You are on page 1of 6

BIL PERKARA HURAIAN

Sekolah merupakan institusi yang dipertanggungjawabkan


untuk melaksanakan program pendidikan negara berlandaskan dasar
dan falsafah yang telah ditetapkan oleh KPM manakala individu
yang perlu memikul tanggungjawab bagi memastikan kejayaan
pelaksanaan dasar dan matlamat ini di sekolah ialah pengetua atau
guru besar(Baharuzaini Baharin, Muhammad Hisham Adnan, Mohd
Hanif Mohd Zin, Mohd Norhisyam Kamaludin, & Azlin Norhaini
Mansor, 2016). Sekolah dirujuk sebagai organisasi yang diketuai
dan dipimpin oleh pengetua. Kejayaan atau kegagalan sekolah
sangat berkait rapat dan dipengaruhi oleh kepimpinan yang
menerajui organisasi tersebut. Justeru, Zuraidah Abdullah (2016),
1 Pengenalan Topik menegaskan bahawa sekolah yang berjaya adalah merujuk kepada
kepimpinan sekolah yang dinamik. Justeru, kerajaan menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah berusaha
untuk meningkatkan tahap kompetensi pemimpin sekolah. Hal
tersebut terkandung dalam Anjakan 5 iaitu memastikan kepimpinan
berprestasi tinggi di tempatkan di setiap sekolah. Oleh itu, KPM
secara proaktif telah menggarisi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan memastikan pengetua atau
guru besar mengaplikasi kepemimpinan instruksional bukannya
kepemimpinan pentadbiran (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Kenyataan ini disokong oleh Shukri Zain, Mohd Yusof
Abdullah, Baharom Mohamad, Abdul Said Ambotang, Muhamad
Suhaimi Taat & Roslee Talip (2012), yang mengatakan peranan
pengetua atau guru besarsebagai penentu kejayaan di sekolah boleh
dilihat melalui kepimpinan yang diamalkan. Kepimpinan yang
dilihat realistik dan mampu menjadi penentu pendidikan yang
diinginkan ialah kepimpinan instruksional. Melalui amalan
kepemimpinan instruksional yang berkesan, pengetua atau guru
besarmampu mewujudkan iklim PdPc yang kondusif kepada tenaga
pengajar dan murid untuk mencapai matlamat pendidikan secara
berterusan sehingga dapat mengurangkan rasa tekanan serta
membantu meningkatkan motivasi diri (Muhamad Suhaimi Taat,
Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad, Roslee talip, Abdul
Said Ambotang & Shukri Zain, 2012).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga, telah memberi fokus


dalam usaha bagi merapatkan jurang pendidikan. Agenda
merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar adalah
penting kerana melibatkan jumlah sekolah yang besar iaitu
sebanyak 5077 buah sekolah daripada 7513 buah sekolah rendah
dan 792 dari 2045 sekolah menengah di kawasan luar bandar.
Memandangkan pentingnya pembangunan pendidikan luar bandar,

2 Penyataan Terdapat pelbagai konsep mengenai kepimpinan yang telah dikaji


Masalah dan masih dikaji secara meluas di dalam pelbagai konteks
sehingga kini. Kepimpinan merupakan proses mempengaruhi
kegiatan suatu kumpulan ke arah mencapai matlamat yang telah
dirancangkan (Mahayudin Mohamad Nor, 2010). Pemimpin
memerlukan beberapa kemahiran kepimpinan untuk menentukan
wujudnya perubahan, penambahbaikan atau penyesuaian terhadap
keadaan serta kemahiran pengurusan untuk memastikan organisasi
terus berjalan dengan lancar (Shahril @ Charil Marzuki & Yahya
Don, 2007). Kepimpinan merupakan keupayaan seseorang
mempengaruhi minda dan gelagat individu yang berada dalam
sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat organisasi mengikut
struktur dan prosedur tertentu (Norhannan Ramli, 2016). Maka
melalui kepimpinan instruksional, pengetua atau guru besar
hendaklah bertindak sebagai agen perubahan untuk menghasilkan
suasana kerja yang memberangsangkan dalam kalangan guru-guru
bagi mewujudkan iklim PdPc yang kondusif seterusnya mencapai
matlamat organisasi secara efektif dan cekap. Shazwaatirah
Ahamad Walat (2014) dan Wan Roslina Wan Ismail (2011),
mengatakan bahawa salah satu faktor kejayaan sekolah adalah
hubungan antara iklim sekolah dan tingkah laku kepimpinan.
Begitu juga Mohd Suhaimi Mohamed Ali (2004), yang mendapati
kepimpinan sekolah berkesan mengamalkan kepimpinan
instruksional bagi mempengaruhi pembentukan iklim sekolah yang
kondusif dan pencapaian akademik murid.Memandangkan faktor
iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah yang
berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah
mengetengahkan beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil
daripada kajian yang mereka lakukan. Jemaah Nazir Sekolah
Persekutuan (1993), dalam buku Panduan Pengurusan Profesional
Sekolah Menengah tidak memisahkan takrif iklim dan budaya
sekolah. Iklim dan budaya sekolah ditakrifkan sebagai suasana
persekitaran fizikal sesebuah sekolah serta suasana hubungan
sosial sebagai persepsi individu termasuk guru, murid dan staf
sokongan tentang aspek-aspek persekitaran di dalam sesebuah
organisasi. Hussein Mahmood (2008), juga telah menyentuh
mengenai peranan pengetua dalam iklim dan budaya sekolah yang
merupakan di antara elemen terpenting dalam sesebuah organisasi
yang mahukan kejayaan dicapai. Iklim sekolah memberikan guru-
guru kepuasan yang lebih untuk bekerja disamping mewujudkan
suasana pembelajaran yang bermotivasi. Sekiranya iklim sekolah
adalah baik, maka guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada
masa yang sama aktiviti PdPc akan berjalan dengan baik juga. la
adalah tanggungjawab utama pengetua untuk mewujudkan situasi
ini di sekolah masing-masing mengikut acuan kepimpinannya.
Iklim sekolah tidak dapat dibentuk dalam masa sehari kerana ia
melibatkan kerjasama dan interaksi di antara kesemua pihak di
dalam sekolah itu yang diketuai oleh pemimpin, staf, murid dan
komuniti luar.

3 Menjustifikasikan Pengetua merupakan pemimpin sekolah yang bertanggungjawab


Masalah membentuk sekolah efektif. Namun, pengetua pada masa ini
semakin dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Mohd. Yusof,
Baharom, Abdul Said, Muhammad Suhaimi dan Roslee (2012)
menjelaskan bahawa hasil dapatan NUTP berkaitan kesibukan
pengetua mendapati 75 peratus pengetua di negara ini
mengutamakan tugas-tugas pentadbiran pejabat termasuk urusan
staf, kewangan, surat-menyurat, melayan pelawat dan
penyelenggaraan sekolah. Hal ini jelas bahawa sebahagian besar
masa pengetua telah dihabiskan untuk melakukan tugas
pengurusan dan pentadbiran. Hal ini disokong oleh pendapat Bity,
Ahmad, Ramlee dan Mohammed Sani (2010) menunjukkan
bahawa walaupun pengetua berminat untuk tugas pengajaran dan
pembelajaran tetapi kurang berkesempatan melakukannya kerana
mereka sering meninggalkan sekolah untuk urusan luar dan
terbeban dengan tugas pengurusan yang banyak. Jameelaa dan
Jainabee (2011) turut berpendapat bahawa tambahan tugas
pengetua dalam mengurus pelbagai bidang mengehadkan masa
yang diperuntukkan untuk merancang, mengurus, mengarah dan
mengawal kurikulum sekolah. Selanjutnya, guru perlu menghadapi
pelbagai tuntutan kerja sama ada tugas hakiki mahupun tugasan
khas yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, ibu bapa,
masyarakat mahupun pihak kerajaan. Pada masa yang sama, guru-
guru juga perlu meningkatkan, menguasai dan membaiki diri dari
segi kreativiti, inovasi dan pemikiran aras tinggi dalam menangani
pelbagai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi lebih-lebih
lagi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Pada
hakikatnya, didapati hanya 12 peratus pengajaran guru
disampaikan pada standard yang tinggi, manakala 38 peratus lagi
berada pada standard memuaskan dan 50 peratus pengajaran guru
disampaikan pada tahap tidak memuaskan (PPPM 2013-2025.
Selain isu-isu yang dihadapi oleh para guru, cabaran-cabaran yang
mendatang perlu ditangani dengan bijak oleh seorang pengetua
dengan ciri-ciri kepimpinan yang berkarisma untuk memimpin
sekolah yang efektif. Tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan
oleh pengetua semakin mencabar dari sehari ke sehari kerana
perkembangan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan sama
ada di dalam mahupun di luar negara (Hussein, 2016). Hal ini
disokong oleh Ayob (2005) bahawa pengetua perlu mempunyai
pegangan yang dapat meyakinkan sekolah bahawa mereka dapat
bersaing dan mencapai kecemerlangan dalam menghadapi pelbagai
cabaran. Oleh itu, Nor Azni, Foo, Soaib dan Aminuddin (2015)
menjelaskan bahawa seorang pemimpin mesti mewujudkan
kesediaan ke arah perubahan dalam kalangan para pekerja
masingmasing dalam usaha untuk menjayakan perubahan. Dalam
Surat Pekeliling Bil. 3/1987: Penyediaan Pengajaran-Pembelajaran
Di Dalam Kelas Oleh Pengetua atau Guru Besar Sekolah turut
menjelaskan bahawa pengetua perlu membantu guru-guru
menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk
sikap guru ke arah yang lebih positif. Oleh itu, Mohd Yusof et.al
(2012) dengan jelasnya menyatakan bahawa pemimpin
instruksional harus bijak mengurus sekolah memandangkan iklim
sekolah semasa dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk
melahirkan pelajar yang berjaya manakala guru ialah barisan
pelaksana pengajaran dan pembelajaran. Hal ini turut disokong
oleh pendapat beberapa penyelidik seperti Crum dan Sherman
(2008); White-Smith dan White, (2009); Waters, 2017) yang
menerangkan bahawa pemimpin yang menguasai ilmu
kepimpinan, ditambah lagi dengan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran guru maka secara positifnya dapat meningkatkan
prestasi murid.

4 Jurang/Gap Kajian yang dijalankan oleh Elangkumaran Devarajoo (2012)


berkenaan dengan hubungan di antara kepimpinan pengajaran guru
besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru sekolah
rendah di daerah Tanjung Karang. Kajian beliau mendapati
terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran
ataupun intruksional ini dengan kepuasan kerja guru- guru di
sekolah SK, SKJC dan SKJT di Tanjung Karang. Selain itu,
menurut Ramaiah, (1992) masalah utama yang dihadapi oleh
kebanyakkan sekolah dalam jangka masa yang panjang adalah dari
segi kurangnya peranan serta fungsi kepimpinan instruksional
daripada pengetua yang menghalang sekolah itu berubah ke tahap
yang lebih cemerlang. Ini dapat ditentukan berdasarkan dimensi
pengtakrifan misi dan matlamat sekolah.

Kajian lepas tentang kepimpinan instruksional lebih bertumpu


kepada guru besar di sekolah di dalam negeri atau daerah sesuatu
tempat. Pengkaji berpendapat masih terdapat banyak lagi ruang
yang lebih menarik untuk dikaji secara mendalam tentang
kepimpinan instruksional di sekolah rendah seperti hubunganya
dengan kepuasan kerja guru.Hal tersebut wajar dilakukan kerana
tanggungjawab kepada kejayaan sekolah bukan sahaja terletak di
bahu guru besar tetapi peranan tersebut juga perlu digalas oleh
semua yang berada di dalam organisasi tersebut.

6 Pihak yang Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak
mendapat yang berkepentingan dengan dalam memartabatkan pendidikan di
manfaat Malaysia seterusnya diharap dapat dijadikan rujukan kepada para
pengkaji baru atau pentadbir yang berminat kepada kepimpinan
instrustional.

Mohd Khairy Bazli Bin Abu Bakar (P96095)

You might also like