You are on page 1of 1

Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi
Ketua Negara. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Tuanku Muhammad V


atau nama sebenar baginda ialah Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan
Ismail Petra yang merupakan Sultan bagi Negeri Kelantan. Baginda memegang
jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016
bagi tempoh 5 tahun apabila baginda dilantik secara rasminya melalui
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-243 (Khas) pada 14 Oktober 2016 di
Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu, Kelantan dan di


Kuala Lumpur, seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989
sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St.
Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan


dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan
keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506
Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat). Sekian , terima
kasih.

You might also like