You are on page 1of 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

LAPORAN HARI KEUSAHAWANAN

NAMA PELAJAR

SARVINDRAN A/L MANOGARAN

RAHU A/L SELLAPPA

PROGRAM

8 PISMP PENDIDIKAN KHAS (Masalah Pembelajaran)

NAMA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN MAJIDI BAHRU, JALAN CEMPAKA, MAJIDI BAHRU,

81100 JOHOR BAHRU, JOHOR.

NAMA PROJEK / AKTIVITI

HARI KEUSAHAWANAN PPKI SKMB

TEMPOH PELAKSANAAN

16 OGOS 2017

OBJEKTIF

Pelaksanaan Projek Hari Usahawan ini diharapkan memberi peluang kepada guru-guru
dan murid-murid untuk :-

1. Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan


keusahawanan.

2. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru,murid,ibu-bapa dan pihak


pentadbiran sekolah.
3. Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara

tidak langsung di sekolah.

4. Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid-murid dalam bidang


keusahawanan .

5. Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

6. Mengumpulkan dana bagi aktiviti kelas pada masa akan datang.

STRATEGI PELAKSANAAN

SEBELUM

Semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu menjalani latihan Internship
selama 4 minggu. Latihan Internship ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang
telah ditetapkan oleh IPG. Saya dan rakan saya Rahu A/L Sellappa telah memilih SK
Majidi Bahru (SKMB) untuk menjalani Latihan Internship. Sekolah ini merupakan
sekolah praktikum fasa 3 kami selama 12 minggu. Pada mniggu pertama Internship
iaitu 30/7 – 3/8/2017 kami telah berbincang dengan Puan Zarina Binti Norlah iaitu
Penyelaras Pendidikan Khas Integrasi (PPKI SKMB) dan juga mentor kami selama 4
minggu tentang projek –projek yang kami akan dilaksanakan. Dalam Latihan Internship
kami perlu melakukan 3 projek iaitu 1 projek individu dan 2 projek kumpualn. Untuk itu,
saya dan Rahu A/L Sellappa telah merancang untuk membuat Hari Keusahawanan
sebagai projek. Merancang untuk buat Hari Keusahawanan tersebut pada 16/8/2017
pada waktu rehat iaitu 9.30 -10.30 pagi Untuk itu, kami telah mengadakan perbincangan
dengan PN.Zarina tentang projek dan mendapatkan nasihat beliau untuk melaksanakan
projek ini. Selepas kami telah membuat kertas kerja untuk projek tersebut dan
mendapatkan kelulusan dari Guru Besar sekolah. Modal untuk jualan ini telah
dikeluarkan sepenuhnya oleh PPKI SKMb. Kami sangat berseyukur atas bantuan
mereka terhadap projek kami. Rasional program ini adalah program seperti ini akan
memberikan peluang, pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid untuk
memahami perkara asas dalam bidang perniagaan dan keusahawanan dengan cara
melibatkan diri dalam secara aktif dalam pengurusan perniagaan kecil-kecilan. Ini dapat
mencungkil minat murid dalam bidang perniagaan pada masa hadapan.
Projek ini mengambil masa beberapa hari untuk persediaan awal dan pelaksanaan.
Pada mulanya kami telah merancang menu atau makanan yang akan dijual pada hari
keusahwanan tersebut. Makanan yang kami merancang untuk jual adalah seperti berikut :-

Popcorn
Nugget
Aiskrim Malaysia
Kentang Goreng (Wedgets)
‘Fish Fillet’
Buah Potong
Kuih-Muih
Dadih
Kerepek Kentang

3 hari sebelum Hari Keusahawanan iaitu pada 13/8/2017 kami telah mula membuat Aiskrim
Malaysia. Kami telah membuat 3 perisa Aiskrim Malaysia iaitu Asam Boi, Bandung dan Jagung.
Saya dan Rahu A/L Sellappa telah membeli barang keperluan untuk membuat aiskrim Malaysia
seperti plastic bungkusan, gula, susu krimmer pekat, perisa sirap & jagung, asam dan
sebagainya. Pada hari Ahad iaitu 13/8 kami telah mula membuat dan membungkus Aiskrim
Malaysia dengan bantuan Guru-Guru dan PPM di PPKI kami. Mereka semua telah membantu
kami untuk menyediakan Aiskrim Malayisa dengan lebih mudah dan cepat. Tanpa bantuan
mereka kita tidak mampu untuk memyediakan lebih daripada 200 bungkusan Aiskrim Malaysai.
Selepas habis proses penyediaan dan pembungkusan kami telah menyimpan Aiskrim Malaysia
di dalam peti sejuk untuk bekukannya.

Pada 14/8/2017 iaitu 2 hari sebelum Hari Keusahawanan. Saya dan Rahu A/L Sellappa
telah mula membuat ‘Banner’ untuk digantungkan pada dataran J-QAF. Banner itu kami buat
sendiri dengan bantuan murid-murid kelas PK3. Mereka telah membantu kami untuk
menyiapkan ‘Banner’ tersebut. Kami sediakan ‘flyers’ sebanyak 80 keping untuk mengedarkan
kepada setiap kelas dan juga untuk guru untuk mengwar-warkan Hari Keusahawanan ini. Kami
juga telah membuat pengumam sewaktu perhimpunan rasmi tentang HAri Keusahwanan
kepada setiap warga SK Majidi Bahru.

Pada 15/8/2017 iaitu 1 hari sebelum Hari Keusahawanan saya dan Rahu A/L Sellppa
telah mengedarkan lagi flyers kepada semua guru-guru SK Majidi Bahru. Pada hari tersebut
saya dan Rahu serta semua warga PPKI SK Majidi Bahru telah membelikan semua barang –
barang diperlukan untuk Hari Keusahawanan. Kami semua telah mula membeli bungkusan
‘Pop-Corn’ , Bungkusan Kerepek, Nugget, Wedgets, Buah-buahan (Tembikai & Nenas), Fish
Fillets dan sebagainya. Kami telah simpan semua barang-barang kami beli di bilik PPKI untuk
proses pembungkusan pada keesokkan hari. Kami telah membeli beg plastic dan cawan plastik
untuk proses pembungkusan pada keesokkan harinya.

SEMASA

Pada 16/8/2017 pada pukul 7.30 semua guru-guru, PPM serta murid-murid kelas PK3
dan PK 2 dah bermula untuk membuat pembungkusan Pop-Corn dengan bantuan Rahu A/L
Sellappa di kelas PK3. Pada waktu yang sama Pn.Asmahani dan Pn.Shakira telah
membungkus kerepek kentang dengan segelintir murid-murid PK 3 di kelas PK 3. Saya , Pn.
Nik Nor Hayani dan Pn. Aniza telah mengoreng Nugget, Kentang (Wedgets) dan ‘Fish-Fillets’ di
dapur. Kami telah mengoreng semua bahan tanpa sebarang masalah. Selepas Pn. Nurul
Izzati, Pn. Zarina dan Pn. Suzana telah membuat pembungkusan Nugget, Kentang dan juga
Fish-Fillets. Mereka amat membantu kami membungkus bahan-bahan tersebut. Selepas itu,
En.Azlan dan Pn.Zalwate telak mengopek dan membungkus buah-buahan dalam beg plastik.
Terdapat ibubapa murid –murid telah menyumbang kuih-muih dan dadih untuk Hari
Keusahawanan. Pada pukul 9.00 pagi saya dan Rahu telah mula untuk membuat persiapan
tapak jualan. Kami telah menyusun meja dan menghias meja dengan alas di Dataran J-QAF.
Kami juga telah munyusun semua bahan makanan untuk jualan. Kami telah tetapkan semua
harga barang seperti berikut:-

BIL MENU HARGA


1 POP-CORN RM 1
2 NUGGET RM 1
3 KENTANG GORENG RM 1
4 BUAH POTONG RM 1
5 KEREPEK KENTANG RM 1
6 KUIH-MUIH RM 1
7 DADIH RM 1
8 FISH-FILLETS RM 1
9 AISKRIM MALAYSIA RM 0.30
Jadual Harga Bahan Makanan
Pada hari tersebut kami juga telah mengadakan satu pertandingan istimewa iaitu
meneka bilangan kacang dalam botol. Sesiapa yang membuat pembelian melebihi RM2 akan
mendapat satu kupon untuk meneka bilangan kacang dalam botol. Sesiapa yang dapat meneka
dengan hamper tepat akan mendapat hadiah instimewa iaitu beg sekolah.

Pada pukul 9.30 pagi Hari Kesuahawanan kami iaitu aktiviti jualan bermula
dengan sangat meriah dengan para pelangan yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid
tahap 1. Ramai pelajar membeli bahan makanan melebihi RM 2 dan mendapat peluang untuk
meneka bilangan kacang dalam. Semasa jualan semua guru-guru dan PPM telah bersama-
sama untuk menjual menu makanan di jualan tersebut. Rahu telah menjaga kaunter istimewa
iaitu kaunter meneka bilangan kacang. Saya dan warga PPKI SKMB yang lain telah menjaga
jualan. Dalam 30 minit waktu rehat hampir separuh makanan telah dijual habis. Kita mendapat
sambuitan yang yang begitu amat baik daripada kalangan guru-guru dan murid-murid tahap 1
iaitu darjah 1,2, dan 3. Pada pukul 10.00 pagi turun pula murid-murid dari tahap 2. Mereka juga
member sambutan yang amat. Bahan makanan yang popular dan cepat habis adalah Pop-corn.
Selepas membuat mereka juga menyertai pertandingan menehka bilangan kacang dalam botol.
Semua makanan habis dijual lebih kurang pada pukul 11.00 pagi.

SELEPAS
Selepas jualan, guru-guru beserta dengan murid telah membersihkan tempat yang
digunakan untuk jualan. Meja dan kerusi telah disimpan di tempat asal dan semua sampah
sarap di sekeliling sekolah telah dikutip dan dibuang ke dalam plastik sampah. Melalui hari
keusahawanan ini, kami telah mendapat keuntungan sebanyak RM 800. Dana tersebut boleh
digunakan untuk aktivti-aktivti Pendidikan Khas yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Pada hari Ahad minngu seterusnya iaitu pada 20/8/2017 kami mengadakan majlis
penyampaian hadiah di majlis perhimpunan mingguan untuk pertandingan meneka bilangan
kacang. Guru Besar SK Majidi Bahru telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Selepas selesai program, saya telah mula membuat laporan pelaksanaan Hari Keusahawanan
sebagai Setiausaha Program Hari Keusahawanan ini.
REFLEKSI

A. KEKUATAAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi pendedahan kepada guru pelatih bagaimana untuk menguruskan


sesuatu aktiviti dan program yang melibatkan pihak luar.

2. Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi guru pelatih


berhadapan dengan pihak luar.

3. Mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin antara guru pelatih dengan murid-
murid serta guru-guru dan PPM PPKI SK majidi Bahru.

4. Murid mendapat pelbagai pengetahuan berdasarkan pengalamanya sendiri


melalui aktiviti yang diikuti seerti jual beli.

5. Mendapat keuntungan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti


bagi PPKI SK Majidi Bahru.

B. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Berhadapan dengan masalah kawalan murid. Hal ini kerana beberapa murid tidak
mendengar arahan guru kerana mereka berasa seronok apabila mereka berhadapan
dengan suasana jualan ini.

2. Murid-murid aliran perdana yang telah membeli makanan dari gerai membuang
sampah dan plastik di merata tempat.

3. Murid-murid aliran perdana tidak beratur dan asyik bertolak sesama lain semasa
membeli makanan di gerai-gerai yang telah disediakan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Murid-murid perlu diberikan arahan yang jelas sebelum mereka dibenarkan untuk
menjual makanan supaya dapat mengawal disiplin murid-murid.

2. Perlu menyediakan kuantiti makanan yang lebih sedikit pada masa akan datang
supaya tidak berlaku masalah kekurang makanan untuk jualan.

3. Beg plastik sampah yang banyak perlu diletak di sekeliling sekolah supaya murid-
murid tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

KESIMPULAN

Melalui projek pelaksanaan Hari Keusahawanan PPKI SKMB, kami rasa bersyukur
kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru yang boleh
diaplikasikan semasa di sekolah pada masa akan datang. Kami telah mempelajari cara menulis
kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik.

Program seperti ini memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk
mempelajari prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu program yang melibatkan banyak
murid. Selain itu, program ini juga menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam
melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan
guru-guru lain. Melalui program ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid
dapat dieratkan lagi. Program ini tidak akan berjalan lancar tanpa sokongan dan komitmen
semua guru-guru yang lain.

Dengan pendek kata, kami berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar
atas kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga PPKI SK Majidi
Bahru dan rakan saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman
serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang. Disamping itu, ia dapat
mengeratkan lagi kemesraan dan hubungan kerjasama antara warga PPKI SK Majidi Bahru.
Selain itu, ia menanam minat keusahawanan dalam kalangan murid Pendidikan Khas dan guru
secara tidak langsung. Usaha ini telah membawa kejayaan warga PPKI SK Majidi Bahru dalam
mengumpul dana untuk memajukan lagi PPKI pada masa akan datang.

You might also like

  • KEKERAPAN
    KEKERAPAN
    Document12 pages
    KEKERAPAN
    nurhida1
    100% (2)
  • Jurnal Praktikum: Analisis Yang Difokuskan
    Jurnal Praktikum: Analisis Yang Difokuskan
    Document3 pages
    Jurnal Praktikum: Analisis Yang Difokuskan
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • JEMPUTAN
    JEMPUTAN
    Document3 pages
    JEMPUTAN
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Tugasan Sains
    Tugasan Sains
    Document2 pages
    Tugasan Sains
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Isu Yang Difokuskan
    Isu Yang Difokuskan
    Document3 pages
    Isu Yang Difokuskan
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Refleksi M1H1
    Refleksi M1H1
    Document4 pages
    Refleksi M1H1
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • MASA
    MASA
    Document4 pages
    MASA
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Kandungan Bahan Kimia
    Kandungan Bahan Kimia
    Document6 pages
    Kandungan Bahan Kimia
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Contoh Catatan PKP
    Contoh Catatan PKP
    Document5 pages
    Contoh Catatan PKP
    Thämäíyänthí Rätnäm
    100% (1)
  • Contoh-Rph SAINA
    Contoh-Rph SAINA
    Document1 page
    Contoh-Rph SAINA
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Answer All Questions
    Answer All Questions
    Document2 pages
    Answer All Questions
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • RPH Sistem Suria
    RPH Sistem Suria
    Document2 pages
    RPH Sistem Suria
    Ms.Awo
    No ratings yet
  • Markah Objektif Pelajar
    Markah Objektif Pelajar
    Document1 page
    Markah Objektif Pelajar
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Laporan Projek Inovasi
    Laporan Projek Inovasi
    Document5 pages
    Laporan Projek Inovasi
    Nik Zarina Yunus
    No ratings yet
  • Lem Baran
    Lem Baran
    Document4 pages
    Lem Baran
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Lembaran Kerja 1
    Lembaran Kerja 1
    Document3 pages
    Lembaran Kerja 1
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Masa
    Masa
    Document4 pages
    Masa
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Borang Maklum
    Borang Maklum
    Document2 pages
    Borang Maklum
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Markah Objektif Pelajar
    Markah Objektif Pelajar
    Document1 page
    Markah Objektif Pelajar
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Refleksi
    Refleksi
    Document15 pages
    Refleksi
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Divider
    Divider
    Document7 pages
    Divider
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Eksperimen
    Eksperimen
    Document2 pages
    Eksperimen
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Topik 6 Bibilo
    Topik 6 Bibilo
    Document38 pages
    Topik 6 Bibilo
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Kumpulan Zat Makanan
    Kumpulan Zat Makanan
    Document6 pages
    Kumpulan Zat Makanan
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • CTH
    CTH
    Document1 page
    CTH
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Kumpulan Mudball
    Kumpulan Mudball
    Document3 pages
    Kumpulan Mudball
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Pengawetan Basah Katak
    Pengawetan Basah Katak
    Document3 pages
    Pengawetan Basah Katak
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Pengurusan Makmal Sains
    Pengurusan Makmal Sains
    Document52 pages
    Pengurusan Makmal Sains
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet
  • Kumpulan Mudball
    Kumpulan Mudball
    Document3 pages
    Kumpulan Mudball
    Thämäíyänthí Rätnäm
    No ratings yet