You are on page 1of 8

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov.

2016): 52-58 52

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

KOMPETENSI, SIKAP DAN PENGGUNAAN APLIKASI WEB 2.0 SEBAGAI BAHAN BANTU
MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
(Competencies, Attitude and Application of Web 2.0 as a Teaching Aids among
Malay Language Primary School Teachers)

NORHIZA FADILA Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti mengenal pasti
Kementerian Pendidikan Malaysia kompetensi, sikap dan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses
lyz_hiza@yahoo.com pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Antara aplikasi Web 2.0
yang dipilih ialah penggunaan blog, penggunaan media sosial, perkongsian
media dan penggunaan wiki. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan
ZAMRI MAHAMOD
kompetensi aplikasi Web 2.0 guru, sikap guru terhadap aplikasi Web 2.0
Universiti Kebangsaan Malaysia
dan penggunaan aplikasi Web 2.0 dengan pengalaman mengajar. Seramai
d-zam@ukm.edu.my 137 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di sebuah daerah dalam
Negeri Sembilan dijadikan responden kajian. Soal selidik digunakan
WAN MUNA RUZANNA
sebagai alat kajian untuk mengumpulkan data. Data dianalisis
WAN MOHAMAD
menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18 sebagai
Universiti Kebangsaan Malaysia alat untuk analisis inferensi. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat
munaruzanna@ukm.edu.my perbezaan yang signifikan antara kompetensi aplikasi Web 2.0 dan sikap
guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi Web 2 dengan pengalaman
mengajar. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara
Dihantar pada: penggunaan aplikasi Web 2.0 guru dengan pengalaman mengajar. Oleh
21 Julai 2016 itu, penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam
kalangan guru sekolah rendah memberi kesan positif dalam proses
Diterima pada: pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
20 Oktober 2016
Kata kunci: Kompetensi, sikap, penggunaan, aplikasi web 2.0, pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu
Koresponden:
lyz_hiza@yahoo.com Abstract: This study was conducted to identify identifying competencies,
attitudes and use of Web 2.0 applications in teaching and learning Malay
language. Among the selected Web 2.0 applications is the use of blogs,
social media, media sharing and use of the wiki. It also wants to see the
difference Web 2.0 applications competent teachers, teachers' attitudes
towards Web 2.0 applications and the use of Web 2.0 applications with
teaching experience. A total of 137 teachers Malay primary school in a
district in Negeri Sembilan as the research respondents. Questionnaires
were used as the research tool to collect data. Data were analyzed using
the Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18 as a tool for the
analysis of inference. The findings showed that there were no significant
differences between Web 2.0 application competence and attitude of
Malay Language teachers on Web 2 applications with teaching
experience. However, there are significant differences between the use of
Web 2.0 applications teacher with teaching experience. Therefore, the use
of Web 2.0 applications as teaching aids among primary school teachers
have a positive impact on teaching and learning Malay language.

Keywords: Competencies, attitudes, use of Web 2.0, teaching and learning


Malay language.

Fakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2016


ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 52-58 52

pelbagai dasar dan pelan yang hebat telah


PENGENALAN dibangunkan sejak 1990, termasuk Pelan Strategik
bagi Sekolah Bestari dan Dasar TMK dalam
Aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang Pendidikan 2010. Matlamatnya adalah untuk
sempurna bagi para pendidik. Penggunaan web memanfaatkan potensi TMK dalam meningkatkan
2.0 ini membantu mengubah landskap abad ke- pemikiran yang mendalam serta menambah baik
21 dalam bidang pendidikan. Perkara ini dapat kualiti keseluruhan pendidikan.
membentuk pendekatan murid untuk belajar, Hasrat ini bukan sahaja setakat mengajar
pendekatan pengajar untuk mengajar dan murid untuk mampu menggunakan fungsi asas
bagaimana pendidik berinteraksi dengan murid TMK seperti pemprosesan perkataan, Internet dan
(Mohamed Amin 2011). Para pendidik juga sering e-mel. TMK dalam pendidikan seharusnya dapat
menggunakan pelbagai teknologi sebagai bahan membantu murid meningkatkan kemahiran berfikir
bantu mengajar dalam proses pengajaran dan aras tinggi. Pelbagai portal pendidikan yang
pembelajaran (P&P) untuk memastikan proses berada dalam Internet boleh digunakan.
tersebut berjalan dengan lancar dan berkesan. Penggunaan Internet melalui projek SchoolNet
Melalui teknologi juga, P&P boleh berlaku dengan dijadikan asas kepada perubahan dalam proses
lebih mudah dan murid lebih memahami tentang P&P di sekolah.
sesuai perkara dengan lebih cepat. Salah satu kelebihan Internet yang boleh
Dalam pendidikan, Web 2.0 bukan hanya dimanfaatkan dalam bidang pendidikan adalah
sekadar untuk mencari maklumat, menghantar dengan kewujudan Web 2.0. Web 2.0 merupakan
mel-elektronik (e-mel), dan ‘chatting’, tetapi boleh satu inovasi yang baru dalam perisian, fungsian
digunakan untuk menghasilkan bahan serta aplikasi Internet. Ia satu bentuk transformasi
pembelajaran, berkongsi maklumat, dan memberi daripada web berbentuk statik kepada web yang
pandangan terhadap hasil penulisan rakan secara lebih dinamik serta fleksibel (Mohamed Amin
‘real time’. Aplikasi Web 2.0 merupakan satu 2013).
teknologi pembelajaran yang mempunyai
keupayaan untuk menyokong, menggalakkan PENYATAAN MASALAH
perbincangan tidak formal, berdialog,
berkolaboratif dan berkongsi ilmu secara terbuka Kekurangan pendedahan dalam kursus berkaitan
(Mohamed Amin 2013). komputer, terutamanya dalam aplikasi Web 2.0
Aplikasi Web 1.0 hanya membenarkan dalam kalangan guru pada masa kini menyebabkan
pengguna membaca artikel pada laman web, tetapi tahap kesediaan guru berada pada tahap sederhana.
dalam aplikasi Web 2.0, murid dan guru juga Walaupun kini banyak tugasan guru menggunakan
boleh menjadi pelanggan dan penyumbang. aplikasi atas talian, namun pendedahan tentang
Aplikasi Web 2.0 juga mesra pengguna dan aplikasi Web 2.0 kurang diberi penekanan
memudahkan sesiapa saja menggunakannya. terutama sekali penggunaan aplikasi Web 2.0
Kepelbagaian aplikasi dalam Web 2.0 dalam proses P&P (Suzlina Hilwani dan Jamaludin
memudahkan pengguna seperti guru dan menarik 2015). Hal ini disebabkan oleh kebanyakan guru
minat murid. Penggunaan aplikasi Web 2.0 kurang mempunyai tahap kesediaan yang tinggi
diharapkan dapat menghasilkan proses P&P yang dalam pengaplikasian TMK dalam P&P walaupun
menarik dan berkesan. telah disediakan peruntukan yang besar dalam
Berdasarkan Kementerian Pendidikan penyediaan infrastruktur berkaitan TMK yang
Malaysia (KPM 2012), kenyataan yang terdapat boleh digunakan dalam proses P&P.
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Perkara ini turut diutarakan dalam kajian
2013-2025, Malaysia telah lama menyedari potensi Syarifah Nor Puteh dan Kamarul Azman (2011),
transformasi teknologi maklumat dan komunikasi yang menyatakan bahawa guru prasekolah amat
(TMK) dalam pendidikan. Kajian semula memerlukan pendedahan dalam kursus berkaitan
UNESCO menyatakan bahawa Malaysia adalah komputer dalam kesediaan menggunakan TMK.
antara negara pertama di dunia yang mempunyai Pendedahan ini penting untuk memastikan proses
pelan strategik TMK untuk sistem pendidikan. P&P murid pada masa kini seiring dengan
Kajian semula ini juga menyatakan terdapat
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 52-58 53

perkembangan teknologi seterusnya menghasilkan bahawa guru masih mengamalkan kaedah


pembelajaran yang berkualiti. pengajaran secara tradisional yang hanya bersifat
Kesediaan guru terhadap TMK, terutamanya pengajaran berpusatkan guru semata-mata seperti
aplikasi Web 2.0 dapat membantu murid syarahan, hafalan, soal-jawab dan perbincangan
menyesuaikan diri dalam proses P& yang (Zamri 2014).
menggunakan teknologi. Suasana pembelajaran Perkara ini berlainan pula dengan dapatan
kini berlaku transformasi seiring perubahan kajian oleh Kamarul Azmi et al. (2011) yang
zaman. Kini, suasana pembelajaran berubah bukan mendapati penggunaan bahan bantu mengajar
hanya ‘chalk and talk’ sahaja, tetapi lebih kepada menjadikan fungsi guru sebagai pemudah cara dan
menjadikan pembelajaran yang kreatif dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran
inovatif. Setiap murid mempunyai pelbagai berpusatkan murid dengan hanya 25% penglibatan
kecerdasan dan kecerdasan ini perlu dijana untuk guru dalam bilik darjah. Menurut kajian Zamri dan
memastikan kompetensi murid ditingkatkan secara Nur Aisyah (2011), perisian multimedia membantu
keseluruhannya. Para guru berperanan penting memudahkan kaedah pengajaran guru daripada
dalam memastikan murid dapat menjalani proses strategi berpusatkan guru kepada strategi
P&P yang baharu dan berkesan. Kesediaan guru berpusatkan murid. Hal ini membolehkan murid
merupakan salah satu elemen penting serta dapat mendapatkan segala maklumat pembelajaran tanpa
memainkan peranan untuk membantu murid terikat dengan sesi P&P yang panjang di dalam
menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah P&P bilik darjah.
yang baharu serta didedahkan dengan penggunaan Kesukaran untuk menghasilkan bahan bantu
teknologi yang baharu (Mohd. Izham dan Noraini, mengajar menjadi kekangan dalam proses
2007). penyediaannya. Tanggungjawab yang bertambah
Tahap sikap yang sederhana dalam dan beban kerja yang harus dipikul juga memberi
penggunaan TMK semasa proses P&P pada guru sedikit tekanan dan menyebabkan guru
sering menjadi isu. Seharusnya, para guru menghadapi masalah dalam penghasilan bahan
memainkan peranan penting dalam mencorakkan bantu mengajar berkualiti bagi setiap pengajaran.
proses P&P dan seterusnya membantu murid Bahan bantu mengajar yang dibeli pula
mencapai kejayaan dalam pelajaran. Tidak memerlukan modal dan sumber kewangan yang
dinafikan pada masa sekarang, murid mudah besar (Zamri 2014). Penghasilan bahan bantu
tertarik dengan penggunaan TMK dalam apa jua mengajar sendiri memerlukan masa, tumpuan dan
aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, para guru perlu tenaga yang lebih (Mohd Izham dan Noraini,
mengambil kesempatan ini untuk mengaplikasikan 2007). Kesukaran ini boleh diatasi dengan
TMK semasa proses P&P. penggunaan TMK. Namun begitu, guru masih
Aplikasi Web 2.0 menyediakan pelbagai belum mahir sepenuhnya dengan pengaplikasian
bentuk dan pilihan yang memudahkan tugas guru pelbagai teknik TMK dalam P&P.
dan dapat mengelakkan murid-murid berasa bosan. Dapatan Abdul Halim (2010) menyatakan
Tambahan lagi, melalui aplikasi Web 2.0, pelbagai bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
bahan pengajaran telah tersedia dan boleh berasaskan TMK berada pada paras min yang
diubahsuai mengikut kesesuaian murid. Guru-guru rendah. Amalan penggunaan bahan bantu
mempunyai sikap yang sederhana dalam usaha mengajar yang efektif belum mencapai tahap
menggunakan TMK ketika menjalankan P&P. maksimum berdasarkan kepada keperluan guru
Sikap yang sedemikian agak membimbangkan memberikan masa, tenaga dan wang untuk
kerana bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih menyediakannya (Zamri et al. 2008, Zamri 2014).
mudah diperoleh daripada sumber yang
berteraskan TMK (Melvina dan Jamaludin, 2010). TUJUAN KAJIAN
Kekurangan penggunaan bahan bantu
mengajar dalam P&P merupakan antara masalah Tujuan umum kajian ini dijalankan adalah untuk
yang kerap berlaku di sekolah. Sehinggakan mengenal pasti kompetensi dan sikap guru
terdapat guru yang tidak menggunakan bahan terhadap aplikasi Web 2.0 dalam proses
bantu mengajar langsung dalam P&P. Hal ini pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
bersesuaian dengan kenyataan yang menyatakan Kompetensi dan sikap guru terhadap aplikasi Web
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 52-58 54

2.0 yang ingin dikaji adalah berdasarkan 49 buah sekolah termasuklah sekolah jenis
penggunaan aplikasi Web 2.0 yang menjadi kebangsaan dan sekolah kategori kurang murid.
pilihan guru sewaktu proses P&P di sekolah. Berdasarkan jumlah keseluruhan sekolah,
pengkaji hanya memilih guru yang mengajar mata
OBJEKTIF KAJIAN pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah di
sekolah gred A. Terdapat 18 buah sekolah gred A
1. Mengenal pasti perbezaan kompetensi yang terdiri daripada 10 buah Sekolah
aplikasi Web 2.0 dengan pengalaman Kebangsaan, enam buah Sekolah Jenis
mengajar guru Bahasa Melayu. Kebangsaan Cina dan dua buah Sekolah Jenis
2. Mengenal pasti perbezaan sikap terhadap Kebangsaan Tamil. Seramai 137 orang guru
aplikasi Web 2.0 dengan pengalaman dipilih sebagai responden kajian ini.
mengajar guru Bahasa Melayu. Guru lelaki terdiri daripada 10 orang daripada
3. Mengenal pasti perbezaan penggunaan sekolah bandar dan sembilan orang daripada
aplikasi Web 2.0 guru dengan pengalaman sekolah luar bandar. Jumlah keseluruhan guru
mengajar guru Bahasa Melayu. lelaki ialah 19 orang. Jumlah keseluruhan guru
perempuan pula seramai 118 orang yang terdiri
METODOLOGI daripada 74 orang guru daripada sekolah bandar
dan 44 orang guru daripada sekolah luar bandar.
Reka Bentuk Kajian
Jadual 1: Profil demografi responden
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif.
Reka bentuk kajian ini berbentuk tinjauan Lokasi Sekolah Jumlah
menggunakan soal selidik. Kajian tinjauan Bandar Luar
digunakan untuk mengenal pasti kompetensi, sikap Bandar
Lelaki 10 9 19
dan penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan Jantina
bantu mengajar dalam proses P&P Bahasa Perempuan 74 44 118
Melayu. Menurut Noraini (2010) tujuan kajian Jumlah 84 53 137
tinjauan adalah untuk menghuraikan ciri sesebuah
populasi agar kajian dapat dilaksanakan. Menurut
Instrumen Kajian
Chua Yan Piaw (2006), kajian tinjauan mewakili
semua kaedah yang dilakukan untuk mengumpul
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah
data secara terus daripada sekumpulan subjek.
terdiri daripada satu set soal selidik yang
Hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada
dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian
populasi dengan tepat dan betul. Satu set soal
pertama ialah Bahagian A ialah soalan-soalan yang
selidik telah disediakan bagi mengumpul
berkaitan dengan demografi responden. Bahagian
maklumat dan data. Segala pengukuran terhadap
B berkaitan dengan kompetensi guru BM terhadap
pemboleh ubah adalah dibuat berdasarkan maklum
aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar.
balas terhadap semua pertanyaan yang terkandung
Bahagian C adalah berkaitan dengan sikap
dalam soal selidik. Oleh itu, dalam kajian ini, soal
guru terhadap aplikasi Web 2.0 sebagai bahan
selidik mengandungi soalan-soalan tentang
bantu mengajar dalam proses P&P Bahasa
kompetensi, sikap dan penggunaan aplikasi Web
Melayu, manakala Bahagian D adalah berkaitan
2.0 sebagai bahan bantu mengajar guru Bahasa
penggunaan guru terhadap aplikasi Web 2.0
Melayu.
sebagai bahan bantu mengajar dalam proses P&P
Bahasa Melayu.
Sampel Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 137 orang guru


sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di salah sebuah daerah dalam
Negeri Sembilan. Jumlah keseluruhan sekolah
rendah yang terdapat dalam daerah tersebut ialah
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 52-58 55

DAPATAN KAJIAN Jadual 3. Ujian t sampel bebas perbezaan yang


signifikan antara sikap guru terhadap aplikasi
Perbezaan Kompetensi Aplikasi Web 2.0 Web 2.0 dengan pengalaman mengajar guru
Guru dengan Pengalaman Mengajar Guru
Pengalaman N Min Sisihan t df Sig.
Analisis ujian-t sampel bebas dijalankan bagi Mengajar Piawai
mengenal pasti perbezaan yang signifikan di antara
kompetensi aplikasi Web 2.0 guru dengan Kurang 10 tahun 43 3.33 .564 1.136 135 0.967
pengalaman mengajar guru. Dapatan kajian Lebih 10 tahun 94 3.45 .577 1.146
mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara kompetensi aplikasi Web 2.0 Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak terdapat
guru berdasarkan pengalaman mengajar guru. perbezaan yang signifikan antara sikap guru
Jadual 2 menunjukkan bahawa tidak terdapat terhadap aplikasi Web 2.0 dengan pengalaman
perbezaan yang signifikan antara kompetensi mengajar guru dengan nilai t = 1.136 dan sig =
aplikasi Web 2.0 guru berdasarkan pengalaman 0.492 (p<0.05). Dari segi min menunjukkan
mengajar guru dengan nilai t = 0.229 dan sig = bahawa pengalaman mengajar kurang 10 tahun
0.492 (p<0.05). Dari segi min menunjukkan guru (min = 3.33 dan sp = .564), manakala bagi
bahawa pengalaman mengajar kurang 10 tahun pengalaman mengajar guru melebihi 10 tahun
guru (min = 3.28 dan sp = .538), manakala bagi menunjukkan skor min yang lebih tingi (min =
pengalaman mengajar guru melebihi 10 tahun 3.45 dan sp = .577). Hal ini memberi gambaran
menunjukkan skor min yang hampir sama (min = bahawa sikap guru terhadap aplikasi Web 2.0 tidak
3.30 dan sp = .601). Hal ini memberi gambaran mempunyai perbezaan berdasarkan tempoh
bahawa guru mempunyai kompetensi aplikasi Web pengalaman mengajar mereka.
2.0 yang hampir sama dan tidak mempunyai
perbezaan berdasarkan tempoh pengalaman Perbezaan Penggunaan Aplikasi Web 2.0
mengajar mereka. dengan Pengalaman Mengajar
Jadual 2: Ujian-t sampel bebas perbezaan yang Analisis ujian-t sampel bebas dijalankan bagi
signifikan antara kompetensi aplikasi Web 2.0 mengenal pasti perbezaan yang signifikan di antara
guru dengan pengalaman mengajar guru penggunaan aplikasi Web 2.0 dengan pengalaman
Pengalaman N Min Sisihan t df Sig. mengajar. Dapatan kajian mendapati bahawa
Mengajar Piawai terdapat perbezaan yang signifikan di antara
penggunaan aplikasi Web 2.0 dengan pengalaman
Kurang 10 tahun 43 3.28 .538 .229 135 0.492 mengajar guru.

Lebih 10 tahun 94 3.30 .601 .229 Jadual 4: Ujian t sampel bebas perbezaan yang
signifikan antara penggunaan aplikasi Web 2.0
Perbezaan Sikap Guru terhadap Aplikasi Web guru dengan pengalaman mengajar guru
2.0 dengan Pengalaman Mengajar Guru
Pengalaman N Min Sisihan t df Sig.
Mengajar Piawai
Analisis ujian-t sampel bebas dijalankan bagi
mengenal pasti perbezaan yang signifikan di antara
Kurang 10 tahun 43 3.24 .607 2.27 135 0.025
perbezaan sikap guru terhadap aplikasi Web 2.0
dengan pengalaman mengajar. Dapatan kajian Lebih 10 tahun 94 2.96 .659 2.34
mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara sikap guru terhadap aplikasi Web Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat
2.0 dengan pengalaman mengajar guru. perbezaan yang signifikan antara penggunaan
aplikasi Web 2.0 guru dengan pengalaman
mengajar guru dengan nilai t = 2.27 dan sig =
0.025 (p<0.05). Dari segi min menunjukkan
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 52-58 56

bahawa pengalaman mengajar kurang 10 tahun pengaplikasian Web 2.0 sebagai bahan bantu
guru adalah lebih tinggi (min = 3.24 dan sp = .607) mengajar semasa proses P&P.
manakala bagi pengalaman mengajar guru
melebihi 10 tahun menunjukkan skor min yang Perbezaan Kompetensi, Sikap dan Penggunaan
rendah (min = 2.96 dan sp = .659). Hal ini terhadap Aplikasi Web 2.0 dalam P&Pdengan
memberi gambaran bahawa penggunaan aplikasi Pengalaman Mengajar Guru Bahasa Melayu
Web 2.0 adalah berbeza berdasarkan tempoh
pengalaman mengajar seseorang guru. Perbezaan Tahap kompetensi aplikasi Web 2.0 semasa proses
ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh guru P&P berdasarkan pengalaman mengajar guru
yang mengajar kurang 10 tahun lebih gemar menunjukkan tiada perbezaan. Analisis perbezaan
menggunakan aplikasi Web 2.0 untuk ini dapat dilihat berdasarkan Jadual 4. Hal ini
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran bermaksud pengalaman seorang guru tidak
yang lebih interaktif. memberi kesan terhadap kompetensi guru dalam
aplikasi Web 2.0 semasa proses P&P. Sikap guru
PERBINCANGAN terhadap aplikasi Web 2.0 semasa proses P&P
dengan pengalaman mengajar guru juga
Tahap Kompetensi, Sikap dan Penggunaan menunjukkan tiada perbezaan dalam dapatan yang
terhadap Aplikasi Web 2.0 dalam P&P diperoleh. Hal ini bermaksud pengalaman
dengan Pengalaman Mengajar Guru mengajar seorang guru tidak mempengaruhi sikap
Bahasa Melayu guru terhadap aplikasi Web 2.0 yang digunakan
semasa proses P&P.
Tahap kompetensi aplikasi Web 2.0 berdasarkan Namun begitu, terdapat perbezaan terhadap
pengalaman mengajar mendapati guru yang penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam kalangan guru
berpengalaman kurang 10 tahun menunjukkan dengan pengalaman mengajar para guru.
tahap kompetansi aplikasi Web 2.0 tahap Penggunaan aplikasi Web 2.0 adalah berbeza
sederhana. Begitu juga dengan sikap guru terhadap berdasarkan kepada tempoh pengalaman mengajar.
aplikasi Web 2.0 berada pada tahap sederhana dan Guru yang mempunyai pengalaman mengajar
tidak bergantung kepada pengalaman mengajar. kurang 10 tahun lebih banyak menggunakan
Penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam P&P dengan aplikasi Web 2.0. Dapatan ini disokong oleh
pengalaman mengajar juga menunjukkan tahap Suwarnee (2006), faktor umur dan kehadiran
yang sederhana. Hal ini dapat dijelaskan kursus TMK didapati mempengaruhi tahap
berdasarkan Jadual 4.9. pengetahuan dan kemahiran TMK lebih tinggi.
Dapatan kajian ini selari dengan dapatan Kajian juga mendapati majoriti guru
kajian oleh Wan Khairuddin (2006) yang mengkaji mempunyai sikap yang positif terhadap TMK yang
persepsi guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah berkaitan Internet serta e-mel, aplikasi perisian
menengah di daerah Rompin. Dapatan beliau secara khusus, aplikasi perisian secara umum,
menunjukkan penggunaan TMK dalam P&P juga TMK serta umum serta pengajaran dan
berada pada paras sederhana dengan nilai min pembelajaran berasaskan web. Ini
3.60. Begitu juga dengan aspek pengetahuan yang berkemungkinan disebabkan oleh guru yang
mencatatkan nilai min 3.57 dan kemahiran guru di mengajar kurang 10 tahun lebih terdedah dengan
mana nilai min ialah 3.39. Hal ini menunjukkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini. Hal
bahawa pengalaman seorang guru itu tidak ini juga mungkin disebabkan oleh para guru sedar
mempengaruhi pengaplikasian Web 2.0 dalam bahawa proses P&P yang lebih interaktif dapat
proses P&P. dilakukan jika menggunakan bahan bantu
Demikian juga kajian Suzlina Hilwani dan mengajar berasaskan Web 2.0.
Jamaludin (2015) serta Siti Salwa dan Jamaludin Walau bagaimanapun, hasil kajian Mohd
(2013) yang menyatakan bahawa penggunaan Web Khairuddin (2005) bertentangan dengan dapatan
2.0 memberi kesan kepada kompetensi, sikap dan kajian ini. Kajian beliau mendapati kesediaan
penggunaan Web 2.p tersebut. Rumusannya, penggunaan teknologi berasaskan komputer dalam
pengalaman mengajar bukan faktor utama dalam P&P terhadap 77 orang guru Bahasa Melayu di
sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 52-58 57

Labuan menunjukkan dapatan yang sama. Hal ini yang telah dibina. Aplikasi Web 2.0 juga sentiasa
berkemungkinan disebabkan oleh kurangnya berkembang mengikut peredaran masa. Maka,
pendedahan semasa proses latihan perguruan. guru sentiasa mempunyai peluang untuk
Rumusannya, terdapat perbezaan terhadap menambah baik bahan pengajaran yang
penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam kalangan guru disediakan. Dapatan kajian juga ini dapat dijadikan
dengan pengalaman mengajar para guru. Namun sebagai bahan rujukan kepada pensyarah Bahasa
begitu, tahap kompetensi aplikasi Web 2.0 semasa Melayu.
proses P&P berdasarkan pengalaman mengajar Para pensyarah perlu menyedarkan para guru
guru dan sikap guru terhadap aplikasi Web 2.0 pelatih bahawa kehendak dan keperluan murid
semasa proses P&P dengan pengalaman mengajar terhadap P&P pada alaf baharu telah berubah. Para
guru juga menunjukkan tiada perbezaan. Oleh guru sebaiknya perlu bersedia dan menjadi lebih
yang demikian, langkah yang bijak harus diambil berpengetahuan berbanding murid dalam bidang
agar jurang perbezaan ini dapat dikurangkan. TMK ini. Selain itu, pensyarah juga boleh
Golongan guru yang lebih berpengalaman mengambil tindakan untuk mempertingkatkan
seharusnya diberikan pendedahan atau kursus yang profesionalisme perguruan. Aspek pedagogi
sewajarnya untuk mempelbagaikan pemilihan dititikberatkan serta pensyarah dapat membantu
aplikasi Web 2.0 dan membuktikan bahawa guru pelatih menanam minat dan mengekalkan
aplikasi ini dapat memudahkan proses P&P dan perhatian semasa P&P melalui kepelbagaian
penyediaannya juga menjimatkan masa dan kos. kaedah, teknik, strategi dan bahan bantu mengajar
(Zamri 2014).
KESIMPULAN Selain itu, dapatan kajian ini dapat memberi
pendedahan kepada para murid akan aplikasi Web
Dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada 2.0 yang sesuai digunakan dalam proses P&P.
organisasi pendidikan khususnya kepada pihak Aplikasi Web 2.0 ini sentiasa bergerak maju,
sekolah, iaitu pengetua sekolah, ketua bidang, dan seharusnya pemilihan aplikasi ini perlu seiring
panitia Bahasa Melayu terhadap kepentingan dengan peredaran masa. Murid-murid juga, boleh
aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar meneroka sendiri pelbagai aplikasi yang terdapat
dalam proses P&P di sekolah. Kesedaran daripada dalam Internet sebagai usaha untuk lebih
pihak sekolah dalam menyediakan keperluan serta memahami sesuatu mata pelajaran. Selain itu,
latihan kepada guru wajar diutamakan supaya pelbagai aplikasi boleh digunakan untuk
usaha para guru dalam mempelbagaikan bahan menyimpan nota, membuat latihan dan melakukan
bantu mengajar ini dapat berjalan dengan lancar. pengukuhan dan pengayaan dalam sesuatu tajuk.
Pihak sekolah perlu menggalakkan para guru Kepelbagaian warna dan bentuk serta animasi
menggunakan aplikasi Web 2.0 ini sebagai bahan diharapkan dapat mengelakkan kebosanan semasa
bantu mengajar selaras dengan perkembangan belajar dan menjadikan murid lebih kreatif dalam
teknologi yang terkini dan persekitaran murid yang melakukan sesuatu perkara. Hal ini diharap dapat
terdedah dengan penggunaan teknologi sejak melahirkan murid yang seimbang dan bukan hanya
daripada rumah lagi. Hal ini dapat membantu bergantung kepada peperiksaan semata-mata.
menarik minat murid dan sekali gus menjadikan Kesimpulannya, kajian ini dijalankan untuk
proses P&P lebih menyeronokkan. Diharapkan meninjau kompetensi, sikap dan penggunaan
supaya pembelajaran yang menarik ini dapat aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar
menghasilkan proses P&P yang berkualiti. dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Diharapkan
Kajian ini membantu guru dalam dapatan kajian ini dapat membantu untuk
meningkatkan pengetahuan terhadap penggunaan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan
aplikasi Web 2.0. Oleh itu, pendidik dapat penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam kalangan
menghasilkan pelbagai bentuk bahan bantu guru. Seterusnya, proses penambahbaikan
mengajar yang senang dilakukan dan mudah dilakukan dan proses P&P boleh dilaksanakan
disimpan. Tambahan lagi, para guru tidak perlu dengan berkualiti dan berkesan. Oleh itu, proses
membuat bahan bantu mengajar yang sama P&P di sekolah bertambah baik dan kualiti Bahasa
berulang kali untuk kelas yang berbeza-beza. Para Melayu semakin meningkat.
guru hanya perlu mengubah suai daripada bahan
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 52-58 58

RUJUKAN Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam


pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill
Chua Yan Piaw. 2006a. Kaedah penyelidikan buku (Malaysia) Sdn. Bhd.
I. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd
Sdn. Bhd. Salam. 2011. Tahap kesediaan penggunaan
Kamarul Azmi Jasmi, Ab Halim Tamuri & Mohd ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap
Izham Mohd Hamzah. 2011. Kajian kes hasil kerja dan tingkah laku murid
penggunaan kaedah pengajaran dan prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36
pembelajaran guru cemerlang pendidikan (1): 25-34.
Islam sekolah bandar dan luar bandar: Satu Siti Salwa Atan & Jamaludin Badusah. 2013.
kajian perbandingan. Jurnal Teknologi (Sains Apalikasi rangkaian sosial google pluas
Sosial), 179-198. dalam pengajaran dan pembelajaran
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab Halim komponen sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa
Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Melayu, 3 (1): 31-41.
Amalan penggunaan bahan bantu mengajar Suzlina Hilwani Baharudin & Jamaludin Badusah.
dalam kalangan guru cemerlang Pendidikan 2015. Tahap penggunaan web 2.0 dalam
Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah
of Islamic and Arabic Education, 3 (1) menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa
2011:59-74 Melayu, 5 (2): 38-48.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Pelan Suwarnee Mohd Solah. 2006. Persepsi terhadap
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- kesediaan dan tahap penggunaan TMK dalam
2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah
Kurikulum. menengah bandar dan luar bandar. Kertas
Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti
2010. Sikap guru bahasa Melayu terhadap Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
penggunaan teknologi maklumat dan Bangi.
komunikasi (ICT) dalam pengajaran di Venkatesh, V. & Davis, F. D. 2000. A Theoretical
sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Extension of the Technology Acceptance
Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1): 59-65. Model: Four Longitudinal Field Studies.
Mohamed Amin Embi. 2011. Aplikasi web 2.0 Management Science, 45 (2): 186-204.
dalam pengajaran dan pembelajaran. Bangi: Wan Khairuddin Wan Yahya. 2006. Penggunaan
Pusat Perkembangan Akademik, Universiti ICT di kalangan Pendidikan Islam: Kajian di
Kebangsaan Malaysia. sekolah-sekolah menengah daerah Rompin.
Mohamed Amin Embi. 2013. Web 2.0 Interactive Kertas Projek Penyelidikan Sarjana. Fakulti
tools: A quick guide. Universiti Kebangsaan Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mala Bangi: Pusat Perkembangan Akademik, Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Noor.
Universiti Kebangsaan Malaysia. 2011. Persepsi guru tentang penggunaan
Mohd. Izham Mohd. Hamzah & Noraini Attan. aplikasi multimedia dalam pengajaran
2007. Tahap kesediaan guru sains dalam komponen sastera Bahasa Melayu. GEMA
penggunaan teknologi maklumat berasaskan Online™ Journal of Language Studies, 11
komputer dalam proses pengajaran dan (3):
pembelajaran Universiti Teknologi Malaysia. Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam
Jurnal Teknologi, 46 (E): 45-60. pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga.
Mohd. Khairuddin Jamaluddin. 2005. Kesediaan Tanjung Malim: Penerbitan Universiti
guru Bahasa Melayu menggunakan teknologi Pendidikan Sultan Idris.
berasaskan komputer dalam pengajaran dan Zamri Mahamod, Norasmah Othman &
pembelajaran. Kertas Projek Sarjana Mohammed Sani Ibrahim (Pnyt.). 2008.
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Profesionalisme guru novis: Model latihan.
Kebangsaan Malaysia. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like