You are on page 1of 10

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat ilahi dengan


limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan
penuh jayanya.

Saya ingin memberi sepenuh penghargaan kepada Encik Mohd. Yusoff bin
Shamsuddin selaku pensyarah Pengenalan Kebudayaan dan Kesusasteraan ( BMM
1024 ), atas kesudian beliau membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya
sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
ibu bapa yang telah banyak membantu saya dari segi kewangan mahupun dorongan
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang telah dapat saya
rungkai semasa menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan


yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan
ini kerana segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah dihargai dan tanpa
bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

1
1.4 SINOPSIS

Dalam penulisan esei ini, konsep budaya dan masyarakat akan dikenal pasti
mengikut takrifan tokoh budayawan dan ilmuan yang terkenal. Selain itu, konsep
tersebut juga akan dianalisis dari sudut politik, sosial dan ekonomi dengan
menerapkan unsur kebudayaan Melayu dalam setiap aspek.

Dari aspek politik, saya menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai tiga unit
politik yang tertinggi. Kemudian, saya menerangkan tentang agama serta
kepercayaan atau lebih dikenali sebagai pantang larang masyarakat Melayu dalam
aspek sosial. Dalam aspek ekonomi pula, saya menjelaskan tentang aktiviti
masyarakat Melayu dahulu yang terkenal iaitu aktiviti sara diri.

2
2.1 PENGENALAN

Budaya terhasil apabila manusia melakukan sesuatu perkara dengan


berulang kali. Gaya kehidupan tersebut dikenali sebagai budaya. Budaya dapat
dikategorikan kepada dua jenis iaitu budaya material dan budaya bukan material.

Budaya akan menunjukkan identiti sesebuah masyarakat yang


mengamalkannya. Budaya juga turut diwarisi dari satu generasi kepada satu
generasi. Oleh itu, budaya merupakan aspek penting dalam memenuhi kehendak
masyarakat bagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Masyarakat secara umumnya terdiri daripada kelompok individu yang


mengamalkan satu cara hidup yang tertentu. Mereka saling berhubung dan
mempunyai kepentingan yang sama dan tinggal di tempat yang sama. Perhubungan
mereka boleh terjadi melalui institusi kekeluargaan, pekerjaan dan penempatan.

3
2.2 ISI PENULISAN

KONSEP BUDAYA MENGIKUT TAKRIF TOKOH

Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu buddi dan daya.
Budaya juga merupakan cara hidup sekelompok masyarat yang diwarisi secara
turun-temurun. Menurut Siti Zainon Ismail (2003), beliau menyatakan bahawa
budaya merujuk kepada keseluruhan sistem dan gaya hidup sebuah masyarakat.

Selain itu, E.B Tylor (1871) mendefinisikan budaya sebagai satu kesatuan
kompleks yang mengandungi kepercayaan, pengetahuan, tatasusila, kesenian, adat
resam, undang-undang dan lain-lain kebolehan manusia sebagai anggota
masyarakat.

Seterusnya, Linton berpendapat bahawa budaya meliputi semua aspek dari


sikap dan pola perilaku serta pengetahuan yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat.

4
KONSEP MASYARAKAT MENGIKUT TAKRIF TOKOH

Secara amnya, masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang ada


dalam sesuatu organisasi. Menurut Rahim Syam dan Norhale (1985), masyarakat
ditakrifkan sebagai individu di dalam satu kelompok manusia yang terdiri daripada
suami, isteri orang tua dan kanak-kanak yang boleh dianggap sebagai asas dalam
masyarakat.

Lucy Mair (1965) dalam bukunya yang bertajuk An Introduction to


Anthropology mengatakan masyarakat sebagai satu gagasan yang berhubung
secara bersama-sama melalui hak dan obligasi yang saling mengiktiraf.

Seterusnya, dalam buku Psikologi Pendidikan karya Atan Long (1982)


berpendapat bahawa sebuah masyarakat terdiri daripada individu yang telah hidup
dengan kebudayaan yang meliputi cara hidup seperti aspirasi, sikap, agama,
kepercayaan, nilai dan ilmu pengetahuan yang telah diwarisi secara turun-temurun.

5
KONSEP BUDAYA DAN MASYARAKAT DARI ASPEK POLITIK

Sistem pemerintahan tradisional berubah sedikit demi sedikit mengikut


peredaran masa berdasarkan fungsi dan peranannya. Sebelum kedatangan British,
sistem politik dibahagikan kepada tiga peringkat. Unit politik tertinggi ialah peringkat
negeri yang diketuai oleh raja, sultan ataupun Yang di Pertuan Besar. Peringkat
daerah pula merupakan unit kedua tertinggi yang diketuai oleh seorang pembesar
daerah. Unit terkecil pula ialah peringkat kampung yang diketuai oleh seorang
penghulu atau penggawa.

Peringkat negeri merupakan unit pentadbiran tertinggi yang mana kuasa


tertinggi dipegang oleh sultan atau raja. Sesiapa sahaja yang didapati bersalah
akibat melanggar undang-undang akan dijatuhkan hukuman bunuh oleh raja atau
sultan. Selain itu, mereka mempunyai keistimewaan tertentu daripada rakyat biasa.
Misalnya, warna kuning, cop mohor, permainan nobat dan penggunaan bahasa
istana.

Seterusnya, peringkat daerah merupakan unit kedua yang terbesar. Untuk


memudahkan urusan pentadbiran, sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa
daerah. Pembesar daerah diberikan surat tauliah oleh sultan sebagai kuasa
mentadbir negeri tersebut. Pembesar daerah juga perlu menunjukkan taat setia
kepada sultan atau raja.

Sama seperti di peringkat daerah, penghulu kebiasannya dicalonkan oleh


pembesar daerah sebelum dilantik oleh sultan melalui surat tauliah. Tugas utama
penghulu adalah menjadi orang tengah antara penduduk dengan pembesar daerah.
Tugas lain pula adalah memungut cukai dan menjaga keamanan kampung,
mengendalikan dan menyelesaikan masalah. Penghulu juga hendaklah sentiasa
menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sutan atau raja.

6
KONSEP BUDAYA DAN MASYARAKAT DARI ASPEK SOSIAL

Terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan sosial. Antaranya ialah
agama dan kepercayaan. Masyakat Melayu sinonimnya dikaitkan dengan agama
Islam. Pandangan dan pemikiran masyarakat Melayu telah berubah akibat
kedatangan Islam. Penyebaran agama Islam ini juga telah mengubah sistem nilai
dan cara berfikir orang Melayu.

Selain itu, segelintir masyarakat Melayu masih lagi mengamalkan adat yang
telah diguna pakai sejak turun-temurun. Antara adat tersebut ialah upacara
persandingan dan larangan semasa membuang air kecil atau besar. Upacara
persandingan sebenarnya berasal daripada adat agama Hindu yang memuja Dewa
Rama dan Dewa Sita. Pasangan pengantin kemudiannya akan diarak dan disanjung
seperti orang-orang Hindu memuja dewa mereka.

Orang tua sering mengingatkan anak-anak muda supaya meminta izin


terlebih dahulu sebelum melalui sesuatu kawasan atau pokok besar. Hal ini
dikhuatiri kemungkinan orang yang tidak meminta izin akan disampuk oleh
penunggu tempat tersebut.

Masyarakat Melayu juga mempunyai kepercayaan yang berkaitan dengan


budaya dan warisan nenek moyang mereka. Kebanyakan kepercayaan ini
diturunkan secara lisan. Kepercayaan merujuk kepada anggapan atau perakuan
sesuatu. Antara kepercayaan yang masih diamalkan sehingga sekarang iaitu jangan
duduk di atas bantal kerana dikhuatiri akan mendapat bisul. Rasionalnya daripada
kepercayaan itu adalah supaya bantal tidak pecah atau koyak. Seterusnya, anak
dara pula ditegah supaya tidak menyanyi di dapur. Hal ini menyebabkan mereka
akan berkahwin dengan orang tua. Sebenarnya, pantang larang ini adalah untuk
mengelakkan makanan menjadi hangus kerana leka menyanyi.

7
KONSEP BUDAYA DAN MASYARAKAT DARI ASPEK EKONOMI

Bagi masyarakat Melayu yang tinggal di desa, kebanyakan mereka


menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Kegiatan ekonomi yang popular
dalam kalangan masyarakat Melayu berbentuk ekonomi sara diri seperti aktiviti
bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan.

Terdapat dua jenis padi utama iaitu padi sawah dan padi huma. Padi sawah
biasanya ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah manakala padi
huma ditanam di kawasan tanah tinggi. Kawasan penanaman padi utama ialah di
Kelantan, Kedah, Perlis dan Pahang. Kincir air, terusan dan empangan merupakan
kaedah pengairan untuk tanaman padi.

Aktiviti menangkap ikan merupakan aktiviti utama masyarakat Melayu yang


menetap di laut, sungai dan tasik. Mereka menggunakan peralatan seperti bubu,
lukah, serkap, jala dan kelong. Aktiviti tangkapan ikan hanya tertumpu di kawasan
sawah padi, sungai dan tasik apabila tiba musim tengkujuh.

Masyarakat Melayu juga melakukan kegiatan sampingan iaitu memungut


hasil hutan seperti rotan, cengal, damar, buluh dan rotan. Kegiatan ini lebih dikenali
sebagai meramu dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional. Hasil ini boleh
dijadikan perabot untuk dijual.

8
2.3 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, kebudayaan dan kehidupan memang tidak dapat


dipisahkan. Kebudayaan juga diwarisi secara turun-temurun oleh sesebuah anggota
masyarakat. Lazimnya, kebudayaan sesuatu masyarakat berbeza bagi masyarakat
lain. Hal ini menyebabkan para pengkaji menggunakan pelbagai istilah seperti
akomodasi, akulturasi dan asimilasi budaya.

Berdasarkan huraian di atas, kebudayaan Melayu masih lagi wujud dalam


tiga aspek utama iaitu politik, sosial dan ekonomi. Oleh itu, sebagai masyarakat
Melayu, kita seharusnya mengekalkan kebudayaan yang sedia ada agar generasi
akan datang dapat melihatnya.

9
3.1 BIBLIOGRAFI

BUKU

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Wan Zalina Wan Othman, Ratna Laila

Shahidin. (2014). Kebudayaan Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia

Zulkifly Muda. (2009). Hubungan Sosial. Selangor: PTS Publications.

INTERNET

https://www.scribd.com/document/112544884/Kebudayaan-Melayu-Full

http://dr-suparyanto.blogspot.my/2011/05/konsep-masyarakat.html

10

You might also like