You are on page 1of 2

Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen

bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.(Ornstein dan
Hankins 1993,98). Kurikulum juga berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan
ilmu yang hendak disampaikan kepada pelajar. Kurikulum juga ditakrifkan sebagai dokumen
yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif
bagi satu subjek. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat
perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke
semasa mengikut aliran tinggi supaya menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu.
Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend
pengetahuan terkini.
Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani,rohani dan emosi. Kurikulum
dibina perlu memberi penekanan kepada perkembangan kemahiran belajar dan genetik.
Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana proses
pendidikan berlangsung secara berterusan ke arah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan
diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan aplikasi teknologi
maklumat dan komunikasi. Setiap individu pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza, sama ada
dari segi fizikal, afektif dan kognitif dan ini menghasilkan perbezaan dalam proses pembelajaran
atau ringkasnya cara belajar. Gaya pembelajaran seorang murid agar berbeza dengan murid lain
dalam menyerapkan isi pembelajaran dari satu pengajaran dan pemudahcaraan. Terdapat lima
faktor utama yang dikenalpasti mempengaruhi gaya pembelajara murid iaitu persekitaran,
fisiologi, sosiologi, fizikal dan psikologi bagaimana telah diterangkan dalam buku
CURRICULUM ACTION ON REFLECTION pada bab curriculum as decision-making. Oleh
yang demikian, seseorang guru haruslah memilih kaedah pengajaran yang sangat sesuai kepada
pelajar beliau mahupun di prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah ataupun di menara
gading.
Melalui kurikulum yang berkualiti kita boleh melahirkan pendidikan ‘holistik’ maka
seseorang itu memperolehi identiti, makna, dan tujuan hidup melalui hubungan masyarakat,
alam semula jadi, dan nilai-nilai rohani seperti kasih sayang dan keamanan. Pendidikan holistik
bertujuan ini akan mendorong seseorang individu, menghormati kehidupan instrinsik dan
cintakan pembelajaran. Ini dilakukan, melalui "kurikulum" akademik yang meluwapkan duniawi
ke dalam unsur pengajaran. Proses kurikulum ini terbahagi kepada beberapa fasa iaitu fasa
perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan kurikulum merupakan fasa
awal pembangunan kurikulum di mana penggubal kurikulum akan membuat keputusan dan
tindakan untuk memantapkan satu pelan yang akan dilaksanakan oleh guru dan pelajar.
Perancangan merupakan fasa berfikir atau fasa reka bentuk kurikulum.
Menurut Ornstein dan Hunkins (2009) kejayaan pelaksanaan sesuatu kurikulum
adalah hasil daripada perancangan yang tersusun di mana ia memberi fokus kepada tiga
faktor utama iaitu manusia, program dan proses. Fasa pembangunan merupakan fasa penting
dalam pembangunan sebuah model kurikulum baru kerana fasa ini melibatkan elemen-elemen
yang dipilih berdasarkan keperluan yang diperlukan dari pihak subjek utama dalam kurikulum.
guru terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum di bilik darjah (Ornstein dan
Hunkins, 2009). Guru juga memainkan peranan dalam merangka kurikulum dan pedagogi
melalui budi bicara, pertimbangan dan kecekapan (Campbell, 2006). Selain itu, menurut Mok
Song Sang (2008), dalam melaksanakan sesuatu kurikulum, guru hendaklah terlebih dahulu
menghayati dan memahami falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi
kurikulum serta sukatan pelajaran. Guru juga mestilah mempunyai pengetahuan dan
kemahiran tentang subjek yang diajarnya termasuklah kemahiran mengajar, menghubungkan
pengetahuan dan kemahiran dan nilai antara satu sama lain. Fasa akhir merupakan penilaian
dimana penilaian memainkan peranan penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan
kurikulum (English & Larson, 2001; Hord, 1995; Miller, 2002). Miller menyatakan keputusan
daripada pemantauan pelaksanaan akan membantu membuat penilaian dalam aspek praktis.
Fullan (2001) dan Hargreaves (2000) melihat penilaian merupakan satu bentuk kajian tindakan
yang dapat memberi maklum balas berkaitan pengalaman seharian. Abdul Zubir & Fakri (2011)
menyatakan menilai dan memberi maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran
adalah meliputi tindakan yang berkait dengan kurikulum ataupun akademik.

You might also like