You are on page 1of 5

Mata Pelajaran KIMIA TINGKATAN 4

Topik Garam
Subtopik Analisis Kualitatif Garam
Kriteria Kejayaan Pelajar berjaya
i) mengenalpasti kation yang ada dalam sampel garam
ii) mengenalpasti anion yang ada dalam sampel garam
iii) mengenalpasti nama garam yang diberikan
Kemahiran Saintifik Mencirikan, Membandingkan dan
dan Kemahiran membezakan, Mengumpulkan dan mengelaskan, membuat kesimpulan,
Berfikir menghubungkaitkan, Menjanakan idea
Sikap Saintifik / Berani mencuba, rasional
Nilai Murni
Sumber PdP i) Rujukan Buku Teks
ii) Alat Projektor, Laptop
iii) iii)Bahan Lembaran Kerja
Pendekatan IBSE – Inkuiri Berpandu
Pengajaran
Catatan : Modul ini digunakan selepas pelajar telah diberi pendedahan asas dalam ujian gas, ujian anion
dan kation. Modul ini lebih kepada aplikasi (pelajar mengaplikasikan apa yang telah belajar dalam aktiviti
di sini)

Modul PdP

Tajuk : Analisis Kualitatif Garam

Hasil pembelajaran : Dalam unit ini pelajar dapat merancang eksperimen untuk menganalisis
garam yang diberikan dan seterusnya mengenalpasti anion dan kation
yang ada

Situasi pencetus idea murid : (Guru boleh download video CSI Las Vegas/Miami/NY dan
suntingkan detik detik eksperimen sabagai set induksi anda)

Rajah 1
Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka
Rajah 1 menunjukkan siri gambar yang menunjukkan ahli kimia menjalani ujian kimia di makmal
forensik dalam membantu menyelesaikan kes-kes jenayah. Semua ujian kimia dan fizikal yang
dijalankan adalah berlandaskan analisis kualitatif . (Sediakan laptop dan projektor untuk
tayangan semua gambar dan penerangan di atas.

Rajah 2

Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka
Rajah 3

Rajah 4

Dalam kimia, asas kepada analisis kualitatif boleh dilihat daripada ujian kimia ke atas sesuatu
garam supaya identiti garam tersebut boleh dikenalpasti.

Rajah 2 menunjukkan carta alir untuk menjalankan analisis kualitatif ke atas sesuatu garam dan
Rajah 3 dan 4 menunjukkan kaedah-kaedah dalam mengenalpasti anion dan kation dalam garam.

Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka
(Rajah 2 hingga 4 dicetakkan dan diberikan kepada pelajar sebagai lembaran rujukan
semasa amali)

Berikut adalah alat radas dan bahan kimia yang disediakan.

Alat Radas : tabung didih, tabung uji, Penunu Bunsen, pemegang tabung uji, rod kaca, penitis,
botol air suling, gabus dipasang dengan salur penghantar gas,

Bahan kimia : serbuk garam berlabel X, larutan natrium hidroksida cair, larutan ammonia cair,
larutan kalium iodida, kayu lidi, air kapur,

A) Arahan kepada pelajar :

Berdasarkan Rajah 2, 3 dan 4, rancangkan ujikaji-ujikaji yang sesuai ke atas garam X itu.

B) Berdasarkan Eksperimen yang telah anda jalankan, bina satu jadual data yang
mempunyai perkara berikut

i) Prosedur eksperimen
ii) Pemerhatian
iii) Inferens
C) Seterusnya namakan garam X

Lembaran Kerja

(Kerja Kumpulan, dibentangkan pada sesi PdP lain)

Rajah 5

Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka
Rajah 5 menunjukkan analisis kualitatif juga boleh dijalankan ke atas makanan dalam industri
pemakanan. Bidang sains ini ialah sains makanan (Food Science). Bincang dalam kumpulan bagaimana
anda hendak menguji kehadiran ion ferum(II) di dalam salah satu sayuran atau buah-buahan yang anda
pilih. Anda perlu merangka prosedur dan tatacara mulai daripada bahagian penyediaan sampel hinggalah
ke ujian kimia.

Bengkel Pemurnian Untuk Penyebarluasan Bahan-bahan KBAT (TIMMS & PISA) 28-30 Mei Melaka

You might also like