You are on page 1of 10

10/30/2017 Amalan Literasi Rumah : Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa

Amalan Literasi Rumah: Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak


03
Aug Oleh : Maslini Madiah Binti Mohamad

1.0       PENGENALAN

Sejak tiga dekad kebelakangan ini, telah meningkatnya minat dalam kefahaman tentang
bagaimana persekitaran literasi rumah memberi kesan kepada pemerolehan dalam pengetahuan
penampilan literasi dan bahasa kanak-kanak (Roberts, Jurgens & Burchinal, 2005). Ini disokong
oleh Cheng (2003), yang mengatakan bahawa penyelidik pendidikan semakin berminat dalam
pengalaman literasi awal kanak-kanak dengan persekitaran literasi di mana kanak-kanak
dibesarkan. Malahan, kajian sintesis (Snow, Bums & Griffin, 1998; Whitehurst, Arnold, Angel, Smith
& Fischel, 1994) menekankan kepentingan amalan literasi rumah dan persekitaran dalam
memupuk dan mempercepatkan pertumbuhan dalam kemahiran penampilan literasi kanak-
kanak kecil.

Terdapat banyak kajian yang telah melaporkan perkaitan di antara persekitaran literasi di rumah
dengan kemahiran literasi dan bahasa kanak-kanak kemudiannya (Roberts, Jurgens & Burchinal,
2005; Kuroki, 2010; Kim, 2007; Hall, 2008, Kirby & Hogan, 2008; Cheng, 2003). Di samping itu,
menurut Kuroki (2010) terdapat juga kajian yang menemui perkaitan di antara persekitaran
literasi rumah kanak-kanak dengan kemahiran pra-membaca kanak-kanak yang lebih kecil dan
kefasihan bacaan kanak-kanak yang lebih dewasa. Ini juga dibuktikan oleh dapatan kajian
daripada Cheng (2003), yang mengatakan lima kanak-kanak berbangsa Cina menjadi penulis dan
pembaca awal melalui pendedahan kepada literasi yang mana mereka biasanya terlibat dalam
aktiviti harian di rumah, bukan dari pengajaran formal di sekolah.

Tambahan pula, menurut Hall (2008), bukti penyelidikan menunjukkan bahawa pengalaman
literasi awal yang diberikan oleh penjaga dengan ketara mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan kemahiran penampilan literasi kanak-kanak. Sebagai contoh, kekerapan serta
kualiti interaksi bahasa di rumah mempengaruhi perkembangan awal perbendaharaan kata

http://www.kpakk.edu.my/artikel/amalan­literasi­rumah­kesannya­keatas­perkembangan­bahasa­kanak­kanak/ 1/10
10/30/2017 Amalan Literasi Rumah : Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa

kanak-kanak dan keupayaan kefahaman (Rush, 1999; Walker, Greenwood, Hart, & Carta, 1994). Ini
disokong oleh dapatan kajian daripada Kirby dan Hogan (2008), yang mengatakan bahawa kanak-
kanak yang dapat membaca dengan baik secara signifikan lebih kerap dibacakan buku oleh orang
dewasa; diajar huruf-huruf cetakan, bunyi huruf, dan membaca perkataan-perkataan baru; dan
bermain permainan memori berbanding kanak-kanak yang lemah dalam membaca.

Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk mengenalpasti amalan literasi di rumah dan kesannya
terhadap perkembangan kemahiran literasi awal kanak-kanak. Menurut Cheng (2003), kanak-
kanak secara individu mula literasi dengan cara yang unik, bergantung kepada kualiti dan kuantiti
pengalaman awal bahasa dan literasi yang disediakan di rumah. Bagi kanak-kanak kecil,
persekitaran kekeluargaan yang menyediakan amalan literasi rumah adalah persekitaran semula
jadi yang paling proksimal dan berpengaruh bagi memupuk pemerolehan literasi.

Teori asas panduan kajian ini adalah perspektif teori Vygotsky dalam perkembangan kanak-kanak.
Perspektif Vygotsky menegaskan bahawa interaksi sosial antara manusia, dan juga interaksi
antara manusia dengan persekitaran mereka, adalah faktor utama dalam pembelajaran kanak-
kanak. Pada pandangan Vygotskian, kanak-kanak melibatkan diri dalam pengalaman membaca
dan menulis yang mengintegrasikan bahasa dan tindakan dalam konteks sosial. Dalam konteks
sosial aktiviti literasi, kanak-kanak dapat mentafsir pengalaman literasi dan menghayati
pengetahuan mengenai membaca dan menulis. Kanak-kanak belajar kemahiran literasi dari
segala apa yang mereka lihat, dengar, lakukan dan berinteraksi dengan, di rumah, sekolah,
perpustakaan, dan di mana-mana sahaja.

1.1       Definisi

1. Literasi Rumah

Literasi rumah sama seperti literasi keluarga. Ia merujuk kepada cara di mana ahli keluarga
memulakan dan menggunakan literasi dalam kehidupan seharian mereka (Cheng, 2003).

1. Amalan Literasi Rumah

Menurut Cheng (2003), amalan literasi rumah merujuk kepada aktiviti-aktiviti literasi yang kanak-
kanak amalkan di rumah. Dalam artikel ini, amalan literasi rumah melibatkan amalan literasi yang
spesifik iaitu pengajaran ibu bapa dan pembacaan rumah (Cheng, 2003; Kim, 2007; Kuroki, 2010),
dan minat literasi kanak-kanak (Roberts, Jurgens & Burchinal, 2005; Kuroki, 2010). Manakala kajian
oleh Roberts, Jurgens dan Burchinal (2005) menggunakan Inventori Pemerhatian Rumah untuk
Menyukat Persekitaran (HOME) yang diadaptasi dari Caldwell dan Bradley (1984).

http://www.kpakk.edu.my/artikel/amalan­literasi­rumah­kesannya­keatas­perkembangan­bahasa­kanak­kanak/ 2/10
10/30/2017 Amalan Literasi Rumah : Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa

1. Kemahiran Literasi Awal Kanak-kanak

Kemahiran literasi awal kanak-kanak terdiri daripada kemahiran penampilan literasi (kesedaran
fonologi, perbendaharaan kata reseptif dan pengetahuan nama-huruf) dan kemahiran
konvensional literasi (pembacaan perkataan, pembacaan perkataan “pseudo”, dan pengejaan)
(Kim, 2007).

2.0       AMALAN LITERASI DI RUMAH

Untuk memahami lebih mendalam tentang persekitaran literasi di rumah terhadap


perkembangan kemahiran literasi kanak-kanak, adalah penting untuk mengenalpasti bagaimana
aspek-aspek yang spesifik dalam persekitaran literasi di rumah membantu dalam perkembangan
kemahiran literasi awal kanak-kanak kemudiannya. Oleh itu, terdapat tiga amalan literasi rumah
yang spesifik iaitu pengajaran ibu bapa, pembacaan rumah, dan minat literasi kanak-kanak.
Manakala HOME digunakan untuk menilai peranan ciri-ciri umum persekitaran rumah dalam
perkembangan kemahiran awal literasi kanak-kanak. Kaedah yang kerap kali digunakan untuk
mengkaji persekitaran literasi di rumah adalah melalui temu bual ibu bapa sama ada melalui
telefon atau pun di rumah (Kim, 2007; Cheng, 2003; Hall, 2008; Kirby & Hogan, 2008; Roberts,
Jurgens & Burchinal, 2005) atau mengisi soalan soal-selidik, atau kedua-duanya sekali (Kuroki,
2010).

2.1       Pengajaran Ibu Bapa

Menurut Zhang, Ollila dan Harvey (1998) yang dipetik daripada Cheng (2003), ibu bapa cenderung
untuk mengajar anak-anak mereka secara langsung kemahiran yang mereka anggap sebagai pra-
syarat bagi pencapaian sekolah, dan juga kemahiran yang mereka percaya kanak-kanak tidak
belajar secukupnya di sekolah. Ajaran terus ibu bapa merujuk kepada kekerapan dan gaya
interaksi ibu bapa dan anak dalam tugas-tugas kerja sekolah seperti buku kerja.

Sebagai contoh, terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan pengajaran ibu bapa iaitu
kekerapan mereka mengajar huruf abjad untuk anak-anak mereka (Kim, 2007; Kuroki, 2010);
kekerapan mereka menolong anak-anak mereka dengan kerja sekolah (Kim, 2007); kekerapan
mereka bermain  permainan berima dengan anak mereka; dan kekerapan mereka menunjukkan
perkataan untuk anak mereka dan memberitahu anak mereka  apa yang mereka katakan (Kuroki,
2010).

Dapatan kajian oleh Kim (2007) mendapati bahawa kekerapan pengajaran ibu bapa adalah negatif
berkaitan dengan kesedaran fonologi, kosa kata, dan kemahiran membaca kanak-kanak dalam
bahasa Korea (iaitu pembacaan perkataan dan pembacaan perkataan  “pseudo”), pembacaan

http://www.kpakk.edu.my/artikel/amalan­literasi­rumah­kesannya­keatas­perkembangan­bahasa­kanak­kanak/ 3/10
10/30/2017 Amalan Literasi Rumah : Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa

rumah dikawal. Ini disokong oleh Kuroki (2010) yang mengatakan bahawa pengajaran ibu bapa
tidak ada perkaitan dengan mana-mana kemahiran penampilan literasi.

Namun begitu, keputusan ini berbeza daripada penemuan sebelum ini dengan keluarga
berbahasa Inggeris dan berbahasa Perancis (Evans, Shaw, & Bell, 2000; Se´ne´chal 2006a; Se´ne
´chal et. al., 1998) dan dari keputusan satu meta-analisis daripada kajian intervensi pengajaran
rumah, yang mendedahkan kesan positif pengajaran ibu bapa terhadap penampilan literasi dan
kemahiran konvensional literasi kanak-kanak (Se´ne´chal, 2006b) (Kim, 2007). Malahan, menurut
Hall (2008), pengajaran ibu bapa dalam nama-nama huruf dan bunyi memperkenalkan kanak-
kanak kepada pengetahuan huruf.

2.2       Pembacaan Rumah

Menurut Kim (2007), terdapat beberapa perkara yang digunakan untuk menilai pembacaan
rumah iaitu jumlah buku kanak-kanak yang ada di rumah, kekerapan ahli keluarga membaca
buku dan majalah, kekerapan ahli keluarga membaca buku dengan anak-anak mereka, kekerapan
ahli keluarga membaca buku untuk kanak-kanak, kekerapan anak-anak mereka membaca buku di
rumah, dan jumlah buku (termasuk buku bergambar) yang anak-anak mereka baca sendiri.
Manakala kajian Kuroki (2010) yang menilai pembacaan buku berkongsi mempunyai dua item
iaitu ‘Kira-kira berapa kali seminggu anda membaca kepada anak anda di rumah?’ dan ‘Kira-kira
berapa kali sebulan anda pergi ke perpustakaan dengan anak anda?’. Oleh itu, pembacaan rumah
dalam artikel ini melibatkan kekerapan ibu bapa membaca untuk anak-anak dan pembacaan
buku berkongsi.

Dapatan kajian oleh Kim (2007), mendapati bahawa kanak-kanak yang lebih kerap terlibat dengan
aktiviti-aktiviti membaca di rumah mempunyai skor purata yang lebih tinggi pada akhir kajian
dalam kesedaran fonologi, kosa kata, dan pengetahuan nama-huruf, dan membina asas untuk
kemahiran konvensional literasi. Malahan,  kanak-kanak yang dibacakan dengan kerap oleh orang
dewasa semasa tahun prasekolah mereka menunjukkan tahap bacaan yang lebih tinggi
berbanding kanak-kanak yang kurang kerap dibacakan (Kirby & Hogan, 2008) dan belajar lebih
makna perkataan daripada mereka yang tidak (Biemiller & Boote, (2006) dalam Kuroki, 2010).

Manakala dapatan kajian oleh Kuroki (2010), mendapati bahawa berkongsi membaca buku
dengan ibu mempunyai perkaitan positif dengan kemahiran bahasa Inggeris secara lisan dalam
kalangan kanak-kanak Latino. Ini menyokong pernyataan Cheng (2003) dan Hall (2008),
berdasarkan kajian-kajian terdahulu, yang mengatakan bahawa berkongsi membaca buku
meningkatkan kemahiran penampilan literasi dan menyediakan kanak-kanak peluang untuk
mendapat bahasa lisan.

http://www.kpakk.edu.my/artikel/amalan­literasi­rumah­kesannya­keatas­perkembangan­bahasa­kanak­kanak/ 4/10
10/30/2017 Amalan Literasi Rumah : Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa

Namun begitu, keputusan ini berbeza dengan penemuan oleh Roberts, Jurgens dan Burchinal
(2005), yang mengkaji kanak-kanak pra-sekolah berketurunan Afrika-Amerika, yang mendapati
bahawa tidak ada perkaitan signifikan di antara kekerapan ibu membaca kepada anak-anak
mereka dengan perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak. Hal ini mungkin kerana kajian ini
mengambil tempoh masa yang lama di mana perkembangan dan persekitaran keluarga kanak-
kanak telah dikaji secara prospektif semenjak kanak-kanak itu lahir sehingga berumur tiga dan
lima tahun. Oleh itu, penilaian amalan literasi rumah yang spesifik adalah tidak sesuai digunakan
dalam kajian ini berbanding dengan penilaian amalan literasi rumah secara umum.

2.3       Minat Literasi Kanak-kanak

Salah satu faktor berpotensi lain yang dikaji dalam perkaitan dengan perkembangan kemahiran
literasi dan bahasa ialah minat kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti literasi (Roberts, Jurgens &
Burchinal, 2005; Kuroki, 2010). Minat kanak-kanak dalam buku-buku dan huruf adalah satu aspek
penting dalam persekitaran literasi rumah. Namun begitu, kajian oleh Kuroki (2010), dan Roberts,
Jurgens dan Burchinal (2005) mendapati bahawa minat literasi kanak-kanak tidak ada perkaitan
dengan perkembangan kemahiran penampilan literasi.

Keputusan ini berbeza dengan beberapa kajian Scarborough dan Dobrich (1994) yang telah
melaporkan bahawa perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak adalah berhubung dengan
kegembiraan kanak-kanak dalam membaca (Roberts, Jurgens & Burchinal, 2005). Selain itu,
menurut Kirby dan Hogan (2008), seorang kanak-kanak yang mempunyai keinginan untuk belajar
membaca dan berminat dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan literasi mungkin lebih
cenderung untuk mendapatkan aktiviti membaca lebih atau lebih baik daripada ibu bapa. Oleh
itu, sikap kanak-kanak itu boleh mempengaruhi kekerapan amalan literasi keluarga.

2.4       Inventori Pemerhatian Rumah untuk Menyukat Persekitaran (HOME)

Kajian yang telah dilakukan oleh Roberts, Jurgens dan Burchinal (2005) telah menggunakan HOME
untuk menaksir persekitaran literasi di rumah. HOME mempunyai 45 item semi-struktur
pemerhatian atau temubual yang menyukat emosional dan responsiviti verbal penjaga utama,
penerimaan terhadap tingkah laku kanak-kanak, organisasi persekitaran, stimulasi akademik dan
bahasa, dan penglibatan ibu bapa dengan kanak-kanak. Dapatan kajian mendapati perkaitan
positif di antara HOME dengan perkembangan literasi dan bahasa kanak-kanak (perbendaharaan
kata reseptif, bahasa ekspresif, bahasa reseptif, dan kemahiran literasi awal).

http://www.kpakk.edu.my/artikel/amalan­literasi­rumah­kesannya­keatas­perkembangan­bahasa­kanak­kanak/ 5/10
10/30/2017 Amalan Literasi Rumah : Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa

Sebagai kesimpulannya, HOME lebih baik digunakan sebagai peramal dalam perkembangan
bahasa dan literasi berbanding dengan amalan literasi yang spesifik. Ini kerana kesemua indeks
dalam HOME mungkin menyukat pendidikan dan keadaan sekeliling sosial dalam persekitaran
rumah di mana kanak-kanak mendapat pengalaman, yang mana mungkin menyeluruh daripada
satu masa ke masa seterusnya berbanding amalan literasi rumah yang spesifik. HOME juga
mungkin menaksir beberapa parameter dalam persekitaran bahasa dan literasi kanak-kanak
(seperti emosional dan responsiviti verbal penjaga, penerimaan terhadap tingkah laku kanak-
kanak dan sebagainya) yang mana secara bersama mempunyai impak yang lebih besar terhadap
perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak berbanding amalan literasi yang spesifik.

3.0            KESAN AMALAN LITERASI RUMAH TERHADAP KEMAHIRAN LITERASI AWAL KANAK-
KANAK

Kesan amalan literasi rumah terhadap kemahiran literasi awal kanak-kanak adalah berdasarkan
kajian yang dilakukan oleh Kim (2007). Kajian Kim (2007) menggunakan reka bentuk yang
membujur terhadap kanak-kanak dan keluarga mereka yang berbahasa Korea. Kajian ini
menyiasat hubungan amalan literasi rumah terhadap kemahiran penampilan literasi dan
kemahiran konvensional literasi.

3.1       Kemahiran Penampilan Literasi

Penampilan literasi merujuk kepada pandangan bahawa pembelajaran literasi bermula semenjak
lahir dan digalakkan melalui penyertaan dengan orang dewasa dalam aktiviti-aktiviti yang
bermakna (Cheng, 2003). Manakala menurut Kuroki (2010), konsep penampilan literasi
menganggap bahawa terdapat kesinambungan pembangunan antara pra-membaca dan
membaca, dan apa yang berlaku kepada kanak-kanak sebelum dan semasa tempoh prasekolah
adalah aspek penting dalam perkembangan literasi awal. Terdapat tiga kemahiran penampilan
literasi yang akan dibincangkan dalam artikel ini, iaitu kesedaran fonologi, perbendaharaan kata
reseptif, dan pengetahuan nama-huruf.

1. Kesedaran Fonologi

Baker dan rakan-rakan (1994) mentakrifkan kesedaran fonologi sebagai keupayaan untuk
mengesan, mengakses, memanipulasi dan mengaitkan bunyi dan kod (iaitu, huruf dan perkataan),
bunyi atau fonem yang membentuk perkataan (Hall, 2008).  Dapatan kajian oleh Kim (2007)
menunjukkan bahawa kekerapan pembacaan rumah adalah secara positif berkait dengan status

http://www.kpakk.edu.my/artikel/amalan­literasi­rumah­kesannya­keatas­perkembangan­bahasa­kanak­kanak/ 6/10
10/30/2017 Amalan Literasi Rumah : Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa

akhir kanak-kanak dalam kesedaran fonologi. Kajian ini mengesahkan kajian terdahulu (Foy &
Mann, 2003; Se´ne´chalet al., 1998) mengenai kepentingan pembacaan rumah untuk kemahiran
kesedaran fonologi.

Namun begitu, keputusan ini berbeza dengan pengajaran ibu bapa dan minat literasi kanak-
kanak. Pengajaran ibu bapa (Kim, 2007; Kuroki 2010) dan minat literasi kanak-kanak (Kuroki, 2010)
tidak ada perkaitan dengan kesedaran fonologi. Malah, keputusan ini disokong oleh dapatan
kajian Hall (2008), yang mengatakan bahawa persekitaran bahasa dan literasi rumah tidak
memberi sumbangan positif kepada kadar pertumbuhan mana-mana kemahiran bahasa dan
literasi kanak-kanak termasuklah kesedaran fonologi.

1. Perbendaharaan Kata Reseptif

  Perbendaharaan kata reseptif merujuk kepada perkataan-perkataan yang diperlukan untuk


memahami apa yang didengar dan dibaca (National Center for Family Literacy, 2009).

Dapatan kajian oleh Kim (2007) menunjukkan bahawa kekerapan pembacaan rumah adalah
secara positif berkait dengan status akhir kanak-kanak dalam perbendaharaan kata reseptif.
Kajian ini mengesahkan kajian terdahulu (Ewers & Brownson, 1999; Jordan et al., 2000; Se´ne
´chal, 2006a; Se´ne´chal et al., 1996) mengenai kepentingan bacaan rumah untuk kemahiran
perbendaharaan kata. Ia juga menyokong kajian yang dilakukan oleh Roberts, Jurgens dan
Burchinal (2005) yang menunjukkan bahawa ibu bapa yang menggunakan strategi bacaan buku
(berkongsi membaca buku) adalah secara signifikan berkaitan dengan tahap perbendaharaan
kata reseptif kanak-kanak tiga tahun dan semasa kemasukan ke tadika. Tetapi perkaitan ini bukan
bentuk yang konsisten.

Malah, menurut Cheng (2003), kajian yang telah dilakukan oleh Senechal, Lefevre, Hudson dan
Lawson (1996) melaporkan bahawa ciri-ciri persekitaran literasi rumah, seperti bilangan buku di
rumah, kekerapan lawatan ke perpustakaan, dan pendedahan ibu bapa sendiri terhadap cetakan
mempengaruhi kemahiran perbendaharaan kata kanak-kanak. Namun begitu, keputusan ini
berbeza dengan pengajaran ibu bapa dan minat literasi kanak-kanak. Pengajaran ibu bapa (Kim,
2007; Kuroki 2010) dan minat literasi kanak-kanak (Kuroki, 2010) tidak ada perkaitan dengan
perbendaharaan kata.

1. Pengetahuan Nama-Huruf

Hasil kajian Kim (2007), menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti membaca
di rumah yang lebih kerap mempunyai skor purata yang lebih tinggi pada akhir kajian dalam
pengetahuan nama-huruf. Kajian ini telah mengesahkan kajian-kajian terdahulu (Frijters, Barron,

http://www.kpakk.edu.my/artikel/amalan­literasi­rumah­kesannya­keatas­perkembangan­bahasa­kanak­kanak/ 7/10
10/30/2017 Amalan Literasi Rumah : Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa

& Brunello, 2000) tentang kepentingan bacaan rumah untuk kemahiran pengetahuan nama
huruf. Namun begitu, keputusan ini berbeza dengan pengajaran ibu bapa yang tidak ada
perkaitan dengan pengetahuan nama-huruf kanak-kanak.

3.2       Kemahiran Konvensional Literasi

1. Pembacaan Perkataan

Kajian yang dilakukan oleh Kim (2007), mengukur tahap mengenalpasti perkataan oleh kanak-
kanak dengan mengukur keupayaan kanak-kanak untuk membaca perkataan sebenar dalam
Korea. Dapatan kajian ini mendapati kanak-kanak yang ibu bapa lebih kerap mengamalkan
pembacaan rumah mempunyai skor yang lebih tinggi dalam pembacaan perkataan berbanding
kanak-kanak yang ibu bapa lebih kerap mengamalkan pengajaran selepas mengawal ciri-ciri latar
belakang kanak-kanak dan tiga kemahiran penampilan literasi.

1. Pembacaan Perkataan “Pseudo”

Kajian yang dilakukan oleh Kim (2007), mengukur tahap pembacaan perkataan “pseudo” kanak-
kanak dengan mengukur kemahiran dekoding kanak-kanak. Hasil kajian ini mendapati bahawa
anak-kanak yang ibu bapa lebih kerap mengamalkan pembacaan rumah mempunyai skor yang
lebih tinggi dalam pembacaan perkataan “pseudo” berbanding kanak-kanak yang ibu bapa lebih
kerap mengamalkan pengajaran selepas mengawal ciri-ciri latar belakang kanak-kanak dan tiga
kemahiran penampilan literasi.

1. Pengejaan

Kajian yang dilakukan oleh Kim (2007) mengukur tahap mengeja kanak-kanak dengan menilai
keupayaan kanak-kanak untuk mengeja perkataan (mengekod bunyi grafik). Dapatan kajian oleh
Kim (2007) menunjukkan bahawa kekerapan pembacaan rumah dan kekerapan pengajaran ibu
bapa tidak mempunyai perkaitan dengan pengejaan.

4.0       PENUTUP

Rumah menyediakan persekitaran pembelajaran yang paling awal untuk membangunkan


perbendaharaan kata dan memberikan pendedahan kepada percetakan dan huruf. Adalah
penting untuk mengkaji kesan persekitaran literasi rumah kepada kemahiran literasi awal kanak-
kanak kerana kanak-kanak menghabiskan banyak masa mereka di rumah sebelum bermulanya
pendidikan formal. Oleh itu, memahami bagaimana persekitaran literasi rumah menyumbang
kepada perkembangan bahasa dan kemahiran awal literasi yang penting,  menggalakkan
kejayaan dalam pemerolehan literasi  serta mencegah kegagalan dalam membaca.

http://www.kpakk.edu.my/artikel/amalan­literasi­rumah­kesannya­keatas­perkembangan­bahasa­kanak­kanak/ 8/10
10/30/2017 Amalan Literasi Rumah : Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


Tingkat 9 & 10,
Tower 1 Mercu Mustapha Kamal,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Talian Bebas Tol: 1-300-22-(KPAKK)-57255


Telefon Pejabat: 03 77335600
Faks: 03 77332600

http://www.kpakk.edu.my/artikel/amalan­literasi­rumah­kesannya­keatas­perkembangan­bahasa­kanak­kanak/ 9/10
10/30/2017 Amalan Literasi Rumah : Kesannya Keatas Perkembangan Bahasa

Kolej Perkembangan …
8,557 likes

Like Page Sign Up

1 friend likes this

Kolej Perkembangan Awal Kanak- Kanak © 2014. Hak Cipta Terpelihara.


 (https://www.facebook.com/pages/Kolej-Perkembangan-Awal-Kanak-Kanak/348456808508627?
id=348456808508627&sk=info)
 (https://twitter.com/kpakk)  (https://plus.google.com/114457788255418123222)
 (http://www.youtube.com/playlist?list=PL2uK5AkLAkqcHv2CelBezZy-Adi2RDx2r)
 (http://instagram.com/meetkpakk)

http://www.kpakk.edu.my/artikel/amalan­literasi­rumah­kesannya­keatas­perkembangan­bahasa­kanak­kanak/ 10/10

You might also like