You are on page 1of 11

Kurikulum Emergent dan bagaimana ia dilaksanakan di sekolah.

Pendidikan adalah penting untuk semua tidak mengira usia, bangsa dan agama.
Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang
berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baharu.
Sistem pendidikan negara memerlukan usaha – usaha yang strategik yang boleh
meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan
cemerlang. Sistem pendidikan berubah sejaj ar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya
dan politik. Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Kini, pendidikan bukan
hanya mengenai soal membaca, munulis, mengira dan pembentukan perwatakan bahkan
bersangkutan soal “kebolehpasaran graduan”, kekuat an daya kreatif dan inovasi,
kebolehan berkomunikasi di pentas antarabangsa, mempunyai daya saing dan daya
ketahanan mental serta daya keintelektualan tinggi dan sebagainya.

Oleh demikian, kerajaan telah memberi perhatian yang serius dan telah melancarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 untuk melahirkan ekosistem pendidikan supaya
generasi muda Malaysia akan terus mendapat pendidikan berkualiti setanding dengan standard
pendidikan antarabangsa yang semakin meningkat dan untuk membolehkan mereka berperanan sebagai
sumber tenaga manusia di Malaysia yang berhasrat menjadi sebuah negara yang maju.

“Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga Namun
sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang kedua ini, piawaian yang baru hendaklah
ditetapkan dan matlamat baru hendaklah dicapai.” (YAB Perdana
Menteri, 1991).

Berdasarkan perkara diatas proses reformasi pendidikan membantu mencapai matlamat baru
melalui perkembangan kurikulum dan perubahan – perubahan terhadap sistem pendidikan sedia ada.
Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang disifatkan
sebagai sesuatu yang menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah futurastik dan holistik.
Sifat – sifat boleh ditentukan melalui kurikulum berpusatkan murid. Salah satunya ialah kurikulum
emergant. Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan pengajaran dan
pembelajaran yang mempunyai objektif psikomotor, efektif dan kognitif bagi satu subjek. Menurut
Inlow (1966) kurikulum adalah usaha menyeluruh dirancang khusus oleh sekolah dalam membimbing
memperoleh hasil dari pelajaran yang telah ditentukan. Bagi memperoleh hasil yang efektif dari
pelajaran yang ditentukan guru perlu menggunakan kurikulum trend terkini iaitu kurikulum emergent.
Kurikulum emergent terpaksa diwujudkan mengikut kehendak, kuasa dan trend semasa dalam
sistem pendidikan sebuah negara. Ia adalah pembelajaran yang terdiri daripada interaksi kanak – kanak
dengan orang dewasa dengan menerokai apa yang diperlukan secara sosial dan ia amat bermakna
kepada kanak – kanak diberikan peluang dan initiatif untuk membuat keputusan dalam kurikulum
emergant. Ia membentuk murid yang cerdik dan intelektual serta kemahiran berfikir murid akan
meningkat aras tinggi. Ini disebabkan murid dapat menaakul dan membuat keputusan sendiri dalam
menyeesaikan sesuatu masalah serta menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

Kurikulum ini dipanggil emergant kerana ia sentiasa berubah dan sentiasa terbuka untuk
kemungkinan – kemungkinan baharu. Idea – idea dalam kurikulum emergant berasal daripada minat,
persoalan – persoalan dan isu – isu semasa dalam satu persekitaran dan daripada satu kumpulan
manusia. Dalam kurikulum ini guru berperanan sebagai seorang pemerhati dimana guru hanyan
memerhati, menilai kebolehan murid dan merancang aktiviti – aktiviti untuk meningkatkan pemikiran
kritis mereka. Selain itu, kurikulum emergent berkembang dan berubah mengikut minat anak murid.
Contohnya, guru menggunakan kaedah berkumpulan dan permainan agar memastikan murid menumpu
perhatian dan aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga menyusun meja dan
kerusi secara berkumpulan mengikut bilangan murid. Susunan kerusi dan meja serta persekitaran juga
mempengarungi murid dan murid berminat untuk belajar.

Begitu juga, kurikulum emergent merupakan kurikulum yang fleksibel dan responsif. Dalam
satu bilik darjah terdapat murid - murid yang berlainan agama, kaum dan keluarga. Mereka datang
dari pelbagai latar belakang dan setiap murid mempunyai bakat dan minat tersendiri. Mereka juga
mempunyai cara pembelajaran yang berbeza – beza antara satu sama lain. Dalam konteks kepelbagaian
ini, pertumbuhan dan perkembangan seseorang murid itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam
menyusuri arus pembelajaran mereka. Oleh yang demikian, pemahaman yang mendalam akan
kepelbagaian murid yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka
sahaja. Guru memberikan pemerhatian yang teliti melalui data murid terhadap faktor – faktor
kepelbagaian murid. Justeru, guru mengumpul maklumat murid, mengenali dan merancang pengajaran
dan pembelajaran mengikut kehendak murid. Apabila guru berbuat demikian murid akan aktif dan
memberi respon yang positif semasa guru mengajar. Ini kerana pengajaran yang dilaksanakan oleh guru
sangat fleksibel mengikut murid.

Kurikulum emergent bersifat koloboratif. Menurut Ted Panitz (1996) menjelaskan bahawa
koloborasi adalah filasafat personal, bukan sekadar teknik pembelajaran di kelas. Beliau turut berkata
koloborasi adalah filasafat interaksi dan gaya hidup yang menjadikan kerjasama sebagai suatu struktur
interaksi yang dirancang sedemikian rupa guna memudahkan usaha kolektif untuk mencapai tujuan
bersama. Pada segala situasi, ketika sejumlah orang berada dalam suatu kelompok, koloborasi
merupakan suatu cara untuk berhubungan dengan saling menghormati dan menghargai kemampuan dan
sumbangan setiap anggota keluarga. Menurut John Myers (1991) merujuk pada kamus untuk
menjelaskan definisi collaboration yang berasal dari akar kata Latin dengan makna yang
menitikberatkan proses kerjasama sedangkan kata cooperation berfokus pada produk kerjasama itu.
Kurikulum emergent menitikberatkan kerjasama dalam kalangan murid dan berfokus pada produk
kerjasama mereka. Contohnya, guru membahagikan murid kepada kumpulan dan merancangan aktiviti
kumpulan seperti mencantum puzzle Semasa menjalankan aktiviti tersebut murid berinteraksi antara
satu sama lain dan berkerjasama mencantum puzzle tersebut. Murid yang pasif juga turut menjalani
aktiviti tersebut.

Objektif
kurikulum

Komponen Pengenalan
Pengetahuan Kurikulum Pembelajaran
Emergent

Penilaian
Kurikulum

Terdapat empat komponen kurikulum emergent. Pertama ialah objektif kurikulum. Guru
memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu membebankan dan mengikut keperluan semasa.
Kurikulum mesti berfokus kepada pembangunan modal insan, penghasilan murid celik minda,
pembentukan warga yang menguasai ilmu, melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Objektif kurikulum perlu memperkembangkan potensi kanak – kanak secara menyeluruh dan bersepadu
dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaraan pembelajaran yang
selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk
menungkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri
kanak – kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran
dan tanggungjawab di sekolah.
Objektif kurikulum mesti berdasarkan jasmani, emosi, intelek dan sosial. Dari aspek jasmani
guru merancang aktiviti yang memastikan murid – murid mempunyai tubuh badan yang sihat.
Contohnya, guru boleh menjalankan aktiviti pergerakan di dalam biki darjah. Dari aspek emosi guru
menentukan objektif supaya mempunyai jati diri, keyakinan diri dan mempunyai konsep berdiri yang
positif. Guru merancang aktiviti – aktiviti yang dapat murid meluahkan perasaan. Guru merancang
aktiviti yang mencungkil bakat mereka, mengembankan potensi diri murid. Apabila guru menjalankan
aktiviti mengikut minat dan bakat murid – murid, mereka pasti berani dan berkeyakinan semasa
menjalankan aktiviti. Dari aspek intelek, objektifnya ialah memastikan memperolehi kemahiran
menaakul, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Pengenalan pembelajaran memang penting dalam satu – satu pengajaran yang dijalankan oleh
guru di dalam kelas. Pengenalan pembelajaran perlu menarik perhatian murid agar menumpukan
perhatian terhadap topik atau perkara yang hendak dibincangkan oleh guru di dalam kelas. Terdapat
banyak cara yang mengikut minat murid untuk memperkenalkan topik. Antaranya ialah guru boleh
menggunakan benda – benda maujud, teknologi maklumat menunjukkan gambar – gambar, video dan
sebagainya. Contohnya, guru hendak membincangkan tentang alam sekitar, guru boleh menunjukkan
gambar – gambar tumbuh – tumbuhan dan sebagainya.

Komponen seterusnya ialah penilaian kurikulum. Guru menilai isi kandungan tertentu,
organisasi dan kaedah penyapaiannya. Iaitu guru menentukan sama ada kurikulum seperti yang dibina,
direka bentuk, dan dilaksana menerbitkan hasil yang diharapkan. Selain itu, dalam proses pengajaran
dan pembelajaran guru menentukan sama ada murid mencapai objektif pengajaran. Guru juga turut
melihat kepada pelajaran sebagai hasil pengajaran. Guru menaksir murid mengikut minat, bakat, tahap
dan kemampuan mereka secara langsung dan tidak langsung. Guru juga menilai murid di luar bilik
darjah. Contohnya, guru memberi kerja rumah dalam Frog Vle, murid menyiapkan kerja rumah dan
hantar kepada guru. Guru menilai secara online dalam komputer. Murid – murid juga minat membuat
kerja rumah dalam komputer.

Kurikulum emergent dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah semasa mendidik anak murid


melalui aktiviti amali. Kurikulum emergent tidak semestinya bersandar dengan ujian ataupun
peperiksaan sahaja. Kurikulum emergent menekankan aktiviti amali. Aktiviti amali adalah murid-murid
dapat merasa sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan pengalaman sendiri. Sebagai contohnya,
dalam pengajaran dan pembelajaran, seorang pendidik mendidik tentang corak dan bentuk kepada
murid-murid. Beliau menunjukkan beberapa gambar tentang corak dan bentuk kepada murid-murid.
Murid-murid juga dapat lihat gambaran kasar tentang bentuk dan corak. Seorang pendidik juga sangat
sukar untuk mengenalpasti tahap pemahaman murid-murid dengan menunjukkan gambar kasar tentang
bentuk dan corak. Manakala, dengan kurikulum emergent seorang pendidik menunjukkan gambaran
kasar dan juga memlakukan aktiviti amali iaitu menghasilkan bentuk dan corak. Pendidik boleh
memberi bahan seperti bentuk corak, tanah liat, ataupun warna cair, kertas putih dan bahan-bahan
wujud.

Melalui aktiviti ini, seorang pendidik boleh dapat mengetahui tantang tahap pemahaman murid-
murid. Selain daripada itu, seorang pendidik juga berperanan seperti pembimbing dan boleh
membimbing murid-murid semasa melakukan aktiviti amali. Pendidik semasa melakukan peranan
sebagai pembimbing boleh dapat mengetahui lebih lanjut tentang seseorang murid. Ia akan
menyenangkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, kurikulum emergent dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah semasa mendidik anak


murid melalui penggunaan ict. Pada zaman erah 21, penggunaan ict di kalangan masyarakat berperanan
menjadi sesuatu yang keperluan asas. Bidang teknologi maklumat mempunyai akar yang kukuh dan
luas dan juga tidak dapat dihapuskan. Jika seseorang tidak dapat menggunakan alat-alat bidang
teknologi, makanya seorang tersebut mengalami kemerosotan pekembangan diri sendiri. Oleh sebab
itu, melalui kurikulum emergent menekankan tentang penggunaan ict di kalanga murid semasa
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, seorang guru boleh melakukan sesuatu proses
pengajaran dengan penggunaan ict. Semasa pengajaran dan pembelajaran seorang guru boleh mencipta
situas sebenar dalam kelas. Apabila guru mengajar tentang kehidupan manusia di luar negara, guru
boleh membawa kemasyarakatan melalui penggunaan ict di dalam kelas.

Oleh sebab itu, murid-murid dapat melihat gambaran sebenar dan merasakan kehidupan
manusia yang tinggal di luar negara. Guru juga dapat membawa kemasyarakatan manusia di luar negara
kepada anak murid. Selain daripada itu, murid-murid juga dapat lebih lanjut dengan melihat situasi
sebenar.

Kurikulum emergent dapat juga dilaksanakan di sekolah-sekolah semasa mendidik anak murid
melalui aktiviti akses sendiri. Akses sendiri membawa maksud mempelajari sesuatu dengan usaha diri
sendiri. Sistem pendidikan sekarang amat tersandar kepada akses sendiri.

Selain daripada itu, kurikulum emergent dapat dilaksanakan di sekolah melalui kaedah
permainan dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru-guru juga menghadapi cabaran semasa proses
pembelajaran dan pengajaran iaitu, mendapati murid seringkali mengantuk di dalam bilik darjah
meskipun pengajaran didadakan pada sesi pagi iaitu masa pertama untuk menangani cabaran ini, guru
juga berulang beberapa kali kepada murid-murid yang hilang tumpuan. Oleh sebab ,itu kurikulum
emergent perlu dilaksanakan dengan kaedah permainan dalam pembelajaran dan pengajaran.
Anak murid apabila seorang guru menjalankan proses pengajaran dengan kaedah permainan
mereka berasa sangat seronok dan dapat melibatkan diri dengan aktif. Kadang-kadang murid-murid
yang pendiam juga dapat melibatkan diri dengan aktif apabila guru menjalankan proses pembelajaran
dan pengajaran dengan kaedah permainan.Sebagai contohnya, guru boleh merancang kaedah permainan
dalam pelajaran matematik untuk kanak - kanak prasekolah guru tersembunyikan nombor -nombor di
seluruh kelas . Murid-murid dapat bermain permainan "find the object" .Oleh sebab itu, murid-murid
dapat mengenali nombor -nombor melalui permainan.

Pada zaman dulu, sistem pendidikan Malaysia mesti melakukan proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas.Pihak sekolah juga tidak membenarkan apabila guru menjalankan proses
pembelajaran dan pengajaran di luar kelas kerana mengutamakan keselamatan murid-murid .Tetapi
dalam kurikulum emergent,guru-guru digalakkan melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di
luar kelas dengan kebenaran dan keselamatan.Guru-guru juga dapat menjalankan proses pembelajaran
dan pengajaran dengan sesuatu situasi perbezaan dan sesuai kepada murid-murid.Melalui ini, murid-
murid juga seronok untuk belajar tempat berlainan .Sebagai contohnya, untuk mata pelajaran sains guru
boleh membawa murid-murid lawatan ke zoo untuk memperkenalkan tentang haiwan-haiwan dan cara
hidupan haiwan tersebut.Melalui lawatan sambil belajar, murid-murid dapat melihat situasi sebenar
kehidupan haiwan.Murid-murid juga merasa seronok dan pengalaman ini tidak akan lupa sampai
sepanjang hidup.Oleh sebab itu,murid-murid perlu membelajar pelajaran di luar kelas.

Kurikulum emergent, boleh dilaksanakan melalui kaedah pengajaran yang sesuai.Seorang


penduduk perlu merancang sepenuh pengajaran dan bijak memilih kaedah pengajaran yang efektif
.Pada zaman dulu, guru-guru hanya menjalankan sesuatu pembelajaran dan pengajaran dengan kaedah
"chalk and talk" . Kaedah "chalk and talk" juga kaedah yang baik tetapi kurang efektif .Dalam "chalk
and talk" guru berperanan yang amat banyak dan guru tidak dapat menilai anak murid mereka .Salah
satu sebab ,adalah guru cepat pencet jika menggunakan kaedah "chalk and talk" . Apabila guru
menggunakan kaedah tersebut guru harus membazirkan tenaga guru begitu banyak manakala, murid
juga hilang minat semasa pengajaran dan rasa mengantuk.Ia mengakibatkan peningkatkan murid-murid
dalam akademik untuk menangani masalah ini,guru merancang proses pengajaran dengan pelbagai
kaedah .
•murid-murid dapat •murid-murid
kolobrasi dengan dapat menjalin
semua murid hubungan yang
mesra dengan
•mendapat idea rakan-rakan
dan pelbagai Kaedah kaedah sekelas.
pendapatan kolobrasi kumpulan

kaedah kaedah
permainan perbincangan

•dapat menarik •murid-murid


minat. boleh bincang
•dapat melibatkan dan memupuk
diri dengan aktif semangat diri
sendiri

Sebagai contohnya, guru boleh merancang kaedah - kaedah yang mengekalkan minat dan
tumpuan murid dalam pembelajaran.Kurikulum emergent mempunyai kaedah nyanyi , kaedah
permainan , kaedah cerita , kaedah perbincangan , kaedah perlakonan, kaedah kolobrasi , kaedah
kumpulan dan sebagainya .

Seterusnya, guru boleh merancang sesuatu kaedah yang sesuai dalam proses pembelajaran dan
pengajaran untuk menyeronokkan murid dan mengekalkan tumpuan penuh dalam proses pembelajaran
dan pengajaran. Kaedah - kaedah ini juga membawa efektif dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.Melalui kurikulum emergent guru dapat pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran yang
efektif dan boleh merancang proses pembelajaran dan pengajaran dengan menarik dan tenaga guru
dapat menjimatkan dan dapat menilai semua murid dalam semasa pembelajaran dan pengajaran.

Kesimpulannya, murid-murid perlu


Hari :

Tarikh :

Tajuk Tema : Diri saya

Sub Tema : Hobi

Tempoh Masa : 20 minit

Bil murid : 15 orang

Alat bahan : Model

: ( Ikan bersains

Tunjang Utama : Sains dan teknologi

Standard Pem : ST 631 menyusun objek mengikut kriteria utama kecil – besar

Standard Pembelajaran : Keterampilan diri

PSE2 1.1. Bersikap positif tentang kebolehan kendiri


Objek : Pada akhir pem murid dapat

: i) Menyusunkan mengikut saiz kecil dan besar

: ii) Membezakan saiz besar dan kecil

: iii) Boleh menjawab soalan dan bertutur dengan penuh yakin

Pengetahuan : sedia ada saiz,kecil dan besar

Penerapan nilai : bekerjasama, bersabar berani dan mencuba

Masa Isi kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Alat Bahan


Set Membuat gerakan Guru Murid membuat
Iduksi Berenang seperti menunjukkan aksi gerakan berenang
3 minit ikan. membuat seperti ikan.
pergerakan
berenang seperti
ikan.
Langkah Model ikan yang Guru Murid menyebut Model ikan
1 berlainan saiz menunjukkan perbezaan saiz
5 minit murid menyebut beberapa model ikan kecil.
saiz bola kecil dan ikan pelbagai saiz.
besar .
Langkah 2 Mengasingkan Guru membentuk Murid Model ikan
5 minit ikan yang bersaiz kepada dua membentuk
kecil dan bersaiz kumpulan. kepada dua
besar . Kumpulan satu kumpulan .
dikehendaki Kumpulan satu
untuk mengasingkan
mengasingkan ikan yang bersaiz
ikan yang bersaiz kecil dan
kecil dan kumpulan dua
kumpulan dua mengasingkan
mengasingkan ikan yang bersaiz
ikan yang bersaiz besar.
besar.
Langkah 3 Padanan objek Guru memberikan Murid membuat Lembaran kerja
5 minit yang sama saiz . lembaran kerja padanan objek
dan memberi yang sama saiz
arahan supaya
murid
menyesuaikan
objek .

You might also like