You are on page 1of 12

ISSN 2180-3684 • Bil 10/14

KKDN: PP 16897/05/2013 (032581)

RAKAN
KEWANGAN
ANDA
OKTOBER 2014

Kereta Baharu
Vs
Kereta Terpakai?
Sidang
Redaksi Kereta Baharu Vs
Penasihat
Datuk Dr. Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA
Kereta Terpakai?
Ketua Sidang Pengarang
Dato’ Paul Selva Raj
Editor
Mohd Yusof bin Abdul Rahman
Sidang Pengarang
Siti Rahayu binti Zakaria
Santhosh Kannan
Ringgit merupakan penerbitan usaha
sama di antara Bank Negara Malaysia
dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap
bulan. Untuk memuat turun Ringgit
dalam format “PDF“, sila layari laman
sesawang www.fomca.org.my dan
www.bnm.gov.my

Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna Malaysia
No. 4, Jalan 1/22A
47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7876 2009
Faks : 03-7877 1076
E-mel : fomca@fomca.org.my
Sesawang: www.fomca.org.my
Kereta telah menjadi suatu keperluan untuk semua orang pada masa ini,
Bank Negara Malaysia
terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga. Ramai pengguna muda
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur yang teruja untuk membeli kereta sebaik sahaja mendapat pekerjaan.
Tel :03-2698 8044 Namun begitu, adakah anda pernah memikirkan sama ada anda perlu
Faks : 03-2174 1515 membeli kereta baharu atau kereta terpakai?

Diurus terbit oleh: Keputusan untuk membeli kereta ini wajar ditimbangkan dengan
Pusat Penyelidikan dan
Sumber Pengguna (CRRC) sebaiknya. Tidak perlu terlalu ghairah apabila melihat model kereta
No. 4, Jalan 1/22A keluaran baharu tanpa memikirkan komitmen yang bakal ditanggung
47300 Petaling Jaya kelak.
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7875 2392
Faks : 03-7875 5468 Berikut ialah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum membuat
E-mel : info@crrc.org.my keputusan membeli kereta:-
Sesawang: www.crrc.org.my

Dicetak oleh:
Langkah 1: Baharu vs Terpakai
Percetakan Asas Jaya Persoalan yang perlu difikirkan adalah yang mana satu paling ekonomi?
(M) Sdn Bhd Apakah kos-kos yang terlibat sekiranya anda membeli kereta baharu atau
No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2 terpakai? Kereta terpakai mempunyai nilai yang tinggi sekiranya pemilik
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong Jaya terdahulu kerap melakukan penyelenggaraan dan menjaga keadaan
Selangor Darul Ehsan kenderaan dengan baik.

Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak Anda boleh mempertimbang soalan-soalan berikut sebelum membuat
semestinya mencerminkan pendirian dan
dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. keputusan:
Ia merupakan pendapat penulis sendiri.
1. Adakah anda mempunyai beberapa model kereta dalam fikiran anda?
Atau adakah anda tidak memilih mana-mana jenama atau jenis

2 • Ringgit
kenderaan yang ingin dibeli asalkan ia dalam Langkah 3: Bayaran pendahuluan
keadaan yang baik?
2. Berapakah bajet anda untuk menampung kos-kos Kebiasaannya pembayaran pendahuluan untuk
dan pembiayaan kereta, sama ada kereta baharu kedua-dua kenderaan baharu dan terpakai adalah
atau terpakai? sebanyak 10%. Namun begitu, terdapat pengeluar
3. Apakah ciri-ciri dan aspek paling penting untuk kereta yang mengecualikan pendahuluan ini.
anda memiliki kereta? (Warna, ruang yang
selesa, penjimatan petrol dan sebagainya) Perniagaan kereta terpakai tidak menawarkan
4. Berapa lamakah anda bercadang untuk pinjaman penuh kerana pihak bank tidak mahu
menggunakan kereta tersebut? menanggung risiko yang besar pada kereta terpakai.
Hal ini disebabkan kontrak sewa beli sangat berisiko
Apabila membuat keputusan, anda perlu melihat dan ada beberapa bank yang tidak menyediakan
bajet serta kos-kos yang berkaitan, seperti petrol, pinjaman untuk kereta terpakai. Kereta terpakai
bayaran letak kereta, kos penyelenggaraan, insurans tidak mempunyai jaminan. Oleh itu, anda perlu
dan paling penting adalah kemampuan anda untuk memastikan kenderaan terpakai tersebut mendapat
membayar balik pinjaman. Sebaik sahaja anda telah surat kebenaran dan telah menjalani pemeriksaan
memutuskan model kereta yang anda inginkan, PUSPAKOM.
langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan
pinjaman kereta. Beberapa syarikat perniagaan menawarkan tiada
bayaran pendahuluan, dan pinjaman meliputi
Langkah 2: Pinjaman Kereta sehingga 90% daripada kos untuk membeli kereta
baharu. Walaupun ia nampak seperti satu kelebihan,
Kadar faedah bagi kereta terpakai biasanya lebih namun anda perlu bijak merancang. Kereta baharu
tinggi berbanding kereta baharu. Anda perlu membuat juga dijamin waranti dan boleh mengurangkan kos
kajian terhadap kadar faedah yang ditawarkan penyelenggaraan anda. Walau bagaimanapun,
oleh pihak bank. Bandingkan juga dengan tempoh apabila memiliki kenderaan baharu, sebaik-baiknya
pinjaman yang ingin diambil. Sesetengah syarikat anda tidak menjualnya dalam tempoh masa terdekat.
kereta menjalinkan kerjasama dengan bank-bank Hal ini disebabkan kereta baharu akan mengalami
untuk menawarkan kadar faedah yang terbaik bagi susut nilai sekurang-kurangnya 10% pada tahun
pinjaman kereta baharu. Gunakan hak anda untuk pertama.
membuat pilihan.
Berikut adalah jadual pengiraan sewa beli:-

Harga kereta (RM) 55,000 55,000 55,000 55,000


Kadar faedah (kadar sama
5% 5% 5% 5%
rata)
Bayaran pendahuluan 10% 10% 30% 30%
Tempoh pinjaman (tahun) 5 7 5 7
Pengiraan
Bayaran pendahuluan (RM) 5,500 5,500 16,500 16,500
Pinjaman Diambil (RM) 49,500 49,500 38,500 38,500
Jumlah Faedah (RM) 12,375 17,325 9,625 13,475
Jumlah pinjaman (Pokok +
61,875 66,825 48,125 51,975
Faedah) (RM)
Asuran bulanan (RM) 1,031 796 802 619

Sumber: Buku Power, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit


(AKPK)

Langkah 4: Kos susut nilai


Salah satu kelemahan utama membeli sebuah kereta
baharu adalah ia akan mengalami susut nilai lebih

Ringgit • 3
tinggi dalam beberapa tahun pertama. Susut nilai tetap > Margin pembiayaan lebih tinggi.
akan berlaku walaupun anda seorang yang sangat > Kadar faedah lebih rendah.
teliti dan cermat dalam penjagaan kereta. > Tempoh pinjaman lebih panjang.

Contoh carta kos bagi sebuah kereta tempatan, kereta Keburukan


import dan terpakai serta jumlah susut nilai dalam > Harga lebih tinggi.
tempoh 5 hingga 6 tahun. > Susut nilai tinggi – sekurangnya 10 % dalam
tahun pertama. Oleh itu kerugian lebih
Pengiraan kos bagi kereta tempatan baharu dan tinggi akan dialami apabila kenderaan dijual
terpakai semula.
> Premium insurans lebih tinggi.
Tahun Keluaran Jenis Kereta Jumlah
> Kos kewangan lebih tinggi sepanjang tempoh
BARU 2008 (Harga
Proton Saga BLM (Auto) RM37,998 pinjaman.
Jualan pada 2008)
TERPAKAI 2008 (Dijual
Proton Saga BLM RM19,500
pada 2014)
Peratus Susut Nilai 48.2% Kereta Terpakai
Pengiraan kos bagi kereta import baharu dan terpakai Kebaikan
Tahun Keluaran Jenis Kereta Jumlah > Biasanya lebih murah.
BARU 2008 (Harga > Lebih mampu milik.
BMW 320i Sports RM245,800
Jualan pada 2008) > Boleh dibeli secara tunai dan memudahkan
TERPAKAI 2008 (Dijual pengguna.
BMW 320i Sports RM118,800
pada 2014) > Premium insurans lebih rendah.
Anggaran peratus Susut nilai 51.7%
Keburukan
*Harga diperoleh dalam talian dan adalah tepat pada masa
• Ciri
penyelidikan dilakukan oleh Michelle Brohier, penulis Ringgitplus.
Harga kereta terpakai berbeza berdasarkan pengedar dan keadaan > Kurang pilihan.
kereta
• Kebolehpercayaan
Merujuk jadual di atas, kedua-dua kereta mengalami > Sejarah latar belakang yang tidak pasti.
susut nilai mengikut peratusan yang berbeza. Anda > Kos penyelenggaraan lebih tinggi.
perlu bijak membuat keputusan setelah meneliti carta > Tanpa jaminan.
di atas. > Pemeriksaan PUSPAKOM.

• Kewangan
Sebagai panduan, anda boleh merujuk perbandingan > Mungkin agak sukar diperoleh.
kebaikan dan keburukan membeli kereta baharu dan > Margin pembiayaan lebih rendah.
terpakai:- > Kadar faedah lebih tinggi.
> Tempoh pinjaman lebih singkat.
Kereta baharu
Sumber: Buku Power, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
Kebaikan (AKPK)
• Ciri
> Lebih banyak pilihan untuk memenuhi
keperluan anda (jenama, warna, spesifikasi).
Yang manakah pilihan anda?
> Teknologi terkini (hybrid).
Pilihan terletak di tangan anda. Kedua-dua kereta
> Keselamatan (penggera, ABS, beg udara).
baharu dan terpakai mempunyai pro dan kontra
• Kebolehpercayaan seperti yang ditunjukkan sebelum ini. Segelintir
> Tidak perlu bimbang tentang sejarah latar daripada anda lebih menyukai kereta lama daripada
belakang. yang baharu. Buat keputusan berdasarkan bajet anda.
> Kos penyelenggaraan rendah. Paling penting, anda mampu membuat bayaran balik
> Tempoh jaminan lebih panjang. pinjaman.

• Kewangan Sumber: Olahan daripada artikel Michelle Brohier, penulis


Ringgitplus dan Buku Power, Agensi Kaunseling dan Pengurusan
> Mudah diperoleh.
Kredit

4 • Ringgit
Kepentingan
membuat
Perjanjian
Penyewaan
Perjanjian penyewaan biasanya dilakukan antara mempunyai perjanjian penyewaan yang sah,
pihak pemilik dengan penyewa. Menyewakan aset maka perjanjian ini boleh dijadikan sebagai bukti
seperti rumah kepada orang lain ada risikonya, pendapatan tambahan bagi menyokong permohonan
terutama apabila penyewa tidak menepati tarikh pinjaman anda dengan pihak bank. Ia merupakan satu
bayaran sewa bulanan dan tidak menjelaskan bil-bil kelebihan kepada pemilik.
utiliti. Rungsing dengan aset yang disewakan, maka
anda boleh menyediakan perjanjian penyewaan
supaya kepentingan kedua-dua belah pihak dapat 4. Melindungi hak pemilik
persetujui secara bersama.
Perjanjian penyewaan perlu mempunyai klausa yang
melindungi pemilik rumah, seperti pemilik berhak
Kepentingan mempunyai perjanjian penyewaan
menuntut bayaran sewa tertunggak kepada penyewa,
adalah seperti berikut:-
pemilik rumah boleh memfailkan saman pengusiran
di mahkamah dengan perjanjian sebagai bukti.
1. Menetapkan kadar sewaan dan tempoh Sebarang pertikaian antara pemilik dan penyewa
boleh dirujuk kepada kontrak penyewaan.
kepada penyewa
Perjanjian penyewaan juga memberikan hak kepada
Dengan perjanjian ini, pemilik perlu mengikut
pemilik untuk melucut hak deposit sekiranya berlaku
dokumen perjanjian dan tidak boleh menaikkan kadar
kerosakan harta benda. Hak untuk kehilangan
sewa dalam tempoh perjanjian. Secara tidak langsung
deposit juga memastikan penyewa mematuhi tempoh
perjanjian ini juga melindungi hak penyewa.
pembiayaan, sekiranya penyewa berpindah secara
tiba-tiba tanpa notis.
2. Melindungi Deposit Penyewa
Perjanjian juga penting sebagai bukti bahawa
5. Anda tidak memerlukan Kontrak
penyewa telah membayar sejumlah deposit kepada Penyewaan sekiranya
pemilik. Deposit itu akan dikembalikan kepada
penyewa setelah tamat tempoh sewaan. Tanpa Terdapat beberapa sebab kerana tidak mempunyai
perjanjian, pemilik boleh menafikan sebarang urus kontrak penyewaan.
niaga yang telah berlaku pada masa lalu.
Tempoh sewaan jangka pendek seperti 3 hingga
Di samping itu, perjanjian penyewaan juga 6 bulan. Biasanya penyewa mendapatkan rumah
menggariskan secara jelas tentang tanggungjawab sewa untuk jangka pendek, seperti menunggu untuk
pemilik dan penyewa sepanjang tempoh sewaan. pengubahsuaian rumah atau bekerja sementara di
sesuatu tempat.

3. Memberi kelebihan kepada pemilik Anda dinasihatkan untuk menyediakan perjanjian


sewaan dengan penyewa agar hak anda dan penyewa
Salah satu kriteria yang digunakan oleh bank-bank dapat dilindungi.
utama untuk mengakses kredit seseorang adalah
melalui pendapatan individu. Sekiranya pemilik Sumber: Diolah daripada artikel loanstreet.com.my

Ringgit • 5
Melabur untuk
Pertumbuhan atau
Pendapatan?
“Bagi menentukan saham mana
satu yang sesuai, anda perlu menilai
kedudukan dan menetapkan matlamat
kewangan anda terlebih dahulu.”

Bagi pelabur-pelabur saham, soalan lazim yang saham ini. Hal ini disebabkan ia sensitif kepada
selalu bermain dalam fikiran ialah “Patutkah saya perubahan kadar tersebut. Apabila kadar faedah
melabur untuk pertumbuhan atau pendapatan?” naik, atau jika kadar hasil dividen sesuatu saham itu
Sebelum membuat keputusan, seorang pelabur perlu kekal, ataupun turun pada tahap yang lebih rendah
memahami perbezaan antara saham pendapatan dan berbanding kadar faedah yang ditawarkan oleh
saham pertumbuhan. instrumen pelaburan yang lain (seperti simpanan tetap
ataupun bon korporat), maka harga saham ini mungkin
Apa sebenarnya saham pendapatan turun. Selain itu, sekiranya kadar inflasi naik dan kadar
hasil dividen sesuatu saham itu dikekalkan setiap
(income stock)? tahun, hakikatnya, dividen sebenar yang diperolehi
adalah lebih rendah.
Saham pendapatan ialah saham yang membayar
dividen. Tujuan memiliki saham pendapatan ialah
untuk mendapatkan dividen tinggi secara konsisten,
iaitu sebagai sumber pulangan semasa dan bukannya Bagaimana pula dengan saham
untuk mengharapkan naik nilai harga saham anda. pertumbuhan (growth stock)?
Harga saham pendapatan lazimnya kurang meruap
(volatile) berbanding saham-saham lain yang Berbeza dengan saham pendapatan, saham
didagangkan di pasaran saham. Oleh itu, apabila pertumbuhan membayar dividen yang minimum
pasaran menurun, harga saham-saham pendapatan ataupun tidak membayar dividen langsung.
akan mengalami penurunan harga yang perlahan Sebaliknya, saham pertumbuhan menawarkan potensi
kerana para pelabur akan mengekalkan pegangan pertumbuhan yang tinggi. Ia biasanya mempunyai
saham mereka selagi syarikat membayar dividen. kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding
kadar pertumbuhan purata (lazimnya dua angka),
Saham-saham seperti ini kurang terjejas disebabkan untuk tiga tahun berturut-turut . Kebanyakan syarikat
oleh kitaran perniagaan, iaitu produk dan perkhidmatan pertumbuhan yang berpotensi terlibat dalam industri
yang ditawarkan syarikat masih tetap diperlukan yang sedang berkembang pesat, seperti syarikat-
pengguna walaupun keadaan ekonomi kurang baik. syarikat teknologi maklumat dan teknologi bio.
Ini termasuklah saham syarikat berkaitan kemudahan Syarikat-syarikat ini selalunya mendahului pasaran
awam, makanan dan keperluan harian yang lain. Ini ataupun mempunyai potensi untuk mendahului
bererti, saham syarikat yang menawarkan produk dan pasaran. Antara ciri-ciri utama syarikat-syarikat ini
perkhidmatan sebegini berisiko rendah. ialah kos penyelidikan dan pembangunan mereka
yang tinggi berbanding pendapatan mereka. Selain
Walau bagaimanapun, anda perlu memantau kadar itu, syarikat-syarikat yang kukuh dalam bidang
faedah dan inflasi apabila melabur dalam saham- pasaran tertentu ataupun syarikat-syarikat yang

6 • Ringgit
mempunyai halangan kemasukan yang tinggi juga
tergolong dalam kategori ini.

Walau bagaimanapun, melabur dalam saham


pertumbuhan mempunyai risiko tersendiri. Oleh sebab
potensi pertumbuhan ialah sesuatu yang belum terjadi
dan persekitaran perniagaan sentiasa berubah-ubah,
maka syarikat-syarikat ini juga menanggung risiko
yang lebih tinggi apabila produk dan perkhidmatan
mereka gagal mengikuti perkembangan semasa
dalam pasaran mereka.

Jadi, mana satu yang patut dipilih?


Sekarang, anda sudah mempunyai pemahaman
asas mengenai saham pendapatan dan saham
pertumbuhan serta perbezaan antara kedua-
duanya. Persoalannya yang mana satukah saham
yang perlu dipilih? Bagi menentukan saham mana
satu yang sesuai, anda perlu menilai kedudukan
dan menetapkan matlamat kewangan anda terlebih
dahulu. Secara amnya, sekiranya anda tergolong
dalam kategori berikut, saham pendapatan lebih
sesuai untuk anda kerana risikonya lebih rendah dan
lebih mudah dijangka:
• Anda inginkan pendapatan yang tetap daripada
Pendapat berikut mungkin tidak sama dengan
pasaran saham untuk menampung perbelanjaan
pandangan umum, tetapi bukan semua syarikat
anda; atau
dalam industri terbaru dan terkini merupakan pilihan
• Anda hampir bersara dan bergantung kepada pelaburan yang baik. Jangan melabur dalam saham
pendapatan daripada pasaran saham untuk syarikat teknologi bio semata-mata kerana orang
mengekalkan taraf kehidupan anda; atau ramai mengatakan ia bagus dan mereka juga melabur
• Anda baru sahaja hendak mula melabur dalam dalam syarikat itu. Sentiasa ingat bahawa anda perlu
pasaran saham. memahami perniagaan syarikat yang anda pilih dan
bagaimana syarikat tersebut mengaut keuntungannya.
Manakala, saham pertumbuhan sewajarnya menjadi Hal ini disebabkan oleh saham pertumbuhan biasanya
pilihan anda jika: berisiko tinggi kerana ketidakpastian dalam potensi
• Anda mempunyai sejumlah wang dan ingin perniagaan syarikat. Pastikan anda membuat
melabur untuk jangkamasa panjang bagi kajian terlebih dahulu agar dapat mengurangkan
memperoleh kenaikan modal. kemungkinan anda kehilangan wang.

Tujuan utama melabur ialah untuk membuat wang,


tidak kira sama ada ia membayar pendapatan dividen
Pastikan anda mengenali saham
ataupun untung modal. Walau bagaimanapun, anda
syarikat yang dilaburkan seharusnya membina portfolio berdasarkan keperluan
peribadi – iaitu sama ada anda memerlukan wang
Membeli saham sesebuah syarikat secara tidak untuk jangka masa pendek atau anda hendak
langsung bermakna anda memiliki sebahagian mengumpul kekayaan dalam jangkamasa panjang.
daripada perniagaan syarikat tersebut. Sekiranya Anda juga boleh mencuba untuk menggabungkan
anda yakin ia berpotensi tinggi dan memiliki asas/ kedua-dua jenis saham dalam portfolio pelaburan dan
fundamental yang kukuh, maka anda perlu percaya menilai keuntungannya secara keseluruhan.
kepada naluri dan meneruskan niat untuk melabur
dalam syarikat tersebut. Sumber: www.investsmartsc.my

Ringgit • 7
Ruangan Bersama NCCC

Pentingnya
Prinsip Undang-
Undang Lemon

Pernahkah anda mendengar atau membaca tentang kenderaan merupakan yang paling tinggi nilainya serta
istilah ‘Undang-Undang Lemon’ atau ‘Lemon Law’? boleh membahayakan nyawa pengguna kenderaan
Pastinya, ada yang baru kali pertama mendengarnya. dan juga pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu,
Ada pula yang mungkin sudah mengetahui serba Undang-Undang Lemon penting dilaksanakan di
sedikit tentang Undang-Undang Lemon ini, khususnya Malaysia bagi menangani isu kerosakan kereta serta
mereka yang pernah berada di negara-negara yang kemungkinan berlakunya kemalangan akibat daripada
telah melaksanakannya, seperti Amerika Syarikat atau kerosakan tersebut.
Singapura. Bagi yang memahami prinsip Undang-
Undang Lemon, sudah pasti mereka merasakan Statistik Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
undang-undang ini perlu dilaksanakan di Malaysia (NCCC) menunjukkan bahawa aduan sektor automobil
bagi memperkukuh lagi perlindungan pengguna. telah merekodkan nilai aduan yang tertinggi untuk
tahun 2011, 2012 dan 2013 secara berturut-turut.
Undang-Undang Lemon merujuk kepada prinsip yang
boleh diguna pakai dalam mana-mana akta yang Oleh sebab prinsip Undang-Undang Lemon masih
sedia ada, contohnya Akta Perlindungan Pengguna belum wujud di Malaysia, maka jumlah aduan
1999 ataupun Akta Sewa Beli 1967. Ia digunakan berkaitan sektor automobil, khususnya kereta baru,
apabila pengguna membeli sesuatu produk yang semakin meningkat secara mendadak.
kecacatannya tidak dapat dipulihkan, dibaiki ataupun
dikurangkan kerosakannya. Hal ini menyebabkan pengguna terpaksa bergantung
kepada waranti yang diberikan untuk membaiki
Mengapakah ia dipanggil Undang-Undang Lemon? kerosakan yang dialami. Dalam kebanyakan keadaan,
Amerika Syarikat, yang merupakan antara negara waranti yang diberikan ini tidak mencukupi untuk
yang mula-mula memperkenal dan menguatkuasakan memperbaiki kerosakan ataupun kecacatan pada
Undang-Undang Lemon ini, menggunakan istilah kereta tersebut.
Lemon sebagai merujuk kepada pengalaman yang
tidak manis, seperti mengigit ‘terus’ buah lemon yang Singapura merupakan antara negara yang telah
masam rasanya. mengguna pakai prinsip Undang-Undang Lemon.
Sekiranya pengguna di negara tersebut memenuhi
Prinsip Undang-Undang Lemon terpakai kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan, pihak bank
apa sahaja produk pengguna yang mempunyai yang memberikan pinjaman kepada individu yang
jangka hayat melebihi 6 bulan, seperti telefon bimbit, menghadapi masalah dengan kereta yang baru
peralatan elektrik, laptop, komputer, perabot atau dibeli, pegawai bank tersebut akan membantu
kenderaan. Namun, antara semua produk yang untuk mendapatkan pampasan yang sewajarnya
dinyatakan itu, kerosakan ataupun kecacatan pada berdasarkan prinsip Undang-Undang Lemon. Dengan

8 • Ringgit
pelaksanaan Undang-Undang Lemon, pihak bank keyakinan yang tinggi terhadap kualiti dan mutu
wajib meminda kontrak sewa beli dengan pelanggan perkhidmatan syarikat itu.
mereka supaya selari dengan prinsip Undang-
Undang Lemon ini. Tambahan pula, kereta baharu Justeru, pada 14 Oktober 2014 yang lalu, NCCC dan
yang dibeli dengan menggunakan pembiayaan bank Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
adalah menjadi milik bank sehinggalah segala hutang telah mengadakan seminar bertemakan ‘Apabila
dilangsaikan. Kehidupan Memberikan Lemon kepada Anda’.
Tujuan seminar ini adalah untuk memberi kesedaran
Oleh itu, sebagai pemilik kereta tersebut, pihak bank kepentingan prinsip ini dalam perlindungan pengguna.
bertanggungjawab untuk memastikan kereta tersebut Seminar ini juga bermatlamat untuk menganalisis
dalam keadaan yang selamat dan bebas daripada kepentingan dan kesan positif pelaksanaan prinsip
sebarang kerosakan ataupun kecacatan yang boleh Undang-Undang ‘Lemon’ kepada pengguna dan juga
membahayakan nyawa pelanggan mereka. Dengan syarikat pengeluar serta penjual kereta tempatan dan
keadaan seperti ini, pihak bank secara tidak langsung import.
akan bertanggungjawab atas kerosakan ataupun
kecacatan pada kereta apabila Undang-Undang Seminar disampaikan oleh penceramah
Lemon dilaksanakan. berpengalaman dari Persatuan Pengguna Singapura
dan Australia bagi berkongsikan pengalaman
pelaksanaan Undang-Undang ‘Lemon’ di negara
mereka. Turut juga hadir ialah Jabatan Pengangkutan
Jalan Raya, Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia
(MIROS), SGS Malaysia, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Bahagian Undang-undang dari Universiti Islam
Antarabangsa, Persatuan Automobil Malaysia (AAM),
Mazda, Toyota dan Honda.

Walaupun proses pelaksanaan prinsip ini mungkin


mengambil masa agak lama untuk dilaksanakan di
Malaysia, sebagai langkah permulaan, NCCC dan
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
berhasrat pihak-pihak berkepentingan dapat melihat
kepentingan prinsip ini. NCCC juga menyediakan
laman sesawang www.standardsusers.org atau
Kebanyakan negara maju serta mempunyai ekonomi facebook www.facebook.com/standardsusers kepada
yang kukuh telah lama mengamalkan prinsip Undang- pengguna untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
Undang Lemon. Sebagai contoh, Singapura telah prinsip Undang-Undang ‘Lemon’ dan mengalu-alukan
menguatkuasakan prinsip Undang-Undang Lemon maklum balas daripada pelbagai pihak.
dalam Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan
Adil). Begitu juga di Amerika Syarikat, yang telah
melaksanakan prinsip ini sejak tahun 70-an lagi.

Terdapat tanggapan sesetengah syarikat penjual Masalah Kewangan Anda


kereta bahawa mereka akan mengalami kerugian
sekiranya prinsip Undang-Undang Lemon ini Anda boleh menghantarkan masalah
dilaksanakan kerana mereka terpaksa menggantikan berkaitan kewangan anda kepada
kereta yang rosak atau cacat itu dengan kereta yang
ringgit@crrc.org.my
baharu. Tanggapan ini tidak benar kerana dengan
pelaksanaan prinsip Undang-Undang Lemon ini, ia
atau menulis kepada
menyebabkan syarikat penjual kereta lebih sensitif Ruangan Masalah Kewangan Anda,
terhadap perlindungan pengguna. Oleh itu, ia Ringgit,
menyebabkan pengguna lebih gemar untuk memilih No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku
jenama kereta itu kerana pengguna mempunyai 47300 Petaling Jaya, Selangor

Ringgit • 9
Ruangan Masalah Kewangan Anda

Tawaran
Perlindungan
Insurans
melalui
Talian
Baru-baru ini saya telah menerima panggilan daripada sepatutnya mengamalkan etika yang berhemah ketika
wakil sebuah syarikat insurans yang menawarkan membuat pemasaran produk insurans kepada orang
insurans perlindungan kemalangan dan hayat ramai.
dengan bayaran bulanan serendah RM80 sebulan.
Nasihat saya, anda perlu membuat aduan dengan pihak
Syarikat tersebut mendakwa bahawa perlindungan ini
insurans berkenaan dengan menyatakan bahawa anda
merupakan perlindungan tambahan, sekiranya saya tidak bersetuju untuk membeli perlindungan insurans
telah mempunyai perlindungan insurans yang lain. tersebut dan menuntut pihak insurans membatalkan
Setelah mendengar penerangan selama hampir 15 perlindungan tersebut.
minit, saya menyatakan tidak berminat dengan produk
yang ditawarkan. Wakil syarikat cuba memujuk saya Sekiranya pihak insurans gagal menyelesaikan aduan
dengan menyatakan bahawa promosi akan berakhir tuan dengan sewajarnya, anda boleh mengemukakan
dalam minggu tersebut. Tanpa memberikan sebarang aduan kepada Bank Negara Malaysia melalui BNMLINK
persetujuan, saya memutuskan panggilan. atau dengan menulis aduan kepada BNMTELELINK
menerusi alamat berikut:
LINK dan Pejabat Wilayah
Namun begitu, selepas dua minggu saya terkejut
Bank Negara Malaysia
kerana menerima surat daripada syarikat insurans Jalan Dato’ Onn
berkenaan dengan pakej insurans seperti yang 50480 Kuala Lumpur
dinyatakan dan meminta saya menjelaskan bayaran. E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Saya telah menghubungi syarikat insurans berkenaan
dengan menyatakan saya tidak pernah bersetuju Bank Negara Malaysia merupakan badan yang
untuk membeli produk yang ditawarkan dan meminta mengawal selia institusi kewangan dan syarikat-syarikat
membatalkan perlindungan tersebut. Adakah wajar insurans di Malaysia. Setelah aduan anda direkodkan
pihak syarikat insurans berkenaan menjadikan saya dalam sistem Bank Negara Malaysia, mereka akan
sebagai pelanggan pakej tersebut serta meminta menjalankan siasatan berdasarkan aduan anda.
bayaran walaupun saya tidak setuju? Apakah nasihat
Syarikat insurans tersebut atau ejennya perlu diambil
tuan mengenai perkara ini. Terima kasih. tindakan kerana menjual polisi insurans secara yang
Terima kasih. menyalahi undang-undang dan tidak beretika.
Jawapan:
Oleh kerana isu ini juga berunsurkan isu perlindungan
Pihak insurans tersebut tidak wajar menjadikan anda data peribadi, anda boleh membuat aduan di Jabatan
sebagai pelanggan pakej insurans itu dan menuntut Perlindungan Data Peribadi di bawah Kementerian
bayaran kerana anda tidak bersetuju membeli produk Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Namun anda
tersebut. Perkara seumpama ini juga sering berlaku harus memastikan sepenuhnya bahawa anda tidak
melalui SMS, iaitu pihak syarikat insurans menawarkan pernah memberi kebenaran kepada pihak insurans
perlindungan insurans seperti yang anda terangkan di yang menghubungi anda itu dengan apa jua cara sekali
atas tadi. Etika perniagaan seperti ini tidak sepatutnya pun. Jika didapati bersalah, pihak yang berkenaan akan
berlaku dan syarikat insurans sepatutnya memantau dikenakan hukuman sewajarnya berdasarkan Akta
etika penjualan yang diamalkan. Syarikat insurans Perlindungan Data Peribadi.

10 • Ringgit
Bank Negara Malaysia Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Talian Tol : 1-300-88-5465 Talian Tol : 1-800-88-2575
E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my E-mel : enquiry@akpk.org.my
Laman sesawang : www.bnm.gov.my Laman sesawang : www.akpk.org.my

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
Talian Tol : 1-300-88-9980 Talian am : 03-2272 2811
E-mel : banks@abm.org.my E-mel : enquiry@fmb.org.my
Laman sesawang : www.abm.org.my Laman sesawang : www.fmb.org.my ringgit@crrc.org.my

You might also like