You are on page 1of 3

SKP2203 TITAS : RELEVANSI PENGAJIAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PENDIDIKAN SEMASA.

Pendahuluan
 Dalam konteks pendidikan sebenar, pendidikan umum dan pendidikan khusus harus saling melengkapi antara
satu sama lain. Kedua-duanya tidak boleh bersaing dan bercanggah sesama sendiri.
 Oleh itu, antara komponen-komponen pendidikan umum yang disarankan di universiti-universiti di Malaysia
adalah komponen pengajian ketamadunan.

Pengajian Ilmu Ketamadunan :


 Pengajian ilmu ketamadunan bukanlah satu bidang yang baru di dalam bidang keilmuan.
 Tamadun didefinisikan sebagai pencapaian yang tinggi dan penguasaan dalam pelbagai aspek kehidupan
termasuklah agama, moral, tatasusila, budaya, pemikiran, bahasa, kesusasteraan, kesenian, sains, teknologi,
organisasi politik, urusan ekonomi dan perdagangan, merupakan kesinambungan dan kesejahteraan sesebuah
masyarakat.
 Pembinaan, kecemerlangan dan kejatuhan sesebuah tamadun telah dibincangkan oleh beberapa sarjana
terkemuka sejak kurun ke 14 lagi. Antara sarjana-sarjana yang terlibat :Ibn Khaldun, Ali Shariati,, Malik
Bennabi, Arnold Toynbee, Karl Marx, Max Weber, Emile Durkheim dan ramai lagi…
 Pengajian ketamadunan bukan hanya meliputi aspek-aspek sejarah, malahan ianya merangkumi aspek-aspek
semasa dan yang akan datang.
 Pengajian ketamadunan dilihat sebagai medan paling sesuai untuk menjawab segala cabaran, ideologi,
pemikiran falsafah sekular masakini khususnya dari tamadun Barat.

Kepentingan Pengajian Ketamadunan


 Memperkenalkan dan mendedahkan pelbagai tamadun utama dalam sejarah peradaban dunia dan khususnya
Asia.
 Muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina,
tamadun Yunani, tamadun Islam dan lain-lain.
 Setiap tamadun mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri.
 Tamadun Yunani berpaksikan kepintaran tradisi pemikiran ahli-ahli falsafah mereka seperti Pythagoras,
Socrates, Plato dan Aristoltle.
 Manakala Tamadun Islam pula berpaksi kepada wahyu dan tauhid dalam semua aspek kehidupan termasuklah
sains dan teknologi.
 Ciri asas yang perlu ada dalam tamadun-tamadun dunia adalah :
 Wilayah geografi (penempatan).
 Jangka hayat yang panjang dan stabil dengan tahap perkembangan dan kemerosotan.
 Sistem organisasi dan institusi sosial yang berwibawa.
 Bahasa dan sistem tulisannya.
 Nilai moral, etika, akhlak, agama, falsafah, ideologi, metafizik.
 Worldview : Pandangan dunia @ pandangan alam semesta @ pandangan hidup.
 Daya intelektual, seni, sains dan teknologi yang memenuhi kehidupan berkelompok secara metafizik,
fizikal dan psikologikal.
 Mengetahui keunggulan, kekuatan dan kelemahan bagi merencana strategi masa hadapan.
 Keunggulan dan kejayaan sesebuah tamadun dipengaruhi oleh beberapa faktor penting seperti faktor politik,
ekonomi dan sosial.
 Sejarah membuktikan sistem politik dan kepimpinan yang baik serta stabil merupakan tulang belakang dan
menguatkan lagi mengukuhkan perkembangan sesebuah tamadun.
 Kelemahan sesebuah tamadun boleh menjadi faktor yang membawa kepada kemerosotan dan
keruntuhannya.
 Antara faktor & puncanya :Perpecahan, pemimpin yang tidak berakhlak, meninggalkan agama, tidak adil
dalam agihan ekonomi, ketidakstabilan politik, bencana, peperangan, penjajahan dan dominasi kuasa besar.

Contohnya : Agama - Apabila ia dikesampingkan dari kehidupan manusia maka empayar-empayar


pemerintahan yang kukuh menjadi lemah dan tumbang seterusnya menyebabkan kemerosotan dan kejatuhan
sesebuah tamadun itu.
 Merupakan ilmu pengenalan dan ilmu pengetahuan asas
 Antara ilmu pengenalan dan ilmu pengetahuan yang merupakan aspek-aspek penting ilmu ketamadunan
adalah :
1) Sejarah : Kenapa?...
 Membawa manusia mengenali hakikat jati dirinya.
 Menjadi asas dalam pembentukan jati dirinya.
 Merangsang dan meningkatkan daya pemikiran serta kematangan seseorang dengan melihat bagaimana
masyarakat silam membuat keputusan berdasarkan ilmu dan persekitaran mereka.
 Mengangkat ketuanan bangsa. Sejarah menceritakan tentang asal usul sesuatu bangsa dan sumbangan
mereka dalam membina tamadun.

2) Agama dan nilai :


 Kehidupan berpekerti mulia, bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan bertamadun. Ianya
berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima.
 Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta seseorang dan masyarakat serta perilaku tindakan
mereka dalam kehidupan amat penting.
 Kaitan yang rapat ini dapat dilihat sebagaimana yang digambarkan oleh tamadun-tamadun silam.
(Islam/China/India).

Kepentingan agama dalam pembinaan tamadun adalah:


 Mampu memberi semangat baru kepada tamadun yang sedang mengalami keruntuhan.
 Menjadikan sesuatu tamadun dipanjangkan hayatnya atau dipertahankan dari keruntuhan.
 Elemen penting yang menggerakkan sesebuah tamadun. Setiap tamadun bergerak di atas agama yang
menjadi spirit atau roh kepada perkembangan sesebuah tamadun.
 Pembinaan tamadun yang tidak berteraskan kerohanian @ agama tidak berjaya dan tidak akan bertahan
lama.
 Membentuk world view. Contohnya : Islam telah memberikan sumbangan yang besar kepada perubahan
world view masyarakat melayu di alam melayu & membantu mencapai kegemilangan di dalam peradaban
mereka.
 Sumber kekuatan dan alat yang berpengaruh dalam menjamin keamanan dan keharmonian sesebuah
tamadun.
 Mewujudkan ketenangan dan penyatuan dikalangan masyarakat dan tamadun dikenali dunia melalui agama
atau anutan majoriti masyarakatnya.

3)Pengajian Perbandingan Peradaban


 Perbandingan tamadun harus membincangkan punca keagungan agama, kebudayaan, peradaban dan
tamadun sesuatu bangsa itu terhadap kitab suci, karya inteletual yang wujud, peribadi agung dan generasi
terawal tamadun tersebut kerana inilah titik tolak kecemerlangan sesuatu tamadun itu.

4). Melahirkan manusia yang berpandangan luas, hasil daripada interaksi yang wujud.
 Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu, ianya
mengelakkan kebekuan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.
 Contohnya interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di
Semenanjung Arab turut memperlihatkan beberapa kesan positif.
 Interaksi antara tamadun amat perlu dalam usaha untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta teknologi-
teknologi baru.
 Namun, bagaimanakah caranya untuk kita melaksanakan interaksi ini adalah bergantung kepada perkara-
perkara dan bentuk interaksi yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.
 Memastikan Kelangsungan Negara khususnya Malaysia berteraskan

i) Persefahaman:
 Sebagai masyarakat yang wujud di dalamnya pelbagai agama, bangsa dan keturunan yang berbeza, maka
pemahaman dan pendedahan tentang pelbagai tamadun dunia dapat memperkayakan pemikiran, sikap dan
tingkahlaku setiap ahli masyarakat di Malaysia.
 Keinsafan dan kesedaran bahawa kepelbagaian adalah fitrah kehidupan akan membentuk masyarakat menjadi
lebih bersedia untuk menghadapi realiti kehidupan dengan lebih realistik dan penuh perasaan muhibbah.
 Kefahaman dan penghayatan sejati tentang pelbagai tamadun utama dunia dikalangan generasi muda akan
menjadi pemangkin kepada pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang berperadaban tinggi dan sanggup
memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan universal yang luhur dan murni.
Contoh : Sikap keterbukaan, tolak ansur, tolong menolong dan sebagainya.

ii) Perpaduan :
 Sejarah umat manusia telah menunjukkan jatuh bangunnya pelbagai peradaban, tentang pentingnya agama
besar dunia, serta tentang kebangkitan intelektual dan renaissance dalam pelbagai zaman dan tamadun.
 Menerima bahawa masyarakat kini berada dalam dunia yang penuh dengan kepelbagaian, maka pemahaman
dan penghayatan agama khususnya Islam dan tamadun besar yang lain menjadi penting untuk mendorong
semangat kemanusiaan, perpaduan di kalangan umat pelbagai kepercayaan agama.
 Rasa perpaduan wujud apabila sentimen kesamaan yang berterusan dalam masyarakat dan ianya diikat oleh
kesamaan cara bertindak pada setiap masa berupaya mencantumkan budaya fikir individu sebagai kelompok
yang mempunyai matlamat, pendapat, kepentingan dan nilai yang sama bagi kesejahteraan negara dan
masyarakat.

iii) Konsep pembangunan sebenar


 Pembangunan dalam ertikata sebenar adalah suatu perubahan dari keadaan buruk kepada baik, dari keadaan
baik kepada yang lebih baik dan mengekalkan keadaan baik tersebut serta berusaha menghindari segala
aspek yang boleh membawa kehancuran dan kerugian kepada manusia @ masyarakat.
 Maka konsep pembangunan dan kemajuan yang harus dibawa dan dilaksanakan kepada masyarakat adalah
pembangunan yang meletakkan kerohanian dan kebendaan sebagai matlamat yang penting dan kedua-
duanya harus berjalan serentak dan seiringan. Tidak lebih & tidak kurang.
 Spiritual (kerohanian) dan material (kebendaan) sama-sama dibangunkan.
 Cari duit untuk dibawa mati. Bagi Islam, sedekah jariah sebagai pembela diri di akhirat.
 Kefahaman ini haruslah diterapkan ke dalam pemikiran masyarakat agar pembangunan yang menjadi teras
pembinaan tamadun manusia itu tidak bersifat sementara atau rapuh dan dengan mudah runtuh akibat
angkara manusia yang bersifat kehaiwanan atau kebinatangan.
 Bagaimana saudara/i, bolehkah kita juangkan secara bersama????

Kesimpulan
 Pembinaan sebuah tamadun di negara ini perlu dilakukan secara terancang mengikut acuan yang dikehendaki
oleh masyarakat.
 Berteraskan kepada kekuatan ekonomi serta wujudnya jaringan antarabangsa, kesedaran terhadap
keagamaan yang tinggi, kekuatan budaya dan jati diri, penguasaan ilmu-ilmu terkini dalam bidang sains dan
teknologi serta pengekalan kekuasaan politik tanpa meminggirkan kekuatan, keunggulan dan garapan dari
tamadun silam maka tamadun negara bangsa Malaysia pasti akan berada dalam kelompok tamadun utama
dunia.

You might also like