You are on page 1of 3

1.

0 Sejarah perkembangan permainan bola sepak

Persamaan dan ciri-ciri permainan bola sepak ini telah wujud di negeri China sejak abad ke-
3 S.M ( Kementerian Pelajaran Malaysia, t.t). Permainan ini bermula pada zaman
pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar China telah menggunakan bola yang
diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal. Latihan tersebut dikenali sebagai ‘Tsu Chu’.

Selain itu, permainan daripada Greek iaitu “ episkyros” turut mempunyai persamaan
dengan permainan daripada Rom. Permainan ini memerlukan dua pasukan dan sebiji bola
kecil serta dikehendaki untuk bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat.
Padang tersebut hendaklah ditandakan garisannya. Antara objektif permainan ini adalah
para pemain dikehendaki untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan.
Permainan episkyros ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.

Permainan bola sepak di Amerika Syarikat dikenali sebagai soccer untuk


membezakannya dengan permainan “football” yang lain di sana. Oleh itu, dapat dirumuskan
di sini bahawa bola sepak merupakan sejenis sukan berpasukan yang paling digemari di
seluruh dunia. Tambahan pula, bagi menguruskan permainan ini, Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa atau dikenali sebagai FIFA merupakan satu badan pentadbiran yang
ditubuhkan. Hal ini kerana sebelum tertubuhnya badan pentadbiran ini, permainan bola
sepak dimainkan dengan pelbagai cara terutamanya di sekolah-sekolah di United Kingdom.
Bagi menyeragamkan cara bermain permainan ini, undang-undang dan peraturan awal telah
diperkenalkan. Hal ini bagi memudahkan para pemain untuk memahami peraturan-peraturan
tersebut.

Selanjutnya, Persatuan Bola Sepak England pada tahun 1853 telah ditubuhkan oleh
beberapa kelab bola sepak. Kemudian, persatuan tersebut menggubal satu undang-undang
bola sepak yang formal dan undang-undang inilah yang menjadi Undang-Undang Bola
Sepak yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Pada tahun 1909, Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA) telah menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan dan pada
tahun 1912, FIFA menerima pasukan dari Argentina dan Chile. Kemudian, diikuti oleh
pasukan dari Amerika Syarikat pada tahun 1913. FIFA mempunyai perancangan untuk
mengadakan pertandingan pada peringkat antarabangsa namun, terpaksa ditangguhkan
akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA) pada 1 Mac 1921. Pada tahun 1928, beliau telah merancang untuk
mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan diluluskan. Menurut Jules,

8
pemenang kejohanan tersebut akan diberikan trofi dan diumumkan sebagai juara. Oleh itu,
seorang pengukir Perancis iaitu Abel Lafleur dipertanggungjawabkan dalam mencipta trofi
kejohanan yang pertama. Trofi tersebut dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Berdasarkan
keputusan dalam kongres pertama yang berlangsung di Barcelona, Uruguay telah dipilih
sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.

Buat julung kalinya, kejohanan pertaama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay


pada 18 Julai 1930. Kejohanan tersebut diadakan di Montevideo yang mempunyai tiga
gelanggang. Pada perlawanan akhir, pasukan Uruguay selaku tuan rumah muncul sebagai
juara selepas menewaskan Argentina dengan mata 4-2.

Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua, Piala Dunia telah terhenti. Sepanjang
Jules Rimet menyandang tugas sebagai presiden selama 33 tahun, beliau telah
menunjukkan usaha yang gigih dalam menguruskan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA). Hal ini dapat dilihat apabila FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia.
Setelah Jules Rimet meninggal dunia, jawatannya disandang oleh Rodolphe William
Seeldrayers pada tahun 1958. Kejohana piala dunia diadakan secara berselang-seli di
benua Eropah dan Amerika Selatan berdasarkan kepada keputusan FIFA. Ernst B.
Thommen selaku Penganjur Jawantankuasa Pertandingan bertanggungjawab dalam
menyelia operasi FIFA bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous
dilantik sebagai Presiden FIFA yang keenam. Antara sumbangan beliau adalah menambah
keahlian baru dan menyiarkaan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia
(Husin Deraman, Megat Ahmad Kamaluddin dan Shukor Ab. Samad, 2017).

Berdasarkan kepada sejarah perkembangan permainan ini, dapat dilihat bahawa


bola sepak telah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan merupakan sukan yang
paling popular di dunia.

8
3.0 Rujukan

Husin Deraman, Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud Rahmad dan Shukor Ab. Samad.
(2017). Pelaksanaan pengurusan pasukan bola sepak untuk program sukan prestasi
tinggi sekolah Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5 ,(2) : 55 – 65.

Kementerian Pelajaran Malaysia. ( tanpa. tahun). Modul latihan sukan untuk guru penasihat
kelab sukan sekolah. KPM: Kuala Lumpur.

You might also like