You are on page 1of 11

Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

011

011
Bahasa
Melayu
TACEM
2009
Set 1
50 minit
JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

_____________________________________________

MODUL “TACEM” SET 1

011 – BAHASA MELAYU

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.


MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 2 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

011 2009 Hak Cipta Majlis Guru Cemerlang Daerah Hilir Perak

Soalan 1 hingga Soalan 19


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pelbagai tinggalan sejarah negara kita boleh dilihat di __________.


A Tugu Negara
B Arkib Negara
C Muzium Negara
D Planetarium Negara

2 Datuk Mail dan Nenek Piah sungguh sayang ___________ cucu-cucu mereka.
A oleh
B akan
C pada
D tentang

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah


3 Hezry dan Wendy membantu Cikgu Roland menyusun
__________ di dalam kelas.
A meja
B buku
C carta
D gelas

4 “__________ mesti tunggu sampai aku datang,” kata Muhammad Rostham mengingatkan
rakan-rakannya.
A Mereka
B Kalian
C Kamu
D Anda

5 Baljit Singh masih menangis teresak-esak __________ telah dipujuk oleh ibunya dengan
membelikannya sebuah kereta mainan.
A setelah
B apabila
C meskipun

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 3 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

D sementara

6 Ketua kampung menasihati Puan Rosmawar agar __________ kehilangan anaknya


kepada pihak polls.
A memaklumkan
B menerangkan
C memberitahu
D melaporkan

7 Semenjak harga kelapa sawit tinggi, pendapatan para peneroka di tanah rancangan belia
itu sungguh __________.
A lumayan
B merosot
C rendah
D lebat

8 Abangnya __________ bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana __________


belum mempunyai pekerjaan yang tetap.
A telah … belum
B belum … harus
C belum … masih
D sudah … masih

9 “Layanan yang saya terima __________ baik __________,” kata Pak Mustafa kepada
rakan-rakannya.
A paling … sekali
B terlalu … sekali
C agak … sungguh
D sungguh … sekali

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah


10 Mereka menunggang basikal __________ untuk pulang ke
rumah selepas mengikuti aktiviti kokurikulum.
A berbaris-baris
B berderet-deret
C bersaing-saing
D berlumba-lumba

11 Patmavathy __________ berhajat untuk menghadiahi ibunya kalung mutiara itu.


A pun
B hanya
C sahaja

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 4 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

D memang

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah


12 __________ Gunung Kinabalu dipenuhi oleh tumbuhan
hijau dan udaranya juga segar.
A Kaki
B Luar
C Dasar
D Puncak

13 __________ masih dalam kesedihan, __________ Sunitha tetap tersenyum menerima


kedatangan para tetamu.
A Biarpun .... namun
B Meskipun .... selagi
C Bukan sahaja .... tetapi
D Sungguhpun ... bahkan

14 Puteri Bongsu sedang __________ di dalam kamarnya sambil ditemani oleh beberapa
orang inang.
A beradu
B bertitah
C bersiram
D bersantap

15 Nenek __________ padi dengan menggunakan lesung kaki.


A memijak
B melenyek
C menumbuk
D menggiling

16 Wartawan akhbar itu sedang __________ beberapa orang menteri berhubung dengan
pembentangan bajet negara 2008.
A bersoal jawab
B menyoal selidik
C mengambil alih
D menemu ramah

17 Beberapa __________ jongkong emas yang dirompak telah ditemukan oleh pihak polis
petang semalam.
A butir
B ketul
C bentuk

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 5 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

D batang

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah


18 Sewaktu kami tiba di rumah, kami dapati makanan sudah
pun __________ di atas meja.
A sajian
B tersaji
C disajikan
D menyajikan

19 Apabila Guru Besar beredar dari Kelas Enam Mawar suasana yang __________ di dalam
kelas itu bertukar menjadi __________.
A hiruk-pikuk ... senyap-sunyi
B senyap-sunyi ... hiruk-pikuk
C senyap-sunyi ... gegak-gempita
D kucar-kacir ... tunggang-langgang

20 Kedudukannya sebagai pemimpin persatuan itu tergugat kerana tuduhan salah laku dan
bila-bila masa sahaja dia akan disingkirkan.
Peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas ialah
A nasi sudah menjadi bubur
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai sirih pulang ke ganggang
D air yang tenang jangan disangka tiada buaya

21 Ayah dan ibu tersenyum apabila melihat telatah adik yang lucu semasa bermain-main
dengan anak patungnya itu.
Perkataan seerti bagi tersenyum dan lucu ialah
A ketawa ... pelik
B terbatuk ... kelakar
C tersengih ... kecindan
D tersipu-sipu ... biadap

22 Wajah budak perempuan itu tiba-tiba berubah menjadi suram apabila mendengar sindiran
sinis daripada rakannya.
Perkataan berlawan bagi suram ialah
A muram
B manis
C cantik

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 6 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

D ceria

23 Abang tiada di rumah. Dia pergi ke perpustakaan awam.


Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas.
A Abang kamu pergi ke mana?
B Boleh saya berjumpa dengan abang kamu?
C Benarkah abang kamu pergi ke perpustakaan awam?
D Sudah lamakah abang kamu pergi ke perpustakaan awam?

24 Mengapakah kita perlu menghayati erti kemerdekaan?


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di atas.
A Entahlah, saya tidak pernah menyambut Hari Kemerdekaan.
B Kita perlu menghayatinya agar kita lebih menyayangi negara kita.
C Sejak dahulu lagi saya akan menyambutnya bersama-sama keluarga.
D Hari Kemerdekaan sepatutnya disambut dengan penuh gilang-gemilang.

Soalan 25 dan Soalan 26


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25 I Suasana di tempat ini sungguh asing bagi saya.


II Orang kaya baru itu tinggal asing dengan isterinya.
III Banyak warganegara asing bekerja sebagai buruh di negara ini.
IV Beliau merupakan pemimpin koperasi yang tidak asing lagi di negara kita.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

26 I Makanan berat biasanya membuat kita mengantuk.


II Dia dihukum kerana melakukan kesalahan yang berat.
III Pokok nangka di belakang rumah Nenek Saodah berbuah berat.
IV Novel “Salina” karya A Samad Said ialah sebuah novel yang berat
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 7 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

Soalan 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

27 “Mesyuarat itu dijangka akan berlarutan hingga pukul dua petang,” kata pengerusinya.
A Mesyuarat itu dijangka berlanjutan hingga pukul enam petang.
B Pengerusi dijangka akan bermesyuarat hingga pukul enam petang.
C Pengerusi menyatakan bahawa pukul enam petang mesyuarat itu akan tamat.
D Pengerusi menyatakan mungkin mesyuarat berlanjutan hingga pukul 2.00 petang.

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih ayat yang betul.

28 A “Eh, itu bukan beg duit saya!” kata Aliman kepada rakan-rakannya.
B “Cis, jangan makan makanan di atas meja itu!” larang Swee Mooi.
C “Aduhai, di dalam bekas bunga itu ada jentik-jentik!” kata Zaiton.
D “Wah, kamu yang mengejek kawan adik saya!” jelas Ramlah.

29 I Saya suka akan ulam pegaga.


II Warna baju yang dipakainya merah amat.
III Dia menjerit hingga sampai serak suaranya.
IV Berbagai-bagai jenis kuih-muih terdapat di gerai itu.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

30 I Razmin menafikan bahawa dia datang lambat ke sekolah.


II Layang-layang Muhaimin tersangkut pada dahan pokok rambutan itu.
III Pintu pagar sekolah itu sentiasa terbuka luas pada waktu pagi dan tengah hari.
IV Pemuda yang berkemeja lengan panjang itu berasal daripada Lombok, Indonesia.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 8 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Makan nasi berulam pegaga,


Pegaga dimasak bersama pinang;
Sejak kecil kita dijaga,
Dengan penuh kasih sayang.
Manis sungguh buah papaya,
Petik sebiji dibawa pulang;
Mereka berharap kita berjaya,
Agar cerah masa hadapan.
Singgah bersuka di Kota Melaka,
Berteduh di bawah pohon jejawi;
Hidup berjaya pada hari muka,
Berbakti kepada ibu pertiwi.
Tinggi sungguh pohon saga,
Berbanding dengan si pokok jati;
Ibu yang tua perlu dijaga,
Bapa yang uzur sama dirawati.
Tumbang sebatang pokok kelapa,
Potong daunnya jadikan anyaman;
Ingatlah kita jangan lupa,
Jasa keduanya tiada tandingan.

31 Tema puisi di atas adalah tentang


A tanggungjawab keluarga
B tanggungjawab anak
C tanggungjawab bapa
D tanggungjawab ibu

32 Apakah yang diharapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka?


A Berlumba untuk mencapai kejayaan
B Bergembira dalam kehidupan
C Berusaha untuk kedamaian
D Berjaya dalam pelajaran

33 Maksud rangkap keempat dan kelima puisi berkaitan dengan


A tumbuh-tumbuhan
B tempat berteduh
C kasih sayang
D kesihatan

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 9 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

34 Maksud ibu pertiwi dalam puisi di atas ialah


A bangsa
B kerajaan
C ibu bapa
D tanah air

35 Mengapakah kita perlu mengingati kedua-dua ibu bapa?


A Mereka kurang pendapatan
B Mereka kurang pelajaran
C Mereka telah berjasa
D Mereka telah uzur

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca iklan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

SEMINAR KECEMERLANGAN
UPSR 2009
MATA PELAJARAN
 Bahasa Malaysia
 Bahasa Inggeris
 Matematik
 Sains

KEISTIMEWAAN PENCERAMAH
Kami membariskan penceramah yang pakar dan berwibawa dalam setiap mata
pelajaran. Kriteria pakar termasuklah pengalaman semua atau sebahagian daripada
berikut :
(a) Mengajar di peringkat UPSR
(b) Bergiat dalam bidang penulisan
(c) Penceramah dalam pelbagai peringkat
(d) Membimbing murid-murid secara persendirian
(e) Pembabitan lain dalam UPSR DAFTAR
SEGERA !
PERTANYAAN : TEMPAT
Telefon : 05-6885323 sambungan 770/771 TERHAD !
Fax : 05-6886300

ANJURAN
Minda Pelajar (Terbitan Berita Harian Sdn. Bhd.)

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 10 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

TARIKH DAN TEMPAT SEMINAR

Tarikh Seminar Tempat Seminar


2 & 3 Mei Ipoh
9 & 10 Mei Johor Bahru
16 & 17 Mei Shah Alam
23 & 24 Mei Seremban
30 & 31 Mei Kota Bharu
6 & 7 Jun Kuantan
27 & 28 Jun Kuala Terengganu
11 & 12 Julai Butterworth
25 & 26 Julai Kuala Lumpur
8 & 9 Ogos Melaka

NOTA :
 Tarikh dan tempat tertakluk kepada pindaan.
 Yuran RM60.00 akan dikembalikan jika seminar di sesuatu tempat dibatalkan oleh
penganjur.
 Yuran dalam bentuk wang pos/kiriman wang/cek boleh dihantar kepada cawangan
Berita Harian Sdn. Bhd.
 Makanan dan minuman disediakan.
 Borang penyertaan boleh didapati dari mana-mana pejabat cawangan Berita Harian
Sdn. Bhd.

36 Apakah tujuan iklan di atas?


A Meminta murid-murid menderma kepada tabung pelajaran.
B Menawarkan pakej pembelajaran istimewa kepada murid-murid.
C Mempelawa murid-murid menyertai Seminar Kecemerlangan UPSR 2009.
D Mempelawa murid-murid memohon jawatan kosong di Berita Harian Sdn. Bhd.

37 Yuran RM60 boleh dihantar kepada pihak penganjur dalam bentuk-bentuk berikut kecuali
A cek
B wang pos
C wang tunai
D kiriman wang

38 Jika seminar yang akan kamu hadiri dibatalkan oleh penganjur, kamu boleh
A menyaman pihak penganjur.
B menyertai seminar di tempat lain.
C mendapatkan kembali yuran seminar.
D menuntut ganti rugi daripada pihak penganjur.

39 Bilangan peserta untuk sesuatu seminar ditetapkan oleh penganjur.

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 11 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

Frasa manakah di dalam iklan yang menyatakan sedemikian?


A Daftar segera! Tempat terhad!
B Yuran RM60.00 akan dikembalikan.
C Tarikh dan tempat tertakluk kepada pindaan.
D Borang penyertaan boleh didapati dari cawangan Berita Harian Sdn. Bhd.

40 Frasa tarikh dan tempat tertakluk kepada pindaan bermaksud pihak penganjur
A boleh menukar tarikh dan tempat seminar.
B akan menetapkan tarikh dan tempat seminar.
C boleh menolak yuran yang dibayar secara tunai.
D akan menyediakan makanan dan minuman percuma.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

You might also like