Professional Documents
Culture Documents
Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kota Masai
81700 Pasir Gudang,
Puan,
PERMOHONAN MENGGUNAKAN PADANG BAGI SESI PEMILIHAN PEMAIN KRIKET BAWAH 11 TAHUN
MSSD PASIR GUDANG KE MSS JOHOR
==========================================================================
2. Sukacita dimaklumkan bahawa MSSD Kriket Pasir Gudang akan mengadakan sesi pemilihan pemain
kriket bawah 11 tahun bagi mewakili pasukan Pasir Gudang ke Kejohanan Kriket Outreach bawah 11 tahun
MSS Johor. Sesi pemilihan pemain dan latihan pusat ini akan dijalankan pada 15 dan 16 November 2017.
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi kebenaran
kepada MSSD Kriket Pasir Gudang untuk menggunakan padang bagi kelancaran perjalanan sesi pemilihan dan
latihan pusat ini. Kerjasama tuan dalam memberikan kebenaran dan keutamaan perkara ini amatlah dihargai
dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
........................................
(CHE NORIZA BT. CHE OMAR)
GPK Pentadbiran
SK Seri Kota Puteri 4
Masai, Johor
Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Agama Seri Kota Puteri,
Bandar Baru Kota Puteri
81750 Masai,
Puan,
2. Untuk makluman pihak puan, beberapa murid telah terpilih untuk mewakili pasukan Kriket SK Seri Kota
Puteri 4 ke Kejohanan Outreach bawah 11 tahun MSS Johor. Kejohanan ini akan dijalankan pada ketetapan
berikut:
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak puan memberi pengecualian dan
penangguhan kelas. Bersama ini disertakan senarai murid yang terlibat.
Sekian untuk makluman pihak puan. Kerjasama puan amat kami hargai. Terima kasih.
........................................
(CHE NORIZA BT CHE OMAR)
GPK Pentadbiran
SK Seri Kota Puteri 4
Masai, Johor
Kod Sekolah : JBA 1108
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI 4 No.Tel / No.Faks : 07-3860773
81750 MASAI, JOHOR DARUL TAKZIM e-mail : skputeri4@gmail.com
Blog : Ictskskp4.wordpress.com