You are on page 1of 6

Amalan Intervensi terhadap Perilaku Seksual Remaja Autistic Spectrum

Disorders (ASD) oleh Guru Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)


Menurut Syarak

Zuraini Yaakub

Zuliza Mohd Kusrin

Pendahuluan

Jurnal ini bertajuk amalan intervensi terhadap perilaku seksual remaja autistic
sepectrum disorder (ASD) oleh Guru program pendidikan khas intergrasi (PPKI)
menurut syarak. Jurnal ini telah ditulis oleh Zuraini Yaakub iaitu Pensyarah Fakulti
Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul
Ehsan Malaysia Dan Zulizaa Mohd Kusrin iaitu, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan Malaysia.
Jurnal ini telah diterbitkan pada 15 Oktober 2016.

Ulasan Jurnal

Jurnal ini telah menulis tentang masalah perilaku seksual remaja ASD yang
sering berlaku di sekolah dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Guru
PPKI dalam menangani masalah perilaku seksual yang membimbangkan ini. Menurut
penulis masalah ini sering berlaku terhadap murid atau pelajar yang menghadapi ASD.
Mungkin hal ini dapat ditangani dengan lebih baik sekiranya murid tersebut adalah
murid normal namun, apa yang membimbangkan ialah masalah ini berlaku terhadap
pelajar pendidikan khas yang sememangnya sudah mempunyai masalah lain tetapi
dengan tambahnya masalah ini maka menangani isu ini terutamanya di sekolah
menjadi lebih mencabar.

Daripada jurnal ini penulis telah menetapkan beberapa objektif kajian yang harus
dicapai iaitu objektif perbincangan kajian yang pertama adalah untuk mengenal pasti
perilaku seksual remaja ASD di PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi).
Manakala objektif kajian yang seterusnya ialah, untuk menganalisis pelaksanaan
intervensi perilaku tersebut oleh GPPKI dan mengkaji pandangan fuqaha’ berkaitan
amalan intervensi perilaku seksual remaja ASD melalui kaedah masturbasi tersebut.
Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan reka
bentuk kajian kes di pelbagai tempat lapangan. Manakala pengumpulan data
dilakukan melalui analisis dokumen daripada sumber-sumber seperti kitab-kitab fiqh,
buku-buku dan jurnal-jurnal.

Menurut penulis remaja ASD mempunyai perilaku seksual yang berbeza daripada
remaja yang normal. Hal ini demikian kerana remaja ASD lebih cenderung
melakukan perkara perkara yang bersifat seksual tetapi tidak sampai kepada tahap
melakukan perhubungan seks. Ini kerana, remaja ASD tidak mempunyai sebarang
pengalaman dalam melakukan hubungan seks. Seperti dalam jurnal penulis ada
selitkan pandangan tokoh iaitu, Hellemans et al. (2007), iaitu remaja ASD didapati
kurang pengalaman dalam hubungan seksual dan hanya setakat mempamerkan
pelbagai perilaku seksual yang tidak sesuai sahaja seperti masturbasi, menyentuh
orang lain secara tidak sopan, menunjukkan kemaluan di khalayak ramai, mengintai
dan meraba. Ini menunjukkan bahawa remaja ASD lebih cenderung dalam melakukan
mastrubasi atau onani untuk memuaskan nafsu sex mereka. Contohnya dalam kajian
Hellemans et al. (2007) mendapati 75% lelaki ASD memilih untuk melakukan
mastrubasi selain melakukan pelbagai perilaku seksual yang lain. Di samping itu juga,
menurut penulis remaja ASD ini gemar untuk malakukan sentuhan tubuh terhadap
orang lain berbeza jantina untuk menimbulkan ransangan seksual terhadap mereka.
Menurut penulis lagi, sentuhan sentuhan sering dilakukan di bahagian bahagian
sensetif yang dapat meransang nafsu. Dalam pada itu juga, isyarat-isyarat yang tidak
sopan juga sering dilakukan oleh remaha ASD seperti isyarat ciuman kepada guru dan
rakan sekelas sama ada berlainan atau sama jantina. Remaja ASD juga gemar
memeluk rakan yang sama jantina untuk menandakan ransangan seks mereka telah
mula untuk menigakat.

Penulis juga menyatakan bahawa, remaja ASD gemar untuk menunjukkan


kemaluan mereka di hadapan khalayak ramai. Contohnya semasa dalam kelas, apabila
nafsu sex mula menigkat maka mereka akan menunjukkan mengeluarkan kemaluan
mereka di hadapan guru-guru dan rakan rakan. Kajian Ruble et al. (1993) terhadap
100 pengasuh di Amerika mendapati 25% remaja ASD membuka pakaian di khalayak
ramai tanpa rasa malu. Hasil temubual di PPKI menunjukkan bahawa ASD di sana
suka untuk menyelak pakaian wanita yang tidak dikenali. Selain itu ASD di PPKI
juga menggunakan objek sebagai alat untuk ransangan seksual mereka. Sebagai
contoh, pakaian dalam wanita yang kotor, sarung tangan getah dan pakaian wanita.
Perlakuan ini dinamakan sebagai kecelaruan fetishism. Menurut penulis, kecelaruan
ini juga menyebabkan kecelaruan gender di mana mereka akan memakai pakaian
wanita dan bermain dengan gender mereka.

Daripada Jurnal, penulis mengatakan bahawa, intervensi yang dilakukan untuk


menghalang daripada berlakunya perilaku ASD ini, guru-guru di PPKI telah
melakukan beberapa tindakan sekiranya situasi ini berlaku semasa preses pengajaran
berlaku di sekolah. Antara maklumat yang didapati ialah, pihak GPPKI akan
melekakan dengan perkara yang diminati oleh remaja ASD berkenaan, mengenal pasti
simptom apabila berlaku ransangan seksual daripada awal, meminta pelajar
meletakkan tangan di atas meja supaya boleh dilihat oleh guru, menghubungi ibu bapa
atau penjaga mereka, menghantar mereka ke kaunselor sekolah, mengasingkan
mereka di bilik khas, meletakkan mereka di bawah pancuran air sehingga mencapai
klimaks dan akhirnya membimbing mereka melakukan masturbasi secara terkawal.
Perkara yang diminiti pelajar adalah cara intervensi yang akan dilakukan pada
peringkat pertama masalah ini berlaku. Sebagai contoh, menyanyi. Jika pelajar ASD
suka menyanyi maka guru akan membiarkan membiarkan pelajar menyanyi, dan
melukis sekiranya pelajar tersebut suka menyanyi. Segala simptom yang dikenalpasti
akan cuba untuk dihalang oleh guru untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang.
Langkah lain yang sering dilakukan sekiranya bertambah serius ialah, pelajar ini akan
dibawa oleh guru ke dalam tandas untuk melakuka mastrubasi dengan pemantauan
guru untuk memuaskan nafsu mereka dan hal ini juga adalah untuk mengelakkan
perkara ini terus bertambah teruk. Langkah lain yang diambil ialah menghubungi ibu
bapa pelajar agar pelajar dibawa pulang ke rumah dan tidak menimbulkan kekacauan
di sekolah dan membahayakan orang lain. Ini kerana menurut penulis jika keinginan
seks mereka tidak dapat ditunaikan atau dihalang, maka pelajar ASD akan mengamuk
dan melontarkan apa sahaja di hadapan mereka. Menurut penulis lagi, kaedah
mstrubasi adalah langkah yang berkesan dilakukan untuk mengatasi murid ASD.
Langkah ini dilakukan di semua negara sekiranya fenomena ini berlaku secara tiba
tiba dan sukar dihalang.

Pandangan fuqaha’ berkaitan amalan intervensi perilaku seksual remaja ASD


melalui kaedah masturbasi ada tertulis dalam jurnal ini. Menurut penulis pandangan
amalan mastrubasi ini berbeza dari perspektif tokoh dan ulama yang berbeza. Penulis
mengatakan bahawa ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju kerana amalan
ini sememangnya melanggar hukum agama terutamanya di Malaysia yang kurang
terbuka dalam membincangkan tentang isu-isu berkaitan dengan hal yang
bertentangan dengan agama. Antara contoh yang diberikan penulis tentang pandangan
tokoh yang kueang bersetuju ialah seperti, Ibn Kathir (2002) menyatakan berdasarkan
ayat di atas ini juga, Imam Malik dan al-Shafi‘i, menjadikan hujah bahawa masturbasi
juga merupakan saluran yang tidak termasuk dalam konteks ayat, iaitu isteri dan
hamba. Sebagaimana ia diharamkan melampiaskan nafsu ke atas binatang, ia juga
haram ke atas aktiviti masturbasi dengan konsep qiyas, iaitu pada perbuatan yang luar
fitrah. Dia (al-Shafi‘i) mengatakan: “Perbuatan ini (onani) tidak termasuk dua jenis
penyaluran hasrat seksual yang Allah haruskan”. Manakala tokoh yang menyokong
seperti, Ibn Taymiyyah (2005) juga dalam pandangannya yang baru mengharuskan
masturbasi atas faktor darurat. Jika ia dilakukan tanpa sebab darurat, ia tetap haram
sebagaimana pandangan lamanya dan pelaku masturbasi wajib bertaubat. Sehubungan
itu, tidak termasuk konteks darurat dengan sekadar berkhayal namun mestilah atas
landasan jangkaan yang kuat atau yakin akan kecenderungan berlakunya zina.
Walaupun kaedah ini sememangnya berkesan tapi kaedah ini hanya bolah dilakukan
sekiranya darurat dan tidak dapat dihalang oleh pihak yang tertentu. Perbuatan ini
sememangnya haram di sisi agama namun dari sudut positif, ia dapat membantu
sedikit sebanyak GPPKI dalam menangani remaja ASD.

Cadangan Penambahbaikan.

Daripada jurnal penulis menggunakan kaedan tinjauan dan temu bual terhadap
guru-guru PPKI tentang kaedah intervensi awal untuk menangani ASD dalam
kalangan pelajar dan juga perilaku perilaku yang dilakukan oleh pelajar ASD. Selain
itu juga penulis menemubual para tokoh ilmuan untuk mendapatkan perspektif
mereka terhadap kaedah mastrubasi sama ada bolah atau tidak digunakan dalam
menghalang ASD. Sebagai cadangan penambahbaikan, penulis boleh menjalankan
kajian soal selidik dan temu bual ke atas pelajar yang mengalami ASD itu sendiri bagi
bagi mengetahui apakah punca atau perkara yang akan menyebabkan mereka untuk
bertindak di luar jangka. Dengan itu perkara yang mungkin berguna seperti tindakan
menghalang dapat dilakukan selepas kajian dibuat.

Kesimpulan
Kajian menunjukkan bahawa, terdapat banyak kaedah intervensi awal yang
dilakukan oleh Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (GPPKI) dalam menghalang
dan mengatasi masalah Autistic Spectrum Disorders (ASD) seperti kaedah mastrubasi
dan banyak lagi untuk membantu guru PPKI agar masalah ASD dapat diatasi namun
bukan utuk menghentikah ASD tersebut.

You might also like