You are on page 1of 2

Amalan membaca perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Bincangkan langkah
untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Dalam era globalisasi ini, amalan membaca telah semakin diketepikan akibat perkembangan teknologi
terutamanya penciptaan komputer dan telefon pintar . Semua lapisan masyarakat tidak terlepas daripada
tarikan teknologi yang canggih ini. Telefon pintar pada hari ini telah menjadi tagihan manusia.Bak pepatah
"Membaca Jambatan Ilmu",menunjukkan bahawa membaca membolehkan kita memperolehi ilmu
pengetahuan yang berguna dalam kerjaya serta kehidupan kita.

Namun,menurut kajian,rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Selain itu, amalan
membaca dapat mempercepat usaha kerajaan untuk merealisasikan wawasan 2020 melalui pembentukan
rakyat yang berilmu pengetahuan.Memandang masalah ini serius, banyak langkah yang perlu dilakukan bagi
memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Contoh negara yang boleh kita jadikan teladan ialah
Negara Jepun. Kadar membaca di negara matahari terbit ini dikatakan paling tinggi di Asia. Namun, di negara
kita lain pula kisahnya. Masyarakat Malaysia kurang cenderung ke arah pembacaan buku. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang lebih efektif yang harus kita lakukan agar budaya membaca di Malaysia setanding
dengan negara Jepun.

Faktor utama yang membentuk amalan adalah pengaruh ibu bapa dari waktu kecil. Ibu bapa perlu
menjadikan diri sebagai teladan yang baik kepada anak seperti membaca buku bersama bersama dengan anak.
Ibu bapa juga boleh membeli bahan bacaan untuk anak supaya dapat mencungkil minat anak tentang
pembacaan. Amalan ini akan dicontohi oleh orang lain apabila dilihat oleh orang lain. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan membaca.

Justeru itu, peranan kerajaan dalam memupuk amalan membaca juga tidak boleh diabaikan. Pihak
kerajaan boleh mengadakan kempen yang berkenaan seperti"Mari Membaca Malaysia" dan "Bangsa
Membaca Bangsa" kerana dapat memupuk amalan membaca. Justerunya,pameran buku juga perlu
dianjurkan oleh pihak penganjur. Hal ini kerana pameran buku merupakan salah satu cara untuk menarik
minat masyarakat Malaysia. Bagi golongan miskin, kerajaan boleh memberi buku-buku yang percuma
supaya golongan miskin juga boleh mendapat pengetahuan yang banyak. Pihak kerajaan juga menyediakan
perkhidmatan perpustakaan bergerak ke kawasan pedalaman atau desa untuk memberi peluang kepada
golongan luar bandar supaya memupuk minat membaca. Izharnya, pihak kerajaan haruslah melakukan
banyak usaha supaya amaln ini dapat dipupuk dalam diri masyarakat sebelum nasi menjadi bubur.

Selain itu,pihak sekolah juga mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memupuk minat membaca
dalam kalangan murid. Guru sebagai insan penting yang perlu mengajar pelajar supaya mengamalkan amalan
membaca. Selain itu, pihak sekolah perlu mlancarkan program "NILAM" supaya dapat menggalakan pelajar
untuk membaca. Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan membaca dan memberi mereka hadiah atau
wang tunai sebagai dorongan. Pada mulanya, mungkin pelajar menyertai pertandingan untuk mendapatkan
hadiah tetapi lama-kelamaan mereka akan menimbulkan minat tentang amalan membaca. Usaha-usaha
untuk menggalakan amalan membaca yang lebih sistematik dan teratur dapat membentuk pelajar yang suka
membaca dan menjadi insan yang cemerlang pada masa depan.

Tambahan pula, syarikat penerbitan buku, majalah dan surat khabar turut boleh menyumbang tenaga
dalam memupuk minat . Sebagai contoh, syarikat penerbitan seperti New Straits Time dan Berita harian
dapat membuat tajaan di sekolah agar menjadi bahan bacaan. Media massa berperanan dalam memupuk
amalan membaca. Penerbit stesen televisyen perlu mengadakan satu program berkenaan amalan membaca
supaya rakyat yang cetik ilmu dapat menyedari kepentingan amalan membaca. Drama tentang amalan
membaca juga boleh disiarkan.Hal ini kerana, masyarakat generasi ini lebihtertarik dengan dunia hiburan.
Ringkasnya, sebagai pihak media yang prihatin,usaha-usaha perlu dilakukan supaya dapat memupuk amalan
membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia agar Negara ini terus maju seiring dengan arus globalisasi.

Kesimpulannya, amalan membaca merupakan amalan yang baik dan perlu diamalkan dalam kalangan
masyarakat supaya dapat melahirkan cendekiawan dan membantu negara kita menjadi negara yang maju.
Sesungguhnya, generasi muda yang berilmu pengetahuan tinggi ini merupakan aset penting untuk
pembangunan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, diri sendiri khususnya
golongan pelajar harus sedar tentang kepentingan amalan membaca kerana dapat membawa perubahan
kepada masyarakat dan menjadi bakal peneraju negara kita.

( 611 patah perkataan )

You might also like