You are on page 1of 4

RUKUN TETANGGA

PENGENALAN
Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun
Tetangga Taman Kamunting Mutiara Kassipilay,
Kuala Lumpur.

Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan


Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969.
Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk
memastikan keselamatan penduduk di kawasan-
kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan
nasional pada ketika itu.

Konsep Rukun Tetangga seterusnya mengalami fasa perubahan selaras dengan peredaran semasa sosio-
ekonomi negara seperti berikut:
FUNGSI DAN TUGAS JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

SEKSYEN & AKTA RUKUN TETANGGA 2012

MATLAMAT

Memastikan keamanan di Taman Kamunting Mutiara terpelihara dan penduduk hidup dalam keadaan
aman dan tenteram.

TUJUAN

• Memastikan Taman Kamunting Mutiara bebas daripada ancaman keselamatan seperti pecah
rumah, merempit, mencuri dan perjudian.

• Memupuk semangat kejiranan dalam menghadapi sebarang masalah berkaitan keselamatan


Taman Kamunting Mutiara.

• Menjadi 'mata' dan 'telinga' kerajaan bagi mengekalkan keamanan Taman Kamunting Mutiara
yang dinikmati kini daripada anasir yang tidak sihat.

• Memberi kesedaran kepada penduduk Taman Kamunting Mutiara betapa pentingnya


tanggungjawab terhadap keselamatan Taman Kamunting Mutiara dan negara.

• Memantau Taman Kamunting Mutiara dan mengambil tindakan yang perlu terhadap pesalah
yang ditangkap dan disyaki.
CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI RUKUN TETANGGA TKM TAHUN 2018
1. Sesuatu program /aktiviti dianjurkan KRT perlu memperolehi keputusan daripada AJK Induk
Taman Kamunting yang akan menerima dan meluluskan cadangan program/aktiviti yang
hendak dianjurkan oleh KRT. Semua AJK KRT akan bekerjasama dan tolong menolong untuk
memastikan kejayaan sesuatu program atau aktiviti.
2. RT Taman Kamunting Mutiara cadangan untuk menganjurkan beberapa jenis aktiviti iaitu
a. Penubuhan KRT Taman Kamunting Mutiara secara sah.
i. Akta_751_(AKTA_RUKUN_TETANGGA)
ii. Surat Pekeliling Rukun Tetangga Bil.6 Tahun 2015
b. Skim Rondaan Sukarela.
c. Team Berbasikal Taman.
d. Aktiviti sukan dan rekreasi:
i. Zumba (Team Wanita)
ii. Futsal
iii. Berbasikal
iv. Takraw
3. Jalinan Hubungan Luar:

KRT Taman Kamunting Mutiara sentiasa memberikan kerjasama serta sokongan-sokongan


kepada organisasi-organisasi yang menganjurkan program/aktiviti kemasyarakatan iaitu
organisasi seperti berikut:

1. Polis Di Raja Malaysia


2. Anti Dadah Kebangsaan Kawasan Ampang
3. Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga Parlimen Gombak
4. Pasukan RELA
5. Pengurusan Skim Rondaan Sukarela

You might also like