You are on page 1of 8

Tajuk

Mengenal pasti batu-batuan.

Tujuan

Mengenal pasti dan mengelas batuan mengikut spesifikasi iaitu batu igneus, batu
sedimen dan batu metamorfik.

Pengenalan / Teori

Secara umum, batu-batuan boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu batu
igneus, batu sedimen dan batu metamorfik. Pengkelasan ini dibuat berdasarkan
kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini, tekstur
batuan iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan dan struktur bahan
iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.

Gambar 1: Kitaran Batuan

Batu igneus berlaku akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari
dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak mempunyai lapis dan
tidak mengandungi fosil. Batuan igneus juga sangat keras lagi kukuh serta berkilat.
Oleh itu, batu igneus biasanya digunakan untuk membuat jalan raya, tugu-tugu
peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.

Batu sedimen, juga dikenali sebagai batu enapan. Batu enapan terjadi daripada
enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Batu jenis ini dapat dibezakan daripada
batuan jenis lain kerana batu sedimen mempunyai sifat-sifat yang berlapis-lapis. Tebal
lapisannya berbeza-beza. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, lembut atau keras.
Antara cirinya ialah rapuh dan kurang tahan kepada tekanan. Batuan ini tidak
berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang atau tumbuh-tumbuhan.

Batu metamorfik dihasilkan daripada proses tekanan dan haba yang sangat
tinggi akan menyebabkan semua batuan termasuk batu igneus dan batu sedimen
bertukar menjadi batu metamorphosis. Tekanan dan haba yang tinggi ini disebabkan
gerakan kerak bumi secara besar-besaran misalnya semasa proses lipatan kerak
bumi dan aliran magma dalam kerak bumi. Proses perubahan yang berlaku
menyebabkan perubahan dari segi kandungan, struktur dan bentuk akibat tindakan
tekanan dan pemanasan melalui beberapa cara tertentu. Sebagai contohnya, batu
marmar digunakan untuk perhiasan lantai dan dinding.

Radas

Kanta, Bekas untuk mengisi batuan, penimbang elektronik, bikar, telefon bimbit, carta
batu, gunting, duit syiling, silinder penyukat, Jubin seramik yang berwarna putih,
kepingan logam

Bahan

Batu-batu, air, benang

Prosedur

1. Sampel batu di makmal telah diperhatikan.

2. Ciri-ciri sampel batu-batuan direkodkan dalam Jadual 1 yang dibina.

3. Dengan menggunakan hubungan antara jisim / isipadu, ketumpatan batuan dicari

dalam Jadual 2.

4. Jenis batuan dinamakan melalui pemerhatian data-data yang telah dikumpul.

5. Teknik-teknik lain untuk mengklasifikasikan atau menamakan batuan juga boleh

digunakan.
Pemerhatian

Nama Jenis-jenis Kebolehan Jisim Isipadu Kilauan Kekerasan Lapisan Tekstur


Batuan batuan dikakis (Skala
Moh)

Obsidian Igneus 74.82 35 ml berkilau Kuku jari Tidak Licin


(5.5) berlapis

Arang Sedimen/ 62.17 28 ml Tidak Kuku jari Berlapis halus,


Enapan berkilau berminy
ak dan
licin.
Phyllite Metamorfik 5.7 5 ml Tidak Duit syiling Berlapis Kilauan
berkilau phyllitic

Jadual 1: Ciri-ciri sampel batu

Mengira ketumpatan

Ketumpatan, p = Jisim, m / Isipadu, v

Mengenal pasti ketumpatan setiap jenis batu


Perkara Jisim (g) Isipadu (cm3) Ketumpatan (g/cm3)
Sampel
Obsidian 74.82 35 74.82
= 2.14
35

Arang 62.17 28 62.17


= 2.22
28
Phyllite 5.7 5 5.7
−= 1.14
5
Jadual 2: Ketumpatan sampel batu
Perbincangan

Setiap batu-batuan yang terdapat di lapisan dan permukaan bumi lapisan


adalah berbeza di antara satu dengan yang lain. Perbezaan in termasuklan corak,
bentuk, rupa, warna, ketelusan air mahupun kekuatannya menahan kuasa hakisan
serta luluhawa. Batu-batan ini menjadi asas bagi tanah-tanah dan sedikit
sebanyaknya menentukan jenis tumbuh-tumbuhan dan penggunaan tanah-tanah di
sesuatu kawasan. Oleh itu, amat wajarlah untuk mengetahui batu-batuan yang
terdapat di sekeliling kita.

Kumpulan kami telah menjalankan eksperimen untuk mengenal pasti batuan


dan ciri fizikalnya. Kami mengumpul dan mengenal pasti sampel jenis-jenis batuan
yang terdapat di makmal batu. Berdasarkan pemerhatian dan data-data yang
dikumpul, terdapat 3 jenis batuan yang dapat kumpulan kami kenal pasti iatu batu
igneus, batu sedimen dan batu metamorfis. Kami telah memilih sebiji batu untuk
mewakili setiap jenis batu masing-masing.

Pemerhatian ini dilakukan dengan menggunakan beberapa alat dan radas


seperti kanta pembesar, alat penimbang, bikar, silinder penyukat dan benang. Jisim
batu telah diukur menggunakan penimbang elektronik manakala isipadu batu diukur
dengan menggunakan sesaran air. Bikar telah digunakan untuk mengukur isipadu
sampel batu. Bacaan awal diambil dengan memasukkan air ke dalam bikar terlebih
dahulu. Setelah bacaan air diambil, barulah batu dimasukkan. Ini adalah untuk
memastikan keseluruhan batu tenggalam. Kemudian, batu dikeluarkan dari bikar dan
bacaan akhir telah diambil. Isipadu batu dapat diperoleh dengan mengambil bacaan
awal menolak bacaan akhir batu. Ketumpatan batu akan dapat diperolehi.

Seterusnya, kami menguji kekerasan batu. Hakikatnya, kekerasan batu ialah


kekerasan mineral yang menjadi unsur dan pembentukan batu itu. Kekerasan batu
boleh diuji dengan menggunakan beberapa alat seperti duit syiling, kepingan logam,
kuku jari dan Jubin seramin yang berwarna putih. Kekerasan sesuatu batan diukur
dengan menggunakan Skala Mohs. Skala Mohs 1-2 adalah batu yang paling lembut,
didapati tidak boleh dicalarkan oleh kuku jari. 3-5.5 tidak dapat dicalarkan oleh pisau
besi tetapi boleh dicalarkan oleh kuku jari tangan dan Jubin seramik. Kekerasan
batuan dalam skala Mohs 6-7 dapat dicalarkan oleh kaca dan besi.
Batu Obsidian merupakan jenis batu igneus. Pembentukan batu obsidian
berlaku akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi.
Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak mempunyai lapis dan tidak mengandungi
fosil. Batuan igneus juga sangat keras lagi kukuh serta berkilat. Ia mempunyai
kekerasan 5.5, iaitu boleh dicalar dengan kuku jari tangan tetapi tidak boleh dicalar
dengan menggunakan pisau besi.

Penggunaan obsidian pertama oleh orang mungkin berlaku apabila sekeping


tajam obsidian digunakan sebagai alat pemotong. Mereka kemudian mendapati cara
untuk memecahkan obsidian untuk menghasilkan alat pemotong dalam pelbagai
bentuk. Obsidian dapat digunakan untuk membuat pisau, anak panah, mata lembing,
pengikis dan alat atau senjata lain.

Selain itu, Obsidian adalah batu permata yang popular. Ia sering dipotong
menjadi manik-manik dan cabochon dan dibentuk serta digilap menjadi manik yang
sangat mencerminkan. Obsidian juga digunakan dalam membuat double opal dan
triple opal. Kepingan nipis atau cip opal terpaku pada kepingan nipis obsidian untuk
membuat batu komposit. Obsidian hitam menyediakan latar belakang yang murah dan
kontras warna yang menjadikan api warna-warni opal lebih jelas. Ia juga menambah
jisim dan kestabilan kepada opal yang memudahkan memotongnya.

Gambar 3: Obsidian Hitam bagi


kegunaan pembentukan Douple atau
Gambar 2: Rantai Obsidian
Triple Opal
Gambar 4: Batu Arang

Batu arang merupakan jenis batu enapan. Ia merupakan batu sedimen organik
yang terbentuk dari pengumpulan dan pemeliharaan bahan-bahan tumbuhan. Batu
arang adalah batu yang mudah terbakar dan, bersama-sama dengan minyak dan gas
asli, ia adalah salah satu daripada tiga bahan api fosil yang paling penting. Batu arang
mempunyai pelbagai kegunaan, penggunaan yang paling penting adalah untuk
penjanaan elektrik. Arang batu bituminus biasanya batuan sedimen yang berlapis dan
merupakan jenis arang batu yang paling banyak. Arang batu bitumen dibentuk apabila
batu bata sub bitumen tertakluk kepada peningkatan metamorfosis organik. Arang
batu bitumen sering dirujuk sebagai "arang lembut". Walau bagaimanapun, penamaan
ini adalah istilah orang awam dan tidak berkaitan dengan kekerasan batu.

Gambar 5: Batu Phyllite

Di samping itu, batu Phyllite merupakan sejenis batu metamorfik yang


berwarna hitam hingga kelabu. Batuan jenis ini merupakan hasil dari proses metamorf
bergred rendah yang dibentuk dari batuan jenis syal yang telah lama berada pada
kedalaman yang tinggi. Batu ini terbentuk pada suhu dan tekanan yang lebih tinggi
iaitu antara 100°C hingga 800°C dibandingkan dengan batu tulis, tetapi pada suhu
dan tekanan yang lebih rendah apabila dibandingkan dengan sekis. Ia juga lebih keras
daripada batu Obsidian dan batu arang kerana hanya boleh dicalarkan oleh duit syiling
dan ke atas mengikut Skala Moh.

Begitu juga, mineral utama yang terdapat dalam batu Phyllite ialah kuarsa,
serisit mika, dan klorit. Ia mempunyai bentuk yang berlapis akibat kehadiran muskovit
di dalam batuan asalnya. Ia mudah dipecahkan kerana rapuh dan berlapis-lapis.
Antara tempat yang mudah didapati jenis batuan ini ialah di sekitar kawasan Kuala
Abang, Terengganu. Batu ini juga mempunyai pelbagai kegunaan. Antara
kegunaanya termasuklah bertindak sebagai bahan penebat elektrik yang baik dan
tahan terhadap api, bahan dalaman dan luaran untuk lantai dan dinding serta dapat
digunakan dalam pembinaan suatu bangunan.

Kesimpulan

Batuan diklasifikasikan dengan cara mengkaji ciri-ciri mereka, seperti corak,


kekerasan, ketumpatan dan tekstur. Batuan diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu
batu igneus, batu enapan dan batu metamorfik. Batu Obsidian ialah batu igneus, batu
Arang ialah batu enapan manakala batu Phyllite ialah batu metamorfik.
Rujukan

Agroteknologi. (2017). Jenis-jenis dan Proses Pembentukan Batuan. Diperoleh dari


http://agroteknologi.web.id/jenis-jenis-dan-proses-pembentukan-batuan/.
.
Hobart.M. (2012). Obsidian. Diperoleh dari https://geology.com/rocks/obsidian.shtml

Muhammad Danial Machbubi. (2016). Proses Pembentukan Batuan Lengkap.


Diperoleh dari http://www.gerbangilmu.com/2016/06/proses-pembentukan-
batuan-lengkap.html.

Rocksandminerals4u. (2017). Phyllite. Diperoleh dari http://www.rocksandminerals-


4u.com/phyllite.html.

SoftUsvista. (2018). Bandingkan batu. Diperoleh dari http://rocks.comparenature.com-


/id/sekis-vs-phyllite/comparison-11-38-0.

Wan Zuhairi Wan Yaacob (2004). Jenis-jenis batuan. Diperoleh dari http://pkukmwe
b.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/intranet/stag1072/notes/malay/k4_batuan.pdf.

You might also like