You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG TERUSAN

72300 SIMPANG PERTANG Ruj Tuan :


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Ruj. kami :
NBA0009 Tarikh : 30
TEL /FAKS: 06-4941066
Mac 2018

Kepada :
Ketua Balai Polis Pertang
Polis Diraja Malaysia
72300 Pertang
N. Sembilan

Tuan,

MAKLUMAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SK GELANG TERUSAN TAHUN 2018

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan nmengadakan program ini seperti
butiran berikut:

Tarikh : 26 April 2018


Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : SK Gelang Terusan
Bil. Murid : 138 murid

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada pihak tuan. Diharapkan pihak tuan sentiasa
bersedia akan apa-apa perkara dan bantuan yang kami perlukan sepanjang tempoh perkhemahan dijalankan.

4. Kesudian dan keprihatinan pihak Tuan amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...................................................
(MOHD KHALIL BIN LEBAI MAT)
Guru Besar
SK Gelang Terusan,
Simpang Pertang, Negeri Sembilan.

You might also like