You are on page 1of 3

Mata Pelajaran KIMIA TINGKATAN 4

Topik Asid Dan Bes


Subtopik Peranan air dalam menunjukkan sifaf-sifat asid
Kriteria Kejayaan Pelajar Berjaya
i) menyusun radas untuk menyiasat peranan air dalam menunjukkan sifat asid
ii) menyatakan pelarut apa yang boleh menunjukkan sifat-sifat asid
iii) menyataka sifat-sifat asid dengan kehadiran air
iv) membuat kesimpulan bahawa air diperlukan untuk menunjukkan sifat-sifat asid
Kemahiran Saintifik Mencirikan, Membandingkan dan
dan Kemahiran membezakan, Mengumpulkan dan mengelaskan, membuat kesimpulan,
Berfikir menghubungkaitkan, Menjanakan idea
Sikap Saintifik / Berani mencuba, rasional
Nilai Murni
Sumber PdP i) Rujukan Buku Teks
ii) Alat Projektor, Komputer Riba
iii) iii)Bahan Lembaran Kerja
Pendekatan IBSE – Inkuiri Terbuka
Pengajaran
Catatan : Digunakan modul ini selepas pelajar telah belajar sifat-sifat kimia asid secara teori.

Modul PdP

Tajuk : Peranan air dalam menunjukkan sifat-sifat asid

Hasil pembelajaran : Dalam unit ini pelajar dapat merancang eksperimen untuk menunjukkan
kehadiran pelarut air dalam menunjukkan sifat-sifat air

Situasi pencetus idea murid :

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan warna kertas litmus merah kering dalam 3 tabung uji yang
mempunyai ammonia. Didapati kertas litmus berubah warna daripada merah ke biru dalam set Y
dan kekal sama dalam set X dan Z.

Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka
Berikut adalah alat radas dan bahan kimia yang disediakan.

Alat Radas : Tabung uji, penitis, rak tabung uji, spatula

Bahan kimia : serbuk kalsium karbonat, pepejal glasial asid etanoik, air (dalam botol air), pelarut
tetraklorometana.

A) Arahan kepada pelajar :

Berdasarkan alat radas dan bahan kimia di atas, rancangkan satu eksperimen untuk menunjukkan
air diperlukan dalam menunjukkan sifat asid.

B) Berdasarkan Eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan

eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut :


1) Tujuan
2) Pernyataan Masalah
3) Hipotesis
4) Pemboleh Ubah
a) Manipulasi
b) Bergerakbalas
c) Dimalarkan
5) Prosedur eksperimen
6) Penjadualan Data / Pemerhatian
7) Analisis data
8) Kesimpulan Eksperimen
C) Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang permasalahan

berikut :

i) Gambar rajah 1.0 menunjukkan kesan hujan asid ke atas monumen yang dibuat daripada
campuran simen dengan batu kapur. Sebagai pelajar sains, cadangkan satu kaedah untuk
mengurangkan kesan kakisan ke atas monumen ini. Berikan justifikasi ke atas cadangan
anda.

Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka
Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka

You might also like