannya ialah
1.88 g/cm³. Batu Slate mempunyai coretan, kekilauan yang “dull”, kekerasan
berdasarkan Skala Moh ialah 4.0, mempunyai lapisan, saiz butiran adalah
sederhana dan ketumpatannya ialah 3.20 g/cm³. Batu Phyllite mempunyai
coretan, kekilauan yang “phyllitic”, kekerasan berdasarkan Skala Moh ialah
2.5, mempunyai lapisan, saiz butiran adalah kecil dan ketumpatannya ialah
4.07 g/cm³.

Berdasarkan keputusan di atas, kita dapat mendapati bahawa batu


riolit, batu obsidian dan batu basalt merupakan batu igneous kerana tidak
mempunyai lapisan yang mengandungi fosil. Batu igneous biasanya tidak
berkilau dan butiran yang nyata. Selain itu, kita juga mendapati bahawa batu
conglomerate, batu chert dan batu arang merupakan batu endapan. Batu
tersebut berwarna gelap, mempunyai lapisan yang mengandungi fosil dan
butiran yang besar atau kecil bergantung kepada cara pembentukkannya.
Kita juga mendapati batu marble, batu slate dan batu phyllite. Batu ini
mempunyai ciri-ciri batu igneous dan batu endapan.

Dalam eksperimen ini, semasa mengisi isipadu batu dengan air,


sampel batu yang diukur perlu diletakkan dengan berhati-hati ke dalam bikar
untuk mengelakkan bikar pecah.
KESIMPULAN :

Jenis batuan boleh ditentukan dengan dikaji dari pelbagai aspek


seperti coretan, ketumpatan, kilauan, kekerasan, lapisan dan saiz butiran.
Dalam eksperimen ini, batu riolit, batu obsidian dan batu basalt merupakan
batu igneous. Batu conglomerate, batu chert dan batu arang merupakan batu
endapan. Batu marble, batu slate dan batu phyllite merupakan batu
metamorfik.
Rujukan

Annenberg Learner. (2016). Interactives Rock Cycle. Diambil daripada


http://www.learner.org/interactives/rockcycle/types.html

Nor Laili Razali. (2014). Laporan amali 1 batuan email kelas. Diambil daripada
https://www.slideshare.net/norlailirazali/laporan-amali-1-batuan-email-
kelas

Noraini Hussain. (2014). Amali batu fizik sem 5. Diambil daripada


https://www.slideshare.net/norainihussain83/amali-batu-fizik-sem-
5?t=123

You might also like