You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM (IPGKTI)

LAPORAN AMALI BIOLOGI (SCE1034)

( UJIAN MAKANAN )

NAMA : MUHAMAD SYAHMI RIFQI BIN SHARIMAN

NO.IC: 990613065487

OPSYEN: SAINS 2

AMBILAN: JUN 2017

PENSYARAH : PN. HJH KHALIDAH BINTI AHMAD


UJIAN SAMPEL MAKANAN (30 JULAI 2017)

TUJUAN:

Untuk mengkaji dan menentukan nutrien yang terdapat dalam setiap sampel makanan seperti
kaborhidrat,protein,gula penurun,gula bukan penurun dan lipid.

HIPOTESIS:

Setiap makanan yang kita ambil mempunayi pelbagai nutrient yang diperlukan badan seperti
kanji,gula penurun,gula bukan penurun,protein,dan lipid.

BAHAN DAN RADAS:

Air suling, larutan iodin, larutan Benedict, larutan 20% natrium hidrogen karbonat, larutan 1%
kuprum(II) sulfat, 0.1M asid hidroklorik, 90% etanol, Reagen Millon, Sudan III, 5 jenis sampel
makanan (kurma,madu,mayonis,kacang dan susu)

Kertas pH, kertas turas, tabung uji, pemegang tabung uji, rak tabung uji, penitis, bikar (100ml dan
50ml), forsep, silinder penyukat (10ml), rod kaca, penunu Bunsen, pemetik api, kasa dawai,
tungku kaki tiga, label pelekat.

PROSEDUR:

1. Lima sampel makanan disediakan dan setiap daripadanya dimasukkan ke dalam tabung
uji.
2. Setiap tabung uji yang berisi sampel makanan dilabelkan dengan label A (kurma), B
(susu),C (madu),D (kacang),E (mayonis).
.

A. Menguji kehadiran kanji:


I. Sampel makanan A dimasukan ke dalam tabung uji dan dilabelkan.
II. Larutan iodin dititiskan ke dalam tabung uji bagi makanan yang berlebal A.
III. Perubahan yang berlaku ke atas sampel makanan direkod dan dicatat dalam
bentuk jadual.
IV. Ulang langkah petama hingga ke langkah ketiga dengan menggunakan sampel
makanan yang lain (B,C,D,E)

B. Menguji kehadiran gula penurun:


I. Sampel makanan B dimasukkan ke dalam tabung uji dan dilabelkan.
II. Tabung uji yang berlebal B ini dititiskan larutan Benedict.
III. Sampel makanan itu dipanaskan selama beberapa mini sehingga mendakan
merah bata terbentuk.
IV. Segala perubahan yang berlaku direkod dan dicatatkan.
V. Ulang langkah berikut dengan menggunakan samoel makanan yang lain
(A,C,D,E).

C. Menguji kehadiran protein:


I. Sampel makanan D dimasukkan ke dalam tabung uji dan dilabelkan.
II. Reagen millon dititiskan ke dalam tabung uji yang mengandungi sampel makanan
D.
III. Sampel makanan tersebut dipanaskan dalam kukus air selama beberapa minit
sehingga mendakan merah bata terbentuk dan hadir.
IV. Ulang langkah berikut dengan menggunakan bahan yang lain (A,B,C,dan E)

D. Menguji kehadiran lipid:


I. Sampel makanan E diletakkan di atas kertas turas yang kering.
II. Sampel makanan tersebut disapu di atas kertas turas tersebut.
III. Kertas turas tersebut dibiarkan kerang.
IV. Perubahan yang berlaku pada kertas turas direkod dan dicatatkan.
V. Ulang langkah berikut dengan menggunakan bahan yang berbeza(A,B,C, dan D)

E. Menguji kehadiran gula bukan penurun:


I. Sampel makanan C dimasukkan ke dalam tabung uji dan dilabelkan.
II. 2 ml larutan asid hidroklorik 0.2 mol disukat dan dimasukkan ke dalam tabung uji
tersebut.
III. Tabung uji itu dipanaskan di dalam kukus air dan dibiarkan selama beberapa minit.
IV. Tabung uji tersebut dibiarkan sejuk dalam suhu bilik.
V. 2 ml larutan natrium hydrogen karbonat dimasukkan ke dalam tabung uji yang
berisi sampel makanan C.
VI. Larutan benedict dititikkan ke dalam tabung uji dan digoncangkan sehinga
sebatian tersebut sebati.
VII. Sebatian dalam tabung uji C tersebut dipanaskan selama beberapa minit.
VIII. Segala perubahan dari segi warna diperhati dan direkodkan dalam bentuk jadual.
IX. Ulang langkah berikut dengan menggunakan bahan yang berbeza.
PEMERHATIAN DAN MENGANALISIS DATA:

Bahan Ujian

Sampel Larutan Larutan Asid hidroklorik Reagen Etanol Kertas


Makanan iodin benedict + natrium millon turas
hidroksida +
larutan
benedict

A Warna Warna biru


perang menjadi
berubah mendakan - - - -
kepada biru merah bata
gelap

B Warna biru
menjadi
- mendakan - - - -
merah bata

C Mendakan
merah bata
- - - - -
terbentuk

D Mendakan Tompok Emulsi


merah lutsinar lemak
- - -
bata terbentuk terhasil
terbentuk
E Tompok Emulsi
lutsinar lemak
- - - -
terbentuk terhasil

PERBINCANGAN:

Setiap sampel makanan mempunyai pelbagai nutrien seperti protein,kanji,gula penurun,gula


bukan penurun,dan lipid. Oleh hal yang demikian terdapat beberapa cara yang boleh digunakan
untuk menentukan nutrien yang terdapat dalam setiap sampel makanan.

Nutrien yang pertama akan dibincangkan ialah kanji. Menurut Gan Wan Yeat (2012) kanji
merupakan sejenis karbohidrat yang bersifat polisakarida iaitu ratusan monosakarida yang
bercantum melalui proses kondesasi dan membentuk rantai panjang polisakarida.Menurut beliau
juga kanji merupakan karbohidrat simpanan utama dalam tumbuhan. Mah Chee Wai dan Dr Tina
Lim Swee Kim (2014) menyatakan bahawa cara untuk menentukan kehadiran adalah dengan
menggunakan larutan iodin. Menurut mereka warna larutan iodin yang berwarna kuning akan
berubah kepada warna biru gelap dan menandakan wujudnya kanji dalam sampel makanan itu.
Setelah menjalankan eksperimen tersebut didapati sampel A merupakan kanji kerana di akhir
eksperimen, larutan iodin yang berwarna kuning berubah menjadi biru gelap dan hasil ini adalah
sama dengan pendapat yang dinyatakan oleh Mah Chee Wai dan Dr Tina Lim Swee Kim (2014).

Selain itu dalam sesuatu sampel makanan juga terdapat sumber protein. Apakah itu protein?
Menurut Kee Bee Suan (2016), protein ialah molekul organik kompleks yang mengandungi unsur
karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Beliau juga berpendapat bahawa sesetengah protein
juga mempunyai sulfur dan fosforus dan hasil akhir bagi protein ialah asid amino. Menurut Gan
Wan Yeat (2012) asid amino digunakan untuk mensintesis molekul protein berlainan yang
diperlukan oleh badan. Beliau juga menyatakan bahawa beberapa struktur iaitu struktur primer,
struktur sekunder, struktur tertier dan struktur kuartener. Menurut Kee Bee Suan (2016) cara
untuk menentukan kehadiran protein ialah dengan menggunakan reagen millon. Campuran
tersebut perlu dipanaskan dalam kukus air dan mendakan merah terbentuk. Hasil yang saya
dapat daripada eksperimen yang telah saya jalankan ialah sampel D merupakan protein. Hal ini
kerana pemerhatian yang dilakukan di akhir eksperiman menunjukkan sebatian tersebut
menghasilkan mendakan merah bata setelah diuji dengan Reagan milon dan hasil ini sama
pendapat yang dinyatakn oleh Gan Wan Yeat (2012)
Seterusnya nutrient lain yang terdapat dalam sesuatu sampel makanan ialah lipid. Menurut Dr
Hamdan Mohd.Nor (2009) lipid merupakan sebatian komplek yang mengandungi karbon,
hidrogen dan oksigen sama seperti karbohidrat. Apakah yang membezakan lipid dan
karbohidrat? Beliau menyatakan bahawa lipid mempunyai peratusan oksigen yang lebih rendah
daripada karbohidrat. Sesetengah lipid mempunyai nitrogen dan fosforus. Menurut Mah Chee
Wai dan Dr Tina Lim Swee Kim (2014) lipid berfungsi sebagai pembekal tenaga kepada badan,
mengangkut vitamin larut lemak,memerangkap haba bagi mengekalkan suhu optimum bagi
persekitaran dalam dan merupakan komponen utama dalam struktur membrane plasma. Menurut
Kee Bee Suan (2016) untuk menentukan kehadiran lipid boleh menggunakan kaedah ujian
tompok gris iaitu dengan menggunakan kertas turas. Berdasarkan pemerhatian saya,saya dapati
sampel D dan E mengandungi lipid. Keputusan terhadap kertas turas menunjukkan bahawa
tompok gris terbentuk dan ini bertepatan dengan pendapat yang dinyatakan oleh Kee Bee Suan
(2016)

Selain itu nutrient yang terdapat dalam sesuatu sampel makanan ialah gula penurun. Menurut
Kee Bee Suan (2016) gula penurun ialah sesuatu bahan yang berasal dari kumpulan karbohidrat
yang mempunyai kuasa penurun iaitu mampu menyingkirkan oksigen daripada sebatian lain.
Beliau juga berpendapat bahawa sesetengah disakarida merupakan penurun. Contohnya ialah
maltose dan laktosa. Sukrosa bukan gula penurun kerana tidak mempunyai kuasa penurun.
Menurut Dr Hamdan Mohd.Nor (2009) cara untuk menentukan kehadiran gula penurun ialah
dengan menggunakan larutan benedict. Campuran tersebut dipanaskan dalam kukus air. Hasil
sekiranya dalam sampel itu mempunyai gula penurun ialah mendakan merah bata akan
terbentuk. Oleh hal yang demikian kami dapati bahawa sampel B merupakan gula penurun
berdasarkan hasil eksperimen yang telah kami jalankan. Pemerhatian yang telah saya perolehi
di akhir eksperimen ialah mendakan merah bata terbentuk setelah diuji dengan larutan benedict.
Ini menunjukkan bahawa sampel B merupakan gula penurun dan ini bertepatan dengan pendapat
yang telah dilontarkan oleh Dr Hamdan Mohd.Nor (2009).

Akhir sekali kemungkinan nutrient yang terdapat dalam sesuatu sampel makanan ialah gula
bukan penurun. Menurut Kee Bee Suan (2016) gula bukan penurun ialah bahan dari kumpulan
karbohidrat yang tidak mempunyai kuasa penurun. Bahan ini tidak mampu untuk menurunkan
atau menyingkirkan oksigen dari sebatian lain. Beliau memberi contoh gula bukan penurun ialah
sukrosa. Bagi menentukan kehadiran gula bukan penurun Dr Hamdan Mohd.Nor (2009)
menyatakan dengan menggunakan asid hidroklorik dan dipanas selama beberpa minit.
Kemudian disejukkan dan masukkan serbuk natrium hydrogen karbonat. Kemudian tambahkan
larutan benedict dan panasakan sebatian tersebut. Sekiranya wujud gula bukan penurun dalam
sesuatu sampel makanan tersebut,mendakan merah bata terbentuk. Menurut Tan Liong Kea
(2014) menyatakan cara lain untuk menguji kehadiran gula bukan penurun ialah menggunakan
asid hidroklorik,natrium hydrogen karbonat dan larutan benedict. Saya telah menggunakan asid
hidroklorik,natrium hydrogen karbonat dan larutan benedict untuk menguji kehadiran gula bukan
penurun. Setelah melakukan pemerhatian di akhir eksperimen, saya dapati bahawa sampel C
merupakan gula bukan penurun. Hal ini kerana mendakan merah bata terbentuk di akhir
eksperimen.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN:

Setiap makanan yang diambil mempunyai pelbagai nutrient yang penting untuk badan. Oleh itu
kita perlu mengambil dan mengamalkan gizi yang seimbang agar dapat memastikan tubuh badan
kita mendapat sumber nutrien yang secukupnya untuk menjalani proses metabolic dalam badan.
Hal ini disokong oleh Gunawan (2011) yang menyatakan bahawa proses tumbesaran dan
metabolic akan terganggu sekiranya sesorang itu mendapat gizi yang tidak seimbang.
Menurutnya lagi proses perkembangan sel otak terutama bagi kanak-kanak akan terencat dan
terganggu dan akam mempengaruhi proses-proses lain dalam badan kerana mempunyai
masalah di organ untuk menghasilkan rangsangan iaitu otak.

RUJUKAN:

1. Chee.W.M.Lim Swee.K.T., (2014).Nexus Tuntas Biologi.Petaling Jaya,Sasbadi Sdn Bhd.


2. Wan.Y.G.,(2012),Eksplorasi Biologi (cetakan pertama).Shah Alam,Oxford Fajar Sdn.Bhd.
3. Dr Hamdan Mohd.Nor,Wahida Abdullah,Yoke.H.Q.,Yan.T.C.,Bee.S.K, (2009).Focus Ace
SPM Biology (cetakan pertama).Bandar Baru Bangi,Pelangi Sdn.Bhd.
4. Bee.S.K.,Yoke.H.Q.,Yan.T.C.,Chiew.G, (2016).Fucos SPM Biologi (pertama).Bandar Baru
Bangi , Pelangi Sdn.Bhd.
5. Gunawan.G,(2011). Hubungan Status Gizi dan Perkembangan Anak 1-2 Tahun. Sari Pediatri,
Vol. 13, No. 2.
6. Liong.K.T., Yap.T., Wong.B., Bala.N., Kueh.R.,(2014). Spotlight Galaksi S Biologi SPM
(cetakan pertama). Subang Jaya, Pan Asia Publications Sdn.Bhd.

You might also like