You are on page 1of 24

Bertarikh hb, , 20

DI ANTARA

AmBank (M) Berhad (8515-D)

DAN

(PEMINJAM)

____________________________________________________

PERJANJIAN PINJAMAN
_____________________________________________________

(HL/Atas500K/BM/V1-072016)
PERJANJIAN PINJAMAN INI dibuat pada tarikh seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen
1 Jadual Pertama
ANTARA
• AmBank (M) Berhad (8515-D), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan
mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No.55, Jalan Raja
Chulan, 50200 Kuala Lumpur (‘Bank’)
DAN
• Pihak yang nama dan butirannya seperti dinyatakan di dalam Seksyen 2 Jadual Pertama
(‘Peminjam’)

RESITAL:
Atas permintaan Peminjam, Bank bersetuju menyediakan dan/atau dari semasa ke semasa untuk
menyediakan kepada Peminjam kemudahan perbankan seperti dinyatakan dalam Surat Tawaran
yang dikeluarkan oleh Bank mengikut syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam
Surat Tawaran dan Perjanjian Pinjaman.

MAKA DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti yang berikut:


1.0 Takrifan
1.1 Dalam Perjanjian ini, ungkapan dan perkataan seperti berikut akan membawa erti seperti
dinyatakan melainkan ditentukan sebaliknya:-
‘Perjanjian ini’ Perjanjian Pinjaman ini dan Surat Tawaran.

‘Kumpulan AmBank’ semua syarikat berhubungkait dan syarikat mempunyai


kaitan dengan Bank dan syarikat pemegangannya.

‘Penyerahan Hak’ Surat Ikatan Penyerahan Hak yang akan ditandatangani


oleh Peminjam dan/atau Pihak Sekuriti seperti dinyatakan
dalam Seksyen III(a) berhubung dengan Penyerahan Hak
Hartanah itu dan segala hak, kepentingan dan/atau
manfaat Perjanjian JualBeli dalam bentuk yang
dikehendaki oleh Bank.

‘BNM’ Bank Negara Malaysia, subsidiarinya, agensi dan biro


yang ditubuhkan olehnya.

‘Kadar Asas’ kadar rujukan yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke
semasabagi penetapan harga kemudahan
pinjaman/pembiayaan dengan kadar terapung, dan dikira

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 1
mengikut penetapan Bank Negara Malaysia sebagaimana
yang ditetapkan dari semasa ke semasa atau mana-mana
pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke
atas Bank-bank di Malaysia.

‘Gadaian’ gadaian ke atas Hartanah di bawah Kanun Tanah Negara


1965/ Kanun Tanah Sarawak/ Ordinan Tanah Sabah
(yang mana berkenaan) dalam bentuk sebagaimana yang
dikehendaki oleh Bank, yang akan dilaksanakan oleh
Peminjam dan/atau Pihak Sekuriti seperti dinyatakan di
bawah Seksyen III (a) yang memihak kepada Bank
sebagai jaminan kepada keberhutangan.

‘Kemungkiran kejadian seperti yang tertera di bawah Klausa 14.1


Perjanjian’ Perjanjian ini.

“Perjanjian Pinjaman” Perjanjian Pinjaman ini, tidak termasuk Surat Tawaran.

‘Pinjaman’ pinjaman yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.

“CBP” ertinya apa-apa cukai yang perlu dibayar ke atas


pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain
mengikut peruntukan Undang-undang CBP.

‘Undang-undang CBP’ ertinya Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014,


perundangan subsidiari, perintah berkanun dan peraturan
yang terpakai bagi permohonan CBP, sebagaimana yang
dipinda dari semasa ke semasa.

‘Keberhutangan’ apa-apa jumlah yang terhutang oleh Peminjam kepada


Bank (sama ada sebagai prinsipal/ jaminan termasuk
prinsipal, faedah, faedah dipermodalkan, faedah ingkar,
yuran, kos, gadaian/ caj-cajlain) di bawah Perjanjian ini
dan/atau Dokumen Sekuriti lain.

‘Kadar Faedah’ kadar faedah yang ditetapkan seperti dinyatakan di dalam


Surat Tawaran.

‘Surat Tawaran’ Surat Tawaran, termasuk lampirannya, yang dikeluarkan


oleh Bank kepada Peminjam bagi Pinjaman, seperti yang
dilampirkan dalam Jadual Kedua dan termasuk apa-apa
surat daripada Bank kepada Peminjam yang menambah/
meminda/ menggantikan/ merubah surat tawaran tersebut.

‘Hartanah’ Hartanah yang mana butir-butir adalah seperti dinyatakan


di dalam Surat Tawaran.

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 2
‘Dokumen Sekuriti’ dokumen sekuriti seperti dinyatakan dalam Surat
Tawaran.

‘Pihak Sekuriti’ pihak seperti ditetapkan dalam Seksyen III Jadual


Pertama yang menyediakan cagaran atau jaminan kepada
Bank untuk menjamin pembayaran/ pembayaran balik
Keberhutangan.

‘Penjual’ di mana berkenaan, mana-mana satu / lebih daripada


pihak berikut:

(a) pemaju yang membangunkan Hartanah;

(b) pemilik yang memilik Hartanah;

(c) penjual yang menjual Hartanah kepada


Peminjam/Pihak Sekuriti;

(d) kontraktor yang membina /mengubah suai Hartanah;

(e) pemberi biaya yang telah memberi pinjaman kepada


Peminjam/Pihak Sekuriti.

‘Perjanjian JualBeli’ di mana berkenaan, mana-mana satu daripada perjanjian


berikut dilaksanakan oleh Peminjam / Pihak Sekuriti
untuk Hartanah tersebut, seperti:

(a) perjanjian jual dan beli dengan pemaju dan/atau


pemilik/ penjual untuk pembelian Hartanah;

(b) Perjanjian pembinaan/ pengubahsuaian dengan


kontraktor untuk pembinaan/ pengubahsuaian
Hartanah;

(c) Perjanjian kemudahan/ pinjaman sedia ada dengan


pembiaya yang Hartanah dicagarkan sebagai
jaminan untuk pinjaman yang diberikan kepada
Peminjam/ Pihak Sekuriti.

2.0 Interpretasi
2.1 Rujukan kepada jantina maskulin hendaklah termasuk termasuk jantina feminine dan
jantina neuter dan sebaliknya dan rujukan kepada perkataan tunggal hendaklah
bermaksud majmuk dan sebaliknya.

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 3
2.2 Apabila dua pihak atau lebih memberi ungkapan dan/atau akujanji sebagaimana
dikehendaki, ungkapan dan akujanji hendaklah boleh dikuatkuasakan terhadap pihak-
pihak tersebut samada secara bersesama atau berasingan.
2.3 Segala perkataan dan ungkapan yang ditakrifkan di dalam Surat Tawaran berkaitan
hendaklah membawa erti yang sama apabila digunakan / disebut di dalam Perjanjian ini,
kecuali jika ia ditakrifkan sebaliknya di dalam Perjanjian ini.
2.4 Mana-mana terma berkaitan dengan perkhidmatan perbankan dan pembiayaan yang tidak
ditakrifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut amalan
umum perniagaan dan perdagangan industri perbankan dan pembiayaan di Malaysia.
2.5 Perkataan yang terpakai untuk orang biasa adalah termasuk badan, orang, syarikat,
perbadanan, persatuan, korporat, firma/ usahasama/ selainnya dan sebaliknya.
2.6 Rujukan kepada 'undang-undang' hendaklah merangkumi tanpa limitasi: perundangan-
perundangan / statut di Malaysia, enakmen negeri, perundangan subsidiari, undang-
undang kecil, garis panduan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan di
bawahnya dan mana-mana enakmen seperti perundangan / enakmen negeri.
2.7 Jadual-Jadual dirujuk di dalam Perjanjian ini adalah sebahagian penting kepada
Perjanjian ini dan hendaklah dibaca dan ditafsir sebagai bahagian penting kepada
Perjanjian ini.
2.8 Apa-apa rujukan kepada "Perjanjian ini" hendaklah termasuk segala pindaan penambahan
/ perjanjian tambahan yang dibuat dari masa ke masa di antara Bank dan Peminjam.
2.9 Tajuk-tajuk kepada Seksyen Perjanjian ini adalah dimasukkan untuk tujuan memudahkan
sahaja dan tidak bertujuan untuk memberi kesan kepada interpretasi / pentafsiran
Perjanjian ini.

3.0 Surat Tawaran


3.1 Surat Tawaran tersebut hendaklah membentuk sebahagian daripada Perjanjian Pinjaman
dan hendaklah terpakai dan mempunyai kesan undang-undang sepenuhnya.
3.2 Perjanjian Pinjaman dan Surat Tawaran hendaklah dibaca dan ditafsir bersama. Bila
mana terdapat peruntukan yang sama dalam Surat Tawaran dan Perjanjian Pinjaman,
kedua-dua peruntukan itu hendaklah dibaca bersama sebagai saling melengkapi dan
mempunyai kesan undang-undang.
3.3 Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara peruntukan dalam Surat Tawaran dan
Perjanjian Kemudahan tersebut:
(a) peruntukan-peruntukan Surat Tawaran akan diguna pakai hanya setakat
ketidakselarasan itu;

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 4
(b) peruntukan-peruntukan Perjanjian Pinjaman, hendaklah terpakai setakat mana ia tidak
bercanggah dengan Surat Tawaran.

4.0 Representasi, Waranti dan Aku Janji oleh Peminjam


4.1 Peminjam mengakui bahawa Bank telah memberikan Pinjaman dengan bergantung penuh
kepada representasi, waranti dan akujanji berikut yang dibuat oleh Peminjam:
(a) semua dokumen dan maklumat yang diberikan kepada Bank untuk permohonan
Pinjaman tersebut adalah benar, tepat, tidak diusik dan tidak dipalsukan;
(b) bahawa Pinjaman akan digunakan oleh Peminjam untuk tujuan seperti yang
dinyatakan di dalam Surat Tawaran dan mematuhi semua undang-undang yang
terpakai;
(c) tidak terdapat sebarang perubahan material yang ketara dalam kedudukan
kewangan/ operasi Peminjam/ Pihak Sekuriti sejak tarikh penyata kewangan yang
telah diaudit dikemukakan kepada Bank;
(d) Peminjam telah mendedahkan sepenuhnya secara bertulis kepada Bank semua fakta
berkaitan dengan Peminjam, Dokumen Sekuriti dan setiap Pihak Sekuriti setakat
mana Peminjam mempunyai pengetahuan munasabah dan yang mana ianya
adalah pendedahan material kepada Bank bagi tujuan pemberian Pinjaman;
(e) Peminjam hendaklah memastikan bahwa apa-apa pendahuluan terhadap
pengarahnya, pemegang saham, anak syarikat / syarikat-syarikat berkaitan /
syarikat-syarikat bersekutu dengannya hendaklah dimasukkan sebagai liabiliti
kepada Bank di bawah Pinjaman (tidak terpakai kepada Peminjam yang
merupakan seorang individu);
(f) tidak ada pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang yang secara material
akan memberi kesan buruk kepada nilai Hartanah;
(g) tiada pihak ketiga mempunyai apa-apa kepentingan, hakmilik, tuntutan / manfaat
terhadap Hartanah / mana-mana bahagiannya;
(h) Peminjam atau mana-mana Pihak Sekuriti tidak membuat apa-apa perjanjian /
perjanjian (sama ada lisan / bertulis) di mana Peminjam / Pihak Sekuriti telah
bersetuju untuk menyampaikan, memindahmilik, menyerahhak, menggadai /
membuat apa-apa kepentingan cagaran terhadap Hartanah tersebut;
(i) bahawa semua cukai tanah, cukai pintu, penilaian dan perbelanjaan lain berkenaan
dengan Hartanah telah dibayar dan hendaklah dibayar sepenuhnya;

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 5
(j) jika Hartanah sedang dimajukan, Peminjam telah memastikan daripada Penjual
bahawa semua kelulusan yang diperlukan berkenaan dengan pembangunan telah
diperoleh dan kelulusan masih sah pada permulaan dan sepanjang tempoh
pembangunan Hartanah;
(k) sekiranya dokumen hak milik individu / hakmilik strata kepada Hartanah masih
belum dikeluarkan, Perjanjian Jual Beli untuk pembelian Hartanah yang
membuktikan kepentingan Peminjam / Pihak Sekuriti ke atas Hartanah adalah sah
dan dikekalkan.
(l) Peminjam tidak mengetahui apa-apa kejadian yang boleh menyebabkan Perjanjian
JualBeli ditamatkan;
(m) Peminjam / Pihak Sekuriti tidak melanggar mana-mana perjanjian, waad /
stipulasi pada bahagian yang akan dilaksanakan di dalam Perjanjian JualBeli;
(n) Hartanah hendaklah diinsuranskan terhadap risiko dengan syarikat insurans yang
diluluskan oleh Bank dan Bank hendaklah dinamakan sebagai penama dalam
polisi insurans. Semua premium untuk polisi insurans hendaklah ditanggung oleh
Peminjam;
(o) Dokumen Sekuriti yang ditandatangani oleh Pihak Sekuriti dan kemudian
dilaksanakan Pihak Sekuriti adalah memberi manafaat komersial kepada Pihak
Sekuriti dan pelaksanaan Dokumen Sekuriti oleh setiap Pihak Sekuriti tidak
menyalahi / melanggar mana-mana undang-undang yang terpakai bagi Pihak
Sekuriti;
(p) Peminjam tidak akan menggunakan Pinjaman untuk apa-apa pengubahan wang
haram/ pembiayaan keganasan / aktiviti penipuan / kegiatan jenayah / untuk
maksud dan tujuan jenayah;
(q) bahawa semua pembayaran balik Pinjaman yang akan dibuat oleh Peminjam
hendaklah berasal daripada sumber dan kegiatan yang sah dan bukan dari apa-apa
kegiatan haram / kegiatan menyalahi undang-undang (termasuk sebarang kegiatan
jenayah) / transaksi penipuan, dengan syarat selanjutnya Bank berhak
menghendaki peminjam untuk memberikan apa-apa keterangan dokumen /
maklumat untuk pengesahan.
4.2 Peminjam dengan ini berjanji dan bersetuju bahawa selagi Keberhutangan masih
terhutang kepada Bank, Peminjam TIDAK boleh, tanpa kebenaran terlebih dahulu
daripada Bank:
(a) membuat, menanggung, memikul, menjamin / membenarkan kewujudan apa-apa
Keberhutangan kecuali Pinjaman dan hutang tanpa cagaran yang dilakukan dalam
operasi biasa perniagaan Peminjam;

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 6
(b) membuat / memberi pinjaman / membuat pendahuluan / menyediakan /
melanjutkan apa-apa kredit / mengatur / menjamin / memberikan apa-apa
indemniti / jaminan terhadap kerugian / untuk faedah mana-mana entiti /
bertindak sebagai penjamin / sebaliknya secara sukarela menerima sebarang
liabiliti (selain daripada dagangan kredit biasa / jaminan dagangan / pinjaman
sementara kepada kakitangan, pelanggan, kontraktor / pembekal dalam operasi
biasa perniagaan);
(c) membuat apa-apa pinjaman kepada pengarah, pemegang saham, anak syarikat /
pegawai lain daripada aktiviti biasa perniagaan / operasi (tidak terpakai kepada
peminjam yang merupakan seorang individu);
(d) mengisytiharkan / membayar apa-apa dividen / memberi bonus / membuat
sebarang pengagihan lain berkenaan dengan apa-apa modal saham (tidak terpakai
kepada peminjam yang merupakan seorang individu);
(e) mendaftar / membenarkan mana-mana perubahan terhadap pemegang saham yang
sedia ada / lembaga pengarah / kakitangan utama, dari tarikh penerimaan Surat
Tawaran (tidak terpakai kepada peminjam yang merupakan seorang individu);
(f) membuat percantuman / penyatuan / penggabungan / pembubaran / penggulungan
sukarela / pembubaran sendiri (atau mengalami sebarang likuidasi / pembubaran /
pembatalan) / tidak lagi mengawal mana-mana bahagian aku janji / perniagaan /
aset sama ada kini dimiliki atau selepas ini diperolehi (tidak terpakai kepada
peminjam yang merupakan seorang individu);
(g) membuat apa-apa pembayaran pendahuluan kepada mana-mana pinjaman lain /
hutang, jika terdapat apa-apa wang yang tertunggak di bawah Pinjaman yang
tertunggak dan belum dibayar;
(h) membuat apa-apa pembayaran balik sebarang pinjaman / pendahuluan yang
dibuat kepada pengarah / pemegang saham / syarikat-syarikat berkaitan / syarikat
sekutunya, sehingga semua liabiliti dan obligasi di bawah Pinjaman telah
dilepaskan (tidak terpakai kepada Peminjam yang merupakan seorang individu).
4.3 Representasi yang tersebut di atas, waranti, aku janji dan waad akan menjadi asas
tawaran Bank untuk menyediakan Pinjaman kepada Peminjam. Jika mana-mana
representasi, waranti, aku janji dan waad yang dibuat hendaklah pada bila-bila masa
didapati tidak benar / tidak betul / dilanggar, Bank mempunyai hak mengikut budi bicara
mutlaknya untuk menggantung ketersediaan / pembayaran / semakan / penarikan balik /
menamatkan Pinjaman.
4.4 Sebagai penambahan kepada syarat terdahulu untuk pengeluaran seperti yang dinyatakan
di dalam Surat Tawaran, semua reprentasi, waranti, aku janji dan waad yang dinyatakan
di dalam Seksyen 4.0 Perjanjian Pinjaman hendaklah dipatuhi oleh Peminjam pada masa
Pinjaman dikeluarkan.

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 7
5.0 Pengeluaran Pinjaman & Pembayaran kepada Penjual
5.1 Peminjam dengan ini secara muktamad memberi kuasa kepada Bank untuk mengeluarkan
keseluruhan / sebahagian Pinjaman kepada Penjual:

(a) mengikut terma-terma / jadual pembayaran yang dinyatakan dalam Perjanjian


JualBeli;
(b) mengikut terma-terma mana-mana surat aku janji yang dikeluarkan oleh Bank
kepada Penjual;
(c) bagi apa-apa maksud yang baginya Pinjaman diluluskan oleh Bank untuk
penggunaan Peminjam.

5.2 Pembayaran yang dibenarkan oleh Bank atas budi bicara mutlaknya hendaklah dianggap
sebagai penggunaan Pinjaman oleh Peminjam dan Peminjam dengan ini mengakui
bahawa ia adalah terhutang kepada Bank setakat pembayaran yang dibenarkan.
5.3 Bank berhak untuk mengetepikan sebahagian Pinjaman bagi tujuan membuat
pembayaran sementara menunggu pengeluaran / pelepasan pembayaran.
5.4 Bank hendaklah pada setiap masa berhak untuk membuat apa-apa bayaran di bawah aku
janji yang dikeluarkan kepada Penjual tanpa mengira samada mana-mana Kemungkiran
Perjanjian telah berlaku atau samada Bank telah melaksanakan mana-mana hak atau
remedi tersedia ada pada Bank apabila berlaku sesuatu Kemungkiran Perjanjian.
5.5 Bank adalah berhak untuk membuat pembayaran kepada Penjual tanpa siasatan lanjut /
pertanyaan dan tidak perlu melibatkan dirinya dengan apa-apa isu-isu / tuntutan oleh
Peminjam / Pihak Sekuriti dengan Penjual di bawah Perjanjian JualBeli. Selanjutnya
obligasi Peminjam di bawah Perjanjian ini hendaklah tidak terjejas / terganggu oleh fakta
bahawa Bank berhak untuk enggan membuat pembayaran kepada Penjual. Liabiliti
Peminjam di bawah Perjanjian ini hendaklah berterusan walaupun Perjanjian JualBeli
ditamatkan oleh Peminjam atau Penjual.
5.6 Sekiranya terdapat apa-apa kemungkiran oleh Penjual di dalam menyempurnakan
obligasinya di bawah mana-mana Perjanjian dengan pembiaya Penjual /sekiranya Pihak
Sekuriti telah ingkar di bawah Perjanjian dengan Penjual, Bank hendaklah berhak
menggantung pengeluaran Pinjaman/atau mana-mana sebahagian darinya.
5.7 Sekiranya Hartanah masih di bawah pembinaan dan Bank dikehendaki mengeluarkan
Pinjaman secara berperingkat kepada Penjual, Peminjam hendaklah membayar faedah
kepada Bank pada Kadar Faedah ke atas jumlah yang dibayar secara berperingkat kepada
Penjual.
5.8 Sekiranya Pinjaman / mana-mana bahagiannya, tidak digunakan selepas tamat tempoh
Pinjaman, atas apa-apa sebab, Bank boleh mengikut budi bicaranya menarik balik
Pinjaman. Dalam keadaan sedemikian, Peminjam hendaklah membayar balik semua kos,
bayaran dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman) yang ditanggung oleh Bank.
(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 8
6.0 Sekuriti
6.1 Gadaian: Jika dokumen hakmilik berasingan bagi Hartanah dikeluarkan, Peminjam
hendaklah / hendaklah memastikan Pihak Sekuriti menandatangani dan menyerahkan
kepada Bank Gadaian Hartanah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang
terkandung di dalamnya. Semua kos dan perbelanjaan berkaitan dengan penyempurnaan
Gadaian hendaklah ditanggung oleh Peminjam.
6.2 Penyerahan Hak
(a) Jika dokumen hakmilik berasingan bagi Hartanah belum dikeluarkan, Peminjam
hendaklah / hendaklah memastikan Pihak Sekuriti menyerah hak sepenuhnya
Hartanah kepada Bank serta keseluruhan dan sepenuhnya manfaat Perjanjian
JualBeli, bersama-sama dengan segala hak, hakmilik dan kepentingan terkandung
di dalamnya, mengikut format yang ditetapkan oleh Bank.
(b) Peminjam dan / atau Pihak Sekuriti hendaklah melaksanakan Surat Kuasa Wakil
mengikut format yang ditetapkan oleh Bank, melantik Bank / mana-mana orang
yang diberi kuasa oleh Bank pada masa material sebagai wakil Peminjam / Pihak
Sekuriti.
(c) Apabila hakmilik strata Hartanah dikeluarkan, Peminjam hendaklah memastikan
Pihak Sekuriti, segera melaksanakan memorandum pindahmilik dan melaksanakan
Gadaian ke atas Hartanah di atas kos dan perbelanjaan sendiri, jika gagal berbuat
demikian Bank berhak mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk
melaksanakan hak yang diberikan kepadanya di bawah Surat Kuasa Wakil yang
ditandatangani oleh Peminjam, untuk melindungi kepentingan Bank.
(d) Semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penyempurnaan Gadaian
hendaklah ditanggung oleh Peminjam.
(e) Sekiranya Gadaian tidak dilaksanakan / disempurnakan atas apa-apa sebab,
Penyerahan Hak hendaklah terus berkuat kuasa sehingga Gadaian didaftarkan
dengan sewajarnya terhadap Hartanah / Keberhutangan kepada Bank dibayar
sepenuhnya mengikut yang mana berlaku terlebih dahulu.
6.3 Sekuriti-sekuriti Lain: Peminjam hendaklah / menyebabkan Pihak Sekuriti melaksanakan
dan menyerahkan apa-apa Dokumen Sekuriti lain seperti yang dinyatakan dalam Surat
Tawaran untuk menjamin pembayaran balik dan pembayaran Keberhutangan kepada
Bank.
6.4 Sekuriti Lanjut: Jika dikehendaki oleh Bank pada bila-bila masa, Peminjam hendaklah
menyediakan sekuriti tambahan untuk Pinjaman dan menyempurnakan dokumen sekuriti
berkenaan sebagai sekuriti tambahan diatas kos Peminjam.
6.5 Sekiranya nilai Hartanah atau apa-apa sekuriti lain yang diberikan oleh Peminjam
menyusut nilainya, Bank berhak mengikut budi bicaranya menghendaki Peminjam untuk
menyediakan sekuriti tambahan.

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 9
7.0 Pembayaran oleh Peminjam
7.1 Semua bayaran / pembayaran balik yang akan dibuat oleh Peminjam kepada Bank di
bawah Perjanjian ini hendaklah dalam Ringgit Malaysia, bebas daripada apa-apa caj /
penolakan caj dan hendaklah disimpan oleh Bank di dalam akaun tergantung tanpa
faedah.
7.2 Masa penerimaan apa-apa pembayaran yang dibuat oleh Peminjam hendaklah dianggap
berlaku pada masa Bank benar benar menerima pembayaran dari Peminjam. Mana-mana
pembayaran yang dibuat melalui cek / kad bayaran lain hendaklah dianggap sebagai telah
diterima hanya selepas instrumen cek / bayaran telah dibenarkan oleh sistem Bank.
7.3 Apabila apa-apa bayaran diterima daripada Peminjam, Bank berhak untuk
memperuntukkan pembayaran mengikut keutamaan berikut:
(a) pertama, bagi pembayaran apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada pihak
berkuasa berkaitan berkenaan dengan Hartanah;
(b) kedua, bagi pembayaran apa-apa fi, caj, perbelanjaan dan kos yang ditanggung
oleh Bank dalam menguatkuasakan haknya di bawah Dokumen Sekuriti, seperti
kepada peguam cara, ejen, pelelong, penerima dan pengurus yang dilantik oleh
Bank untuk Peminjam ( jika berkenaan);
(c) ketiga, terhadap semua faedah (termasuk faedah ingkar) terakru ke atas Pinjaman;
dan
(d) terakhir, terhadap pembayaran jumlah prinsipal yang tertunggak di bawah
Pinjaman.

7.4 Jika Peminjam membuat bayaran melalui mana-mana saluran pembayaran Bank selepas
Bank telah mengambil prosiding tindakan undang-undang / prosiding pelaksanaan
Peminjam bagi apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank, bayaran tersebut
adalah diterima atas dasar tanpa prejudis terhadap hak Bank untuk meneruskan dengan
prosiding tindakan undang-undang / prosiding pelaksanaan terhadap Peminjam.

8.0 Pengubahsuaian dan Kelonggaran


8.1 Bank boleh pada bila-bila masa tanpa menjejaskan sekuriti yang diberikan kepada Bank
di bawah Perjanjian ini:
(a) menentukan, mengubah, mengubah suai, menyusun semula, mengurangkan /
menambahkan Pinjaman;
(b) memberi kepada Peminjam dan jika Peminjam adalah lebih daripada satu orang,
kepada mana-mana Peminjam;
(c) Pihak Sekuriti / penjamin lain apa-apa kelonggaran;

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 10
(d) berurusan, menukar, melepaskan, mengubahsuai/ menahan diri daripada
menyempurnakan / menguatkuasakan mana-mana sekuriti / jaminan lain / hak-
hak yang mungkin tersedia ada atau dari semasa ke semasa mungkin ada daripada
/ terhadap Peminjam / Pihak Sekuriti.

9.0 Pembayaran Faedah, Kadar Faedah dan Faedah Ingkar


9.1 Kadar Faedah dikira seperti berikut:
(a) Jika faedah ke atas Pinjaman dikira pada baki harian, Kadar Faedah akan dikira
atas baki harian Keberhutangan;
(b) Jika faedah ke atas Pinjaman dikira atas kadar bulanan, Kadar Faedah akan dikira
ke atas jumlah Keberhutangan pada akhir setiap bulan dan akan dibayar pada hari
pertama bulan yang berikutnya.
9.2 Peminjam hendaklah membayar faedah ke atas Pinjaman pada Kadar Faedah, tanpa
tuntutan terdahulu / notis daripada Bank.
9.3 Faedah dikira berdasarkan jumlah sebenar hari yang berlalu dan berdasarkan 365 hari
setahun ( 366 hari setahun dalam kes tahun lompat).
9.4 Sekiranya kelewatan Peminjam dalam menepati pembayaran mana-mana bayaran
ansuran Pinjaman / Keberhutangan pada tarikh ia berbayar, Peminjam hendaklah juga
membayar faedah ingkar kepada Bank pada kadar 1% setahun dikira atas setiap hari
('Kadar Faedah Ingkar') ke atas jumlah yang ingkar dari tarikh kemungkiran sehingga
tarikh pembayaran sebenar. Kewajiban Peminjam membayar faedah ingkar akan
berterusan walaupun selepas:
(a) apa-apa prosiding tindakan undang-undang telah diambil oleh Bank terhadap
Peminjam; dan
(b) apa-apa penghakiman telah dimasukkan terhadap Peminjam berikutan dengan
prosiding tindakan undang-undang.
9.5 Faedah ke atas Keberhutangan akan dimasukkan sebagai modal dan ditambah kepada
jumlah pokok Pinjaman. Jumlah keseluruhan akan dikenakan faedah pada Kadar Faedah
dan di mana terpakai, Kadar Faedah ingkar berkenaan. Jumlah keseluruhan
Keberhutangan hendaklah dibayar kepada Bank, sama ada sebelum atau selepas apa-apa
penghakiman mahkamah yang diperoleh oleh Bank terhadap Peminjam.

10.0 Perubahan Kadar Faedah dan Kadar Asas


10.1 Bank berhak pada bila-bila masa selepas ini untuk mengubah, Kadar Asas, Kadar Faedah
dan caj perbankan lain yang terpakai bagi Pinjaman dengan menyampaikan suatu notis
kepada Peminjam memberitahu akan niat Bank mengikut cara yang berikut: -
(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 11
(a) berkenaan dengan Kadar Asas, dengan membuat iklan di dalam bentuk dan
bahasa ditujukan secara amnya kepada masyarakat awam / pelanggan di keluaran
akhbar harian pilihan Bank atau dengan meletakan notis mengenai apa-apa
perubahan dalam mana-mana premis cawangan Bank;
(b) berkenaan dengan Kadar Faedah dan caj perbankan lain yang terpakai bagi
Pinjaman, dengan memberikan notis secara bertulis kepada Peminjam yang
membawa maksud sedemikian.
10.2 Penyampaian notis hendaklah disifatkan telah dibuat mengikut Perjanjian ini dan
disampaikan kepada Peminjam, apabila disiarkan di akhbar / jika dihantar secara Kediri /
dihantar melalui pos biasa ke alamat Peminjam dalam rekod Bank. Notis hendaklah
disifatkan telah disampaikan kepada Peminjam pada tarikh Notis disiarkan dalam
suratkhabar/ hari kelima selepas menghantar surat secara pos atau jika dihantar dengan
tangan, pada hari ia telah dihantar.
10.3 Kadar Pinjaman Asas yang berubah, Kadar Faedah dan caj perbankan yang lain
hendaklah terpakai bagi Pinjaman / bahagian Pinjaman yang telah dikeluarkan pada
tarikh berkuat kuasa seperti dinyatakan dalam Notis.

11.0 Insurans
11.1 Peminjam hendaklah dan / atau menyebabkan Pihak Sekuriti, memastikan Hartanah dan
semua kelengkapan yang didirikan di atasnya mempunyai polisi insurans dengan
sempurna atas nama Peminjam dan / atau Pihak Sekuriti, dengan syarikat insurans yang
diluluskan oleh Bank, setakat had nilai insurans penuh untuk melindungi kerugian /
kerosakan oleh kebakaran dan risiko lain dan atas terma-terma yang dikehendaki oleh
Bank.
11.2 Jika perlu, Bank hendaklah melaksanakan dan / atau mengekalkan polisi insurans atas
kos dan perbelanjaan Peminjam dan / atau Pihak Sekuriti.
11.3 Melainkan jika dipersetujui sebaliknya oleh Bank, Peminjam hendaklah juga mengambil
dan mengekalkan insurans gadai janji berkurangan ke atas Hartanah.
11.4 Peminjam bersetuju bahawa polisi insurans asal dan resit pembayaran premium yang
telah dibayar akan disimpan oleh Bank.
11.5 Mana-mana bayaran yang diterima oleh Bank dari polisi syarikat insurans hendaklah
pertama, digunakan bagi menyelesaikan Keberhutangan / membayar ganti rugi /
kerosakan kepada Hartanah, di atas budibicara Bank. Jika, selepas menggunakan wang
insurans untuk membayar jumlah Keberhutangan, masih terdapat baki yang perlu
dibayar, maka baki yang perlu dibayar akan serta-merta segera menjadi baki berbayar
oleh Peminjam kepada Bank.

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 12
12.0 Pindaan Kepada Perjanjian ini
12.1 Bagi maksud pematuhan kepada mana-mana undang-undang baru berkaitan dengan Bank
/ perubahan dalam undang-undang / mana-mana garis panduan baru yang dikeluarkan
oleh BNM, Bank berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat Perjanjian ini
melalui:
(a) paparan terma-terma dan syarat-syarat yang dipinda di cawangan-cawangan
Bank;
(b) memuat naik terma-terma dan syarat-syarat yang dipinda dalam laman web Bank.
12.2 Peminjam bersetuju bahawa Bank boleh memberi notis mengenai pindaan terma dan
syarat Perjanjian ini melalui salah satu / lebih daripada suatu cara yang berikut:
(a) notis di papan kenyataan / mana-mana bahagian yang mudah dilihat di cawangan-
cawangan Bank;
(b) Notis di skrin paparan terminal elektronik Bank;
(c) notis di laman web Bank;
(d) notis di dalam penyata akaun berkala dihantar kepada Peminjam;
(e) notis secara bertulis dalam format Bank ke alamat Peminjam mengikut rekod
Bank;
(f) Notis dengan apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh Bank mengikut budi
bicara mutlaknya.
12.3 Tertakluk kepada Perjanjian ini, jika Peminjam tidak bersetuju dengan terma dan syarat
yang dipinda dalam Perjanjian ini, Peminjam hendaklah memberitahu Bank secara
bertulis dan menebus hutang Pinjaman dengan membayar Keberhutangan dan semua
jumlah yang perlu dibayar kepada Bank sepenuhnya.
12.4 Sekiranya Peminjam terus mengekalkan Kemudahan Pinjaman pada masa 21 hari
selepas notis apa-apa pindaan kepada terma dan syarat Perjanjian ini diberi oleh Bank,
Peminjam hendaklah dianggap telah bersetuju menerima pakai pindaan kepada terma-
terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.
12.5 Mana-mana ciri-ciri khusus sesuatu jenis Pinjaman boleh dipinda / diubah / disemak oleh
Bank. Mana-mana pindaan / telah dipinda/ pindaan yang disemak semula akan berkuat
kuasa pada tarikh pelaksanaan / pindaan yang disemak / dipinda sebagaimana yang
disediakan dalam risalah promosi untuk Pinjaman / seperti yang diberitahu oleh Bank dan
Bank berhak untuk menamatkan mana-mana ciri-ciri tertentu mengikut budi bicaranya.

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 13
13.0 Pendedahan Maklumat
13.1 Peminjam memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan, mengikut budi bicara
Bank, semua / apa-apa maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan Perjanjian ini,
kelakuan dan hal ehwal Peminjam berkaitan dengan Pinjaman kepada: -
(a) waris terdekat / pentadbir / wasi / benefisiari kepada Peminjam yang meninggal /
peguam yang mewakili mereka yang ingin memohon perintah mahkamah / yang
telah memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah berkenaan dengan estet
harta pusaka Peminjam yang telah meninggal dunia;
(b) BNM / pihak berkuasa lain yang berkaitan bertindak di bawah kuasa yang
diberikan di bawah mana-mana undang-undang;
(c) syarikat insurans, broker, ajuster kerugian menurut apa-apa tuntutan yang akan
dibuat oleh Bank di bawah polisi insurans berkaitan dengan Pinjaman;
(d) apa-apa saman / prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh
mana-mana pihak ketiga berhubung dengan Perjanjian ini/ Pinjaman;
(e) bagi maksud apa-apa guaman / prosiding undang-undang yang difailkan oleh
Bank terhadap mana-mana pihak ketiga bagi mendapatkan gantirugi di bawah
Perjanjian ini / Pinjaman;
(f) polis / pihak berkuasa penyiasat lain, bagi maksud siasatan mereka terhadap apa-
apa jenayah (termasuk apa-apa aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan
keganasan) sama ada oleh Peminjam / selainnya;
(g) polis / pihak berkuasa penyiasat lain bagi maksud memfailkan laporan yang
berkaitan dengan Bank dan penyiasatan, jika Bank berpendapat bahawa suatu
jenayah telah dilakukan / untuk mencegah / mendapatkan apa-apa kerugian yang
ditanggung oleh Bank / untuk pencegahan jenayah;
(h) mana-mana pihak yang berhasrat untuk memperolehi Hartanah melalui lelongan /
jualan / mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengambil alih manfaat Bank,
aset dan obligasi di bawah Perjanjian ini;
(i) mana-mana pihak yang pada masa depan boleh menyatakan niat untuk
memperolehi apa-apa faedah / pegangan saham dalam Bank/ menurut apa-apa
cadangan perkiraan, komposisi, penggabungan, pemerolehan / penstrukturan
semula antara Bank dengan mana-mana pihak-pihak ;
(j) penasihat professional luar Bank dan Kumpulan AmBank.
13.2 Sekiranya mana-mana prosiding undang-undang dimulakan oleh Bank terhadap
Peminjam di bawah Perjanjian ini bagi mendapatkan pembayaran Keberhutangan,
Peminjam memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan butir-butir, maklumat
yang berkaitan dengan Peminjam dan suratcara pliding yang berkaitan dengan undang-
undang prosiding kepada mana-mana agensi pelaporan kredit di Malaysia.

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 14
14.0 Kemungkiran Perjanjian
14.1 Bank berhak untuk menarik balik keseluruhan Pinjaman (berserta wang pokok dan
faedah) serta baki tertunggak, bersama-sama dengan semua wang yang dipersetujui untuk
dibayar oleh Peminjam, jika:
(a) Peminjam / mana-mana Pihak Sekuriti gagal membayar sebarang jumlah
terhutang pada tarikh matang / atas permintaan, jika kena berbayar;
(b) Peminjam / mana-mana Pihak Sekuriti gagal mematuhi / melaksanakan mana-
mana perjanjian, waad, stipulasi, aku janji, terma dan syarat yang perlu dipatuhi /
dilaksanakan di bawah Perjanjian ini, Perjanjian JualBeli / Dokumen Sekuriti;
(c) Peminjam / perubahan terhadap Pihak Sekuriti / mengumumkan perubahan / sifat
/ skop perniagaannya;
(d) Peminjam / Pihak Sekuriti melakukan perbuatan kebankrapan / menjadi bankrap /
mati / menjadi tidak siuman / dipenjarakan (terpakai untuk Peminjam yang
merupakan seorang individu);
(e) Peminjam itu/ mana-mana Pihak Sekuriti digulung / membuat apa-apa komposisi
/ perkiraan dengan pemiutangnya / membenarkan apa-apa penghakiman tidak
dijelaskan / terpakai kepada Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa perintah
sekatan / mempunyai seorang penerima dilantik ke atas asetnya (terpakai untuk
Peminjam yang merupakan sebuah syarikat);
(f) Pinjaman digunakan / dipakai untuk sebarang tujuan selain daripada tujuan yang
dinyatakan di dalam Surat Tawaran;
(g) mana-mana representasi dan waranti dalam Perjanjian ini / Dokumen Sekuriti
telah didapati tidak benar, tidak betul / diingkari pada masa yang material;
(h) apa-apa maklumat dan dokumen yang diberikan kepada Bank oleh Peminjam /
Pihak Sekuriti bagi permohonan Pinjaman kemudiannya didapati palsu, tidak
betul, tidak tepat, diganggu / palsu;
(i) mana-mana Keberhutangan Peminjam/ Pihak Sekuriti, sama ada kepada Bank /
Kumpulan AmBank, menjadi kena berbayar sebelum tarikh matangnya;
(j) apa-apa prosiding tindakan undang-undang dimulakan terhadap Hartanah oleh
mana-mana pihak / entiti;
(k) apa-apa prosiding litigasi / timbang tara dimulakan terhadap Peminjam / Pihak
Sekuriti yang mana pada pandangan Bank menjejaskan keupayaan Peminjam /
Pihak Sekuriti untuk melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini / mana-
mana Dokumen Sekuriti;

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 15
(l) apa-apa tindakan, prosiding / tindakan undang-undang dimulakan oleh Peminjam
/ Pihak Sekuriti terhadap Bank, sama ada berkenaan dengan Pinjaman / Hartanah /
selainnya;
(m) apa-apa tindakan, prosiding / tindakan undang-undang dimulakan oleh mana-
mana pihak ketiga terhadap Bank berkaitan dengan Pinjaman / Hartanah.
14.2 Apabila berlakunya Kemungkiran Perjanjian, Bank kemudiannya hendaklah mempunyai
hak untuk melaksanakan semua / mana-mana remedi yang ada sama ada di bawah
Perjanjian ini dan / atau Dokumen Sekuriti / mengikut undang-undang.
14.3 Bagi mengelakkan keraguan, Bank berhak untuk melaksanakan segala remedi yang ada
padanya secara serentak, termasuk melaksanakan remedi melalui prosiding penjualan
Hartanah / prosiding lelongan / pemilikan menurut Perjanjian ini dan / atau Dokumen
Sekuriti dan prosiding sivil untuk mendapatkan kembali Keberhutangan kena berbayar
dan terhutang kepada Bank.

15.0 Hak Penolakan dan Penyatuan


15.1 Sekiranya Peminjam ingkar dalam pembayaran ansuran selama dua (2) bulan berturut-
turut daripada mana-mana bahagian Keberhutangan, Bank berhak untuk membekukan
baki yang ada di dalam akaun deposit Peminjam dengan Bank/ Kumpulan AmBank yang
bersamaan dengan bahagian Keterhutangan yang terhutang dan Bank hendaklah
memberikan notis tujuh (7) hari kepada Peminjam untuk membuat pembayaran ansuran
di bawah Perjanjian ini.
15.2 Sekiranya Peminjam gagal untuk membayar balik Keberhutangan tersebut dalam tempoh
seperti dinyatakan di dalam notis, Bank berhak sama sekali untuk menolak bahagian
daripada baki yang ada di dalam akaun deposit Peminjam dengan jumlah wang yang kena
dibayar kepada Bank di bawah Perjanjian ini, tertakluk kepada notis tujuh (7) hari
memaklumkan Peminjam bahawa Bank berniat untuk membuat penolakan.
15.3 Bagi mengelakkan keraguan, hak Bank untuk penolakan di sini boleh dilaksanakan oleh
Bank:
(a) walaupun terhadap akaun deposit yang dipegang bersama oleh Peminjam dengan
orang lain;
(b) walaupun sekiranya berlaku kematian Peminjam, kebankrapan / insolvensi,
komposisi dengan pemiutang /mana-mana prosiding undang-undang terhadap
Peminjam.
15.4 Bank juga boleh menyatukan Pinjaman ini dengan lain-lain akaun pinjaman / kemudahan
Peminjam dengan Bank, mengikut budi bicara Bank untuk menyelesaikan semua wang
yang kena dibayar kepada Bank di bawah semua akaun pinjaman / akaun Pinjaman,
dengan memberi notis terlebih dahulu kepada Peminjam.

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 16
16.0 Notis
16.1 Peminjam hendaklah dengan segera memberitahu Bank secara bertulis tentang sebarang
perubahan pada alamat Peminjam, jika gagal Bank hendaklah dilepaskan daripada semua
liabiliti dengan menghantar apa-apa notis ke alamat yang terakhir dan / atau nombor yang
terdapat di dalam rekod Bank.
16.2 Tidak ada perubahan di dalam alamat Peminjam akan berkuat kuasa / mengikat Bank
kecuali notis sebenar mengenai pertukaran alamat itu telah diterima dan diakui oleh
Bank.
16.3 Semua notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah disampaikan kepada cawangan Bank
di mana Pinjaman dikendalikan.
16.4 Tertakluk kepada Perjanjian ini, Bank boleh memberikan apa-apa notis sebagaimana
yang dikehendaki untuk diberikan kepada Peminjam dengan menghantar notis melalui
surat yang dihantar melalui pos biasa / secara kediri ke alamat Peminjam yang terdapat di
dalam rekod Bank. Notis hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada Peminjam pada
hari kelima (5) selepas menghantar surat secara pos biasa atau jika dihantar dengan
tangan, pada hari ianya telah dihantar.

17.0 Resolusi Pertikaian


17.1 Semua aduan daripada Peminjam terhadap Bank berkenaan dengan Perjanjian ini akan
dihantar secara bertulis kepada: PO BOX 12617 GPO Kuala Lumpur, 50784 Kuala
Lumpur / Nombor Fax: 03-21713171 / Alamat E-mel: customercare@ambankgroup.com.
17.2 Sekiranya mana-mana aduan oleh Peminjam tidak dapat diselesaikan oleh Bank atau
Peminjam tidak berpuas hati dengan keputusan Bank berkenaan dengan aduan, Peminjam
boleh merujuk aduan tersebut kepada pihak resolusi aduan BNMLINK di Walk-in
Customer Service Centre, Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala
Lumpur, Tel: BNMTELELINK di 1-300-88-5465 E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
17.3 Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia
dan dalam menguatkuasakan Perjanjian ini, Bank adalah bebas untuk memulakan dan
mengambil tindakan / prosiding terhadap Peminjam di mana-mana Mahkamah di
Malaysia yang mana Bank fikirkan patut.
17.4 Semua suratcara pemula untuk saman terhadap apa-apa prosiding undang-undang yang
dimulakan oleh Bank terhadap Peminjam di bawah Perjanjian ini hendaklah disampaikan
melalui kediri / pos biasa ke alamat Peminjam seperti yang terdapat di dalam rekod Bank.
17.5 Semua suratcara pemula untuk saman terhadap apa-apa prosiding undang-undang yang
dimulakan oleh Peminjam terhadap Bank di bawah Perjanjian ini hendaklah disampaikan
melalui kediri / A.R pos berdaftar kepada alamat berdaftar Bank, yang pada masa
material adalah Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, 50200

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 17
Kuala Lumpur. Peminjam bersetuju untuk tidak menyerahkan suratcara pemula untuk
saman ke cawangan Bank. Penyampaian sedemikian tidak boleh disifatkan sebagai
penyampaian yang sah kepada Bank. Peminjam bersetuju tanpa syarat menyerahkan di
bawah bidang kuasa mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia,
berkenaan dengan semua prosiding undang-undang yang difailkan oleh Peminjam
terhadap Bank.

18.0 Tanggung Rugi & Sekatan ke atas Liabiliti


18.1 Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank sepenuhnya atas dasar tanggung rugi
indemniti sepenuhnya terhadap semua kerugian, kerosakan, fi, kos, tuntutan, caj,
prosiding, cukai, duti, dan perbelanjaan (termasuk kos guaman) yang mungkin
ditanggung oleh Bank dan yang telah wujud sama ada secara langsung / tidak langsung
dalam keadaan berikut:
(a) apa-apa kemungkiran / tidak patuh terhadap Perjanjian ini di bawah mana-mana
undang-undang berkenaan oleh Peminjam;
(b) apabila Bank mematuhi Perjanjian ini / undang-undang berkenaan / amalan
industri perbankan;
(c) tindakan-tindakan cuai / kegagalan Peminjam menjalankan obligasi dalam
Perjanjian ini; dan
(d) pelaksanaan oleh Bank akan haknya di bawah Perjanjian ini.
18.2 Tanggung rugi indemniti yang dinyatakan di dalam Klausa 18.1 akan berterusan
walaupun berlakunya penamatan terhadap Perjanjian ini.
18.3 Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Peminjam di dalam keadaan-keadaan
berikut:
(a) apa-apa kemungkiran / ketidakpatuhan terhadap Perjanjian ini/mana-mana
undang-undang berkenaan oleh Peminjam;
(b) tindakan-tindakan cuai / kegagalan melaksanakan obligasi Peminjam;
(c) apa-apa pemalsuan / tindakan penipuan oleh Peminjam / kakitangan, pekerja,
ejen, pegawai, penandatangan yang dibenarkan, rakan kongsi / pengarah (jika
berkenaan);
(d) apabila Bank mematuhi atur cara / arahan daripada BNM / lain-lain badan-badan
kawal selia, pihak berkuasa, kerajaan, mahkamah / tribunal / lain-lain pihak
berkuasa kehakiman; dan
(e) apabila mana-mana peristiwa force majeure berlaku.

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 18
18.4 Tertakluk kepada mana-mana undang-undang terpakai dan dengan syarat berlaku
kecuaian selanjutnya / pelanggaran obligasi terhadap Bank telah terbukti, Peminjam
bersetuju bahawa liabiliti Bank di bawah Perjanjian ini disebabkan kecuaian Bank /
pelanggaran obligasi, hendaklah terhad kepada kerugian langsung yang ditanggung oleh
Peminjam.
18.5 Tertakluk kepada syarat seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan seterusnya
sebagai balasan di atas penggunaan kemudahan Pinjaman oleh Peminjam, Peminjam
bersetuju bahawa Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa jenis kerugian tidak
langsung / akibat tidak lansung kepada Peminjam disebabkan oleh kecuaian/ pelanggaran
obligasi Bank.

19.0 Terma Umum


19.1 Masa di mana dinyatakan di dalam Perjanjian ini hendaklah menjadi intipati kontrak.
19.2 Peminjam dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk menilai Hartanah setiap tahun /
pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dengan
menggunakan mana-mana penilai hartanah yang dipilih oleh Bank dan kos serta
perbelanjaan penilai Hartanah akan ditanggung oleh Peminjam. Sekiranya penilaian
Hartanah menunjukkan bahawa harga jualan ditetapkan adalah lebih rendah daripada
jumlah yang terhutang di bawah Perjanjian ini, Bank adalah berhak untuk meminta
Peminjam menyediakan sekuriti tambahan bagi Pinjaman dalam tempoh empat belas (14)
hari dari tarikh notis dikeluarkan oleh Bank.
19.3 Semua caj dan perbelanjaan kos ditanggung / yang diberikan oleh Bank di bawah
Perjanjian ini / Dokumen Sekuriti, samada secara tersurat / tersirat akan dibayar oleh
Peminjam kepada Bank atas permintaan Bank dan akan dikenakan faedah ke atasnya
pada Kadar Faedah Ingkar jika tidak dibayar sewajarnya.
19.4 Perjanjian ini hendaklah mengikat Peminjam dan penerima hak Peminjam dan boleh
dikuatkuasakan oleh Bank dan penguatkuasaannya hendaklah untuk kepentingan Bank
dan penerima hakmilik Bank.
19.5 Tiada kegagalan / kelewatan oleh Bank dalam melaksanakan apa-apa hak, kelayakan,
kuasa / kuasa diberikan kepada Bank di sini akan dianggap bahawa Bank telah
membenarkan pengecualian dari melaksanakan apa-apa hak, kelayakan, kuasa/kuasa
Bank.
19.6 Mana-mana terma / syarat / ketentuan / peruntukan / perjanjian / aku janji / representasi
yang terkandung dalam Perjanjian ini yang diputuskan sebagai tidak sah, dilarang / tidak
boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana tribunal / mahkamah yang mempunyai bidang
kuasa berwibawa hendaklah menjadi tidak efektif setakat menyalahi undang-undang,
keterbatalan, larangan / tidak boleh dikuatkuasakan, tanpa membatalkan peruntukan-
peruntukan di dalam Perjanjian ini.

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 19
19.7 Bank boleh menyerah hak dan / atau memindahkan hak dan obligasi di bawah Perjanjian
ini / mana-mana bahagian daripadanya, mengikut budi bicara yang dianggap wajar,
kepada pemegang serah hak / penerima pindahan hakmilik. Peminjam tidak boleh
menyerah hak mana-mana hak Peminjam di bawah Perjanjian ini.
19.8 Dalam apa-apa prosiding undang-undang berkaitan dengan Perjanjian ini, surat tuntutan,
notis, kenyataan, peringatan atau sijil iaitu:
(a) yang ditandatangani oleh seorang pegawai atau peguam cara atau ejen lain yang
dilantik oleh Bank; atau
(b) dalam bentuk dokumen cetakan komputer daripada Bank yang tidak memerlukan
tandatangan;
hendaklah secara muktamad mengikat Peminjam bahwa jumlah Keberhutangan Peminjan
tertera di dalam surat tuntutan, notis, kenyataan, peringatan atau sijil adalah keterangan
muktamad mengenai jumlah Keberhutangan Peminjam di mahkamah atau tribunal,
kecuali apa-apa kesilapan yang nyata.
19.9 Sekiranya terdapat permintaan Peminjam untuk mendapatkan pinjaman tambahan
daripada Bank, Peminjam hendaklah mendapatkan persetujuan yang relevan daripada
Pihak Sekuriti untuk pinjaman tambahan. Dalam keadaan sedemikian, Bank hendaklah
mempunyai hak untuk mematikan setem Perjanjian Pinjaman.
19.10 Peminjam bersetuju bahawa Bank berhak pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu
untuk mendebit akaun deposit Peminjam / akaun Pinjaman dengan Bank untuk apa-apa
caj, fi dan belanja, Jika pendebitan tersebut menyebabkan akaun deposit Peminjam /
akaun Pinjaman untuk menjadi melebihi had, faedah tambahan pada Kadar Faedah ingkar
akan dibayar dengan sewajarnya.
19.11 Kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam Perjanjian ini, pihak-pihak bersetuju bahawa
yuran dan wang lain yang kena dibayar daripada penyediaan apa-apa yang dibekalkan
oleh Bank di bawah Perjanjian ini dan Dokumen Sekuriti adalah tidak termasuk CBP
sebagaimana yang terpakai di bawah peruntukan Undang-undang CBP dan CBP tersebut
hendaklah ditanggung oleh Peminjam.
19.12 Perjanjian ini dan Dokumen Sekuriti adalah instrumen yang digunakan untuk
menyiapkan satu transaksi yang sama dalam maksud Seksyen 4 (3) Akta Setem 1949 dan
bagi maksud Seksyen 4(3) Akta Setem 1949, Perjanjian ini hendaklah menjadi instrumen
utama.

{Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong.}

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 20
JADUAL PERTAMA
(hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting kepada Perjanjian ini)

SEKSYEN PERKARA BUTIRAN

I. Tarikh Perjanjian ini

II. Peminjam
No. K/P

Alamat

III. Nama dan butiran Pihak Sekuriti (a) Penyerah Hak / Penggadai

Nama :
No. K/P :
Alamat :

(b) Penjamin

Nama :
No. K/P :
Alamat :

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 21
JADUAL KEDUA
(hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting kepada Perjanjian ini)

SURAT TAWARAN
-Seperti dilampirkan-

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 22
DALAM MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT Peminjam dan wakil Bank dengan ini
melaksanakan Perjanjian ini pada hari, bulan dan tahun yang tertulis di atas

DITANDATANGANI oleh ) AmBank (M) Berhad


Dan ) oleh wakilnya:-
Sebagai wakil untuk dan bagi pihak )
)
di hadapan ) ……………………………..

(jika Peminjam adalah seorang individu)

Ditandatangani oleh )
Peminjam )
di hadapan ) …………………………….

(jika Peminjam adalah sebuah syarikat)

Meterai Rasmi daripada )


Peminjam telah mengecap pada lampiran )
mengikut seperti )
kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan )
di hadapan ) .…………. ……………………
Pengarah Pengarah/Setiausaha

(HL/Atas500K/BM/V1-072016) Page 23

You might also like