You are on page 1of 2

AMALAN KITAR SEMULA

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah amalan kitar
semula. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Sumber pendapatan Rakyat lebih prihatin


sampingan FAEDAH-FAEDAH dan
KITAR SEMULA bertanggungjawab

Bahan buangan
boleh digunakan Melestarikan alam
semula sekitar

Sejak kebelakangan ini kempen kitar semula begitu giat dilaksanakan oleh kerajaan. Banyak
usaha untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan kempen ini giat dijalankan. Kitar semula ialah
suatu kaedah memproses semula bahan-bahan tertentu untuk digunakan sebagai bahan hasilan yang
lain. Hal ini membayangkan kepada kita bahawa satu anjakan paradigma perlu dilakukan demi
menjayakan hasrat murni kerajaan. Rakyat Malaysia perlu sepakat kerana muafakat itu berkat dan
pelbagai maslahat yang diperoleh daripada kempen kitar semula.
Amalan kitar semula memberi keuntungan kepada rakyat sekiranya dilakukan
secara kolektif. Bahan-bahan buangan akan dikumpulkan di pusat pengumpulan sebelum dihantar ke
kilang-kilang untuk diproses semula. Kilang-kilang akan mengeluarkan semula bahan-bahan yang
dihasilkan seperti kertas tisu, tin-tin dan sebagainya. Melalui penghasilan bahan ini, kos pengeluaran
dapat dijimatkan. Bahan-bahan itu pula akan dijual dengan harga yang lebih rendah. Manfaatnya dapat
dinikmati oleh pengguna kerana pengguna tidaklah dibebani dengan harga yang tinggi untuk membeli
barangan yang dihasilkan daripada bahan yang dikitar semula. Dalam hal ini, kita boleh menabung hasil
daripada pendapatan kita. Walaupun jumlahnya mungkin tidak banyak, tetapi dalam jangka masa panjang
boleh menjadi banyak kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Kitar semula juga merupakan suatu cara untuk mendidik rakyat agar bijak membuang sampah.
Melalui program ini juga rakyat akan lebih prihatin dan bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan negara
kita lebih bersih, indah dan dapat menarik pelancong-pelancong untuk berkunjung ke negara ini. Selain
itu, bahan-bahan yang dibuang di merata-rata tempat akan mencemarkan alam sekitar. Melalui longgokan
sampah dan bekas takungan seperti tin, tayar buruk dan sebagainya akan mengundang penyakit taun,
malaria dan demam denggi. Amalan kitar semula dapat menghindarkan penyakit-penyakit tersebut kerana
tempat pembuangan sampah yang terurus berjaya mengelakkan penularan wabak ini. Hal ini juga
bertepatan dengan lidah pendeta mencegah lebih baik daripada mengubati, sekali gus menjamin
kehidupan yang selesa dan sejahtera kerana persekitaran yang bersih.
Perkara yang menarik tentang kempen kitar semula ialah usaha ini dapat memberikan
pendapatan tambahan kepada para pengguna. Mereka yang pandai merebut peluang boleh menjadikan
usaha ini sebagai kerja tambahan untuk menambah pendapatan. Bahan-bahan buangan yang boleh
dikitar semula akan dibeli oleh pusat pengumpulan bahan buangan. Ringkasnya, kita memperoleh bahan-
bahan ini secara percuma tetapi hanya memerlukan sedikit usaha dan kerajinan seperti kata
pepatah, usaha itu tangga kejayaan. Programserampang dua mata ini jelas mendatangkan impak positif
kepada rakyat kerana bukan sahaja berupaya menambahkan pendapatan isi rumah, tetapi juga kepada
kewujudan industri hiliran yang berkaitan dengan bahan buangan. Implikasinya, pendapatan rakyat dan
negara akan meningkat.
Kesimpulannya, kempen kitar semula ialah suatu usaha yang sangat berfaedah kepada negara
dan rakyat. Banyak pihak yang mendapat manfaat daripada usaha ini. Kempen ini seharusnya diteruskan
agar lebih ramai rakyat tampil untuk menyahut seruan ini dan mengamalkan program kitar semula. Kita
sepatutnya menjadikan program ini amalan dalam kehidupan kita kerana Islam sendiri mengingatkan kita
bahawakebersihan itu sebahagian daripada iman. Hal ini selaras dengan impian Perdana Menteri yang
mahu melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.

You might also like