You are on page 1of 3

GARIS PANDUAN PERBELANJAAN

WANG PERUNTUKAN SEMENTARA

1.0 Pengenalan

1.1 Wang Peruntukan Sementara (WPS) bererti sejumlah wang yang


diperuntukkan bagi kerja, bekalan barang-barang atau bahan yang sama
sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau dihuraikan semasa dokumen
tender disediakan.

1.2 Mengikut Syarat-syarat Kontrak JKR 203/203A, perbelanjaan WPS


termasuk kuasa mengarah kontraktor atau melantik mana-mana
subkontraktor untuk melaksanakan kerja tersebut adalah di bawah
bidangkuasa P.P. Oleh itu untuk menjamin perolehan yang paling
menguntungkan Kerajaan dan pertanggungan awam, Garispanduan ini
menetapkan tatacara urusan perbelanjaan bagi WPS bagi kerja-kerja biasa
dan kerja-kerja `pakar’ (termasuk bekalan) serta kaedah bayaran kepada
subkontraktor/pembekal yang melaksanakan kerja/bekalan.

2.0 Takrif

2.1 Kerja-kerja biasa (termasuk bekalan)

Kerja-kerja biasa adalah yang mana kebanyakan item-item kerjanya terdapat


dalam kontrak atau kerja-kerja lain termasuk kerja pakar yang biasa
diuruskan oleh JKR yang mana kemunasabahan kosnya tidak sukar untuk
ditentukan.

2.2 Kerja-kerja ‘pakar’ (termasuk bekalan)

(a) Kerja-kerja yang melibatkan kepakaran termasuk kerja-kerja


mekanikal dan elektrik; atau,

(b) Kerja-kerja lain, termasuk kerja-kerja biasa (bukan kerja pakar yang
mana kebanyakan item-item kerjanya tidak terdapat dalam kontrak),
yang mana rundingan harga dengan kontraktor dijangka atau didapati
sukar mencapai satu harga yang munasabah dan berpatutan untuk
dipersetujui berbanding dengan harga anggaran JKR

- 1-
3.0 Tatacara Perolehan dan Perbelanjaan

3.1 Kerja-kerja biasa

3.1.1 Selaras dengan syarat-syarat kontrak, P.P. boleh menentukan atau


mengarahkan Kontraktor kepada siapa WPS hendak dibelanjakan atau
melantik subkontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja yang berkenaan.

3.1.2 Harga bagi melaksanakan kerja tersebut hendaklah mengikut peraturan biasa
yang berasaskan kadar harga kontrak dan kadar harga yang saksama. Bagi
kerja yang dijangka melebihi 30% daripada nilai asal yang diperuntukkan
dalam kontrak, kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada
Pegawai Yang Menandatangani Kontrak.

3.2 Kerja-kerja ‘pakar’

3.2.1 Jika rekabentuk oleh JKR, P.P. boleh memutuskan untuk melaksanakan
kerja-kerja pakar secara Wang Kos Prima atau mengikut tatacara perolehan
sebagaimana di Lampiran I. Sekiranya Kontraktor diarah untuk
merekabentuk, tatacara perolehan ialah sebagaimana di Lampiran II.

3.2.2 Oleh kerana kontraktor utama dibayar bagi keuntungan dan layanan, kadar
peratus keuntungan dan jumlah pukal bagi layanan hendaklah dihargakannya
dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Tender. Oleh itu cara WPS
diperuntukkan dalam dokumen tender hendaklah sama seperti Wang Kos
Prima. Lihat contoh di Lampiran III.

3.2.3 Harga yang disetujuterima hendaklah mendapat kelulusan pihak-pihak yang


berkenaan terlebih dahulu dengan menggunakan Borang JKR-WPS .
sebelum mana-mana subkontraktor dilantik untuk melaksanakan kerja.

Nilai Kerja Pakar Pihak Yang Meluluskan

a) Tidak melebihi RM200,000 Jawatankuasa APK di peringkat P.P.


atau yang lebih tinggi

b) Melebihi RM200,000 Lembaga Perolehan JKR

- 2-
4.0 Bayaran dan Penyediaan Dokumen Subkontrak

4.1 Kerja yang tidak melebihi RM50,000

Bayaran terus boleh dibuat kepada subkontraktor melalui suratikatan


penyerahanhak faedah*.. P.P. atau wakil P.P. hendaklah menghantar
sesalinan suratikatan penyerahhak faedah kepada kontraktor utama semasa
mengarahkannya untuk melantik subkontraktor. Sekiranya terdapat
penyerahanhak faedah di bawah kontrak utama, kaedah ini hanya boleh
dilaksanakan jika tiada pertindihan amaun yang diserahhak.

4.2 Kerja yang bernilai RM50,000 ke atas

4.2.1 Selaras dengan Syarat-syarat Kontrak JKR 203/203A subkontraktor yang


dinamakan oleh P.P. walaupun di bawah Wang Peruntukan Sementara
adalah juga disebut ‘Subkontraktor Dinamakan’. Oleh itu prosedur
perlantikan termasuk penyediaan dokumen tender dan kontrak hendaklah
berasaskan borang-borang piawai siri JKR 203N.

4.2.2 Sekiranya kontraktor utama mengemukakan bantahan terhadap penamaan


subkontraktor, P.P. boleh menamakan subkontraktor alternatif dengan syarat
harga dan tempoh siap subkontraktor baru tidak melebihi harga dan tempoh
siap yang telah disetujuterima.

4.2.3 Bayaran hendaklah disediakan sebagaimana peraturan biasa bagi


Subkontraktor Dinamakan.

__________________________________________________________________
* Rujuk Surat Arahan KPKR bil.(8)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 Klt.5 bertarikh 4 Januari 2002.

-3-

You might also like