You are on page 1of 49

Amalan gaya hidup sihat cegah NCD

Oleh Mona Ahmad


mona@bharian.com.my
2010/12/30
Masyarakat perlu utama kesihatan diri, keluarga elak diancam penyakit berbahaya

PENYAKIT tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases atau NCD) seperti penyakit


jantung, diabetes, kanser dan paru-paru kronik adalah pembunuh utama penduduk dunia.
Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di peringkat global, seramai 17
juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular pada 2005, 7.4 juta lagi mati akibat kanser
pada 2004, 220 juta penduduk lagi menghidap diabetes pada 2005, manakala 1.1 juta
meninggal dunia akibat penyakit sama.
Setiap tahun, kira-kira empat juta orang di seluruh dunia mati akibat penyakit paru-paru.

Malaysia tidak terkecuali. Malah, kajian mendapati penyakit jantung dan strok
mencatatkan jumlah tertinggi kadar kematian di hospital kerajaan dan ia juga adalah
punca utama kematian pramatang (di bawah 60 tahun) di Malaysia.
Tahun lalu saja, jumlah kematian akibat NCD di hospital kerajaan di seluruh negara
mencecah 47,266 orang.

Negara turut berada di kedudukan ke enam di Asia Tenggara dengan kadar obesiti dewasa
yang tertinggi.
Menyedari pentingnya kawalan dan pencegahan bagi NCD, Kementerian Kesihatan
mengambil langkah proaktif bagi menangani isu berkenaan menerusi Pelan Strategik
Kebangsaan untuk Penyakit NCD (National Strategic Plan for NCD atau NSP-NCD).

NSP-NCD mengguna pakai tujuh strategi utama, iaitu pencegahan dan promosi
kesihatan, rawatan klinikal, memperkasakan pesakit, bertindak bersama badan bukan
kerajaan, badan profesional dan lain-lain pihak yang berkaitan, pemantauan, penyelidikan
dan survelan, bina insan dan intervensi polisi dan peraturan-peraturan.

Antara rancangan yang sudah dan bakal dilaksanakan (bagi intervensi polisi dan
peraturan-peraturan) termasuklah mengukuhkan polisi aktiviti fizikal dan pemakanan
dalam perancangan pembangunan di semua agensi dan kementerian, meneruskan
pengawalan serta pengurangan kandungan garam dan gula dalam makanan yang diproses
dan minuman berbungkus.

Selain itu, kemudahan awam turut dipertingkatkan bagi mempromosi lebih banyak
aktiviti senaman dan fizikal dalam persekitaran selamat misalnya di taman awam,
kompleks sukan awam, laluan basikal, joging dan gimnasium awam.

Meningkatkan liputan sistem pengangkutan awam yang efisien di seluruh negara bagi
menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan itu dengan lebih meluas dan
merangsang lebih banyak aktiviti fizikal, selain menambah lebih banyak kemudahan
pengesanan kesihatan. Cadangan wajibkan saringan kesihatan kepada semua pekerja 40
tahun dan ke atas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tahun ini saja, kementerian sudah
melaksanakan 55 projek pencegahan NCD iaitu 35 projek di dalam komuniti, 11 di
sekolah dan sembilan di tempat kerja seluruh negara.

Selain itu, klinik 1Malaysia turut disediakan di beberapa kawasan bandar (urban) yang
mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seluruh negara. kini dianggarkan 75 peratus
penduduk Malaysia tinggal dalam dalam lingkungan lima kilometer radius dari fasiliti
kesihatan KKM. Di kawasan luar bandar (rural), kementerian telah menyediakan klinik
bergerak, termasuklah inisiatif terbaru Klinik Bergerak 1Malaysia, dan juga
perkhidmatan flying doctor.

“Pencegahan NCD memerlukan pembabitan semua pihak. Amalan gaya hidup sihat
adalah antara kunci utama bagi pencegahan penyakit NCD.

“Mengikut kajian lebih 80 peratus daripada penyakit jantung, strok, diabetes Jenis 2 dan
lebih sepertiga kanser boleh dicegah menerusi amalan gaya hidup sihat dan mengelakkan
diri daripada terjebak dalam amalan berisiko seperti merokok, pemakanan yang tidak
sihat, gaya hidup yang sedentari (atau tidak aktif) dan pengambilan alkohol,” katanya
pada sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

Liow berkata tanpa gaya hidup sihat, rakyat negara kini lebih terdedah kepada penyakit
NCD.

Malah, katanya, di Malaysia, jumlah perokok yang berusia 18 tahun ke atas adalah
seramai 2.8 juta orang atau 21.5 peratus pada 2006, kurang aktiviti fizikal seramai 5.5
juta rakyat Malaysia atau 43.7 peratus, berlebihan berat badan sebanyak 29.1 peratus,
manakala obesiti sebanyak 14 peratus.

Kajian juga mendapati wanita mempunyai kadar berlebihan berat badan sebanyak 17.4
peratus berbanding lelaki hanya 10 peratus, manakala golongan suri rumah mempunyai
kadar obesiti tertinggi iaitu 20.3 peratus. Kaum India dan Melayu pula mencatatkan kadar
obesiti lebih tinggi daripada bangsa lain.

Penyakit NCD boleh menyebabkan krisis keluarga dan kewangan, kekurangan kualiti
kehidupan, kerugian dalam produktiviti dan meningkatkan bebanan negara.

“Sehubungan itu, semua pihak terutama rakyat sendiri, perlu menitikberatkan kesihatan
diri sendiri serta keluarga dan berpegang kepada prinsip kesihatan adalah kekayaan,
menyertai aktiviti ke arah gaya hidup sihat, mewujudkan Pusat Sumber Kesihatan sebagai
rujukan masyarakat ke arah kesihatan diri mereka, menyuntik semangat pekerja
mementingkan penjagaan kesihatan di tempat kerja dan menjadikan gaya hidup sihat
sebagai trend kehidupan seharian,” katanya.

INFO: Obesiti

 Kadar obesiti wanita Malaysia lebih tinggi iaitu 17.4 peratus berbanding lelaki hanya
10 peratus

 Kaum India dan Melayu mencatatkan kadar obesiti paling tinggi berbanding bangsa
lain

 Suri rumah mencatatkan kadar obesiti sebanyak 20.3 peratus

NCD di Malaysia

 Penyakit jantung dan strok mencatatkan kadar kematian paling tinggi


di hospital kerajaan
 Malaysia berada di kedudukan ke-6 di kalangan negara Asia Tenggara bagi kadar
obesiti dewasa.

Kempen gaya hidup sihat bantu hadapi cabaran ke


arah negara maju

2010/12/24
SABAN hari sejak kebelakangan ini, iklan Kementerian Kesihatan tersiar dalam hampir
semua media utama mengenai kempen mengurangkan pengambilan gula untuk menjaga
kesihatan. Sekali imbas iklan bertema Cegah Sebelum Terlambat: Amalkan Gaya Hidup
Sihat dan Less Sugar Better Health itu memakan belanja besar kerana kekerapan
penyiaran dalam media swasta menggunakan dana awam.

Namun demikian, pada hemat saya, iklan sedemikian diperlukan dan relevan kerana
rakyat Malaysia semakin terdedah kepada gaya hidup tidak sihat, khususnya pengambilan
gula secara berlebihan. Tidak ramai mengetahui gula jika diambil secara berlebihan
adalah racun sangat berbisa!
Pengambilan gula berlebihan juga adalah penyebab pelbagai penyakit kronik. Ketika ini
bukan suatu rahsia lagi bahawa lebih 20 peratus rakyat Malaysia dikategorikan sebagai
gemuk. Hampir 15 peratus menghidap kencing manis. Selain itu semua petunjuk
mengenai kesihatan semakin membimbangkan seperti tahap kegemukan, serangan
jantung, strok, barah, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit kronik lain.
Laporan terkini menunjukkan 38,000 kes baru serangan jantung di Malaysia setiap tahun.
Ini berkait langsung dengan sebab kematian, iaitu lebih 16 peratus akibat serangan
jantung.
Menurut Dr Zainah Moktar menerusi buku, Awet Muda: Tujuh Rahsia Kesihatan Holistik
(UTM Press, 2011) ada dua sebab utama sehingga berleluasa masalah kesihatan di
Malaysia. Pertama, pemakanan yang tidak selari dengan gaya hidup sihat. Hal ini
dipersulitkan lagi dengan pengambilan makanan secara berlebihan atau tidak seimbang.

Kedua, corak pembangunan ketika ini menyebabkan kita kurang melakukan aktiviti lasak
ketika bekerja. Pekerjaan sedemikian diambil alih pekerja warga asing. Selain itu, kita
juga kurang bersukan. Malah, ramai tidak menyediakan ruang masa dalam seminggu
untuk bersenam sekurang-kurangnya untuk mengeluarkan peluh.

Kenyataannya, dalam kesibukan harian, kita masih punya kesempatan meluangkan masa
berjam-jam di hadapan televisyen atau window shopping.

Justeru, iklan Kementerian Kesihatan itu memang relevan, sah dan kena pada masanya.
Selain bersifat pencegahan, sekali gus mengurangkan kos perubatan, langkah tersebut
juga selari dengan keperluan mempersiapkan rakyat Malaysia supaya berperwatakan
cergas, minda mantap serta lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
Kita sedia maklum selain mempunyai sistem pemerintahan, urus tadbir dan kewangan
cekap dan telus, sesebuah negara maju juga ditunjangi penduduk yang sihat dan
berpendidikan tinggi.

Dengan kesihatan yang baik, mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan besar dan
mencabar untuk memajukan institusi serta negara. Dengan tubuh badan sihat juga kita
dapat mengawal tekanan (stres) dengan lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja.

Penjagaan kesihatan juga adalah tuntutan agama. Itulah sebabnya, selain makanan halal
dan tidak berlebihan, kita dianjurkan berdoa seperti amalan harian Rasulullah SAW setiap
pagi dan petang: Ya Allah sihatkan badanku, sihatkan pendengaranku, sihatkan
penglihatanku.

Namun persoalannya, kenapa sebahagian besar warga Malaysia masih mengamalkan


gaya hidup dan pemakanan tidak sihat? Apakah iklan, pengamal perubatan dan statistik
menakutkan itu masih belum mencukupi?

Inilah persoalan besar yang masih belum terungkai dalam konteks pembangunan minda
lestari dan gaya hidup sihat di Malaysia. Biasanya kebanyakan warga Malaysia hanya
mengawal makanan atau melakukan senaman secara berterusan selepas menghidap
penyakit. Kita juga beranggapan mereka yang tidak lagi boleh menjamu selera adalah
kalangan yang telah habis nikmat dunia!

Dalam hal ini, kita perlu lebih prihatin dan proaktif. Tidak cukup sekadar kempen dan
iklan Kementerian Kesihatan saja. Semua pihak, termasuk majikan, pertubuhan sukarela
dan institusi pendidikan perlu berganding bahu memainkan peranan menyemarakkan
minda lestari dan gaya hidup sihat.

Singapura misalnya memberi perhatian serius kepada pelajar sekolah supaya


mengamalkan pemakanan sihat dengan kawalan ketat terhadap juadah dihidangkan di
sekolah, dan mewajibkan pendidikan jasmani. Murid-murid gemuk dikenal pasti dan
diwajibkan menghadiri program khas gaya hidup sihat. Hal sama turut dilakukan majikan
awam dan swasta.

Sehubungan itu, pihak kerajaan perlu memantau iklan dan produk kesihatan yang
mendakwa mempunyai ramuan ajaib yang menguruskan badan dan menyihatkan dalam
tempuh singkat. Kenyataannya tidak ada jalan pintas untuk sihat kecuali menghayati gaya
hidup sihat.

Dengan pembabitan semua pihak, peningkatan kefahaman mengenai tabiat pemakanan,


senaman berterusan dan pengawalan tekanan maka barulah gaya hidup sihat menjadi
budaya warga Malaysia.

Prof Zaini Ujang ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
RENCANA UTAMA
Kesihatan ibarat kekayaan
Oleh DATUK DR. MUSA MOHD NORDIN
(Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi)

Pelaburan dalam kesihatan anda adalah satu keputusan kewangan yang penting dan
bijak.

PENCEGAHAN penyakit sejak awal lagi boleh mengurangkan kos perbelanjaan perubatan.

RAMAI yang sibuk membincangkan tentang krisis ekonomi semasa dan bagaimana
kesan kegawatan akan dirasai pada tahun-tahun mendatang.

Di seluruh dunia, syarikat perniagaan mengalami kesan kesempitan kredit manakala


individu dan keluarga mereka pula mengkaji semula keutamaan kewangan masing-
masing menyebabkan perbelanjaan isi rumah dikurangkan secara ketara, termasuk
penjagaan kesihatan.

Dalam keadaan sukar seperti ini, perbelanjaan perlu diuruskan dengan teliti. Tetapi usaha
menjimatkan kos kadangkala turut menjejaskan perbelanjaan kesihatan peribadi dan juga
keluarga.

Antaranya mengurangkan perbelanjaan mencegah penyakit, membuat keputusan membeli


ubat sendiri dan melengahkan keputusan berjumpa doktor apabila sakit.
Masalah kesihatan pesakit lazimnya dikesan pada peringkat lewat atau akhir,
menyebabkan pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital serta mendapatkan rawatan
perubatan yang berpanjangan dan serta-merta atau menjalani pembedahan besar.

Dalam laporan yang diterbitkan oleh Friend Provident and the Blood Pressure
Association, Britain, kajian mendapati, bahawa 56 peratus daripada responden membeli
makanan lebih murah sebagai langkah menjimatkan kos, 15 peratus telah mengurangkan
perbelanjaan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan 21 peratus mengurangkan
penggunaan gim akibat kegawatan ekonomi.

Tambahan lagi, 27 peratus daripada mereka semakin bimbang, 19 peratus kurang tidur,
dan 15 peratus bekerja lebih panjang masa akibat tekanan ekonomi.

Satu lagi tinjauan oleh D2Hawkeye Inc., sebuah firma analisis data perubatan bagi pihak
Wall Street Journal menunjukkan bahawa kemelesetan ekonomi telah menyebabkan
sesetengah rakyat Amerika membatalkan polisi insurans mereka, dengan harapan mereka
dapat menjimatkan premium mingguan untuk perbelanjaan seperti yuran sekolah anak-
anak .

Menurut Indeks Keutamaan Membeli Pengguna MasterCard Worldwide yang


dilaksanakan buat pertama kali, 70 peratus daripada pengguna rantau Asia Pasifik
mengurangkan perbelanjaan budi bicara untuk tempoh 12 bulan akan datang. Makan
minum dan hiburan (59 peratus) mendahului senarai, diikuti oleh fesyen dan aksesori (46
peratus), pendidikan kanak-kanak (44 peratus), dan pelancongan peribadi (42 peratus).

Hasil kajian juga mendapati bahawa 60 peratus daripada pengguna di rantau ini
menghabiskan lebih 10 peratus daripada pendapatan tahunan peribadi mereka ke atas
barangan budi bicara, dengan lebih 11 peratus daripada responden menyatakan bahawa
mereka sebelum ini membelanjakan lebih 40 peratus.

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ramai yang membuat perubahan ketara
terhadap gaya hidup dan amalan hidup akibat kemelesetan ekonomi.

Walaupun tindakan orang ramai menguruskan wang lebih bijak memastikan mereka tidak
terlalu boros berbelanja, perkara yang dikhuatiri ialah dalam usaha menguruskan
kewangan peribadi dengan lebih baik, masing-masing mengabaikan perkara asas
mengenai kesihatan diri dan keluarga mereka seperti pemeriksaan perubatan berkala,
pemvaksinan, mengambil makanan sihat dan meneruskan senaman.

Kita sepatutnya menjadikan keadaan ekonomi yang gawat sebagai dorongan untuk
membuat perubahan positif kepada amalan gaya hidup tidak sihat. Antaranya merokok,
minum arak makan terlalu banyak makanan tidak sihat dan berusaha memupuk tabiat
yang memberi sumbangan positif kepada kesihatan.

Jaga kesihatan menerusi pencegahan


Pemvaksinan rutin, pemeriksaan berkala semasa anak membesar dan pemeriksaan
perubatan dari semasa ke semasa untuk orang dewasa ialah contoh khidmat penjagaan
kesihatan penting yang membantu mencegah dan mengesan penyakit pada peringkat
awal.

Walaupun kita tidak dapat mengelakkan sepenuhnya serangan penyakit, dengan


kemujaraban ubat moden, banyak penyakit boleh diubati atau gejala dan kerumitannya
boleh dikurangkan jika penyakit dikesan pada peringkat awal.

Dengan mencegah kesakitan dan kemudaratan, anda berasa lebih sihat dan gembira,
seterusnya meningkatkan semangat dan tenaga anda untuk mengecap nikmat hidup.

MASALAH kesihatan penyakit lazimnya dikesan pada peringkat akhir.

Penjagaan kesihatan menerusi pencegahan ialah satu tindakan proaktif. Ia menggalakkan


amalan gaya hidup sihat yang membawa kepada usia lebih panjang dan penyakit yang
berkurangan.

Dalam jangka panjang, gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mengelakkan
masalah kewangan.

Pelaburan dalam kesihatan anda adalah satu keputusan kewangan yang penting dan bijak.
Seseorang boleh membelanjakan jumlah yang kecil setiap tahun untuk menjaga kesihatan
ataupun menghabiskan jauh lebih banyak wang untuk pulih daripada penyakit yang boleh
dicegah dan kerumitannya.

Bandingkan perbelanjaan kecil menemui doktor dari masa ke semasa dengan kos
pembedahan besar, kemoterapi, atau rawatan hospital jangka panjang.
Perbelanjaan besar ini akan melenyapkan seluruh tabungan individu; wang yang
sepatutnya digunakan untuk hidup selesa dan mendapatkan perlindungan pada zaman
persaraan. Ini sesuatu yang amat malang kerana kebanyakan penyakit ini boleh dicegah.

Penyakit gaya hidup amat berleluasa dan merupakan faktor yang amat membebankan
sistem penjagaan kesihatan kita. Individu yang sihat dan keluarga yang mengamalkan
gaya hidup sihat boleh meringankan beban berat yang dipikul oleh sektor perkhidmatan
kesihatan kita. Ini akan menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih berkaitan,
berkesan dan termampu.

Bagaimanakah cara untuk membuat pelaburan penting ini? Tumpuan kepada enam
perkara berikut:

*Pemeriksaan perubatan dan kesihatan secara tetap.

*Pastikan semua pemvaksinan rutin dibuat mengikut jadual.

*Tidak menghisap rokok dan minum alkohol.

*Makan makanan seimbang yang berkhasiat dan semula jadi.

*Bersenam secara kerap.

*Menguruskan tekanan dengan bijak.

nnn "Kesihatan itu harta yang paling berharga." - Virgil


Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani dan Jasmani
Norkumala binti Awang
Pegawai Penyelidik

30/05/2007 | Artikel Bahasa Malaysia


Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik
dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup
yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran
hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk
memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam
budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam
kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat,
"Tak Nak Merokok", makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah
pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus
mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan
hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga
apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi
tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka?
Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah
mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia
boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup
yang bermakna pada masa hadapan.

Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat
masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40
tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita
menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah
pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita
mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah
kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran
dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang
berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya
pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu
dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu,
penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar
dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni.
Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan
seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan
diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang
baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang
halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani.
Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal
tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang
boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu
mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang
akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya.
Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam
suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular
dalam masyarakat kita.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun 2006 mendapati bahawa
amalan gaya hidup masyarakat di negara ini menyebabkan banyak masalah kesihatan
yang kronik. Apabila masyarakat terdedah dengan faktor risiko yang lebih menjurus
kepada amalan gaya hidup akan mengundang kepada penyakit berbahaya seperti jantung,
kencing manis, angin ahmar, kanser, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, kerosakan
paru- paru dan penyakit tulang. Antara ciri yang boleh mendatangkan risiko penyakit
berbahaya yang tidak berjangkit adalah gaya pemakanan yang tidak sihat di mana
didapati seramai 8.7 juta (7.8 peratus) daripada masyarakat kita tidak memakan sayur-
sayuran dan buah- buahan. Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak
menjalankan aktiviti fizikal yang sepatutnya. Dan juga ciri gaya hidup yang lain seperti
merokok, minum arak, kegemukan, buncit juga mendatangkan risiko kesihatan. Jika
diteliti hasil kajian ini, menunjukkan bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti
fizikal tidak dititikberatkan dalam gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebab itulah pesakit
kanser, jantung, diabetes dan darah tinggi adalah antara golongan yang paling banyak
menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2006 (Kementerian Kesihatan) di
mana penyakit tersebut adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor pemakanan dan
gaya hidup yang tidak sihat. Oleh itu, kita seharusnya melihat bahawa arus penyakit pada
hari ini lebih menjurus kepada unsur pemakanan dan gaya hidup walaupun mungkin
terdapat juga faktor persekitaran dan lahiriah yang menyumbang kepada masalah
penyakit tersebut. Sepatutnya, kita perlu ada kesedaran di dalam diri untuk menggiatkan
lagi penjagaan kesihatan walaupun di usia muda kerana pengabaian kesihatan
menyebabkan kita seolah- olah menyimpan bom yang akan meletup bila- bila masa
sahaja apabila sampai kepada tahap kronik. Oleh itu, seharusnya kita berwaspada.

Masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi di mana jika dahulu kebanyakan
masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin tetapi hakikat hari ini
telah berubah di mana masyarakat mengalami masalah kesihatan disebabkan terlebih
makan dan seterusnya berlanjutan kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan
kegemukan. Penyakit yang wujud dalam masyarakat sekarang adalah kerana manusia
tidak mengikut peraturan yang telah disusun oleh Allah SWT dan mengikut Sunnah yang
telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia
itu sendiri kerana tidak menjaga keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan adalah
penting untuk kita mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun, disebabkan kegagalan
inilah menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit. Sepertimana yang termaktub
dalam surah ar- Ruum ayat 41 di mana Allah mengingatkan kita bahawa kerosakan di
muka bumi ini adalah akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka perlu
bertanggungjawab dan merasakan akibat daripada perbuatan tersebut.

Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan tidak mengamalkan
pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat, terdedah kepada tekanan yang
juga menjadi akar umbi kepada masalah kesihatan dan juga tidak menitikberatkan soal
kesihatan rohani. Agama Islam melarang manusia mementingkan diri sendiri tetapi kita
bertanggungjawab untuk menjaga diri dan seharusnya ia dijadikan penggerak untuk
memperbaiki mutu kesihatan diri kita. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat
muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan
sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup
yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi
mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh
meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.

INSTITUTE OF ISLAMIC UNDERSTANDING MALAYSIA (IKIM) - 234432-H


2, Langgak Tunku, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-62046200 Fax : 03-62014189
Email : info@ikim.gov.my

© 1992 - 2011 INSTITUTE OF ISLAMIC UNDERSTANDING MALAYSIA (IKIM)

http://www.ikim.gov.my
Document Information:

Title:Hawker food industry: food safety/public health strategies in Malaysia

Author(s): Fiona Pang, (University of Leeds, Leeds, UK), Poh See Toh, (University
Technology Mara, Kuala Lumpur, Malaysia)

Citation: Fiona Pang, Poh See Toh, (2008) "Hawker food industry: food safety/public
health strategies in Malaysia", Nutrition & Food Science, Vol. 38 Iss: 1, pp.41 – 51

Keywords: Food industry, Food safety, Malaysia, Public health, Strategic planning

Article type: Research paper

DOI:10.1108/00346650810848007 (Permanent URL)

Publisher:Emerald Group Publishing LimitedAbstract:

Purpose – The purpose of this paper is to explore the socio-demographic factors affecting
food safety knowledge/practice and the effectiveness of food safety strategies of hawkers
in an urban and less urban setting of Malaysia.

Design/methodology/approach – A total of 50 hawkers from Kuala Lumpur and Taiping


were given a questionnaire and observed in their food safety practice (FSP). In-depth
interviews were performed on four hawkers from Kuala Lumpur and Taiping.

Practical implications – Of all hawker types, Muslim/Malay hawkers, hawkers with


higher educational levels, hawkers in designated sites and hawkers in an urban setting
scored the highest on food safety knowledge and/or practice. This study found inadequate
distribution/impracticality of regulations/guidelines for hawkers, ambiguities with
licensing procedures, weaknesses in training programmes and significant complaints of
designated sites by hawkers.

Originality/value – Ethnicity, religion, education and type of premise are socio-


demographic factors that may affect food safety knowledge/practices of hawkers. An
urban/less urban setting may also affect hawkers' food safety knowledge/practice.
Ineffectiveness of food safety strategies of the Control Authority may exist and may vary
across different regions of Malaysia. Thus, food safety strategies must be
regulated/reinforced and adapted to hawkers' socio-demographic status, to ensure the
safety of hawker foods in Malaysia.
Kesihatan oral: Tahap kesedaran rakyat rendah

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan oral
terutama gigi masih rendah dengan hanya enam peratus daripada 29 juta penduduk negara ini berjumpa
doktor secara kerap untuk menjalani pemeriksaan.

Pengarah Utama Kesihatan Oral Kementerian Kesihatan, Datin Dr. Noraini Abu Talib berkata, jumlah
tersebut adalah terlalu kecil berbanding negara jiran dan ia jelas menunjukkan betapa kurangnya kesedaran
masyarakat Malaysia terhadap kesihatan oral.

"Malah 70 peratus yang datang untuk pemeriksaan itu merupakan pelajar sekolah," katanya pada sidang
akhbar selepas merasmikan Persidangan Saintifik dan Pameran Dagangan Persatuan Doktor-Doktor
Pergigian Swasta Malaysia (MPDPA) kali ke-20 di Hotel Prince di sini hari ini.

MPDPA turut mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-41.

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Pergigian Malaysia, Dr. Lee Soon Boon; Presiden MPDPA, Dr. Jaspal
Singh; dan Pengarah Urusan Colgate Palmolive Marketing Sdn. Bhd., Issam Bachaalani.

Menurut Noraini, kementerian dengan kerjasama beberapa syarikat sedang berusaha meningkatkan tahap
kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan oral.

"Kami merancang untuk memberi keutamaan kepada rakyat yang kurang berkemampuan serta
berpendapatan rendah.

"Pelajar sekolah di negara ini juga akan diberikan maklumat kesihatan secara berterusan sebagai
pendedahan awal tentang kepentingan perkara tersebut," katanya.

ARKIB : 16/11/2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_22.htm

You might also like