You are on page 1of 1

Amalan membaca banyak faedahnya. Tuliskan karangan tentang faedah membaca.

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua


lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana
Membaca Jambatan Ilmu.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum
ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa
yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi,
bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh
dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di
bawah tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat
mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong
untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara
itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku


seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca
buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan


membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu
mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan
membaca sebagai budaya hidup mereka.

You might also like