You are on page 1of 9

PENGGUNAAN KOAGULAN KIMIA UNTUK RAWATAN AIR SISA

Muhsinah Binti Mahathir, Prof. Ab Aziz Bin Abdul Latiff


Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu
Pahat, Johor, Malaysia.

E-mail: inahmisumi@gmail.com, aziz@uthm.edu.my

Abstrak
Kajian ini menentukan keberkesanan koagulan kimia dalam penjelasan air. Koagulan kimia yang terdiri daripada
alum, ferus sulfat dan ferik klorida disediakan dalam tiga jenis kepekatan iaitu 1%, 2% dan 3%. Koagulan
seterusnya telah dicampurkan ke dalam air sisa dengan dos yang berbeza bagi membuat perbandingan prestasi
koagulan dalam merawat air sisa domestik. Keberkesanan setiap koagulan dalam rawatan air sisa ditentukan
dengan membuat perbandingan penyingkiran kekeruhan dan Jumlah Pepejal Terampai (TSS) yang paling berkesan
pada dos yang telah ditentukan. Alum pada dos optimum 45 mg/L pada kepekatan optimum 3% didapati
merupakan koagulan yang paling berkesan dalam penjelasan air pada ketiga-tiga keadaan pH air sisa dalam kajian
ini iaitu pH asal, pH 5 dan pH 9. Sebanyak 98.89% dan 67.67% kekeruhan dan TSS yang berjaya disingkirkan
pada pH 5, 98.79% dan 67.32% pada pH 9 dan 97.33% dan 67.67% pada pH asal. Ferus sulfat menyingkiran
kekeruhan dan TSS tertinggi pada kepekatan 2% dalam keadaan pH alkali apabila dos optimum 15 mg/L ferus
sulfat berjaya menyingkirkan kekeruhan tertinggi sebanyak 82.43% dan 35% TSS pada pH 9. Pada pH 5,
penyingkiran 65.22% kekeruhan dan 44.23% TSS pada dos optimum 90 mg/L manakala pada pH asal, dos
optimum 45 mg/L menyingkirkan sebanyak 58.55% dan 69.57%. Seterusnya, koagulan ferik klorida berkesan
digunakan pada kepekatan optimum 3% dan keadaan pH asid apabila dos optimum 75 mg/L berjaya
menyingkirkan kekeruhan dan TSS sebanyak 94.76% dan 55.55% pada pH 5 manakala pada pH asal dos optimum
90 mg/L menyingkirkan 73.54% kekeruhan dan 56.67% TSS. Pada pH 9, kekeruhan yang berjaya disingkirkan
oleh koagulan ini adalah lebih rendah iaitu 50.80% sahaja dan nilai TSS sebanyak 55.55%. Penggunaan koagulan
kimia dalam rawatan air sisa didapati sangat berkesan dengan jumlah penyingkiran kekeruhan dan TSS yang
sangat tinggi. Namun, koagulan ini didapati mempengaruhi kesihatan manusia jika digunakan pada kadar yang
tinggi. Walaubagaimanapun, koagulan kimia mempunyai banyak kelebihan lain seperti ia sangatlah berkesan
dalam rawatan air, mudah didapati dipasaran dan telah disediakan dalam bentuk yang mudah digunakan.

Kata kunci; Alum, Ferus sulfat, Ferik klorida, Air sisa domestik, Koagulasi

1.0 Pengenalan

Domestik atau air sisa sanitasi merujuk kepada cecair yang dilepaskan daripada perumahan,
bangunan perniagaan, dan institusi. Setiap air sisa yang dihasilkan oleh komuniti adalah berbeza
bergantung kepada saliran. Air jenis ini biasanya mengandungi bahan organik seperti sisa makanan, sisa
tumbuhan, bahan pencuci dan pepejal terampai. Bahan koloid yang wujud akan meningkatkan
kekeruhan dalam air yang seterusnya mengurangkan kualiti air. Pengurangan kualiti air akan
menjejaskan kesihatan orang awam. Oleh itu, rawatan air sisa perlulah dijalankan bagi mengatasi
masalah ini.

Secara asasnya, rawatan air sisa melibatkan proses yang akan menjadikan air tersebut memenuhi
kualiti air sisa yang memenuhi piawaian. Kekeruhan dan bahan pepejal terampai dalam air sisa dapat
disingkirkan dengan bantuan proses koagulasi. Fungsi utama proses koagulasi bertujuan menghasilkan
partikel dengan saiz yang mampu disingkirkan melalui pemendapan dan penurasan [1]. Koagulasi akan
mengurangkan atau meneutralkan cas-cas elektrik negatif semulajadi yang dibawa oleh air dan
merupakan salah satu cara pengolahan air untuk menghilangkan zarah-zarah berbahaya dalam air.
Kaedah ini adalah yang popular digunakan dalam rangka mengurangkan pepejal terampai dan
kekeruhan [2].

Koagulan kimia jenis alum begitu meluas digunakan kerana ianya mudah didapati, mudah
dikendalikan dan mempunyai kos yang murah. Namun begitu antara keburukan alum adalah
penggunaannya akan meningkatkan jumlah pepejal terampai (sodium dan sulfat) yang mengandungi
efluen tumbuhan selain dikaitkan dengan kesan buruk yang menjejaskan terhadap kesihatan manusia

1
dan persekitaran. Ia mengandungi toksik yang boleh mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan dalam
tanah berasid [3]. Selain itu, aluminium akan memasuki badan manusia dan menjadikannya bertoksik
serta menjejaskan sistem respirasi dan sistem urinari [4].

Prestasi alum sebagai koagulan didapati memberi kesan yang besar terhadap nilai pH dan suhu
larutan [4]. Walaupun mampu menyingkirkan bahan koloid dalam air, namun penggunaan koagulan
ini dilihat mempunyai banyak keburukan. Oleh itu, koagulan kimia jenis garam besi juga turut dikaji
dalam kajian ini. Ferik klorida dan ferus sulfat adalah koagulan garam besi yang biasa wujud di
pasaran. Kebanyakan garam besi adalah sangat berasid dan kawalan pH adalah diperlukan kecuali
kealkalian yang cukup wujud pada buffer. Ferik klorida didapati lebih dipengaruhi oleh pH air
berbanding dos koagulan [5]. Apabila garam Fe ditambahkan ke atas air sisa, ia akan menghasilkan
𝐹𝑒 3+ dan menjadikan bahan tersebut adalah lebih berkesan sebagai koagulan disebabkan ia akan
menjerap dengan sangat kuat pada permukaan bagi koloid yang negatif [6].

2.0 Kajian Literatur

Penggunaan koagulan kimia dalam rawatan air telah diaplikasikan sejak bertahun-tahun lamanya.
Pengkaji terdahulu yang mengkaji bidang kejuruteraan air khususnya bidang rawatan air dengan
menggunakan bahan koagulan telah mendapati dan membuktikan keberkesanan koagulan kimia ini
dalam merawat air. Alum antara jenis koagulan kimia yang begitu meluas digunakan selain terdapat
beberapa kelebihan lain seperti mudah didapati, dikendalikan, mudah larut dalam air dan kos juga
murah. Koagulan ini telah terbukti sangat efektif dalam menyingkirkan beberapa jenis bahan pencemar,
warna mahupun kekeruhan.

Alum sangat terkenal sebagai koagulan yang berkesan dalam rawatan air pada pH berkesan di
antara 5.0 sehingga 8.0 [7]. Aluminium sulfat akan bertindakbalas dengan bahan alkali semulajadi
dalam air untuk membentuk flok aluminium hidroksida [8]. Apabila bahan ini dicampurkan ke dalam
air, ia akan membentuk flok aluminium hidroksida yang menyebabkan ion hidrogen dan pH air
berkurang berikutan tindakbalas yang berlaku antara ion hidrogen dan kealkalian yang tinggi di dalam
air [9]. Ion besi 𝐴𝑙 3+ pula akan meneutralkan cas-cas zarah di dalam air yang kurang daripada 5 dan
menghasilkan flok semasa proses koagulasi [9]. pH penggumpalan akan mempunyai kesan yang besar
ke atas keberkesanan penggumpalan. Maka, penambahan alum ke atas air sisa membentuk flok
hidrioksida yang seterusnya membantu proses pemendapan flok secara semulajadi. Namun begitu
penggunaan alum dikaitkan dengan kesan terhadap kesihatan manusia. Enap cemar alum yang tinggi
dalam kandungan air boleh menyebabkan penyakit Alzheimer’s. Bahan ini akan memberi toksik yang
akan menganggu pertumbuhan tumbuhan pada pH yang rendah daripada 5.0 [3].
Ferik klorida dan ferus sulfat adalah garam besi yang biasa wujud di pasaran. Kebanyakan
garam besi adalah sangat berasid dan kawalan pH adalah diperlukan kecuali kealkalian yang cukup
wujud pada buffer. Ferik klorida dan besi berklorin lain wujud pada dua jenis julat bagi pH berkesan,
iaitu satu pada 4 sehingga 6 dan yang lain pada 8 sehingga 20 pH air. Garam besi mempunyai
keterlarutan yang diterima di bawah 8.5 dan kegunaannya biasanya terhad pada pH 8.5 sehingga 10.5.
Ferus sulfat bertindakbalas dengan kealkalian semulajadi namun tindakbalas yang berlaku adalah lebih
perlahan jika dibandingkan dengan tindak balas yang berlaku antara alum dan kealkalian semulajadi
[10]. Selain itu, koagulan ini juga dikatakan sebagai koagulan yang terbaik apabila digunakan sebagai
bahan penyingkir warna pada nilai pH yang rendah manakala pada nilai pH yang tinggi koagulan ini
digunakan dalam pemendakan dan mampu menyingkirkan besi dan mangan [11]. Ferik Klorida pada
kebiasaannya digunakan dalam proses koagulasi bagi sisa industri dan air sisa namun pada masa yang
sama penggunaannya bagi tujuan rawatan air adalah sangat terhad [11]. Koagulan ini adalah bersifat
sangat menghakis. Sebagai langkah keselamatan, cecairannya perlu dikendalikan dan disimpan di
dalam tangki tahan karat [11]. Tindakbalas antara ferik klorida dengan kealkalian semulajadi atau yang
ditambah adalah sama dengan ferik sulfat.

2
Rajah 1: (a) Alum (b) Ferik klorida (c) Ferus sulfat

3.0 Bahan dan Kaedah


3.1 Pensampelan air sisa domestik
Sampel air yang dikaji adalah air sisa domestik yang diambil daripada loji rawatan air sisa yang
terletak di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Botol plastik dengan saiz yang bersesuaian bagi
mengambil air sisa yang mencukupi disediakan dan sampel air sisa diambil seterusnya akan ditempatkan
di bilik sejuk makmal kejuruteraan persekitaran sekiranya perlu disimpan. Ujian makmal yang
dijalankan adalah beberapa ujian seperti Jumlah pepejal Terampai (TSS) dan kekeruhan bagi air sisa.
3.2 Penyediaan 1%, 2% and 3% kepekatan koagulan
Bagi ketiga-tiga koagulan kimia yang digunakan dalam kajian ini iaitu alum, ferus sulfat dan ferik
klorida dibeli daripada pembekal dalam bentuk serbuk dan kristal bergranular. Seterusnya koagulan
tersebut disediakan dalam bentuk kepekatan 1%, 2% dan 3%.
Untuk setiap koagulan, bagi mendapatkan nilai setiap kepekatan 1%, 2% dan 3% adalah dengan
dengan cara tertentu. Bagi 1% cecair bahan koagulan sama ada alum, ferus sulfat atau ferik klorida
disediakan dengan menambahkan 10mL bahan koagulan tersebut di dalam 1L air suling. Manakala bagi
kepekatan 2% disediakan dengan menambahkan 20mL ke dalam 1L air suling dan bagi 3% kepekatan
disediakan dengan menambahkan 30mL bahan koagulan ke dalam 1L air suling.
3.3 Ujian balang:
Nilai pH dan kekeruhan awal sampel air adalah perlu untuk diukur dan direkodkan. Air sisa
dimasukkan ke dalam enam buah bikar dengan isipadu seliter setiap satu. Sebelum dimasukkan ke dalam
bikar, air sisa tersebut mestilah digoncangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang bahan pepejal
termendap sebelum dituangkan ke dalam bikar. Dos koagulan yang berbeza ditambahkan ke dalam
keenam-enam bikar menggunakan pipet iaitu seperti nilai dos yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Ujian
balang dijalankan pada kelajuan campuran cepat rpm 50 untuk 5 minit dan seterusnya kelajuan
dikurangkan kepada rpm 30 untuk 20 minit. Setelah selesai, flok dibiarkan terhasil dengan pemendapan
selama 30 minit. Nilai pH dan kekeruhan akhir dalam penjelasan air diukur dan direkodkan serta dos
optimum koagulan ditentukan. Setelah itu, nilai penyingkiran kekeruhan dan Jumlah Pepejal Terampai
(TSS) dianalisis menggunakan kaedah matematik. Ujian balang dijalankan pada dua peringkat yang
mana peringkat pertama adalah dalam keadaan pH asal seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 dan
seterusnya peringkat kedua dijalankan pada pH yang telah dilaraskan pada pH 5 dan pH 9 bagi kepekatan
optimum koagulan sahaja seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Kepekatan optimum merujuk kepada
kepekatan yang mana dos koagulan optimum berada pada kepekatan tersebut.

3
Kepekatan Dos pada keenam-enam bikar
st nd
1 2 3rd 4th 5th 6th
1% 15 30 45 60 75 90
2% 15 30 45 60 75 90
3% 15 30 45 60 75 90
Campuran cepat: rpm 50 untuk 5 minit
Campuran lambat: rpm 30 untuk 20 minit
pH asal
Jadual 1: Dos koagulan pada kepekatan berbeza pada peringkat pertama

Kepekatan Dos pada keenam-enam bikar


st nd
1 2 3rd 4th 5th 6th
Kepekatan 15 30 45 60 75 90
optimum
koagulan
(%)
Campuran cepat: rpm 50 untuk 5 minit
Campuran lambat: rpm 30 untuk 20 minit
pH 5 dan pH 9

Jadual 2: Dos koagulan pada kepekatan optimum koagulan pada peringkat kedua

Keputusan yang diperolehi daripada ujian balang, ujian jumlah pepejal terampai (TSS) dan
kekeruhan dianalisis dan diterangkan menggunakan graf, jadual dan pengiraan matematik.
Keberkesanan penyingkiran ditentukan berdasarkan penyingkiran kekeruhan dan TSS yang tertinggi
selepas rawatan air sisa domestik menggunakan koagulan kimia dengan penggunaan dos optimum pada
keadaan pH asal, pH asid dan pH alkali.

4.0 Keputusan dan Perbincangan

Parameter air sisa domestik:

Nilai pH sampel awal yang diuji adalah berubah-ubah diantara pH 5.80 - 6.70 yang mana nilai
pH ini disebut sebagai pH asal. Nilai kekeruhan dan TSS air sisa adalah berbeza disebabkan sampel air
diambil pada hari yang berlainan. Oleh itu, kekeruhan dan TSS yang diukur berbeza nilai-nilainya
semasa menjalankan ujian makmal.

4.1 Kesan koagulan terhadap kekeruhan

Rajah 2 menunjukkan keputusan perbandingan kekeruhan pada peringkat pertama iaitu dalam
keadaan pH asal dan didapati koagulan alum pada kepekatan 3% merupakan kepekatan optimum alum
apabila sebanyak 97.33% penyingkiran kekeruhan yang tertinggi berjaya disingkirkan pada dos
optimum 45 mg/L. Diikuti oleh kepekatan alum pada 2% dengan penyingkiran kekeruhan yang
menghampiri 3% kepekatan iaitu sebanyak 96.25% pada dos optimum 75 mg/L. Penyingkiran

4
kekeruhan alum pada kepekatan 1% pada dos optimum 90 mg/L mencatatkan bacaan penyingkiran yang
sederhana bagi kekeruhan iaitu sebanyak 64.10%. Ini menjadikan alum pada kepekatan 3% dipilih
sebagai kepekatan optimum dengan penyingkiran kekeruhan yang paling berkesan bagi tujuan pelarasan
pada peringkat kedua. Sementara itu, penyingkiran paling berkesan kekeruhan ferus sulfat adalah pada
dos optimum 45 mg/L dengan kepekatan optimum 2% iaitu penyingkiran kekeruhan sebanyak 58.85 %.
Namun pada kepekatan 1% dan 3% penyingkiran kekeruhan ferus sulfat mencatatkan bacaan sebanyak
45.07% bagi kepekatan 1% serta 47.87% bagi kepekatan 3%. Ferik klorida pada kepekatan optimum
3% mencatatkan bacaan penyingkiran kekeruhan sebanyak 73.54% pada dos optimum 90 mg/L. Tidak
terdapat perbezaan yang jauh bagi penyingkiran kekeruhan koagulan ferik klorida pada kepekatan 1%
dan 2% pada dos optimum yang sama iaitu 90 mg/L dengan penyingkiran 67.74% bagi kepekatan 1%
serta 63.37% bagi kepekatan 2%.

PERBANDINGAN PENYINGKIRAN KEKERUHAN BAGI


KOAGULAN PADA pH ASAL

96.25 97.33
100 67.74 73.54
64.1 58.85 63.73
45.07 47.87
50

0
Alum Alum Alum Ferus Ferus Ferus Ferik Ferik Ferik
1% 2% 3% sulfat sulfat Sulfat Klorida Klorida Klorida
1% 2% 3% 1% 2% 3%

Kekeruhan

Rajah 2: Perbandingan penyingkiran kekeruhan koagulan pada peringkat pertama dengan pH asal

Rajah 3 menunjukkan keputusan perbandingan kekeruhan koagulan bagi kepekatan optimum


pada peringkat kedua dalam ketiga-tiga jenis keadaan pH air iaitu pH asal, pH asid dan pH alkali.
Daripada analisis mendapati, koagulan alum telah berjaya menyingkirkan kekeruhan yang tertinggi pada
ketiga-tiga keadaan pH air iaitu pada pH asal, pH 5 dan pH 9 apabila kepekatan optimum 3% dan dos
optimum 45 mg/L alum telah berjaya menyingkirkan kekeruhan air sisa sebanyak 97.33%, 98.89 % dan
98.79% masing-masing pada pH asal, pH 5 dan pH 9 yang mana bacaan penyingkiran ini tidak begitu
berbeza pada ketiga-tiga keadaan air sisa. Ferus sulfat pada kepekatan optimum 2%, dilihat lebih
berkesan menyingkirkan kekeruhan dalam keadaan pH alkali berbanding asid apabila penyingkiran
kekeruhan 82.43% berjaya dicapai pada pH 9 berbanding penyingkiran kekeruhan 65.52% yang
disingkirkan pada pH 5. Sebanyak 58.85 % penyingkiran kekeruhan oleh ferus sulfat pada pH asal.
Ferik klorida mencatatkan bacaan penyingkiran kekeruhan yang sangat ketara perbezaannya dalam
keadaan asid dan alkali apabila ferik klorida pada kepekatan optimum 3% berjaya menyingkirkan
kekeruhan yang tinggi sebanyak 94.76% pada pH 5 yang mana nilai penyingkiran ini yang tertinggi
selepas alum. Namun penyingkiran 50.80% lebih rendah dicapai oleh ferik klorida pada pH 9. Bagi pH
asal pula, bacaan ferik klorida adalah sederhana iaitu 56.67% pada dos dan kepekatan optimum.
Kesimpulannya, alum merupakan koagulan yang paling berkesan menyingkirkan kekeruhan pada
keadaan pH asal, pH 5 dan pH 9.

5
PERBANDINGAN KEBERKESANAN
PENYINGKIRAN KEKERUHAN KOAGULAN
PADA pH YANG BERBEZA
98.79
82.43
98.89 94.76
50.8
97.33 65.22
100 73.54
58.85

50

0
ALUM 3% FERUS FERIK
SULFAT 2% KLORIDA 3%
pH ASAL pH 5 pH 9

Rajah 3: Perbandingan penyingkiran kekeruhan koagulan bagi kepekatan optimum pada peringkat
kedua dengan pH asal, pH 5 dan pH 9

4.2 Kesan koagulan terhadap TSS

Perbandingan penyingkiran TSS pada peringkat pertama dalam keadaan pH asal ditunjukkan
dalam Rajah 4. Penyingkiran TSS paling berkesan iaitu yang tertinggi berjaya dicapai oleh koagulan
ferus sulfat pada kepekatan 2% iaitu sebanyak 69.57% dan 67.48% penyingkiran TSS pada kepekatan
3%. Sementara itu, TSS sebanyak 58.90% merupakan nilai terendah keberkesanan penyingkirannya
yang dicapai bagi koagulan ini pada kepekatan 1%. Ferik klorida dilihat tidak begitu berkesan dalam
menyingkirkan TSS pada pH asal. Hal ini kerana kepekatan optimum 2% ferik klorida mencatatkan
bacaan tertinggi TSS sebanyak 63.33% sahaja namun nilai penyingkiran ini menghampiri nilai
penyingkiran TSS sebanyak 64.29% alum pada kepekatan 1%. Sementara itu, alum pada kepekatan 2%
dan 3% mencatatkan bacaan penyingkiran TSS dengan nilai yang hampir iaitu masing-masing sebanyak
67.46% dan 67.67%. Bacaan penyingkiran TSS ini merupakan yang kedua tertinggi selepas ferus sulfat
pada kepekatan 2%. Secara keseluruhannya, ferus sulfat menjadi koagulan yang paling berkesan dalam
menyingkirkan TSS berbanding koagulan lain dalam keadaan pH asal.

PERBANDINGAN PENYINGKIRAN TSS BAGI


KOAGULAN PADA pH ASAL

100 67.46 67.67 69.57 67.48


64.29 58.9 56.67 63.33 56.67
50

0
Alum Alum Alum Ferus Ferus Ferus Ferik Ferik Ferik
1% 2% 3% sulfat sulfat Sulfat Klorida Klorida Klorida
1% 2% 3% 1% 2% 3%
TSS

Rajah 4: Perbandingan penyingkiran TSS koagulan pada peringkat pertama dengan pH asal

Rajah 5 menunjukkan keputusan penyingkiran kekeruhan dan TSS koagulan yang berbeza bagi
kepekatan optimum pada peringkat kedua dalam ketiga-tiga keadaan pH air sisa iaitu pH asal, pH 5 dan
pH 9. Kepekatan optimum 3% alum dengan dos optimum 45 mg/L mencatatkan penyingkiran kekeruhan
tertinggi dan TSS masing-masing sebanyak 97.33% dan 67.67% pada dos optimum 45 mg/L. Pada dos
6
optimum yang sama seperti alum, kepekatan optimum 2% ferus sulfat mencatatkan penyingkiran
58.85% kekeruhan dan 69.57% TSS. Ini menunjukkan penyingkiran kekeruhan ferus sulfat adalah lebih
rendah berbanding alum namun koagulan ini sangat berkesan dalam penyingkiran TSS pada dos
optimum dan pH yang sama. Namun begitu, bacaan TSS ferus sulfat dan alum ini tidaklah begitu jauh
perbezaanya. Ferik klorida pada kepekatan optimum 3% mencatatkan bacaan penyingkiran kekeruhan
dan TSS pada dos optimum 90 mg/L sebanyak 73.54% dan 56.67% yang mana bacaan kekeruhan ini
adalah yang tertinggi selepas alum pada pH asal. Kesimpulannya, alum menjadi koagulan yang paling
berkesan menyingkirkan kebanyakkan parameter iaitu kekeruhan dan TSS berbanding koagulan lain.

PERBANDINGAN KEBERKESANAN
PENYINGKIRAN TSS KOAGULAN PADA pH
YANG BERBEZA

67.32
55.55
67.69
35 50
67.67 69.5744.23
80 56.67
60
40
20
0
ALUM 3% FERUS FERIK
SULFAT 2% KLORIDA 3%

pH ASAL pH 5 pH 9

Rajah 5: Perbandingan penyingkiran TSS koagulan bagi kepekatan optimum pada peringkat kedua
dengan pH asal, pH 5 dan pH 9

5.0 Kesimpulan

Kajian ini telah menentukan prestasi koagulan kimia dalam mengurangkan kekeruhan dan TSS
daripada air sisa domestik. Alum pada dos optimum 45 mg/L pada kepekatan optimum 3% didapati
merupakan koagulan yang paling berkesan dalam penjelasan air pada ketiga-tiga keadaan pH air sisa
dalam kajian ini iaitu pH asal, pH 5 dan pH 9. Sebanyak 98.89% dan 67.67% kekeruhan dan TSS yang
berjaya disingkirkan pada pH 5, 98.89% dan 67.32% pada pH 9 dan 97.33% dan 67.67% pada pH asal
bagi koagulan alum. Ferus sulfat menunjukkan prestasi penyingkiran kekeruhan dan TSS yang terbaik
pada kepekatan 2% dalam keadaan pH alkali. Dos optimum 15 mg/L ferus sulfat berjaya menyingkirkan
kekeruhan tertinggi sebanyak 82.43% dan 35% TSS pada pH 9. Pada pH 5, penyingkiran kekeruhan dan
TSS sebanyak 65.22% dan 44.23% pada dos optimum 90 mg/L manakala pada pH asal, dos optimum
45 mg/L berjaya menyingkirkan sebanyak 58.55% dan 69.57%. Seterusnya, koagulan ferik klorida
berkesan digunakan pada kepekatan optimum 3% dan keadaan pH asid apabila dos optimum 75 mg/L
berjaya menyingkirkan kekeruhan dan TSS sebanyak 94.76% dan 55.55% pada pH 5 manakala pada pH
asal dos optimum 90 mg/L menyingkirkan 73.54% kekeruhan dan 56.67% TSS. Pada pH 9, kekeruhan
yang berjaya disingkirkan oleh koagulan ini adalah lebih rendah iaitu 50.80% sahaja dan nilai TSS
sebanyak 55.55%. Sebagai kesimpulan, didapati bahan koagulan kimia sememangnya sangat berkesan
dalam pengurangan kekeruhan dan TSS dengan bacaan penyingkiran yang sangat tinggi. Keberkesanan
koagulan telah ditentukan begitu juga dengan dos, kepekatan dan pH optimum bagi bahan koagulan
maka objektif kajian telah tercapai.

7
Penghargaan

Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Ab Aziz Bin
Abdul Latiff di atas segala tunjuk ajar yang diberikan dalam kajian ini serta bahan koagulan kimia yang
disediakan sepenuhnya oleh beliau serta buat Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar kerana telah
menyediakan segala kemudahan dan fasiliti yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini.

Rujukan

[1] Chris binnie, Martin Kimber, George Smethurst (Third Edition) (2002). Basic Water Treatment
Third Edition. Thomas Telford Publishing, Thomas Telford Ltd, Heron Quay, London E14 4JD.
[2] Karamany, H. El (2010). Study for Industrial Wastewater Treatment Using Some Coagulants. Fourteenth
International Water Technology Conference, IWTC 14 2010, Cairo, Egypt.
[3] Rout, G., Samantaray, S., & Das, P. (2001). Aluminium toxicity in plants: a review. Agronomie, EDP
Sciences, 21(1), pp. 3–21.
[4] Nayak P. (2002). Aluminium: Impacts and Disease. 13. Environmental Research Section A 89, pp. 101-
115.
[5] Pathan Mohsinkhan G, Kolate SurajR, LondheSagarR dan Mate Umesh A (2016). Comparative Study of
Alum and Ferric Chloride for Removal of Turbidity from Water. International Journal of Innovative
Research in Science and Enigineering. Vol. No 2. Issue 03, March 2016.
[6] Bratby, J (2006) Coagulation and Flocculation in Water and Wastewater Treatment IWA Publishing,
London
[7] Marimaz Purification Of Coagulation Active Components From Chemical Coagulant, 33535(37), pp. 37-
43.
[8] Warren Viessman, Jr, Mark J. Hammer, (2005). Water Supply and Pollution Control Sixth Edition,
Addison Wesley Longman, Inc.
[9] Gebbie
[10] Raymond D. Letterman, Appiah Amirtharajah, Charles R. O’Melia (1999). Water Technology an
introduction for Environmental Scientists and Engineers. Chapter 6 Coagulation and Flocculation. 6.2 6.3
[11] Mark A Comparison of Aluminum and Iron-Based Coagulants For Treatment Of Surface Water In
Sarasota County, Florida. University of Central Florida: Master's Thesis.

8
9

You might also like