You are on page 1of 10

Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

011

011
Bahasa
Melayu
TACEM
2009
Set 2
50 minit
JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

_____________________________________________

MODUL “TACEM” SET 2

011 – BAHASA MELAYU

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.


MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 2 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 2

011 2009 Hak Cipta Majlis Guru Cemerlang Daerah Hilir Perak

Soalan 1 hingga Soalan 19


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Mak Cik Ramlah pergi ke kedai Telekom. __________ hendak melunaskan bil telefon.
A Dia
B Aku
C Kita
D Beliau

2 Aisyah hendak mengirim surat __________ abangnya yang sedang menuntut di Mesir.
A ke
B pada
C kepada
D daripada

3 Murid-murid yang menyertai rombongan ke Kuala Lumpur diminta datang awal ke sekolah
__________ dapat bertolak mengikut jadual yang ditetapkan.
A jika
B supaya
C sehingga
D sekiranya

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah


4 Pengawal keselamatan itu __________ selaras senapang
semasa dia bertugas mengawal keselamatan di bank itu.
A mengelek
B membawa
C memegang
D menyandang

5 Puan Salmiah sedang __________ ikan sembilang yang baru dibelinya di pasar tani untuk
dimasak asam pedas.
A memotong
B menyiang
C menghiris

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 3 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 2

D mengelar

6 Ibu menyuruh kakak mencuci tandas supaya tidak berbau __________.


A hapak
B tengik
C hanyir
D haring

7 Persekitaran rumah banglo di atas bukit itu __________ kerana sudah agak lama tidak
berpenghuni.
A kacau-bilau
B kelam-kabut
C punah-ranah
D semak-samun

8 Datuk saya __________ dapat mengerjakan umrah kerana keadaan kesihatannya yang
belum stabil.
A tidak
B bukan
C tidaklah
D bukanlah

9 Hasil kutipan Jualan Amal itu __________ untuk membeli ubat-ubatan dan makanan serta
membaiki kediaman mangsa banjir.
A ialah
B tidak
C bukan
D adalah

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah


10 Encik Ho meletakkan sayur-sayuran yang dijualnya itu di
__________ meja panjang.
A atas
B bawah
C sebelah
D hadapan

11 Pak Cik Hamid mengingatkan anak buahnya supaya __________ ketika berbelanja.
A besar hati
B ringan tulang
C alah bisa tegal biasa

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 4 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 2

D ukur baju di badan sendiri

12 Sikap penduduk yang seperti __________ menyebabkan gejala salah laku yang semakin
meningkat dan sukar dibendung.
A kain tiga hasta
B enau dalam belukar
C telur di hujung tanduk
D embun di hujung rumput

13 “__________ harap seluruh kawasan istana ini dikawal dengan ketat supaya pihak musuh
tidak dapat masuk ke dalam istana,” titah baginda sultan kepada Memanda Menteri.
A Beta
B Patik
C Hamba
D Baginda

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah


14 Makanan yang dihidangkan di atas meja hendaklah ditutup
supaya tidak __________ lalat.
A dihinggap
B dihinggapi
C terhinggap
D menghinggapi

15 Masyarakat di tempat saya masih berpegang teguh kepada __________ yang diamalkan
oleh orang tua-tua.
A pilih kasih
B budi bicara
C adat resam
D adat istiadat

16 Ibu tidak __________ menatap gambar perkahwinan abang yang disimpan dalam album.
A puas-puas
B main-main
C malu-malu
D senang-senang

17 Beberapa __________ wayar telefon yang disimpan dalam setor telah didapati hilang.
A rawan
B gulung
C gelung

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 5 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 2

D batang

18 Tikus-tikus itu telah __________ dinding almari di rumah Mak Piah.


A menjilat
B menggigit
C menggerit
D mengunyah

19 Urusan __________ di pasar tani menggunakan mata wang Ringgit Malaysia.


A jual beli
B tukar ganti
C untung rugi
D tawar menawar

20 Pokok kelapa pandan di belakang rumahnya berbuah lebat.


Perkataan seerti dengan lebat ialah
A berisi
B besar
C renek
D rimbun

21 Semasa sesi uji bakat dijalankan Amira kelihatan sangat gugup menjawab soalan.
Perkataan berlawan bagi gugup ialah
A takut
B lancar
C gentar
D gemuruh

22 Mengapakah suasana di dalam kelas itu riuh- rendah?


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di atas.
A Murid-murid di dalam kelas itu sungguh nakal.
B Begitulah keadaan kelas itu apabila ketiadaan guru.
C Guru jarang masuk ke dalam kelas yang riuh rendah itu.
D Suasana di dalam kelas itu riuh-rendah kerana ketiadaan guru.

23 Sekolah itu mengadakan program motivasi untuk memberi kesedaran kepada murid-
muridnya.
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas.
A Apakah maksud program motivasi?
B Bilakah sekolah itu menjalankan program motivasi?
C Apakah tujuan program motivasi dijalankan oleh sekolah itu?

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 6 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 2

D Bagaimanakah sekolah itu mencetuskan kesedaran kepada murid-muridnya?

Soalan 23 dan Soalan 24


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24 I Guruh berdentum alamat hari akan hujan.


II Surat itu tidak sampai kepada penerimanya kerana alamatnya salah.
III Cikgu Tan memberi alamat rumahnya kepada murid-murid semasa beliau berucap
pada hari persaraannya.
IV Abdul Halim mewarisi harta pusaka keluarganya setelah mendapat alamat daripada
bapanya sebelum bapanya meninggal dunia.
A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

25 I Raihan belum cukup umur untuk memasuki pra sekolah.


II Pendapatan Hadi tidak cukup untuk menyara keluarganya.
III Dia melakukan cukup kesalahan kerana memalukan keluarganya.
IV Rashid hanya cukup untuk memasuki perlawanan akhir badminton itu.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

26 Pameran komputer di dewan orang ramai Kampung Jaya mendapat sambutan hebat.
A Dewan orang ramai Kampung Jaya mendapat sambutan pameran komputer.
B Orang ramai amat menggalakkan sambutan pameran komputer di Kampung Jaya.
C Sambutan pameran komputer di dewan orang ramai Kampung Jaya menggalakkan.
D Pameran komputer mendapat sambutan hebat di dewan orang ramai Kampung Jaya.

Soalan 27 hingga Soalan 30


Pilih ayat yang betul.

27 A Wah, sakitnya kepala aku!


B Tidak saya yang menumpahkan air ini.
C Bagaimana keadaan adik awak selepas kemalangan itu?
D Indah nian kemeriahan pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Putra.

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 7 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 2

28 I Baju kamu agak-agak cantik.


II Emak sedang mengukus kuih lepat.
III Buku cerita itu ialah hadiah daripada ayah.
IV Hadiah ini ialah untuk hari jadi kakak saya.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

29 I Di sekolah kami ada galeri mini.


II Adi Putra murid paling terpandai di sekolahnya.
III Adik menangis teresak-esak kerana ibu memujuknya.
IV Lili memenangi hadiah peraduan teka silang kata anjuran Berita Harian.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D II dan IV sahaja

30 I Mak Cik Soleha suka mengemas rumah lalu memasak.


II Ayah baring di atas sofa sambil membaca surat khabar.
III Banyak kaum wanita berkecimpung dalam aktiviti kraf tangan.
IV Semua guru-guru mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca surat di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Tasek Puteri,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tasek Puteri,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan. 25 FEBRUARI 2009.

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 8 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 2

Tuan,

Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, ingin memohon
kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah.
2. Dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pertandingan kuiz sempena Minggu
Bahasa Melayu seperti ketetapan di bawah ini:
Tarikh : 3 Mac hingga 5 Mac 2009
Hari : Selasa hingga Khamis
Masa : 2.30 petang
3. Kami berjanji akan menggunakan dewan dengan baik sepanjang aktiviti tersebut
diadakan. Kami juga akan memastikan keadaan dewan bersih selepas digunakan.
4. Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat perhatian dan pertimbangan
sewajarnya daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


Mokhtar
(MOKHTAR BIN SUHAIMI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Tasek Puteri.

31 Apakah tujuan utama surat itu ditulis?


A Memberitahu tentang Minggu Bahasa Melayu
B Memohon kebenaran menggunakan dewan sekolah
C Memaklumkan tentang tarikh pertandingan kuiz diadakan
D Menjemput Guru Besar merasmikan Minggu Bahasa Melayu

32 Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu yang dirancang itu akan berlangsung selama
A Sehari
B Dua hari
C Tiga hari
D Empat hari

33 Rangkai kata memohon kebenaran dalam petikan bermaksud


A meminta keizinan
B merayu kelulusan
C mengharap bantuan
D memerlukan kesahihan

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 9 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 2

34 Apakah jenis surat yang ditulis oleh Mokhtar bin Suhaimi?


A Surat penjelasan
B Surat permohonan
C Surat pengumuman
D Surat pemberitahuan

35 Pada pendapat kamu, mengapakah Persatuan Bahasa Melayu perlu menulis surat untuk
memohon menggunakan dewan sekolah?
A Dewan sekolah adalah kawasan larangan bagi semua murid.
B Dewan sekolah hanya untuk upacara dan majlis rasmi sekolah.
C Untuk memastikan dewan sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.
D Untuk memastikan tiada pihak lain yang menggunakan dewan pada tarikh tersebut.

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Jumaat (13 Mac 2009)


Kami bergegas ke Pelabuhan Redang setelah diberitahu tidak dapat ke Pulau Buru dengan
menggunakan helikopter seperti biasa. Helikopter itu rosak ketika dalam perjalanan untuk
mengambil kami. Kami tiba di Pelabuhan Redang pada waktu petang dan terpaksa menginap
di rumah tumpangan kerana tidak ada bot yang sanggup menghantar kami ke Pulau Buru.

Sabtu (14 Mac 2009)


Kami bangun awal pagi dan terus ke jeti untuk mencari tekong bot yang berani meredah laut
bergelora itu. Kami menemui Pak Salleh. Dia sanggup menerima ajakan kami untuk ke Pulau
Buru setelah ditawarkan bayaran yang lumayan.
Pada pukul 2.00 petang, kami pun berangkat ke Pulau Buru. Setelah dua jam berada
dalam bot yang terumbang-ambing dilambung ombak besar itu, kawan-kawan saya terbaring
lesu kerana mereka mabuk laut.
Aku tidak senasib dengan kawan-kawanku kerana aku telah biasa dengan laut. Waktu
senggang itu aku gunakan untuk memancing ikan dari atas geladak.
Tiba-tiba enjin bot terhenti. Pak Salleh turun ke bilik enjin. Setelah diperiksa, rupa-
rupanya paip minyak pecah, kata Pak salleh memberitahu aku.
Setelah dua jam kerosakan dibaiki, barulah kami menyambung perjalanan ke pulau itu.
Menjelang malam barulah kami tiba di Pulau Buru. Kawan-kawanku telah agak pulih daripada
mabuk laut. Kami memasang khemah agak jauh ke darat. Malam itu kami tidur dengan
nyenyak kerana keletihan.

Ahad (15 Mac 2009)


Pagi itu, bangkit daripada tidur kami segera bergerak ke tengah Pulau Buru. Pulau itu berbatu-
batan dan ini menyukarkan kami bergerak. Kami menyambung kerja yang terbengkalai minggu
lalu dengan bantuan pekerja yang tidak pulang bercuti. Menjelang akhir minggu ini kami
menjangka akan mendapat hasil daripada kerja-kerja penggerudian itu.

36 Mengapakah penulis dan kawan-kawannya terpaksa ke Pelabuhan Redang?

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM
MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) 10 KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 2

A Kerana di Pelabuhan Redang ada rumah tumpangan


B Kerana helikopter tidak dapat mengangkut mereka ke Pulau Buru
C Kerana dari situ mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Redang
D Kerana mereka akan bertolak ke Pulau Buru dari pelabuhan Redang

37 Maksud perkataan lumayan dalam petikan di atas membawa maksud


A mahal
B cukup
C banyak
D berganda

38 Mengapakah kawan-kawan penulis mengalami mabuk laut?


A Kerana keadaan ombak besar
B Kerana tidak biasa dengan laut
C Kerana lama berada di dalam bot itu
D Kerana bot itu turun naik di muka air

39 Apakah tujuan utama mereka ke Pulau Buru?


A Untuk berkhemah di pulau tersebut
B Menyambung kerja mencari gali minyak
C Bagi menentukan pulau itu ada jentera penggerudi
D Melakukan penyelidikan tentang batu-batan di pulau itu

40 Berikut ialah perkara yang tidak menimpa mereka dalam perjalanan ke Pulau Buru?
A Kawan-kawan penulis mabuk laut
B Bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin
C Helikopter yang mereka naiki mengalami kerosakan
D Mereka sampai di Pulau Buru dalam keadaan letih lesu

- KERTAS SOALAN TAMAT -

MODUL TARGET CEMERLANG (TACEM) UPSR : MAJIS GURU CEMERLANG HILIR PERAK
SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

You might also like