You are on page 1of 20

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/314443624

Amalan Lotus Birth Menurut Perspektif Hukum Islam

Conference Paper · March 2017

CITATIONS READS

0 833

3 authors, including:

Nur KAMILAH Kamaruddin Mohd Anuar Ramli


University of Malaya University of Malaya
1 PUBLICATION   0 CITATIONS    145 PUBLICATIONS   88 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Tasyabbuh (Penyerupaan) Dalam Musim Perayaan Masyarakat Majmuk Malaysia: Kajian Terhadap Amalan Masyarakat Islam Di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur View project

PO086-2014B-Isu-Isu Shariah Dalam Teknologi Autentikasi Halal View project

All content following this page was uploaded by Mohd Anuar Ramli on 10 March 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


ISLAC 2017

Amalan Lotus Birth Menurut Perspektif Hukum Islam

Nur Kamilah Kamaruddin*, Nor Hanisah Mohd Noor** & Mohd Anuar Ramli***

Abstrak

Dalam menyambut kelahiran bayi, pelbagai amalan, ritual dan tradisi dilaksanakan, selari
dengan bentuk kepercayaan dan keagamaan sesebuah masyarakat. Salah satu amalan
yang menjadi trend masa kini adalah amalan lotus birth. Ia merupakan amalan yang tidak
memotong tali pusat dan plasenta dibiarkan bersama bayi sehingga tertanggal secara alami.
Kebiasaan tempoh tali pusat tertanggal sendiri adalah antara 3-10 hari. Amalan ini dikaitkan
dengan budaya sesuatu kaum dan juga ajaran agama tertentu seperti Buddha, Hindu,
Kristian sertaYahudi. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan mengkaji tentang amalan
lotus birth dari aspek perubatan, budaya dan juga agama. Perbincangan juga difokuskan
terhadap kedudukan plasenta sebagai anggota manusia dan pengurusannya dari perspektif
Islam. Berasaskan perbincangan tersebut, pengkaji akan menganalisis perspektif hukum
Islam tentang amalan lotus birth. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji akan menjalankan
kajian perpustakaan dengan berasaskan pendekatan kualitatif. Hasil sorotan literatur,
pengkaji mendapati bahawa tiada kajian spesifik dan ilmiah yang membuktikan bahawa lotus
birth ini membawa manfaat melainkan terdedah kepada risiko tertentu terhadap bayi.
Menurut perspektif hukum Islam, tidak terdapat sebarang dalil dan nas larangan yang
khusus berkenaan amalan ini tetapi ia boleh terdedah kepada tasyabbuh amalan orang
bukan Islam yang dilarang sekiranya ia diamalkan bagi mengikuti agama dan budaya kaum
tertentu atau dijadikan sumber kepercayaan serta keyakinan pada agama tertentu.

Kata kunci: lotus birth, perubatan, tradisi kelahiran, plasenta, tasyabbuh

1.0 Pendahuluan

Kelahiran anak adalah suatu anugerah Allah SWT yang tidak ternilai bagi setiap pasangan
suami isteri dan merupakan permulaan kepada sebuah kehidupan seorang bayi. Kehadiran
anak atau zuriat merupakan saat yang membahagiakan dalam sesebuah keluarga dan
perkahwinan (Mohd Anuar, Halimah & Mohammad Naqib, 2016). Bertitik tolak daripada rasa
kebahagiaan tersebut, berbagai-bagai adat tertentu dicipta dan diamalkan serta diwariskan
secara turun temurun dalam menyambut kelahiran bayi. Bermula awal kehamilan lagi, para
ibu telah ditekankan berkaitan penjagaan kesihatan ibu, bayi dan juga persediaan-
persediaan untuk menghadapi proses kelahiran di samping pelbagai pantang larang yang
perlu diikuti (Ani, 2014).

Persediaan mental, psikologi dan spiritual perlu dimulakan semenjak dari awal kehamilan
lagi, di samping pemeriksaan fizikal yang dipantau sepanjang tempoh kehamilan para ibu.
Dalam proses kelahiran pelbagai komplikasi boleh terjadi sama ada melibatkan ibu dan
begitu juga bayi yang masih mempunyai tahap imuniti yang sangat rendah. Maka langkah-
langkah pencegahan dan rawatan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi

1
mengurangkan kadar kelahiran tidak selamat. Pada tahun 1987, satu inisiatif di peringkat
antarabangsa telah diperkenalkan yang dinamakan sebagai “Safe Motherhood Initiatives”.
Empat tunggak utama yang ditekankan dalam inisiatif ini untuk menjadikan kehamilan dan
kelahiran lebih selamat adalah perancangan keluarga, asuhan antenatal, kelahiran bersih
dan aman, dan jagaan obstetrik yang asas. Sehingga kini, kadar kematian ibu (MMR), kadar
kematian bayi (IMR) dan kadar kematian neonatal (NMR) di Malaysia masih berada pada
tahap yang stabil (Laporan Tahunan KKM, 2013).

Sejak kebelakangan ini, timbul isu berkaitan sesetengah kumpulan pro-natural birthing atau
gentle birthing telah bergiat aktif memperkenalkan kepada para ibu untuk mendapatkan
kelahiran semulajadi yang lebih kondusif daripada hospital dengan memperkenalkan
beberapa lagi kaedah alternatif lain seperti hypno birth, water birth, home birth dan begitu
juga lotus birth yang menjadi trend dan kontroversi pada masa kini. Menurut Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM), kaedah alternatif yang diperkenalkan dikategorikan sebagai
kelahiran tidak selamat. Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), anggota kebidanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dilatih
untuk melaksanakan kaedah-kaedah alternatif tersebut dan tidak dibenarkan melakukan
sesuatu di luar skop kemahiran. Walau bagaimanapun, sekiranya ibu tersebut tetap memilih
untuk melakukan kaedah alternatif atau kelahiran tidak selamat setelah diberi nasihat dan
bimbingan, mereka perlu menanggung risiko sendiri dan bertanggungjawab atas segala
kemungkinan komplikasi yang akan berlaku ke atas ibu atau bayi tersebut (Pekeliling
bilangan 05, 2014).

Sebelum tahun 70-an, amalan lotus birth hanya terkenal dalam kalangan chimpanzee yang
membiarkan tali pusat bayi mereka terputus secara semulajadi dari plasenta (Buckley,
2005). Selepas tahun 1974, ramai ibu bapa memilih untuk melahirkan anak dengan cara ini
tanpa melihat kepada tempat dan cara bayi dilahirkan. Sebenarnya lotus birth adalah
lanjutan daripada kelahiran secara natural dan menuntut kita menghormati peringkat ketiga
kelahiran dan plasenta yang telah menjadi sumber nutrisi pertama bagi bayi (Buckley, 2005).

Sebelum wujudnya fenomena lotus birth, penundaan pemotongan tali pusat atau delayed
cord clamping hakikatnya telah berlaku dalam budaya dan agama masyarakat di dunia
seperti dalam kalangan masyarakat Bali dan orang asli di Australia (Riris Andriati, 2012).
Proses penundaan ini berkait rapat dengan amalan masyarakat tradisional yang memuliakan
dan menghormati uri. Uri atau plasenta merupakan organ unik yang membesar bersama-
sama dengan bayi sejak pertumbuhan sel pertama lagi. Selain menjadi pembekal nutrisi bayi
tatkala dalam kandungan, plasenta turut menjadi pelindung dan penghubung fizikal secara
langsung antara bayi dan ibunya. Melihatkan peranan plasenta yang besar sejak awal
kehamilan lagi, maka dapatlah kita fahami bagaimana dan mengapa plasenta dihormati,
dimuliakan bahkan dianggap suci dalam pelbagai budaya dan agama.
2
Lotus birth telah menjadi trend terkini di kalangan home birth sebagai langkah pencegahan
untuk melindungi bayi daripada kesakitan dan infeksi luka akibat pemotongan tali pusat dan
merupakan kaedah kelahiran yang lebih semulajadi. Amalan tidak memotong tali pusat atau
lotus birth dipercayai bermula sekitar 1970-an di Amerika Syarikat. Sejarah lotus birth adalah
berasal daripada nama seorang wanita iaitu Clair Lotus Day. Pada tahun 1974, beliau yang
hamil mula mempersoalkan pengepitan dan pemotongan tali pusat (S J Buckley, 2003).
Seterusnya dipopularkan oleh pengamal yoga yang pakar dalam yoga pranatal dan
berkaitan konsep ahimsa (semua keganasan mempunyai kesan karma) yang melibatkan
proses kelahiran. Yogini Jeannine Parvati Baker yang merupakan pengamal yoga adalah
penyokong kuat perbidanan dan home birth (Hanel & Ahmed, 2009). Begitu juga, Sarah J
Bukcley dan Shivam Rachana merupakan pengamal yang aktif kepada amalan kelahiran ini
dan bergiat aktif menulis beberapa buku dan artikel berkenaan manfaat dan amalan lotus
birth.

Secara umum, proses kelahiran mempunyai tiga peringkat utama; peringkat pertama adalah
fasa pembukaan serviks, peringkat kedua merupakan fasa kelahiran bayi dan peringkat
ketiga fasa yang melibatkan pengeluaran plasenta atau uri dari rahim. Setiap peringkat
tersebut mempunyai kaedah dan pengurusan tertentu bagi memastikan proses kelahiran
tersebut berada dalam keadaan yang selamat. Kelahiran dengan kaedah lotus birth
merupakan pengurusan kelahiran pada tahap ketiga yang melibatkan pengurusan uri
(plasenta) dan tali pusat bayi. Pada peringkat ketiga ini, pelbagai budaya, amalan dan ritual
yang diamalkan bagi menguruskan tali pusat dan plasenta sehingga wujudnya beberapa
ajaran dalam agama tertentu seperti seperti Buddha, Hindu, Kristian serta Yahudi (Djami,
2013). Di Malaysia, amalan yang menjadi kebiasaan masyarakat adalah memotong tali pusat
sejurus berhenti denyutan, kemudian plasenta atau dikenali sebagai uri akan dikeluarkan
dari rahim, seterusnya uri tersebut akan dibersihkan dan ditanam. Akhir-akhir ini, golongan
yang mempraktiskan amalan lotus birth ini biasanya tergolong daripada mereka yang
bersalin di rumah dan fenomena ini masih baru di Malaysia.

Amalan lotus birth telah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat yang melibatkan
amalan dan tradisi budaya setiap negara yang berbeza, kepercayaan agama tertentu yang
menimbulkan persoalan berkaitan tasyabbuh kepada agama lain atau sekadar adat
sesetengah budaya. Tambahan pula, kaedah ini bertentangan dengan amalan kebiasaan
yang dipraktikkan di hospital-hospital yang menjadi pertikaian di kalangan pengamal
kelahiran semulajadi dan pakar perubatan. Dari sudut perspektif medikal, amalan ini masih
pro dan kontra disebabkan kurangnya kajian yang membuktikan manfaat lotus birth. Oleh
yang demikian, literatur perlu dilakukan bagi menganalisis kajian-kajian lepas berkenaan
konsep dan amalan lotus birth bagi mengenal pasti hukum mempraktikkan kaedah ini dalam
Islam berdasarkan penilaian kepada perspektif budaya, agama dan medikal.

3
2.0 Pengurusan Uri (Plasenta) Dalam Perspektif Budaya

Uri atau tembuni (placenta) merupakan organ yang terbentuk dalam fasa kehamilan dalam
rahim wanita. Dalam kajian Young dan Benyshek (2010), mereka telah mengkategorikan
kepercayaan-kepercayaan berkaitan uri (plasenta) yang dipegang oleh pelbagai budaya
kepada 5 bahagian iaitu: (1) Plasenta berkemampuan untuk mengubah dan meramal masa
depan; (2) Kemudaratan boleh terhasil sekiranya plasenta dimakan oleh haiwan atau
bersentuhan dengan sesuatu; (3) Plasenta boleh digunakan bagi tujuan kejahatan dan ilmu
sihir; (4) Plasenta boleh menyebabkan seseorang sakit dan terkena pencemaran; (5)
Plasenta mampu merawat keadaan fizikal dan medikal. Kepercayaan ini kemudiannya
diterjemahkan dalam pelbagai amalan, adat dan ritual seperti menanam plasenta di tempat
yang dianggap penting, menanamnya bersama dengan objek-objek yang menjadi simbolik
terhadap sesuatu perkara, meletakkan dalam sungai, menggantungkan pada pokok,
dimakan atau diambil sebagai penambah tenaga atau dilupuskan sebagai bahan buangan
(Helsel & Mochel, 2002; Abel et al., 2001; Birdsong, 1998).

Misalnya masyarakat Maori dari New Zealand menghormati plasenta dengan menanam
plasenta bayi mereka ke dalam tanah kerana dipercayai dapat membentuk semangat atau
wairua bagi bayi (Abel et al., 2001). Ia juga merupakan pengiktirafan secara simbolik
terhadap plasenta dan tanah - tempat ditanam plasenta- yang akan menjadi sumber bagi
mendewasakan bayi tersebut. Pengebumian plasenta kebiasaannya dilakukan di tempat
yang bermakna dan bererti bagi whanau (keluarga besar) seperti marae nenek moyang
mereka. Marae ialah tempat pertemuan suku kaum Maori tradisional, pada asalnya adalah di
tempat terbuka namun kini kerap diadakan dalam bangunan yang dibina khas bagi tujuan
tersebut. Ia juga digunakan bagi tujuan mesyuarat, perayaan, pengebumian, bengkel
pendidikan dan acara penting yang lain bagi suku kaum mereka.

Selain itu, etnik Hmong, masyarakat pergunungan dari Asia Tenggara menanam plasenta di
sekitar rumah bayi tersebut dilahirkan (Yoshizawa, 2014). Menurut Helsel dan Mochel
(2002), lokasi plasenta ditanam dalam masyarakat Hmong secara tidak langsung merujuk
kepada peranan setiap gender pada masa akan datang. Sebagai contoh plasenta bayi lelaki
ditanam berdekatan tiang utama rumah manakala bagi bayi perempuan pula ditanam
berdekatan dengan pintu rumah. Hal ini kerana tiang utama rumah menunjukkan kepada
tempat kehormat sebagaimana kebiasaan bagi masyarakat mereka, anak lelaki akan kekal
tinggal di rumah keluarga walaupun setelah berkahwin. Berbeza dengan anak perempuan
yang sememangnya akan meninggalkan rumah keluarga dan mendiami rumah suami
selepas berumah tangga. Di samping itu, mereka percaya bahawa menghormati plasenta
dapat menjamin kesejahteraan dan keutuhan dalam kehidupan seterusnya. Selain itu, ianya
dilihat penting bagi memastikan perjalanan jiwa si mati ke alam roh (spirit world) untuk
menyertai kembali nenek moyang mereka akan terlaksana (Helsel & Mochel, 2002). Dalam
4
proses tersebut, plasenta dianggap sebagai catalyst untuk kembali ke alam roh dan bersatu
dengan nenek moyang. Ini adalah kerana kegagalan individu menemui plasentanya akan
membawa kepada pencarian dan pengembaraan roh yang tidak berkesudahan (Helsel &
Mochel, 2002). Secara umumnya jelaslah bahawa telah wujud budaya menghormati
plasenta dan uri dalam kalangan masyarakat tradisional dari pelbagai bangsa, budaya dan
agama.

Jelasnya, tafsiran berkenaan hubungan antara plasenta dan bayi adalah berbeza pada
setiap budaya masyarakat di seluruh dunia. Suku Ibo di Nigeria menganggap plasenta
sebagai dead twin atau kembar yang telah mati, maka plasenta berhak untuk ditanam dan
dikebumikan dengan baik (Bastien, 2004). Manakala suku Ostiak dan Vogul yang tinggal di
pergunungan Ural memandang plasenta sebagai ‘ibu yang memberi makan pada bayi’.
Sehelai pakaian kecil bersama dengan pakaian-pakaian bayi yang lain disediakan sebelum
kelahiran berlaku. Selepas kelahiran berlaku, plasenta tersebut akan dipakaikan dengan
pakaian tersebut (Long, 1963).

Masyarakat Parigi di Kepulauan Sulawesi melihat plasenta sebagai saudara atau adik-
beradik bayi yang lebih tua (Long CE, 1963). Plasenta akan ditanam secara ritual oleh ibu
bayi dan bagi tujuan penghormatan, kawasan tersebut akan ditanam dengan pokok palma
kemudiannya. Namun demikian di kawasan selatan Sulawesi pula, plasenta dan tali pusat
dianggap sebagai saudara lelaki atau saudara perempuan bagi bayi. Apabila seseorang
putera dilahirkan, kedua-dua saudara bayi –plasenta dan tali pusat- diberikan layanan
istimewa. Kedua-duanya ditempatkan dalam tempayan beras berisi garam dan asam jawa
serta dibalutkan dengan perca kain bagi menghindarkan roh jahat daripada mengganggu
mereka. Lampu akan dinyalakan di hadapan tempayan tersebut dan beras akan ditaburkan
sebanyak dua kali sehari di sekeliling tempayan sebagai makanan kepada keduanya.
Kemudian pokok palma akan ditanam dan disiram dengan air basuhan plasenta dan tali
pusat. Mereka percaya bahawa nasib bayi tersebut mempunyai hubung kait dengan
keadaan pokok palma tersebut (Long, 1963).

Kepercayaan yang sama telah mendasari pegangan masyarakat di Jawa dan Bali (Long,
1963; Yusmilayati Yunos, 2015). Mereka berpandangan bahawa keperibadian bayi sewaktu
dewasa bergantung kepada penanaman uri yang sempurna. Masyarakat Toba-Batak di
utara Sumatera pula percaya bahawa plasenta merupakan saudara yang lebih muda bagi
bayi (Long CE, 1963). Berbeza pula di Timor, sebelah barat Australia, hubungan bayi yang
baru lahir dengan urinya tidak begitu jelas.Uri atau plasenta hanyalah semata-mata teman
kepada bayi tersebut. Di samping itu, plasenta turut dikira sebagai kembar kepada bayi.
Kepercayaan ini dipegang oleh masyarakat Baganda di Uganda dan mereka turut
berpendapat kesihatan bayi bergantung pada penjagaan plasenta dan tali pusat.
Seterusnya, masyarakat Iceland percaya bahawa plasenta merupakan tempat tinggal bagi
5
roh yang menjaga bayi dan mempunyai sifat serta ciri yang luar biasa bukan sekadar
penghubung fizikal antara bayi dan ibunya (Long CE, 1963).

Orang Natif Amerika atau orang Asli Amerika menggelarkan plasenta sebagai the
grandmother (Bastien, 2004). Manakala budaya lain menamakannya baby’s cake dan baby’s
home. Terdapat juga budaya lain yang menamakannya the tree of life kerana sekiranya kita
perhatikan, wujud urat-urat halus yang melingkungi plasenta seperti cabang dahan pada
pohon. Seiring perubahan zaman, masyarakat-masyarakat ini telah melaksanakan pelbagai
upacara bagi menghormati plasenta atau uri sama ada dengan menanamnya di sekitar
rumah, di bawah pokok-pokok atau kawasan tertentu.

Dalam masyarakat Melayu, uri atau tembuni juga dianggap sebagai kembar bayi. Tembuni
bayi tidak boleh dibuang merata-rata, dikhuatiri bayi akan menangis mencari saudara
kandung (Ani, 2014). Selain itu, Orang Asli di Malaysia menganggap plasenta sebagai
saudara atau adik-beradik bagi bayi tersebut (Bogaert dan Ogunbanjo, 2008; Price dan
Robinson, 2004; Carsten 1991).Oleh itu, sekiranya bayi tersebut tersenyum atau ketawa
secara tiba-tiba, mereka percaya bahawa bayi tersebut sedang bermain dengan saudaranya
itu.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat pelbagai ritual berkenaan uri
(plasenta). Antaranya ialah lotus birth, penanaman plasenta, pembakaran plasenta,
placentophagy dan lain-lain. Menurut satu kajian oleh Carsten (1991), segelintir masyarakat
Melayu percaya bahawa uri merupakan adik-beradik yang lebih muda daripada bayi dan
mereka lebih cenderung menanam uri di sekitar kawasan rumah. Uri akan dicuci terlebih
dahulu sebelum diletakkan dalam bakul yang ditenun bersama-sama dengan pelbagai jenis
objek ritual. Proses menanam atau mengebumikan uri akan dilaksanakan oleh bapa bayi
tersebut (Carsten, 1991).

Perbuatan menanam uri ini sememangnya selari dengan Islam yang memuliakan manusia
sebagai ciptaan Allah SWT. Ini kerana uri sebahagian daripada organ yang keluar ketika
kelahiran bayi. Sebagai memuliakannya sebagai bahagian daripada anak Adam, dianjurkan
untuk dibersihkan dan ditanam di tempat yang bersih. Namun sangat mengejutkan kerana
terdapat segelintir masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan yang karut dan tahyul
dalam penanaman uri sehingga membawa kepada syirik. Perkara ini merupakan rentetan
daripada pegangan adat warisan nenek moyang yang kuat. Antara amalan pelik dan karut
tersebut seperti menanam uri bersama pensel, buku, paku dan sebagainya. Amalan ini
didasari dengan kepercayaan tertentu seperti menanam dengan pensel dan buku akan
menjadikan bayi tersebut pandai dan bijak kelak (Ani, 2014). Manakala menanam uri
bersama paku pula sebagai simbol mengelakkan uri dimakan ulat di dalam tanah. Tidak
terhenti setakat itu, terdapat juga amalan menghidupkan bara api atau pelita di permukaan

6
tanah tempat uri ditanam dengan meyakini bahawa perkara tersebut dapat menghindarkan
bayi daripada terkena kembung perut dan meragam sepanjang malam (Kosmo, 2008).
Walaupun wujud sesetengah masyarakat Melayu yang masih mengamalkan ritual
penanaman uri yang diwarisi sejak turun temurun, masih terdapat ramai dalam kalangan
mereka yang menanam uri atas dasar mengelakkan uri tersebut dimakan oleh binatang
pemangsa. Mereka menanam uri tersebut selepas membersihkannya tanpa diikuti oleh
amalan dan upacara yang bertentangan dengan Syariat Islam.

3.0 Konsep Lotus Birth

Lotus birth atau umbilical nonseverance adalah amalan tidak memotong tali pusat dan
plasenta akan dibiarkan bersama bayi selama beberapa hari sehingga tertanggal secara
alami (Eichenbaum-Pikser & Zasloff, 2009). Plasenta akan mengering dan mengambil masa
selama 3 hingga 10 hari untuk tertanggal secara alami (Buckley, 2005). Menurut Hanel &
Ahmed (2009) dan Weckert & Hancock (2008), lotus birth merupakan pengurusan pasif
(passive management) atau dikenali juga sebagai pengurusan secara fisiologi. Kaedah ini
berbeza dengan kaedah penyegeraan pengepitan tali pusat dalam tempoh 30 saat selepas
kelahiran yang juga dikenali sebagai pengurusan aktif (active management) pada tahap
ketiga proses kelahiran yang melibatkan pengurusan plasenta dan pemotongan tali pusat
(Eichenbaum-Pikser & Zasloff, 2009). Amalan lotus birth ini bertentangan dengan kaedah
kelahiran biasa iaitu tali pusat segera dikepit dan dipotong dalam tempoh 20 hingga 30 saat
selepas kelahiran atau dikenali sebagai ICC/ECC (immediate/ early cord clamping) (Houston
et al., 2014).

Cara penjagaan dalam pengurusan pasif pada peringkat ketiga kelahiran adalah berbeza
dengan pengurusan aktif. Amalan lotus birth mempunyai langkah-langkah penjagaan yang
khusus dalam menguruskan plasenta yang dibiarkan bersama bayi selama beberapa hari
agar tidak memburuk dan mengeluarkan bau yang busuk. Pengabaian penjagaan yang betul
boleh menyebabkan berlakunya penyebaran virus kepada bayi melalui tali pusat. Sebaik
sahaja plasenta atau uri dikeluarkan dari rahim ibu, plasenta akan dibasuh dengan air
hangat, dikeringkan kemudian dibalut dalam kain yang lembut atau diletakkan di atas kain
yang membantu penyerapan cecair, kain balutan plasenta akan diganti setiap hari atau lebih
jika terjadi rembesan. Seterusnya, plasenta akan ditaburkan dengan garam laut dan
ditambah dengan herba yang mengandungi echinacea, calendula dan arnica serta minyak
lavender bagi menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dan mempercepatkan lagi
proses pengeringan. Plasenta yang telah ditabur oleh bahan tersebut akan diletakkan di
dalam bekas atau mangkuk tertentu. Dalam tempoh ini, pergerakan bayi agak terbatas untuk
mengelakkan bayi tersebut terdedah kepada infeksi semasa perpindahan.

7
Walaupun amalan lotus birth menjadi pilihan sesetengah ibu yang inginkan kelahiran
semulajadi ke atas bayi mereka, amalan ini masih lagi terbatas kepada kondisi bayi. Pada
peringkat ketiga kelahiran yang melibatkan pengurusan plasenta dikeluarkan dari rahim ibu,
terdapat dua kategori pilihan pengurusan yang perlu kepada bimbingan dan nasihat pakar
sebelum membuat pilihan. Bagi amalan lotus birth, amalan ini tidak boleh dipraktikkan ke
atas semua bayi baru lahir. Kondisi atau keadaan bayi perlu dilihat terlebih dahulu agar
amalan ini tidak memberikan risiko yang lebih besar. Beberapa kondisi bayi yang tidak
dibenarkan menggunakan kaedah alternatif ini ialah bayi yang mengalami asfiksia berat, tali
pusat bayi pendek dan juga retensio plasenta (Riris Andriati, 2012). Pemilihan kaedah
kelahiran perlu bergantung kepada beberapa pertimbangan risiko atau manfaat yang akan
dihadapi.

4.0 Lotus Birth Dari Perspektif Perubatan

Secara khususnya, lotus birth tidak mempunyai hubungan yang kukuh dengan amalan
penundaan pengepitan tali pusat bayi (Delay cord clamping). Perbahasan delay cord
clamping hanyalah berkaitan proses melambatkan pengepitan tali pusat bukanlah tidak
dikepit langsung dan membiarkan sehingga tali pusat tertanggal secara alami selama
beberapa hari. Delay cord clamping yang disyorkan oleh WHO (World Health Organization)
adalah dalam tempoh 2 hingga 3 minit sahaja. Maka perbahasan dan penyelidikan yang lain
perlu diteliti dengan lebih terperinci sejauh mana amalan ini memberi manfaat kepada bayi.
Adakah amalan ini hanya terbukti manfaat tersebut melalui pengalaman ibu-ibu pengamal
lotus birth, amalan tradisi atau telah terbukti secara saintifik.

5.0 Lotus birth Dari Perspektif Budaya

Amalan lotus birth pada hakikatnya telah diamalkan dalam beberapa budaya masyarakat di
seluruh dunia, terutamanya masyarakat tradisional dan kekurangan kemudahan kelahiran
dan perubatan. Masyarakat Bali telah menjadikan lotus birth sebagai satu perkara biasa dan
lumrah di kepulauan Indonesia (Williams, 2016). Segelintir wanita di Amerika Utara, Australia
dan United Kingdom pula lebih gemar memilih pendekatan yang holistik bagi melahirkan
anak. Perkara inilah yang menjadikan lotus birth kian popular dalam kalangan masyarakat
mereka.

Keadaan yang sama berlaku di Barat apabila sebahagian wanita memilih untuk menjalani
lotus birth separa iaitu delayed cord clamping di mana tali pusat akan dipotong sekitar 6 jam
selepas kelahiran dan terdapat juga yang memilih untuk menjalani lotus birth penuh iaitu
membiarkan plasenta tertanggal secara alami dari pusat bayi. Sepanjang proses lotus birth
dilakukan, beberapa langkah dan inisiatif perlu diambil. Pertama, plasenta perlu dibasuh
dengan air bagi menyingkirkan darah daripada permukaan plasenta.Kemudian, plasenta
yang telah dibasuh diletakkan di atas material yang dapat menyerap kelembapan seperti
8
tuala atau kapas. Setelah itu plasenta akan ditaburkan dengan garam laut yang dicampurkan
dengan herba-herba terpilih, rempah ratus dan bunga-bungaan seperti lavender, rosemary,
rose dan lain-lain bagi menghapuskan bau yang kurang menyenangkan (Hanel & Ahmed,
2009). Campuran tersebut juga dapat membantu mempercepatkan proses pengeringan tali
pusat selain mempunyai ciri-ciri antibakteria yang dapat melindungi bayi tersebut daripada
jangkitan kuman.

Terdapat tradisi lama berkenaan lotus birth dalam kalangan orang asli atau aborigine di
Australia dan Bali (Williams, 2016). Bali yang merupakan satu pulau yang kaya dengan
upacara ritual dan adat berkaitan kelahiran dan zaman kanak-kanak. Kelahiran bayi
disambut dengan meriah sekali oleh penduduk di kepulauan tersebut. Seiring dengan itu,
mereka sentiasa berusaha mengekalkan aspek-aspek kelahiran semulajadi sebaik mungkin
agar tidak luput ditelan zaman. Hal ini dapat dilihat dalam ketegasan mereka mengusir
anasir dan campur tangan perubatan moden dalam proses kelahiran bayi dalam kalangan
wanita. Bagi memastikan implementasi proses tersebut dilaksanakan, telah menjadi suatu
kebiasaan bagi para bakal bapa dan saudara-mara untuk hadir ke proses kelahiran bagi
memberikan sokongan moral dan galakan kepada para ibu. Pembacaan gayatri atau doa
mantera masyarakat Hindu Bali turut dilakukan sepanjang proses kelahiran.

Lotus birth dalam masyarakat Bali berorientasikan terhadap beberapa prinsip dan
kepercayaan. Antaranya ialah ibu bapa masyarakat tersebut mengambil kira plasenta
sebagai salah satu daripada organ tubuh badan yang penting bagi bayi, maka adalah lebih
baik dan semulajadi membiarkan plasenta tersebut tertanggal dengan sendirinya tanpa perlu
diklem dan dipotong. Selain itu, mereka percaya bahawa lotus birth dapat mewujudkan
ikatan spiritual dan emosional antara ibu dengan anak hasil daripada banyak sentuhan kulit
ke kulit antara mereka. Tambahan pula, perbuatan memotong tali pusat bayi dianggap suatu
bentuk ancaman fizikal pada bayi yang boleh membawa kepada kejutan emosi yang tidak
sepatutnya berlaku terhadap jiwa yang baru lahir ke dunia.

Seusai plasenta terpisah dari bayi, bapa akan mengambil peranan menanamnya di sekitar
kawasan rumah bayi tersebut dilahirkan. Mereka percaya dengan menanam plasenta di
kawasan rumah, anak tersebut akan sentiasa menjumpai jalan untuk pulang ke rumah
keluarganya. Namun sekiranya plasenta mengambil masa lebih daripada kebiasaan untuk
tertanggal dari bayi, masyarakat Bali akan mengadakan upacara membakar tali pusat
(Williams, 2016). Menurut mitos dan lagenda masyarakat tersebut, membakar tali pusat
dapat memindahkan tenaga hidup atau living energy dari plasenta kepada bayi. Doa-doa
gayatri sebagai mantera dialunkan sepanjang upacara pembakaran sehingga proses
tersebut tamat.

9
Amalan membiarkan tali pusat terputus secara semulajadi dari plasenta dipopularkan dan
dihidupkan kembali sekitar tahun 1980 oleh pasangan pengamal yoga yang sedang
menerokai kelahiran secara natural dan akhirnya menamakan amalan tersebut sebagai lotus
birth. Pasangan ini menerapkan nilai kelahiran tanpa keganasan atau birth without violence
dalam amalan lotus birth. Nilai tersebut dinamakan Ahimsa (Keadaan untuk tidak melakukan
keganasan dalam pemikiran atau perbuatan sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain)
dalam kepercayaan dan prinsip yoga. Dalam erti kata lain, lotus birth ialah aplikasi praktikal
bagi nilai tersebut. Antara prinsip yoga yang mendasari amalan kelahiran secara teratai ini
adalah “Setiap sambungan akan terpisah mengikut kehendaknya”. Oleh itu, tali pusat dan
plasenta haruslah dibiarkan sehingga terputus dari pusat dengan sendirinya. Selain itu,
prinsip kesucian pada 40 hari selepas kelahiran turut dimplementasikan dalam lotus birth
sebagai suatu perjalanan meditasi bagi para ibu yang melahirkan anak. Ritual lotus birth
turut dikaitkan dengan unsur signifikan dari sudut spiritual dan menganggap plasenta dan tali
pusat sebagai hak milik bayi tersebut bukan ibunya. Perbuatan memotong tali pusat
dianggap mengawal hak orang lain (Burns, 2014).

6.0 Lotus birth Dari Perspektif Agama

Lotus birth telah ditemui wujud dalam tradisi Yahudi dan Kristian (Williams, 2016). Manakala
dalam agama Buddha Tibet dan Zen, istilah lotus birth diguna pakai bagi menggambarkan
tentang para guru spiritual mereka seperti Padmasambhava dan Buddha Gautma. Menurut
lagenda mereka, kedua-dua guru ini dilahirkan daripada bunga teratai iaitu ‘lotus flower’.
Perkara ini secara tidak langsung melambangkan para guru tersebut datang ke dunia ini
dalam keadaan suci dan kudus tanpa cacat cela serta noda. Selain itu, terdapat ajaran
dalam kalangan Buddha Zen purba yang menyatakan bahawa proses kelahiran bayi ke
dunia mestilah berlaku tanpa disulami kekasaran atau keganasan yang merujuk kepada
perbuatan memotong tali pusat dan memisahkan plasenta dari bayi tersebut (Hanel &
Ahmed, 2009). Dalam tradisi Buddha, lotus birth dipercayai dapat memupuk kesihatan yang
baik serta memanjangkan jangka hayat seseorang (Price dan Robinson, 2004).

Lotus birth turut ditemui dalam tradisi agama Hindu dalam adaptasi penceritaan kelahiran
tuhan Vishnu yang merupakan pelindung masyarakat Hindu dan penjaga alam semesta.
Menurut mitologi agama Hindu lagi, tuhan Brahma telah dilahirkan daripada sekuntum bunga
teratai yang berasal daripada pusat Narayana atau Maha Vishnu yang merupakan dewa
agung (Coomaraswamy, 1929). Brahma digambarkan bersemayam di atas tangkai bunga
teratai yang terbit daripada pusat Narayana yang sedang berbaring. Maka dengan sebab itu,
Brahma telah mendapat gelaran ‘lotus-born’, ‘navel-born’ dan lain-lain. Brahma merupakan
dewa Hindu yang dipercayai penganutnya menciptakan alam semesta dan ia adalah salah
satu daripada Trimurti. Dua tuhan yang lain ialah Vishnu dan Siva yang berperanan
memelihara alam semesta dan menghancurkannya (Coomaraswamy, 1942).
10
7.0 Manfaat dan Risiko Amalan Lotus birth

7.1 Manfaat Amalan Lotus Birth

Amalan lotus birth dikatakan mempunyai pengaruh yang signifikan dengan adaptasi fisiologi
bayi baru lahir. Pada saat kelahiran, bayi akan mengalami suatu proses perubahan dikenali
sebagai masa peralihan iaitu tempoh yang dimulai ketika bayi keluar dari tubuh ibu perlu
beradaptasi dari keadaan biasa (dalam perut ibu) dengan keadaan baru yang sangat
bergantung secara fisiologi. Menurut Sarah Bukcley (2005), bayi akan mengalami stress
sekiranya tali pusat dipotong secara terus selepas kelahiran, maka membiarkan tali pusat
tersebut tertanggal secara alami adalah baik bagi fisiologi bayi baru lahir. Tali pusat
merupakan organ tubuh bayi dan pemotongan secara tiba-tiba dapat mengejutkan bayi
secara fizikal dan emosi. Metode ini juga mampu meminimumkan trauma sama ada kepada
bayi atau ibu tersebut (Riris Andriati, 2012). Sememangnya lotus birth memberi manfaat
yang banyak dari sudut psikologi pada tahap ketiga proses kelahiran dalam memberi
ketenangan dan keselesaan buat ibu dan bayi. Pada peringkat ini, ibu akan lebih fokus
dalam mengadaptasi, membina ikatan, memberi penyusuan dan menyesuaikan fizikal yang
baru, emosi, psikologi, sosial dan juga hubungan spiritual antara bayi, ibu dan juga keluarga
terdekat serta meminimumkan hubungan dengan pelawat luar (Donnellan-Fernandez, R.E.,
2007).

Selain itu, lotus birth merupakan salah satu metode penundaan pengepitan tali pusat bayi
walaupun metode ini masih menjadi kontroversi (Djami, 2013). Tujuan utama amalan lotus
birth dipraktikkan adalah sebagai langkah pencegahan bagi melindungi bayi dari infeksi luka
yang disebabkan oleh pemotongan tali pusat. Terdapat juga beberapa manfaat lain yang
diperolehi daripada amalan lotus birth. Antaranya ialah tali pusat bayi yang dibiarkan terus
bersambung dengan plasenta membolehkan aliran darah ibu dapat terus disalurkan
sehingga plasenta mampu memberikan darah yang optimal pada bayi. Aliran darah yang
mencukupi mampu mencegah terjadinya anemia defisiensi besi (kekurangan jumlah zat besi
dalam badan bayi). Menurut Buckley, kelompok bayi baru lahir yang ditunda tempoh
pengepitan mempunyai zat besi yang lebih besar dalam darah mereka yang akan membantu
pencegahan risiko berlakunya penyakit anemia pada bulan pertama kelahiran. Darah yang
terus disalurkan itu mengandungi zat besi, sel darah merah, sel induk, sel batang dan bahan
gizi lain, yang akan memberi manfaat kepada bayi tersebut dan mencegah daripada risiko
beberapa penyakit yang lain. Hasil kajian Yuyun Setyorini (2015) juga mendapati kelahiran
lotus ada pengaruh yang signifikan dengan adaptasi pernafasan bayi baru lahir, sirkulasi
darah dan termoregulasi.

Namun begitu, berdasarkan penelitian terhadap kajian berkaitan lotus birth seperti kajian
Buckley (2005) dan Riris Andriati, (2012), manfaat lotus birth yang diwarwarkan adalah

11
berasaskan kepada manfaat dalam amalan DCC kecuali dari sudut psikologi dan spiritual.
Hal ini kerana, lotus birth dikatakan salah satu metode penundaan pengepitan tali pusat atau
dikenali sebagai DCC (Delay Cord Clamping). Maka manfaat amalan lotus birth yang
dikemukakan adalah sebagaimana manfaat penundaan pengepitan bayi atau DCC (Delay
Cord Clamping) seperti mengurangkan risiko pemberian transfusi pada bayi akibat anemia,
memberikan tambahan 30% darah ekstra dan hingga 60% lebih banyak sel darah merah
serta mampu mengurangkan risiko terjadinya retensio plasenta. Sebaliknya kajian yang ada
menyebut berkaitan DCC sangat berbeza dengan kaedah lotus birth, maka manfaat pada
DCC tidak boleh diaplikasikan dalam lotus birth. Amalan penundaan pengepitan tali pusat
hanya terpakai dalam tempoh beberapa minit sahaja dan bukan membiarkan selama
beberapa hari sehingga tertanggal secara alami. Sehingga kini, amalan lotus birth masih
menjadi kontroversi di kalangan ahli perubatan dan tiada bukti yang jelas berkaitan kajian
manfaat lotus birth.

7.2 Risiko Amalan Lotus birth

Pada tahun 2013, Royal College of Obstetricians and Gynaecologists di United Kingdom
telah memberi amaran mengenai potensi risiko amalan lotus birth. Menurut RCOG, amalan
lotus birth yang dipraktikkan oleh sesetengah pengamal kelahiran semula jadi masih tidak
diketahui sama ada boleh meningkatkan risiko postpartum atau boleh membawa komplikasi
kepada neonatal. Pada peringkat amalan ini, jangkitan boleh merebak kepada bayi baru lahir
disebabkan plasenta yang dibiarkan bersama bayi tidak mempunyai peredaran dan amat
terdedah kepada jangkitan. Sehingga kini, tiada bukti secara medikal yang menunjukkan
kelahiran secara lotus boleh memberi manfaat kepada bayi malah akan mendedahkan bayi
baru lahir kepada risiko jangkitan. Hal ini kerana, plasenta atau uri mengandungi darah dan
juga tisu yang merupakan medium terbaik untuk bakteria merebak. Amalan lotus birth amat
berkait rapat dengan pengurusan penjagaan tali pusat. Kajian menunjukkan faktor utama
kematian ke atas bayi baru lahir adalah disebabkan infeksi termasukah infeksi yang
disebabkan tali pusat (Black et al., 2013).

Plasenta dan tali pusat memainkan peranan yang sangat penting sebelum kelahiran bayi
iaitu berfungsi sebagai saluran yang menyalurkan nutrisi, oksigen, darah dan sebagainya
kepada bayi. Pengamal lotus birth beranggapan bahawa sekiranya dipotong tali pusat
tersebut, tiada lagi saluran yang akan menghubungkan dan memainkan peranan tersebut.
Hal ini bertentangan dengan bukti ilmiah berkaitan kedudukan plasenta selepas beberapa
tempoh kelahiran bahawa plasenta tidak lagi berfungsi sebagaimana sebelum kelahiran.
Selepas kelahiran, bayi tidak lagi bergantung kepada plasenta. Maka jelas amalan lotus birth
tidak signifikan untuk dipraktikkan disebabkan plasenta tidak lagi berfungsi sebagaimana
kebiasaan setelah beberapa tempoh tertentu. Perkara ini telah ditekankan oleh UK Royal

12
College of Obstetricians dan pakar ginekologi bahawa plasenta yang tidak berfungsi jika
dibiarkan akan menyebabkan bayi terdedah kepada infeksi.

Berdasarkan kajian Tricarico et al. (2015) menunjukkan bahawa amalan lotus birth telah
membawa kepada komplikasi neonatal hepatitis dan dibuktikan oleh kes yang berlaku ke
atas kelahiran bayi baru lahir yang mempunyai komplikasi akibat amalan lotus birth. Bayi
tersebut telah mengalami demam kuning secara berterusan yang disebabkan idiophatic
neonatal hepatitis dan pulih selepas sebulan pertama kelahiran. Idiophatic neonatal hepatitis
adalah radang hati disebabkan bayi terdedah kepada infeksi virus. Tiada fakta atau kajian
setakat ini menunjukkan keselamatan kepada amalan lotus birth. Kajian lanjut perlu
dilakukan untuk menentukan sama ada kes neonatal hepatitis lebih kerap terjadi kepada
amalan lotus birth atau pemotongan tali pusat. Laporan kajian ini bertentangan dengan
penyataan dalam kajian Hanel & Ahmed (2009) yang menyatakan tiadanya kes-kes utama
yang didokumentasikan berikutan implikasi amalan lotus birth seperti pendarahan atau
jangkitan. Kajian Eichenbaum-Pikser & Zasloff (2009), juga menyatakan tiadanya kajian
saintifik berkaitan manfaat lotus birth. Selain itu, kajian Djami (2013) yang mengemukakan
manfaat lotus birth juga tidak menafikan risiko-risiko yang akan berlaku terhadap bayi seperti
infeksi sehingga amalan lotus birth tidak dipraktikkan oleh kebanyakan hospital.

Kesimpulannya, maklumat tentang kebaikan atau manfaat amalan lotus birth masih tiada
bukti secara jelas, melainkan manfat-manfaat yang dikongsi oleh para ibu yang melahirkan
anak-anak mereka melalui lotus birth terutama dari sudut spiritual atau psikologi yang
melibatkan emosi dan fizikal bayi. Berdasarkan sorotan, manfaat lotus birth dari sudut
medikal dinisbahkan kepada manfaat amalan DCC (Delay Cord Clamping) atau penundaan
pengepitan tali pusat. Walau bagaimanapun, kajian yang membincangkan berkaitan manfaat
DCC tidak menyentuh secara langsung berkaitan lotus birth melainkan hanya beberapa
kajian dan kebanyakan literatur yang membincangkan manfaat DCC adalah untuk tempoh
masa tertentu. Penelitian khusus berkenaan lotus birth perlu dilakukan. Dakwaan tiadanya
berlaku sebarang risiko dan kes yang melibatkan amalan lotus birth adalah tidak tepat
berdasarkan adanya laporan-laporan kes komplikasi bayi yang berlaku terhadap bayi baru
lahir disebabkan amalan ini. Pengkaji melihat berlakunya perbezaan pandangan antara
pengamal lotus birth dan pakar perubatan serta berlaku kontradiksi antara manfaat dan risiko
dalam amalan lotus birth ini. Berdasarkan kajian, sehingga kini tiada bukti secara saintifik
yang jelas untuk membuktikan manfaat amalan lotus birth. Maka pengamalan kaedah ini
harus dipertimbangkan kembali dari sudut risiko-risiko yang berkemungkinan terdedah
kepada bayi dan dipastikan manfaat secara jelas dengan merujuk kepada pakar dalam
bidang tersebut sebelum memilih kaedah-kaedah tertentu dalam peringkat ketiga proses
kelahiran.

13
8.0 Perspektif Hukum Islam Tentang Amalan Lotus birth

Uri memainkan peranan yang penting dalam membekalkan makanan dan oksigen bagi bayi
serta menyingkirkan hasil kumuh atau sisa-sisa yang lain seperti karbon dioksida, urea dan
lain-lain (Hamid Arshat, 1993). Layanan ibu bapa terhadap teman karib bayi dalam
kandungan tersebut berbeza. Misalnya terdapat sesetengah daripada mereka yang
membiarkan pihak hospital dan klinik menguruskan uri-uri tersebut, sebahagian yang lain
membawa pulang dan menanamnya sama ada ditanam dengan upacara tertentu atau
sebaliknya. Ada juga yang membuangnya ke dalam tong sampah atau membiarkannya
begitu sahaja sehingga membusuk malahan turut ada yang membakarnya. Persoalannya
ialah, bagaimanakah pengurusan uri pasca kelahiran yang disarankan dalam Islam?

Jika diteliti dalam al-Quran dan hadis, tidak terdapat dalil dan riwayat sahih yang khusus
berkenaan pengurusan uri selepas kelahiran. Namun terdapat sesetengah ulama’ yang
berpandangan ia harus ditanam sebagai suatu bentuk penghormatan terhadap anak Adam.
Al-Manawi dalam Faidh al-Qadir menyatakan uri merupakan sebahagian daripada manusia
yang perlu dimuliakan sebagaimana organ dan anggota badan manusia yang lain (Al-
Manawi, 1994).

Oleh itu, cara yang terbaik dalam menguruskan uri adalah menanamnya ke dalam tanah
selepas dibersihkan dengan air tanpa sebarang upacara atau ritual. Perbuatan menanam
dan menguruskannya dengan menggandingkan dengan sebarang upacara dan ritual tertentu
terutamanya yang melibatkan kepercayaan dalam agama lain adalah suatu perkara khurafat.
Hal ini ditegah sama sekali dalam Islam.

Persoalan seterusnya pula berkenaan tradisi membiarkan uri dan tali pusat pada bayi
sehingga tertanggal secara semulajadi atau lotus birth dari kaca mata Islam. Secara
asasnya, tidak terdapat sebarang dalil dan nas yang melarang amalan lotus birth dalam
Islam. Kaedah asal bagi setiap urusan dunia adalah sekiranya tiada dalil yang melarang atau
menyatakan bahawa sesuatu urusan itu haram, maka hukum asalnya adalah harus. Ini
berbetulan dengan kaedah fiqh ‫األصل في األشياء اإلباحة‬. Namun begitu, keharusannya masih
terbatas kepada penelitian dan aplikasi maqasid syariah, fiqh muwazanat, fiqh nawazil dan
fiqh mikro yang lain kerana Islam sangat menitikberatkan pertimbangan yang meraikan
pelbagai sudut sebelum hukum sesuatu urusan ditentukan. Perkara ini telah dibuktikan
dalam kes pendebungaan tamar, baginda bersabda: ‘Kamu lebih tahu urusan dunia kamu’.
Bagi perkara-perkara baru yang tiada larangan atau perintah dalam nas-nas Syar’ie, dinilai
mengikut maslahah semasa tanpa mengabaikan maqasid al-syari’ah dan perkara asas yang
perlu dijaga.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pengkaji mendapati lotus birth mempunyai
kaitan dengan agama dan budaya masyarakat bukan Islam seperti Buddha, Hindu, Yahudi
14
dan Kristian. Oleh itu, sekiranya ia diamalkan bagi mengikuti agama dan budaya kaum
tertentu atau dijadikan sumber kepercayaan pada agama tertentu, tidak syak lagi Islam
melarang bentuk tasyabbuh sebegini. Perbincangan dari perspektif budaya telah membawa
kepada beberapa dapatan dan manfaat lotus birth. Misalnya, ia mampu mewujudkan ikatan
spiritual dan emosional antara bayi dan ibu serta mengelakkan kejutan emosi pada bayi
yang baru lahir. Selain itu, membiarkan tanpa memotong tali pusat adalah lebih baik kerana
plasenta merupakan organ penting bagi bayi dari awal kehamilan lagi. Oleh itu, persoalan
berkenaan sejauh manakah amalan ini berkait dengan kepercayaan agama tertentu atau
hanyalah melambangkan adat masyarakat tertentu sudah terjawab.

Perbincangan lotus birth dari kaca mata ahli perubatan dan medikal merupakan urgensi bagi
meneliti sudut manfaat dan risiko amalan tersebut. Perkara ini sejajar dengan perintah Allah
dalam surah al-Zāriyat agar merujuk sesuatu urusan pada ahlinya. Bagi merungkai amalan
lotus birth dari sudut hukum Islam, aplikasi fiqh muwazanat iaitu pertimbangan antara
maslahah dan mafsadah perlu diterapkan. Berdasarkan sorotan literatur yang telah
dilakukan, penulis mendapati sehingga kini tiada bukti saintifik dan kajian medikal yang jelas
menunjukkan bahawa kelahiran secara lotus memberi manfaat terhadap bayi. Hanya
penundaan pengepitan tali pusat (DCC) sahaja yang telah diperakui secara ilmiah memberi
faedah dan manfaat pada bayi yang baru lahir.

Para pengamal lotus birth mendakwa lotus birth merupakan medium pencegahan bagi
melindungi bayi daripada kesakitan dan infeksi luka akibat pemotongan tali pusat. Akan
tetapi realiti dalam dunia perubatan tidak menafikan risiko jangkitan yang bakal diterima oleh
bayi disebabkan plasenta yang dibiarkan sudah tidak lagi berfungsi sebagaimana ketika bayi
masih dalam kandungan. Lebih parah lagi apabila kajian mendapati infeksi yang disebabkan
oleh tali pusat menjadi salah satu faktor primer kematian bayi yang baru lahir. Maka boleh
dinyatakan di sini bahawa manfaat lotus birth adalah wahmiyyah manakala mafsadahnya
bersifat hakīkiyyah. Sesuatu perkara yang kabur tidak boleh diutamakan ke atas perkara
yang jelas lagi nyata.

Dalam fiqh terdapat satu kaedah iaitu ‫ درء المفاسد أولى من جلب المصالح‬yang bermaksud
mengelakkan kemudaratan adalah lebih utama berbanding menjaga maslahah. Kelahiran
secara lotus pada hakikatnya tidak terbukti secara perubatan menyumbang manfaat
terhadap bayi. Namun jika terbukti sebaliknya, persoalan berkenaan keselamatan amalan
lotus birth masih belum wujud sebarang kepastian dari fakta atau kajian perubatan.
Tambahan pula, amalan ini mendedahkan bayi kepada mudarat iaitu risiko infeksi dan
neonatal hepatitis sekiranya penjagaan plasenta diabaikan. Justeru, amalan ini perlu kepada
kajian yang lebih meluas oleh pakar perubatan dan pertimbangan dari sudut risiko-risiko
amalan terhadap bayi serta perlu dipastikan maslahah yang dibawa oleh lotus birth jelas dan
terbukti secara saintifik.
15
Di samping itu, Islam sangat menggalakkan umatnya agar meraikan maslahah serta
menolak kemudaratan dalam sesuatu urusan seboleh mungkin selari dengan kaedah ‫الضرر‬
‫يدفع بقدر اإلمكان‬. Kemudaratan daripada amalan kelahiran lotus telah terbukti jelas dalam ilmu
perubatan, maka tidak dapat tidak haruslah dijauhi segala wasilah yang membawa kepada
mudarat tersebut. Bertepatan juga dengan prinsip ‫ سد الذرائع‬yang menutup segala jalan-jalan
yang mendedahkan individu atau masyarakat terhadap risiko mudarat sesuatu urusan.

Menjadi suatu yang makruf bahawa Islam meraikan wāqi’ dan keadaan semasa dalam
menentukan hukum. Amalan membiarkan tali pusat dan plasenta dalam peringkat ketiga
proses kelahiran tidak dipraktikkan di hospital-hospital terutamanya hospital kerajaan di
Malaysia. Kesannya, majoriti golongan yang mempertahankan amalan ini akan menjadikan
home birth sebagai pilihan. Home birth menyumbang kepada kelahiran tidak selamat serta
berisiko memudaratkan ibu dan bayi. World Health Organization (WHO) telah mendefinisikan
‘kelahiran selamat’ atau safe delivery sebagai kelahiran yang dikendalikan oleh anggota
kesihatan terlatih (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, 2015). Natijahnya, pelbagai usaha
telah dilakukan oleh KKM bagi membendung perkara yang telah menjadi polemik dan
perdebatan masyarakat di Malaysia. KKM tidak memandang enteng akan isu yang berkait
dengan pengaruh yang dicanangkan oleh golongan pro-natural birthing atau gentle birthing
ini. Selain itu, sekiranya kelahiran lotus ini terbukti berkesan dalam dunia perubatan sudah
pasti wujud kajian serta usaha oleh ahli perubatan dalam mempertahankan dan
mempromosikan amalan yang sudah menjadi tradisi pelbagai agama dan budaya
masyarakat seluruh dunia

9.0 Kesimpulan

Amalan kelahiran secara lotus masih lagi menjadi isu dalam masyarakat terutamanya dari
aspek perubatan. Walaupun amalan ini telah diamalkan sekian lama oleh masyarakat dalam
budaya tertentu dan menjadi pegangan dalam anutan agama tertentu, kajian medikal yang
lebih mendalam perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti sejauh mana manfaat dan implikasi
amalan tidak memotong tali pusat ini. Sekiranya terbukti wujud manfaat yang jelas hasil
kajian saintifik maka satu prosedur khusus perlu diwujudkan agar aplikasi amalan ini dapat
menjamin keselamatan bayi yang baru lahir.

Dari sudut agama dan budaya pula, lotus birth ini sekiranya diamalkan atas dasar
kepercayaan, keyakinan atau kehormatan terhadap agama tertentu, secara jelas ditegah
dalam Islam. Namun jika diamalkan atas dasar wujudnya maslahah dan manfaat tertentu,
perkara tersebut tidak menjadi masalah. Biarpun begitu, manfaat yang ingin direalisasikan
haruslah jelas dari perspektif perubatan moden bagi mencapai maqasid syariah iaitu al-ḍarar
yuzāl seiring dengan membantu usaha KKM dalam meningkatkan peratus kelahiran selamat

16
di Malaysia yang berada pada paras yang positif dan menurunkan kadar kematian ketika
kelahiran pada paras yang rendah.

Rujukan
Abel, S., Park, J., Leach, D. T., Finau, S., & Lenan, M. (2001). Infant Care Practices In New
Zealand: A Cross-Cultural Qualitative Study. Social Science & Medicine, 53, 1135-
1148.
Al-Manawi, Muhammad Abdul Rauf. (1994). Faidh Al-Qadir. Beirut, Lubnan: Dar Al-Fikr.
5:252.
Ananda K. Coomaraswamy. (1929). The Tree of Jesse and Indian Parallels or Sources. The
Art Bulletin 11(2), 216-220.
Ananda K. Coomaraswamy. (1942). An Indian Image of Brahma. Museum of Fine Arts,
Boston, 40(239), 40-41.
Ani Haji Omar, 2014. Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis Dari
Perspektif Teori SPB4K, MELAYU: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7(1), 76-97.
Bastien, A. (2004). Placental Rituals, Placental Medicine. Midwifery Today-International
Midwife. 54-55.
Birdsong WM. (1998). The Placenta And Cultural Values. The Western Journal Of Medicine
168, 190-192.
Black, R. E., Morris, S. S., & Bryce, J. (2003). Where and why are 10 million children dying
every year?. The Lancet, 361(9376), 2226-2234.
Buckley, S. J. (2005). Gentle Birth, Gentle Mothering: The Wisdom And Science Of Gentle
Choices In Pregnancy, Birth, And Parenting. Melbourne, Australia: One Moon Press.
Burns, E. (2014). More Than Clinical Waste? Placenta Rituals Among Australian Home-
Birthing Women. The Journal of Perinatal Education, 23(1), 41-49.
Carsten, J. (1991). Children in Between: Fostering and the Process of Kinship on Pulau
Langkawi, Malaysia. Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland, 26(3),
428-429.
Carstens, Sharon A. (1999). “Reason and Passion: Representations of Gender in a Malay
Society, By Michael G. Peletz, Berkeley: University of California Press, 1996.” The
Journal of Asian Studies, 905-906.
Common Questions about Neonatal Umbilical Integrity (Lotus birth): A Resource. (n.d.).
Dicapai pada 15 Januari 2017 daripada http://www.lotusfertility.com/Lotus_Birth_Q/
Lotus_ Birth_QA.html.
Croft Long E. (1963). The Placenta in Lore and Legend. Bulletin of the Medical Library
Association 51, 233-241.
Djami, M. E. U. (2013). Isu Terkini Dan Evidence Based Dalam Praktek Kebidanan. Jurnal
Ilmiah Permata Medika, 2(2), 2–5.
Donnellan-Fernandez, R.E. (2007). Lotus birth: anextension of physiologic third stage or the
naturalcorollary to conscious birth?. Australian Midwifery News,Spring, 16-17.

17
Eichenbaum-Pikser, G., & Zasloff, J. S. (2009). Delayed Clamping of the Umbilical Cord: A
Review With Implications for Practice. Journal of Midwifery and Women’s Health, 54(4),
321–326.
Hamid Arshat. (1993). Kesihatan Wanita Masakini: Health For Today’s Woman. Kuala
Lumpur, Malaysia: Syarikat S. Abdul Majeed.
Hanel, E., & Ahmed, M. N. (2009). Is it “time to cut the cord?” Clinical Pediatrics, 48(8), 875–
877.
Houston, J., Dillon, L., Duvall, A., & McGuire, M. (2014). Bridging the Gap between Evidence
and Practice: A Systematic Review—When Is the Best Time to Clamp the Infant’s
Umbilical Cord in Term Low-Risk Women? Open Journal of Nursing, 04(11), 730–736.
Helsel, D. G., & Mochel, M. (2002). Afterbirths in the Afterlife: Cultural Meaning of Placental
Disposal in a Hmong American Community. Journal of Transcultural Nursing, 13(4),
282-286.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2013) 2013 Laporan Tahuna. Dicapai daripada
http://www.moh. gov.my/images/gallery/publications/Laporan%20Tahunan%202013.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2015). Respon KKM Terhadap Isu Homebirth dan Anti-
Vaksin. Dicapai daripada https://kpkesihatan.com/2015/06/11/respon-kkm-terhadap-
isu-homebirth-dan-anti-vaksin/.
Kementerian Kesihatan Malaysia.(2014) 2014 Pekeliling No. 5. Dicapai daripada
http://fh.moh.gov. my/v3/index.php/component/jdownloads/send/18-sektor-kesihatan-
ibu/223-surat-pekeliling-bil-5-tahu-2014-mengurangkan-kelahiran-tidak-
selamat?option=com _jdownloads
Khairul Amri Hassan & Mohd. Alif Abu Bakar. (2008). Uri Ditanam Bersama Paku. Kosmo
Online. Dicapai daripada
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0313&pub=
Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm
Mohd Anuar Ramli, Halimah Binti Mazlan & Mohammad Naqib Hamdan (2016). Rawatan
Infertiliti dari Perspektif Maqasid al-Shariah, dalam Mohd Anuar Ramli Rahimin Affandi
Abdul Rahim, Mohd Anuar Ramli, Shahidra Abdul Khalil, (eds.), Maqasid al-Shari ah:
Aplikasi Dalam Aspek Sosial Dan Perundangan, Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh & Usul,
Universiti Malaya, 81-100.
Ogunbanjo G.A. & Van Bogaert D.K. (2008). Post-birth Rituals: Ethics and the Law. South
African Family Practice, 50(2), 45-46.
Price, C., & Robinson, S. (2004). Birth: Conceiving, Nurturing and Giving Birth To Our Baby.
Sydney, Australia: Macmillan.
Riris Andriati. (2012). Manfaat Lotus birth Pada Bayi Baru Lahir Benefits Of Birth Lotus In
Newborn. 1(1), 1-14. Dicapai daripada http://docplayer.info/32636075-Manfaat-lotus-
birth-pada-bayi-baru-lahir-benefits-of-birth-lotus-in-newborn-riris-andriati-abstrak.html.
Royal College of Obstetricians and Gynaecologists 2013. umbilical non-severance atau
“lotus birth.” Dicapai daripada https://www.rcog.org.uk/en/news/rcog-statement-on-
umbilical-non-severance-or-lotus-birth.
Selander, J. (n.d.). Cultural Beliefs Honor Placenta. Dicapai pada 10 Januari 2017 daripada
http://placentabenefits.info/cultural-beliefs-honor-placenta/
Tricarico, A., Bianco, V., Di Biase, A. R., Iughetti, L., Ferrari, F., & Berardi, A. (2015). Lotus
birth Associated With Idiopathic Neonatal Hepatitis. Pediatrics and Neonatology, 2015–

18
2016.
Weckert, R., & Hancock, H. (2008). The importance of delayed cord clamping for *Aboriginal
babies: A life-enhancing advantage. Women and Birth, 21(4), 165–170.
Williams, Victoria. (2017). Celebrating Life Customs Around The World From Baby Showers
To Funerals. Vol. 1. California: ABC-CLIO.
Yoshizawa, R. S. (2014). Placentations: Agential Realism and the Science of Afterbirths
(Unpublished doctoral dissertation). Queen’s University, Kingston, Ontario.
Young, Sharon M. and Benyshek, Daniel C. (2010). In Search of Human Placentophagy: A
Cross-Cultural Survey of Human Placenta Consumption, Disposal Practices, and
Cultural Beliefs. Ecology of Food and Nutrition, 49(6), 467-484.
Yusmilayati Yunos. (2015). Petua Dan Tanda Sebagai Alat Komunikasi Dalam Budaya
Masyarakat Jawa. Jurnal Komunikasi, 31(2), 287-289.
Yuyun Setyorini, Satino. (2015). Pengaruh Metode Persalinan Lotus Terhadap Adaptasi
Fisiologis Bayi Baru Lahir Di Klinik Bidan Kita. Jurnal Terpadu Ilmu Kesehatan, 4(2),
82-196..

19

View publication stats

You might also like