You are on page 1of 6

Amalan Kesihatan dan Kebersihan

Kebersihan makanan penting kepada semua orang. Kita hendaklah


menjaga kebersihan makanan pada setiap masa. Makanan yang bersih
dapat memjamin kesihatan kita. Makanan yang bersih juga dapat
menjauhkan kita daripada penyakit.

Kita hendaklah mengamalkan langkah penyediaan makanan yang


betul. Antara langkah penyediaan makanan bersih termasiklah mencuci
tangan sebelum menyentuh makanan. Kita perlu menggunakan sabun
pencuci tangan supaya tangan kita bersih dan tiada kuman.

Selain itu, kita mesti mencuci sayur-sayuran sebelum dimasak.


Sayur-sayuran itu dicuci menggunakan air bersih supaya tiada kotoran
yang terlekat pada sayuran itu.

Pinggan mangkuk yang kita gunakan juga mestilah bersih. Pinggan


mangkuk itu dicuci menggunakan sabun dan air bersih. Jika kita
menggunakan pinggan mangkuk yang bersih, makanan kita juga akan
bersih.

Kita hendaklah menutup makanan yang terhidang. Makanan itu


hendaklah ditutup menggunakan tudung saji atau bekas yang bertutup.
Makanan yang bertutup akan mengelakkan daripada hinggapi lalat.

Langkah penyediaan makanan tersebut hendaklah menjadi amalan


kita. Tabiat menjaga kebersihan makanan wajar diamalkan oleh setiap
orang demi kesihatan
Amalan Kesihatan dan Kebersihan
Semua orang perlu menjaga kesihatan dan kebersihan mereka
sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat
dalam hidup mereka. Terdapatbanyak cara untuk memastikan
kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjaga
kebersihandiri. Amalan mandi dan memakai pakaian yang bersih dan m
emastikankawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang
paling baik.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutamamakanan
yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan dan air
hendaklahdiambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk
menjamin kesihatanyang baik.

Disamping itu, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadarkesiha


tan yang baik. Senaman mampu mengelakkan sesorang itu
daripadasebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlu selalu bertemu dengan doktor untukpemeriksa


an kesihatan. !ni untuk mengesan penyakit ketika di peringkatawal
supaya mudah menyembuhkannya.

Kesimpulannya, amalan menjaga kebersihan dan kesihatan


merupakanamalan kita. !a wajar diamalkan oleh semua orang
KEBERSIHAN
Setahu kita,kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan
seharian kita kerana kebersihan merupakan tonggak kehiduapan yang
selesa dan harmoni. Apabila kita membudayakan amalan kebersihan,
bermakna kita sentiasa mengambil berat tentang aspek kebersihan dan
memberi keutamaan kepada penjagaan kebersihan.Kebersihan meliputi
hal-hal tersebut seperti kebersihatn badan,kebersihan persekitaran
tempat tinggal,kebersihan makanan,kebersihan pakaian, dan
sebagainya.

Kesihatan boleh dikatakan sangat mahal harganya dalam


kehidupan kita.Badan yang bersih baru boleh melahirkan badan yang
sihat. Walaupun kita memiliki segalanya tetapi kita dalam keadaan
sakit,segala yang dimiliki oleh kita itu adalah tidak berguna. Oleh
demikian,kebersihan badan adalah penting dan utama kepada
kita.Untuk mngekalkan kebersihan badan perkara-perkara seperti
mandi,mengosok gigi,mencuci muka,mengemaskan rambut,mencuci
tangan sebelum makan dan sebagainya adalah perlu dilakukan oleh
setiap individu dalam kehidupan kita.Selain itu,kita juga perlu menjaga
kebersihan pakaian kita.Pakaian yang kotor akan menimbulkan
penyakit seperti penyakit kulit dan gatal-gatal pada pada badan.Oleh
itu,kita perlu setiap hari menukar pakaian yang bersih dan mencuci
pakaian yang telah kotor.

Kebersihan persekitaran tempat tinggal juga perlu


diperihatinkan. Tempat tinggal yang bersih akan membuat kita nyaman
tinggal di dalamnya manakala tempat tinggal yang kotor dan
kumuh adalah tidak baik bagi kesihatan kita keranaudara yang kita
hirup adalah tidak sehat lagi dan hal itu akanmempengaruhi kesehatan
kita. Setiap individu daripada semua kalangan sama-sama perlu
memikul tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan
secara berterusan bagi menghindari berlakunya kekotoran di merata
tempat tinggal.

Di samping itu,kita perlu menjaga kebersihan dari segi


makanan.Makanan adalah keperluan asas dalam kehidupan
kita.Oleh itu,menjaga kebersihan makanan adalah amat
penting.Menjaga kebersihan dari segi makanan dapat mengelakkan
keracunan makanan, infestasi haiwan perosak dan menghasilkan
makanan yang selamat.Makanan boleh dicemari oleh bakteria di badan
manusia,haiwan,udara,air,sampah sarap, makanan mentah, dan
sebagainya.Oleh demikian,kita harus menjaga kebersihan makanan
mulai dari tahap sebelum dimasak,makanan yang hendak dimasak perlu
dicuci sampai bersih baharu boleh dimasak.Selain daripada itu,makanan
perlu dimasak dengan benar dan minuman perlu dimasak sampai
mendidih supaya bakteria di dalamnya mati.Ini dapat membantu kita
menghindari penyakit seperti sakit perut, cirit-birit, muntah-
muntah,loya, demam dan sebagainya.
Secara keseluruhannya,kebersihan adalah sangat penting dalam
kehidupan kita,tidak kiranya kebersihan diri,kebersihan makanan
ataupun kebersihan tempat tinggal.Kebersihan telah memberi
pengaruh yang besar ke atas kesihatan seseorang.Kita perlu mengingati
bahawa menjaga kesihatan baharu boleh mempunyai badan yang sihat.
Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.
Semua individu perlu menjaga kesihatan diri sendiri supaya kita
hidupdalam keadaan yang sihat sejahtera. Ada beberapa cara
untukmemastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Cara yang utama ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan
diri.Contoh menjaga kebersihan diri ialah seperti mandi sekurang-
kurangnya 2 kali sehari, memakai pakaian yang bersih sertamemastikan
kawasan sekeliling rumah bersih.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutamamakanan
yang berzat. Kita mestilah makan makanan yang mempunyaivitamin
dan mineral yang tinggi. Kita tidak perlu mengambil makananringan
atau makanan segera kerana makanan ini tidak menjaminkesihatan
yang sempurna.
Malah, aktiviti bersenam juga boleh menjamin kesihatan yang
baik.Senaman boleh mengeluarkan peluh. Oleh itu toksik di dalam
badandapat dikluarkan.Ini dapat mengelakkan jangkitan penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor sekurang-
kurangnya dua kali dalam setahun. Pemeriksaan yang berjadualsebegini
mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal. Segalanasihat
doktor hendaklah dipatuhi selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung
jawabyang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang
baikbukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu
tetapimemberikan satu kehidupan yang sejahtera kepada diri dan
keluarga.

You might also like