You are on page 1of 3

Refleksi

Pertama sekali, saya telah menerima tugasan ini daripada pensyarah saya, Puan
Azibah Binti Baharom bagi subjek MPU 3081 Persatuan. Saya berasa tercabar untuk
menyiapkan tugasan ke-2 ini kerana ini adalah kali pertama saya membuat kajian kes dan
pengetahuan saya tentang tugasan ini amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran ini tidak
mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya, iaitu Ling Fung
Ngiik dan Wong Mei Hua yang banyak memberikan komen membina semasa menjalankan
tugasan kumpulan kami. Melalui proses melaksanakan tugasan ini, saya dapat mengeratkan
silaturahim dan mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan ahli kumpulan saya. Saya
sentiasa mendapatkan tunjuk ajar daripada ahli kumpulan saya. Kami juga telah mengamalkan
semangat bekerjasama dan nilai keadilan iaitu membahagikan tugas dengan adil supaya dapat
menghasilkan tugasan yang baik.

Melalui tugasan ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan
pengetahuan. Saya mempelajari tentang cara untuk melaksanakan kajian kes. Sebelum
menghasilkan kajian kes, saya dan ahli kumpulan saya telah mencari persatuan di bandar
seremban dan akhirnya kami membuat keputusan untuk membuat kajian kes terhadap
Persatuan Ping Pong Negeri Sembilan. Kami telah berjumpa dengan setiausaha persatuan
untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan supaya dapat menghasilkan kajian kes
yang cemerlang.

Berdasarkan kajian kes kami, kami mendapati pengurusan pentadbiran dalam


Persatuan Ping Pong ini adalah sistematik. Hal ini demikian kerana persatuan ini telah melantik
semua jawatankuasa daripada ahli-ahli persatuan untuk menjalankan kerja supaya sesuatu
aktiviti dalam persatuan berlangsung dengan lancar. Ahli jawatankuasa yang telah dilantik
seperti bendahari, audit, setiausaha dan sebagainya. Ahli jawatankuasa perlu menjalankan
tugas mereka mengikut aktiviti-aktiviti tertentu. Sebagai contoh, bendahari akan bertugas untuk
menguruskan kewangan persatuan iaitu keluar masuk wang dalam persatuan ini. Bendahari
perlu bertanggungjawab untuk mengutip yuran persatuan daripada setiap ahli persatuan pada
setiap tahun. Bendahari juga perlu membuat akaun-akaun untuk mengira hasil dan
perbelanjaan persatuan pada setiap tahun. Semasa persatuan merancang untuk menjalankan
sesuatu pertandingan, bendahari perlu mengutip yuran daripada semua pemain untuk
memenuhi perbelanjaan persatuan dan pertandingan.
Selain daripada pemilihan ahli jawatankuasa, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam
persatuan juga mempengaruhi pengurusan pentadbiran persatuan menjadi baik dan berkesan.
Ahli persatuan telah menjalankan mesyuarat untuk membincangkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan persatuan ini. Sebagai contoh, mereka akan membincangkan aktiviti-aktiviti
yang diperlukan dalam sepanjang tersebut. Selepas aktiviti dijalankan, mereka juga akan
melaksanakan mesyuarat untuk membuat refleksi terhadap aktiviti tersebut. Dengan ini, mereka
akan lebih memahami kelemahan dan kebaikan yang telah muncul dan perlu membuat
penambahbaikan terhadap kelemahan serta meneruskan kekuatan tersebut. Perkara-perkara
yang dibincangkan dalam mesyuarat boleh mengurangkan berlakunya kesilapan atau
kesalahan yang tidak patut antara ahli persatuan pada masa yang akan datang.

Selain itu, aktiviti yang dicadang oleh persatuan adalah menarik dan boleh memberi
manfaat kepada pemain. Sebagai contoh, ahli persatuan telah mencadangkan pelbagai latihan
kepada pemain-pemain supaya mereka dapat menguasai kemahiran ping pong dan mampu
mencapai keputusan yang cemerlang dalam sesuatu pertandingan. Latihan-latihan seperti
latihan servis, latihan pukulan depan dan belakang, latihan berbalas bola dan sebagainya.
mereka juga mengadakan banyak pertandingan ping pong kepada pemain dan biasanya
pertandingan-pertandingan dibuka kepada semua orang yang berminat dalam sukan ini.
Dengan ini, hubungan baik antara semua pemain dapat dipupuk. Sesi menonton video
perlawanan ping pong juga dijalankan kepada pemain. Hal ini dapat memupuk minat pemain
terhadap sukan ini dan mereka akan berusaha untuk memajukan kemahiran dan teknik sendiri
supaya dapat mencapai kecemerlangan dalam pertandingan ping pong seperti mana pemain-
pemain profesional yang ditayangkan dalam video tersebut.

Justeru, persatuan ini telah membuat penyata pendapatan pada setiap tahun. Ahli
persatuan akan lebih jelas bahawa jumlah pendapatan, perbelanjaan dan untung bersih dalam
persatuan ini. Berdasarkan analisis data, ahli-ahli persatuan telah menguruskan kewangan
persatuan dengan bijak iaitu membelanjakan wang dalam perkara yang patut. Dengan ini,
keuntungan persatuan dalam setiap tahun adalah banyak. Oleh itu, Persatuan Ping Pong
Negeri Sembilan boleh dikembangkan dari masa ke semasa tanpa halangan daripada
kewangan persatuan kerana aset persatuan adalah mencukupi.

Secara keseluruhan, pengurusan dana, pentadbiran dan aktiviti dalam persatuan ini
adalah sangat baik, berkesan, cemerlang, lancar dan sistematik. Pengurusan-pengurusan
tersebut adalah sangat penting dalam penubuhan dan pengembangan seuatu persatuan.
Sekiranya pengurusan tidak ditimbangkan dan tidak dimajukan oleh sesiapa orang, persatuan
tersebut tidak ada kemajuan dan kemantapan serta sukan ini akan diabaikan oleh semua orang
di negara kita.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya yang
tidak pernah jemu membantu saya. Saya berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh
pensyarah saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau juga memberi bimbingan dan tunjuk
ajar sehingga saya dapat melengkapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh tugasan ini tidak akan saya lupakan.

Saya berasa puas hati terhadap hasilan saya kerana saya berjaya menyiapkan tugasan
ini dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya akan sedaya upaya mengamalkan nilai yang
dipelajari melalui tugasan ini apabila menjalankan khidmat sebagai guru suatu nanti. Saya juga
akan menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam tugasan ini supaya dapat
memanfaatkan anak murid saya pada masa depan. Sekian, terima kasih.

You might also like