You are on page 1of 8

MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) “LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US”

BAB 1 : RESPIRASI

1.1 Mekanisme Pernafasan Manusia

1. Manusia bernafas dengan menggunakan udara disekeliling kita melalui proses respirasi.
2. Respirasi merupakan satu proses dimana organisma hidup memperoleh oksigen dan menyingkirkan
karbon dioksida serta wap air.
3. Rajah di bawah menunjukkan struktur asas serta organ untuk sistem respirasi manusia.

Organ Pernafasan Fungsi


Lubang hidung Membolehkan udara tarikan nafas dan hembusan nafas melaluinya

Rongga nasal Apabila udara melalui rongga nasal, udara dipanaskan dan dilembapkan serta
debu-debu diperangkap oleh bulu hidung
Trakea Dinding trakea mempunyai gegelang rawan berbentuk C yang menyokong dan
mencegah trakea daripada runtuh semasa menarik nafas
Bronkus Cabang trakea berpecah kepada dua bronkus, iaitu satu bronkus memasuki peparu
kanan manakala bronkus yang satu lagi memasuki peparu kiri
Bronkiol Setiap bronkus bercabang kepada tiub-tiub kecil yang diberi nama bronkiol untuk
menambahkan penempatan alveolus dihujungnya
Alveolus Tempat pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah

Sangkar rusuk Melindungi peparu

Diafragma Satu kepingan otot yang memisahkan rongga toraks dengan abdomen serta
mengawal isipadu udara rongga toraks
Otot interkosta Terdiri daripada otot interkosta luar dan dalam untuk mengangkat dan
menurunkan sangkar rusuk semasa bernafas
Peparu Terbina daripada bronkiol, alveolus dan kapilari darah serta terletak di dalam
ruang rongga toraks

1
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) “LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US”

4. Semasa menarik nafas, udara masuk melalui:

Rongga
Hidung Trakes Bronkus Bronkiol Alveolus
nasal

5. Semasa menghembus nafas, udara keluar melalui:

Rongga
Alveolus Bronkiol Bronkus Trakea Hidung
nasal

6. Penyesuaian alveolus untuk pertukaran gas yang cekap adalah seperti berikut;

Luas permukaan yang besar


Dinding yang sangat nipis
- peparu mempuyai berjuta-juta alveolus
-dinding alveolus adalah setebal satu sel
untuk menyediakan luas permukaan yang
supaya jarak untuk peresapan gas adalah
besar supaya pertukaran gas dapat
pendek
berlaku dengan lebih berkesan

Penyesuaian alveolus

Kapilari darah yang banyak


Permukaan yang lembap
- membantu pertukaran gas berlaku
- supaya oksigen dapat melarut sebelum
antara alveolus dan kapilari darah
meresap dan merentasi dinding alveolus
berlaku dengan lebih cepat

2
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) “LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US”

7. Mekanisme pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas yang berlaku
secara berterusan untuk membekalkan oksigen keseluruh badan.
Tarik Nafas Mekanisme Hembus Nafas
Pernafasan

Bergerak ke atas dan ke depan Sangkar rusuk Bergerak ke bawah dan ke dalam

Otot mengecut dan diafragma mendatar Diafragma Otot mengendur dan diafragma
melengkung ke atas
Luar - mengecut Otot interkosta Luar – mengendur
Dalam - mengendur Dalam - mengecut
Bertambah Isipadu rongga Berkurangan
toraks
Rendah atau berkurangan Tekanan udara Tinggi atau bertambah
dalam rongga toraks
Mengalir masuk ke dalam peparu Aliran udara Mengalir keluar peparu

Tekanan di luar lebih tinggi daripada di Perbezaan tekanan Tekanan di dalam peparu lebih tinggi
dalam peparu daripada di luar

8. Jadual di bawah menunjukkan komposisi udara sedutan, udara hembusan dan udara alveolus;
Kandunagn Udara sedutan Udara hembusan Udara alveolus
Oksigen 21% 16% 14%
Karbon dioksida 0.04% 4% 6%
Nitrogen 79% 79% 80%
Wap air Berubah-ubah Tepu Tepu
Suhu Berubah-ubah 34⁰C 37⁰C

3
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) “LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US”

Membina model sistem respirasi manusia untuk menunjukkan hubungan antara tekanan udara dalam
rongga toraks dengan proses tarikan dan hembusan nafas

Radas dan bahan: Serkup kaca, tiub kaca berbentuk Y, penutup getah, kepingan getah nipis dan belon.

Fokus Mawar 23 :
Lakukan simulasi seperti berikut:

Prosedur:
1. Bina satu model system respirasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di atas.
2. Tarik kepingan getah ke bawah. Perhatikan perubahan yang berlaku pada belon di dalam serkup
kaca.
3. Tolak kepingan getah ke atas dan ke dalam serkup kaca. Perhatikan perubahan yang berlaku.

Soalan:
1. Namakan bahagian sistem respirasi yang diwakili oleh serkup kaca, tiub kaca berbentuk Y, belon
dan kepingan getah.

2. Lengkapkan jadual berikut untuk menunjukkan perubahan yang berlaku pada belon dan
nyatakan perubahan tekanan udara di dalam serkup kaca

Tindakan yang dilakukan Perubahan pada belon Tekanan udara di dalam


serkup kaca
Kepingan getah ditarik ke
bawah
Kepingan getah ditolak ke atas

3. Apakah hubungan antara tekanan udara di dalam rongga toraks dengan mekanisme pernafasan

4
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) “LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US”

1.2 Pengangkutan Oksigen dalam Badan Manusia

1. Oksigen dibawa masuk dan karbon dioksida dibawa keluar dari peparu melalui alveolus.
2. Proses ini dikenali sebagai pertukaran gas melalui proses resapan.
3. Rajah di bawah menunjukkan pertukaran gas di peparu dan sel-sel badan;

• Kepekatan oksigen lebih tinggi di dalam alveolus menyebabkan resapan


Menarik oksigen ke dalam kapilari darah dan seterusnya ke dalam sel darah merah
nafas • Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk
membentuk oksihemoglobin

• Darah beroksigen dihantar ke seluruh badan melalui sistem peredaran


darah
• Kapilari mempunyai kepekatan oksigen yang lebih tinggi berbanding
dengan sel-sel badan
Darah ke
seluruh
• Sel-sel badan pula mempunyai kepekatan karbon dioksida yang lebih tinggi
badan berbanding dengan kapilari
• Oksihemoglobin di dalam sel darah merah membebaskan oksigen untuk
meresap ke dalam sel-sel badan
• Karbon dioksida dari sel-sel badan pula meresap masuk ke dalam sel darah
merah pada masa yang sama

• Darah terdeoksigen dibawa pulang ke alveolus menyebabkan kepekatan


Menghembus karbon dioksida adalah tinggi dalam kapilari darah
nafas • Karbon dioksida meresap melalui dinding alveolus lalu disingkirkan
melalui hembusan nafas

5
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) “LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US”

1.3 Kepentingan Sistem Respirasi yang Sihat

1. Kualiti udara mempunyai kesan yang ketara terhadap system respirasi.


2. Apabila kita menyedut udara yang tercemar, ia boleh membahayakan kesihatan
manusia dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit.
3. Jadual di bawah menunjukkan bahan pencemar di udara dan kesannya terhadap
manusia;

Bahan pencemar Sumber Kesan


Tar Asap rokok - Mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan
kanser peparu
- Mengurangkan kecekapan resapan oksigen ke dalam
alveolus
Nikotina Asap rokok - Menyebabkan ketagihan pada penghisap rokok
- Menjadikan denyutan jantung menjadi pantas,
meningkatkan tekanan darah dan pernafasan yang
pantas
- Menyebabkan emfisema iaitu alveolus pecah semasa
batuk serta penyakit jantung dan strok
Karbon Asap - Gas beracun yang berupaya untuk bergabung
monoksida kenderaan dengan haemoglobin dengan lebih cepat berbanding
oksigen
- Mengurangkan bekalan oksigen dalam badan dan
menyebabkan kematiaon
Sulfur dioksida Asap kilang - Bersifat asid yang boleh memusnahkan tisu-tisu
peparu dan menyebabkan keradangan
Jerebu (asap, Asap kilang, - Menyebabkan asma dan kesesakan nafas akibat
debu dan zarah asap penyempitan laluan udara seperti bronkus dan
halus seperti kenderaan, bronkiol
nitrogen pembakaran - Juga boleh menyebabkan bronchitis iaitu batuk
dioksida) terbuka kronik disebabkan keradangan pada lapisan bronkiol

4. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kualiti udara seperti;

Menyelenggara
Mengelakkan
Berhenti merokok kendaraan mengikut
pembakaran terbuka
jadual

Mengurangkan
Melaksanakan undang-
Kilang menggunakan menggunakan
undang untuk
penapis pada cerobong kenderaan bermotor
mengawal pencemaran
asap (basikal, berjalan,
udara
kenderaan awam)

6
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) “LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US”

Mengkaji kesan rokok kepada peparu

Radas dan bahan: Rokok, kapas penunjuk semesta, tiub getah, thermometer, pam sedut, tiub-U dan
tabung didih.

Fokus Mawar 23 :
Lakukan eksperimen seperti berikut:

Prosedur:
1. Radas disusun seperti dalam rajah di atas.
2. Tanpa menyalakan rokok, pam sedut dihidupkan selama beberapa minit.
3. Termometer, warna kapas dan penunjuk semesta diperhatikan.
4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menyalakan rokok.
5. Pemerhatian dicatatkan.

Keputusan:
Bahan Pemerhatian Inferens
Termometer

Kapas

Penunjuk
semesta

Soalan:
1. Apakah yang diwakili oleh kapas di dalam tiub-U

2. Apakah fungsi larutan penunjuk semesta?

3. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dari eksperimen tersebut?

7
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) “LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US”

You might also like