You are on page 1of 6

KEJOHANAN BOLASEPAK BAWAH 12 TAHUN

PIALA SRI CEMPAKA

PERATURAN & SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan PIALA SRI CEMPAKA di bawah peringkat umur Bawah
12 tahun.

2.0 PENGANJURAN

2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh PIBG SK DESA CEMPAKA dengan kerjasama
UNIT KOKURIKULUM SK DESA CEMPAKA & SK LABU

3.0 PENGELOLAAN

3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Unit Kokurikulum SK Desa Cempaka.

4.0 PENDAFTARAN & YURAN PENYERTAAN

4.1 Yuran penyertaan ialah RM 150.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Lapan Puluh Ringgit
Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat ke akaun PIBG SK DESA CEMPAKA
(BIMB : 05058010002297)

4.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih dari sepuluh (15) orang pemain dan
(3) pegawai sahaja.

5.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

5.1 Tarikh pertandingan adalah pada bulan 10 MAC 2018 dan diadakan di Padang SK
Desa Cempaka & SK Labu, Nilai, Negeri Sembilan.

6.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

6.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut
undang-undang permainan bolasepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA
berkuatkuasa sekarang.

6.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut:-

6.3.1 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan


Jawatankuasa Teknikal berpandukan Undang-Undang FIFA.

6.3 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
adalah MUKTAMAD.
7.0 PENYERTAAN

7.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan Sekolah-sekolah yang berdaftar.

7.2 Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 1 Mac 2018 (Khamis).
Pengesahan penyertaan hanyalah dikira setelah pembayaran penuh yuran
penyertaan dibuat. Segala resit transaksi pembayaran mestilah diimbas dan
kemudian emailkan ke : chopia_9@yahoo.com
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila berhubung dengan En Zahiruddin Bin
Amirudin (012-5131119/016-6832046)

8.0 KELAYAKAN PEMAIN

8.1 Pemain mestilah lahir pada tahun 2006 dan selepasnya adalah layak mengambil
bahagian dalam pertandingan ini.

8.2 Seorang pemain hanya layak untuk menyertai satu pasukan sahaja.

8.3 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kelahiran dengan mengemukakan
salinan sijil kelahiran kepada Jawatankuasa pertandingan.

8.4 Sebarang bantahan atas hak atau status pemain ke atas mana-mana pemain akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah
muktamad.

9.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN

9.1 Pendaftaran Pemain

9.1.1 Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran Pemain. Hanya
pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan
ini.

9.2 Pendaftaran Pegawai

9.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah mendaftar dalam Borang Pendaftaran


Pemain.

9.4 Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan dimana 9 pemain utama dan
6 pemain simpanan. Pendaftaran itu adalah seperti yang didaftarkan oleh Pengurus-
Pengurus Pasukan.
10.0 FORMAT PERTANDINGAN

10.1 Pertandingan dimainkan secara liga sepusingan dalam kumpulan.

10.2 Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:

10.2.1 Pemberian mata – Menang 3 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata.

10.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor
diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diisytiharkan dalam
Jadual Pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain
iaitu 7 pemain akan diberikan kemenangan percuma, dengan perolehi 3 mata
dan jaringan 3 – 0.

10.2.3 Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung


adalah TIDAK DIBENARKAN. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada
mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun,
mata dan jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang
dimainkan olehnya tidak diambil kira.

10.2.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, 2 pasukan yang teratas dalam setiap
kumpulan akan layak masuk pertandingan Pusingan Kedua. Jika ada dua
atau lebih pasukan dalam kumpulan tersebut telah mengutip jumlah mata yang
sama maka penentuan mengikut peraturan berikut :

10.2.4.1 Perbezaan gol

10.2.4.2 Jumlah jaringan gol

10.2.4.3 Sepakan penalti (3 sepakan)

10.3 Sekiranya dalam perlawanan pusingan kalah mati (knock out), terdapat keputusan
seri setelah tamat tempoh masa bermain, 3 sepakan penalti akan dijalankan. Jika
masih tiada pemenang, maka pemenang akan ditentukan menerusi sepakan penalti
“suddent death”.

11.0 JANGKA MASA PERLAWANAN

11.1 Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak
melebihi 1 minit untuk liga peringkat kumpulan, pusingan kedua dan suku akhir,
separuh akhir dan akhir.

12.0 PENGGANTIAN PEMAIN

12.1 Tidak lebih dari 15 (lima belas) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh
diganti dalam satu perlawanan termasuk dalam masa tambahan. Mana-mana pemain
yang diganti DIBENARKAN (rolling subtitution) bermain semula dalam pelawanan
yang sama termasuk penentuan sepakan penalti.
13.0 PAKAIAN PEMAIN

13.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar, dengan nombornya mengikut
nama pemain tersebut disepanjang kejohanan. Sebarang pengiklanan jenama rokok,
minuman keras, lambang/bertulis parti politik tidak dibenarkan dipamer.

13.2 Setiap pemain mesti memakai kasut bola ‘boot’, stoking dan alas betis ‘shin guard’
hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

13.3 Pemain yang memakai ‘thigh’ atau ‘thermal’ hendaklah bersamaan warna utama
seluar.

13.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan, lilitan
lengan itu hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih.

13.5 Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai
tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka
pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut kecuali pasukan tuan rumah tidak
menggunakan warna jersi yang diisytiharkan.

14.0 JADUAL PERLAWANAN

14.1 Jawatankuasa Teknikal/Pertandingan akan menyediakan Jadual Pertandingan dengan


masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola.

14.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca
atau kerana hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan tentang perlawanan
semula akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.

15.0 MINIMA PEMAIN

15.1 Setiap pasukan mesti mempunyai minima 5 (lima) orang pemain sebelum memulakan
perlawanan.

15.2 Jika permainan dihentikan kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 5 (lima)
orang pemain, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan 3 – 0 atau jaringan
semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya lebih.

16.0 TINDAKAN TATATERTIB

16.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan berbincang perkara-perkara yang berlaku


setelah menerima aduan bertulis daripada Pengadil Bertugas dan pasukan-pasukan
yang terlibat. Pasukan yang terlibat dan Pengadil Bertugas tidak boleh mengambil
bahagian dalam undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan.

16.2 Untuk kesalahan berikut Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan
hukumannya adalah automatik:-
16.2.1 Seseorang pemain yang menerima 2 kad kuning dalam 1 perlawanan dan
diikuti menerima kad merah (diperintah keluar padang) akan digantung 1
perlawanan berikutnya (perlawanan peringkat liga).

16.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang (langsung menerima kad
merah) dalam 1 perlawanan akan digantung 1 perlawanan berikutnya
(perlawanan peringkat liga).

16.2.3 Seseorang pemain yang menerima 3 kad kuning dalam 3 perlawanan


berasingan akan digantung 1 perlawanan berikutnya (perlawanan peringkat
liga).

16.2.4 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-
kata kesat/lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib/tidak sopan atau
berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran
sebelum itu atau tidak (penggantungan 2 perlawanan).

16.2.5 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana membantah


keputusan pegawai pertandingan (penggantungan 2 perlawanan).

16.3 Semua pengantungan yang diterima oleh seseorang pemain (menerima kad merah atau
mengumpul 3 kad kuning) akan dibatalkan (untuk perkara 16.2.1, 16.2.2, 16.2.3
sahaja) dan boleh bermain semula sekiranya pasukannya layak memasuki peringkat
kalah mati (knock out stage) selepas semua perlawanan pusingan liga / kumpulan
tamat.

16.4 Hukuman penggantungan pemain akan dimulakan semula pada peringkat kalah mati
(knock out stage) jika menerima kad kuning atau kad merah seperti dalam perkara
16.2.1, 16.2.2 dan 16.2.3.

16.5 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada


terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jika tindakan yang lebih keras
dianggap perlu maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada Jawatankuasa
Pertandingan untuk tindakan seterusnya.

16.6 Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak
tertakluk kepada sebarang rayuan.

17.0 BANTAHAN

17.1 Bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah dibuat secara
bertulis kepada Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima dalam masa 30 minit
selepas tamat perlawanan berkenaan berserta wang tunai RM 300.00 (Ringgit
Malaysia : Tiga Ratus Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan jika didapati
bantahan tersebut tidak berjaya.

17.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta
yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.
18.0 ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

18.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan


pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang
dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.

18.2 Tertakluk kepada pengesahan penganjur, Jawatankuasa pengelola boleh mengambil


sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai dan
penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif
pertandingan ini keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti
penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai dari apa penglibatan bagi
sebarang jangka masa yang ditimbang sesuai.

18.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau sama ada sengaja atau tidak
adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

18.4 Tindakan membantah sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan
adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

18.5 Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri
perlawanan ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan sebarang sebab,
pegawai dan pemain akan diambil tindakan.

19.0 PENGADILAN

19.1 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Piala Sri Cempaka
menyediakan pengadil yang bertauliah sepanjang kejohanan berlangsung.

19.2 Semua keputusan pengadil adalah muktamad.

TAMAT

You might also like