You are on page 1of 5

RUJUKAN

NO. PERKARA CATATAN

1 PEMILIK Tuan punya rumah sewa yang sah dan keperluan-


keperluan lain yang disediakan dalam rumah yang
disewakan iaitu :

1. Mohd Huzairi Bin Rusli (019-9555845)

2. Fatimah Binti Abdul Manab (017-2787975)

2 PENYEWA Mereka yang menyewa rumah sewa yang dinyatakan


dalam perjanjian ini. Merujuk kepada orang
perseorangan atau kumpulan mereka yang menyewa.

3 RUMAH SEWA Rumah yang disewakan iaitu No.47, Jalan AP 1C/25,


Taman Alam Perdana,Bandar Puncak Alam,42300
Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

4 PERJANJIAN Merujuk kepada segala isi perjanjian yang terdapat


dalam dokumen ini (Perjanjian Sewa Rumah).Segala
isu atau masalah yang perlu diselesaikan hendaklah
berdasarkan dokumen ini.

5 UNDANG-UNDANG Segala undang-undang atau akta yang sah yang


digunapakai di Malaysia.

SENARAI PENYEWA

Page 1 of 5
NO. NAMA PENYEWA NO. KAD ALAMAT PADA KAD PENGENALAN NO. TELEFON
PENGENALAN

AKUJANJI

Page 2 of 5
Saya/kami telah membaca dan memahami segala isi perjanjian sewa rumah ini dan akan
mematuhi segala perkara yang telah ditetapkan oleh PEMILIK. Saya/kami bersetuju dan bersedia
untuk menanggung dan membayar segala ganti rugi yang diminta oleh PEMILIK jika terbukti
melakukan kerosakan atau perkara-perkara yang bertentangan dengan PERJANJIAN atau
UNDANG-UNDANG semasa dalam tempoh menyewa RUMAH SEWA. Akan menjaga RUMAH
SEWA dalam keadaan baik dan memulangkan RUMAH SEWA kepada PEMILIK juga dalam
keadaan baik selepas tamat tempoh sewaan.

……………………………………..
(Tandatangan & cap ibu jari PENYEWA )
Tarikh :…………………………………………………
PENYEWA :……………………………………………
No. K/P:…………………………………………………

BAYARAN SEWA RUMAH

1. Deposit (2 bulan) : RM xxxxx (Hanya akan dipulangkan jika PEMILIK berpuas hati dengan
keadaan rumah sewa selepas pemeriksaan dilakukan, apabila tamat
tempoh sewaan)

2. Harga sewa : RM xxxx sebulan

3. Cara bayaran : 1. Tunai

2. Pindahan ke akaun XXXXX (Perlukan bukti pembayaran)

SYARAT-SYARAT SEWAAN

Page 3 of 5
1. Menduduki dan menjaga RUMAH SEWA dengan sebaik-baiknya serta mematuhi
PERJANJIAN.

2. Membayar harga sewa sepertimana yang ditetapkan oleh PEMILIK.PEMILIK berhak


mengubah kadar sewa apabila difikirkan perlu dan akan memaklumkan kepada
PENYEWA.

3. Bertanggungjawab terhadap segala kerosakan yang dilakukan terhadap RUMAH SEWA


semasa dalam tempoh sewaan.

4. Tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan UNDANG-


UNDANG.PERJANJIAN akan terbatal serta-merta dan PEMILIK berhak meminta PENYEWA
mengosongkan RUMAH SEWA dalam tempoh yang diminta/menghalang kemasukan
PENYEWA/menuntut gantirugi/mengeluarkan barangan milik PENYEWA dengan cara
yang difikirkan perlu dan tidak akan bertanggungjawab terhadapnya, apabila terbukti
PENYEWA melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

5. PEMILIK berhak membuat laporan kepada pihak berkuasa dan mengambil tindakan
UNDANG-UNDANG terhadap segala kegiatan jenayah yang dilakukan oleh PENYEWA.

6. PENYEWA tidak dibenarkan menyewakan RUMAH SEWA kepada pihak lain tanpa
kebenaran bertulis daripada PEMILIK.PEMILIK berhak meminta bayaran gantirugi jika
terbukti berbuat demikian dan segala kutipan bayaran sewa yang tidak dibenarkan akan
menjadi hak PEMILIK, selama mana kutipan bayaran sewa tersebut dilakukan oleh
PENYEWA.PERJANJIAN akan terbatal serta-merta, jika terbukti ini berlaku.

7. Tidak dibenarkan melakukan pengubahsuaian atau modifikasi sehingga menjejaskan


struktur RUMAH SEWA tanpa kebenaran PEMILIK.

8. Tidak melakukan pengubahsuaian atau modifikasi yang menjejaskan sistem utiliti


(bekalan air dan elektrik) tanpa kebenaran PEMILIK. Membaiki kerosakan adalah
dibenarkan dan hendaklah dimaklumkan kepada PEMILIK.

9. PENYEWA tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan palsu terhadap segala kos bagi
aktiviti baik pulih yang dilakukan walaupun baik pulih tersebut dibenarkan oleh PEMILIK.
Hanya kos baik pulih yang sebenar sahaja layak dituntut, sama ada melalui potongan
daripada harga sewa atau bayaran balik daripada PEMILIK, mana yang difikirkan
bersesuaian. Bukti bertulis hendaklah dikemukakan untuk tujuan tuntutan.

10. PEMILIK berhak melakukan pemeriksaan terhadap RUMAH SEWA sama ada mengejut
atau tidak, dengan makluman atau tanpa makluman kepada PENYEWA,untuk
memastikan PERJANJIAN dipatuhi oleh PENYEWA.
Page 4 of 5
11. Memastikan keadaan rumah sewa bersih dan dalam keadaan baik apabila tamat tempoh
sewaan, untuk dipulangkan kepada PEMILIK.

12. Memberi kerjasama yang baik kepada PEMILIK untuk sebarang perkara yang berkaitan
dengan RUMAH SEWA.

Page 5 of 5

You might also like