You are on page 1of 6

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Rabu, 15 November 2017

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR
STATISTIK KANAK-KANAK, MALAYSIA, 2017

PENGENALAN

Statistik Kanak-kanak, Malaysia, 2017 memaparkan statistik kanak-kanak1 terpilih sebagai asas pengukuran kualiti hidup dan
kesejahteraan kanak-kanak di peringkat nasional dan negeri. Penyusunan statistik dalam penerbitan ini meliputi empat bidang
utama iaitu penduduk, kesihatan, pendidikan dan perlindungan kanak-kanak. Statistik diperoleh daripada sumber sekunder
melibatkan pelbagai agensi kerajaan.

A) PENDUDUK

Pada 2017, komposisi kanak-kanak bawah umur 18 tahun adalah 29.4 peratus iaitu 9.4 juta orang daripada jumlah penduduk 32.0
juta orang. Dari segi jantina, bilangan kanak-kanak lelaki (4.9 juta orang) lebih ramai daripada kanak-kanak perempuan
(4.6 juta orang).

Sementara itu, komposisi bagi kanak-kanak yang berusia bawah umur 5 tahun adalah 8.2 peratus daripada keseluruhan penduduk
Malaysia. Bilangan kanak-kanak lelaki (1.4 juta orang) lebih ramai daripada kanak-kanak perempuan (1.3 juta orang).

Jadual 1: Penduduk mengikut kumpulan umur dan jantina, Malaysia, 2016 dan 2017e
Pada 2017, W.P. Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi kanak-kanak berumur bawah 18 tahun iaitu 42.6 peratus. Ini diikuti
oleh Kelantan (36.7%) dan Terengganu (36.5%). Manakala, Pulau Pinang merekodkan peratusan terendah kanak-kanak berumur
bawah 18 tahun iaitu 24.1 peratus.

Carta 1: Kanak-kanak (bawah 18 tahun) mengikut negeri, Malaysia, 2017e


B) PENDIDIKAN

Pada 2016, murid di prasekolah mencatatkan peningkatan 2,171 orang berbanding tahun sebelumnya daripada 198,574 orang
(2015) kepada 200,745 orang (2016). Trend sebaliknya ditunjukkan bagi peringkat rendah dan menengah rendah iaitu masing-
masing berkurang 239 orang dan 42,235 orang. Dalam kalangan murid menengah atas pula, bertambah 19,103 orang daripada
781,472 orang (2015) kepada 800,575 orang (2016).

Carta 2: Murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut peringkat pendidikan, Malaysia, 2015 dan 2016

Bilangan murid di tadika swasta, sekolah rendah swasta dan sekolah menengah swasta menunjukkan peningkatan pada 2016
masing-masing kepada 332,641, 36,899 dan 109,865 orang.

Carta 3: Murid di sekolah swasta mengikut peringkat pendidikan, Malaysia, 2015 dan 2016
Maklumat terperinci mengenai laporan ini boleh diakses melalui aplikasi eStatistik di laman web Jabatan Perangkaan Malaysia,
www.dosm.gov.my.

Dikeluarkan Oleh:

PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA


JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
15 November 2017

Pegawai dihubungi:
Ho Mei Kei
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : mkho[at]stats.gov.my

You might also like