You are on page 1of 27

Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

AMALAN PADA MALAM NISFU SYA’BAN

BAHAGIAN A (UMUM)

ASAL PERKATAAN NISFU SYA’BAN


ْ
Nisfu Sya’ban terhasil daripada 2 perkataan; Nisfu ( ِ‫ ) نِصف‬bermaksud ‘setengah’, manakala

Sya’ban ( ‫ان‬
َ َْ َ
ِ ‫ ) شعب‬ialah bulan kelapan dalam bulan-bulan Islam.
Nisfu Sya’ban adalah malam ke-15 pada bulan Sya’ban.

NAMA YANG BANYAK MENUNJUKKAN KEMULIAANNYA


Para ulama’ mengatakan, kelebihan yang ada pada bulan Rejab ada pada 10 yang AWAL;
sebab itulah malam 1 Rejab sangat istimewa. Kelebihan yang ada pada bulan Sya’ban pula
ada pada 10 yang PERTENGAHAN; sebab itulah malam Nisfu Sya’ban sangat luar biasa.
Begitulah pula, kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan ada pada 10 yang TERAKHIR; sebab
itu malam Lailatul Qadar sangat besar ganjarannya1.

Oleh kerana malam Nisfu Sya’ban mempunyai kelebihan yang banyak dan mulia, ia
mempunyai beberapa nama termasuklah:

(1) Lailah al-Mubarakah (malam yang berkat)

(2) Lailah al-Qasamah wa at-Taqdir (malam pembahagian qadha’ dan qadar)

(3) Lailah at-Takfir (malam penghapusan dosa)

(4) Lailah al-Ijabah (malam diperkenankan doa)

(5) Lailah al-Hayah (malam hidup iaitu hati dihidupkan Allah agar tidak lupa kepada-Nya)

(6) Lailah asy-Syafa’ah (malam mendapat syafaat)

(7) Lailah al-Bara’ah (malam perlepasan dari api neraka)

(8) Lailah al-Barakah (malam penuh keberkatan)

1 Lihat Tuhfah al-Authon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi, ms. 77.
1
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

(9) Lailah at-Ta’zhim (malam keagungan)

(10) Lailah al-Qadr (malam penentuan)

(11) Lailah al-Ghufran (malam pengampunan)

(12) Lailah al-‘Itq min an-Nar (malam perlepasan dari api neraka)

(13) Eid al-Malaikah (malam Hari Raya kepada para malaikat)2 dan lain-lain.

Semua nama ini tidak lain, merujuk kepada kemuliaan yang ada pada malam tersebut.

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN


(1) Sayyidina Mu’az bin Jabal berkata: Rasulullah bersabda:

ْ‫ان َف َي ْغف ُر ل َجميع َخ ْلقه إ َّال ل ُم َشارك َأ ِو‬ ْ ‫الله إ َلى َجميع َخ ْلقه َل ْي َل َة الن‬
َ ‫صف من َش ْع َب‬ ُ ‫َي َّطل ُع‬
ٍ
ِ .ِ‫ُم َشاحن‬
"Allah menilik kepada seluruh makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, lalu Dia
mengampunkan seluruh makhlukNya kecuali orang musyrik (orang yang menyekutukan
Allah) dan musyahin (orang yang suka bermusuhan).” 3

(2) Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Amr berkata, “Rasulullah bersabda:

َ َ ْ َّ ْ َ َ َْ َ ْ
‫ان ف َيغف ُر لع َبادِه إال اث َن ْين ُمشاح ٍن َوقاتِل‬ ْ ‫الل ُه َع َّز َو َج َّل إ َلى َخ ْلقه َل ْي َل َة الن‬
‫صف من شعب‬
َّ ُ َّ َ
‫يطلع‬
َ
ِ ٍ ‫ن ْف‬
ِ .‫س‬

“Allah ‘azza wa jallah menilik kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, lalu
mengampunkan hamba-hamba-Nya kecuali dua orang iaitu orang yang suka bermusuhan
dan orang yang membunuh jiwa.”4

2 Lihat nama-nama ini dalam Kelebihan Malam Nisfu Sya’aban karangan Syaikh Muhammad Fuad al-
Maliki, ms. 21.
3 Hadith Shahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, Ibnu Hibban di dalam Shahihnya, Ath-

Thobrani dalam Al-Mu’jam al-Kabir dan Al-Mu’jam al-Ausath, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, Al-
Munziri dalam At-Targhib, Ibnu Majah, Al-Bazzar dalam Al-Musnad dan Al-Baihaqi.
4 Riwayat Ahmad dalam Musnadnya.

2
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

(3) Sayyidina Usamah bin Zaid pernah bertanya kepada Nabi yang dia tidak pernah melihat
Baginda berpuasa sunat dengan penuh semangat melainkan pada puasa bulan Sya’ban.
Rasulullah menjawab:

َ ْ َ ُ ََْْ َ ُ َ َّ ‫َذل َك َش ْهر َي ْغ ُف ُل‬


‫ال إلى َرب ال َعالم َين‬ َ ‫ض‬
‫ان َو ُه َو ش ِْهر ت ْرف ُع فيه اْلعم‬ َ ‫اس َع ْن ُه َب ْي َن َر َجب َو َر َم‬
ٍ
ُ ‫الن‬
َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ُ ْ َ ُّ ُ َ
ِ .ِ‫فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم‬

“Itulah bulan (iaitu bulan Sya’ban) yang manusia lalai tentangnya di antara bulan Rejab dan
Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam
padanya. Maka, aku suka untuk amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.”5

(4) Sayyidatuna ‘Aisyah berkata:


َ َّ ‫ َف َخ َر ْج ُت َفإ َذا ُه َو في ْال َبقيع َراف ًعا َ ْرأ َس ُه إ َلى‬،‫ات َل ْي َل ٍة‬
:‫الس َماء ف َقا َل‬ َ ‫َف َق ْد ُت َ ُسو َل الله َذ‬
‫ر‬
ََ َ ُ َ َ َ َ َ ُ ُْ ْ َ َ ُ ُ ُ ََ َ ََْ ُ َ َ َ َ َ َ َُ
‫ل‬
‫ ما ذاك بي يا رسو الله ولكن‬:‫ قلت‬:‫أكنت تخافين أن يحيف الله عليك و سوله؟ قالت‬ ‫ر‬
‫صفِ من‬ ْ ‫الد َنيا َل ْي َل َة الن‬
ُّ ‫الله َع َّز َو َج َّل َينز ُل إ َلى َس َماء‬ َ ‫ َق‬.‫ض ن َسائ َك‬
َ ‫ إ َّن‬:‫ال‬ َ ‫نت َأ َّن َك َأ َت ْي َت َب ْع‬ُ ‫َظ َن‬
َْ َ َ
.‫من َع َدد ش ْعر غ َنم َبني كل ٍب‬ ْ ‫ َف َي ْغف ُر َْل ْك َث َر‬،‫ان‬ َ ‫َش ْع َِب‬

“Aku pernah ditinggalkan Nabi pada satu malam, lalu aku keluar untuk mencarinya. Pada
waktu itu, Baginda sedang berada di Baqi’ dalam keadaan kepala mendongak ke langit,
lalu Baginda bertanya: Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut sekiranya Allah murka kepada-
Mu dan Rasul-Nya? Aku menjawab: Itulah yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau
pergi ke rumah isteri-isterimu yang lain. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah
menurunkan rahmat-Nya ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia mengampuni
hamba-hamba-Nya lebih ramai daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kilab6.”7

(5) Malam Nisfu Sya’ban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Imam Asy-
Syafi’e berkata di dalam kitabnya Al-Umm (1/231)8:
َ َ َ ْ ْ َ َ ْ ‫ َل ْي َلة ْال ُج ُم َعة َو َل ْي َلة ْا َْل‬:‫اب في َخ ْمس َل َيال‬ ُّ ‫َب َل َغ َنا َأ َّن‬
ُ ‫الد َع َاء ُي ْس َت َج‬
‫ض َحى َول ْيلة الفطر َِوأ َّولِ ل ْيل ٍة‬ ٍ
ِ .‫ان‬
َ
ِ َ ‫صف من ش ْع َب‬ ْ ‫من َر َجب َو َل ْي َلة الن‬
ٍ

5 Riwayat An-Nasa’i. Al-Hafizh Abu Thohir mengatakan ia adalah hadith hasan.


6 Bani Kilab adalah antara qabilah yang paling banyak memelihara kambing.
7 Riwayat Ibnu Majah, Ad-Darulquthni dan Imam Ahmad
8 Disebutkan juga di dalam Sunan al-Kubra Imam Al-Baihaqi, 3/319.

3
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima
malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil Fitri,
malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban."

PERAKUAN DARIPADA SYAIKH MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN AL-


MUBARAKFURI TENTANG KEHUJAHAN HADITH-HADITH KELEBIHAN MALAM
NISFU SYA’BAN
Al-Alim al-Allamah Asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linqi al-
Malayuwi, mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus dan merupakan seorang waliyullah di
Tanah Melayu, dalam karangannya Tuhfah al-Authon wa al-Ikhwan (ms. 74-77), menulis:

“Di sisi ulama’ kita Ahlus Sunnah wal Jama’ah, kelebihan malam Nisfu Sya’ban
ini adalah thabit melalui beberapa hadith yang boleh dijadikan dalil dan hujah
dalam bab Fadha’il. Syaikh Muhammad bin Abdur Rahman al-Mubarakfuri
rahimahullah dalam "Tuhfatul Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tirmizi", juzuk 3 muka
surat 442 menyatakan antara lain:- ..”. Hadith-hadith fadhilat malam Nisfu
Sya’ban itu secara keseluruhan adalah hujah yang mematahkan pendapat yang
mengatakan bahawa tidak ada satu dalil pun tentang fadhilah malam Nisfu
Sya’baan."

4
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

PENDAPAT TABI’IN TENTANG MALAM NISFU SYA’BAN DAN CARA


MENGHIDUPKANNYA
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menyebutkan di dalam kitabnya Latho’if al-Ma’arif (ms. 135):

‫وج ف َيها‬ ُ ‫ان َف َأ ْك َث َر ْال ُخ ُر‬


َ ‫صف من َش ْع َب‬ ْ ‫َو َي ْروي َِعن َن ْوف ْال َب َّكالي َأ َّن َعل ًّيا َخ َر َج َل ْي َل َة الن‬
‫اعة‬ َّ ‫ات َل ْي َل ٍة في م ْثل َهذه‬
َ ‫الس‬ َ ‫ال ب َأ َّن َد ُاو َد عليه السالم َخ َر َج َذ‬ َ ‫ َف َق‬،‫الس َماء‬ َّ ‫نظ ُر إ َلى‬
ُ َ
‫ي‬
ُ َّ َ َّ َ َ َ َ َّ َّ ‫َف َن َظ َر إَِِلى‬
َ ‫الس َم َاء َف َق‬
‫الله أ َحد في َهذه الل ْيلة إال غف َر‬ ‫اعة َما َد َعى‬ ‫ إِ َّن َهذه الس‬:‫ال‬
َ
...‫ل ُه‬

“Dan diriwayatkan daripada Nauf al-Bakkali, sesungguhnya (Sayyidina) Ali telah


keluar pada malam Nisfu Sya’aban. Maka banyak kali keluar pada malam itu, dia
(Ali) akan memandang ke arah langit. Lalu dia berkata bahawasanya Nabi Daud
telah keluar pada suatu malam seperti pada ketika ini lalu Baginda melihat ke
langit. Dia pun berkata: Sesungguhnya pada ketika ini, tidaklah seorang itu berdoa
kepada Allah, melainkan akan diberi keampunan kepadanya….”

Di dalam kitab Latho’if al-Ma’arif yang sama (ms. 135-136), beliau berkata:

Di kalangan Tabi’in dari negara Syam seperti Khalid bin Ma’dan9, Makhul10,
Luqman bin Amir dan lain-lain, mereka membesar-besarkan malam ini dan
bersungguh-sungguh melakukan ibadah di dalamnya. Daripada merekalah, orang
ramai selepas itu mengikut mereka kerana ada kelebihan dan kebesaran malam
ini….Antara yang setuju dengan mereka dalam membesarkan malam ini ialah
sekumpulan ahli ibadah di Bashrah.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar ulama’ Hijaz mengingkarinya


termasuklah Atha’ dan Ibn Abi Malikah. Abd ar-Rahman bin Zaid bin Aslam telah
menukilkannya dari fuqaha’ Madinah. Itulah juga pendapat Ashab Imam Malik
dan lain-lain dan mereka mengatakan: Itu semuanya bid’ah.”

Ulama’ Syam khilaf dalam cara menghidupkannya atas dua cara:

9 Beliau ialah Khalid bin Ma'dan bin Abu Kuraib al-Kala'i. Meninggal pada tahun 103H.
10 Beliau ialah Makhul bin Abi Muslim. Meninggal pada tahun 112H.
5
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

(1) Sunat menghidupkannya secara berjemaah (beramai-ramai) di masjid. Adalah


Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan selain keduanya, mereka memakai
secantik-cantik pakaian pada malam itu, berwangi-wangian, bercelak mata dan
membesarkan malam ini di masjid. Ishaq bin Rahuyah11 juga bersetuju dengan
cara mereka dan dia mengatakan: Membangunkan malam ini di masjid secara
berjemaah, itu bukanlah bid’ah (dhalalah). Ia dinukilkan oleh Harb al-Kirmani di
dalam Masa’ilnya12.

(2) Makruh berkumpul di masjid untuk solat, bercerita kisah-kisah dan berdoa.
Tidak makruh jika seseorang solat khas untuk dirinya sahaja. Inilah pendapat Al-
Auza’i13, Imam penduduk Syam, yang paling faqih dan paling alim. Ini adalah
pendapat yang paling dekat kepada benar, insyaAllah…”14

Rumusan daripada pernyataan di dalam kitab Latho’if al-Ma’arif:

(1) Nabi Daud alaihis salam sendiri mengakui keberkatan malam Nisfu Sya’ban di mana
doa dimakbulkan oleh Allah Ta’ala.

(2) Perakuan Nabi Daud diikuti juga oleh Sayyidina Ali seperti dalam riwayat terdahulu.

(3) Para ulama’ khilaf hukum membesarkan malam Nisfu Sya’ban ini kepada 2 pendapat:

a. Sunat membesarkannya

Ini adalah pendapat para Tabi’in daripada Syam seperti Khalid bin Ma’dan,
Makhul, Luqman bin Amir, Imam Al-Auza’i (imam penduduk Syam yang paling
faqih dan paling alim) dan lain-lain, juga sekumpulan ahli ibadah di Bashrah.

Mereka memulia dan membesarkan malam ini dengan melakukan ibadah


secara bersungguh-sungguh di dalamnya. Cuma, mereka (para ulama’ Syam)
berbeza pendapat tentang cara menghidupkan malam ini:

11 Beliau ialah Ishaq bin Ibrahim bin Makhalad bin Ibrahim Abu Ya’qub al-Hamdhali al-Marwazi. Dilahirkan
pada tahun 161H. Sebahagian yang lain menyebutkan Ibn Rahuyah. Seorang Imam dan Ulama’ yang sangat
terkenal dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang hadith dan dalam bidang feqah. Abu Daud
berkata: “Ibnu Rahawaih membaca untuk kami 11000 hadith dari hafazannya, kemudian diulangi lagi
bacaan tersebut sama seperti yang telah dibacakan sebelumnya, tanpa bertambah satu huruf atau berkurang
satu huruf”. Meninggal pada tahun 238H dalam usia 77 tahun. (Lihat Tarikh Baghdad, 6/345).
12 Imam Al-Qusthollani juga menyebutkan perkara ini dalam kitabnya Al-Mawahib al-Ladunniyah.
13 Beliau ialah Abu ‘Amr Abd ar-Rahman bin Amr asy-Syami al-Auza’i ad-Dimasyqi. Seorang faqih di Syam.

Dilahirkan pada tahun 88H di kota Ba’labek, Syria. Terkenal sebagai seorang tokoh hadith dan feqah yang
terkemuka pada zamannya. Mazhab Al-Auza’i terkenal di Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan sehingga
kurun ke 10M. Penduduk Syam dan Maghribi bermazhabkan beliau sebelum bermazhab dengan Imam
Malik. Seorang ulama’ Tabi’ at-Tabi’in. Para ulama’ sepakat bahawa Al-Auza’i adalah seorang yang tinggi
ilmunya dalam bidang hadith dan feqah. Meninggal pada tahun 157H di Beirut. (Lihat Tahzib al-Asma’, 1/
298).
14 Imam Al-Qusthullani juga menyebutkan perkara ini dalam kitabnya Al-Mawahib al-Ladunniyah.

6
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

i. Menghidupkannya secara beramai-ramai di masjid. Bagi mereka cara


begini adalah sunat.

Sebab itulah Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain akan
mengenakan pakaian yang paling cantik, memakai wangi-wangian,
bercelak mata pada malam Nisfu Sya’ban. Mereka membesarkan
malam ini di masjid.

Guru Imam Al-Bukhari iaitu Imam Ishaq bin Rahuyah juga bersetuju
dengan cara mereka dan beliau mengatakan: “Membangunkan malam
ini di masjid secara berjemaah bukanlah bid’ah (dhalalah).”

ii. Menghidupkannya dengan sembahyang khas untuk dirinya sahaja. Ia


tidak makruh. Ia menjadi makruh jika dilakukan beramai-ramai
dengan berkumpul di masjid untuk sembahyang, bercerita kisah-
kisah dan berdoa.

Ini adalah pendapat Imam Al-Auza’i. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali


cenderung kepada pendapat ini.

b. Tidak sunat membesarkannya.

Ia adalah pendapat sebahagian besar ulama’ Hijaz termasuklah Atha’ dan Ibnu
Abi Malikah, fuqaha’ Madinah dan termasuk Ashab Imam Malik.

Walau bagaimanapun, tidak ada isyarat yang jelas daripada mereka dalam
mengharamkan untuk membesarkannya atau mengharamkan amalan atau
ibadah umum seperti sembahyang tathowwu’ (sunat), membaca Al-Qur’an,
berzikir dan lain-lain hasanat dilakukan pada malam tersebut.

7
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

MENGKHUSUSKAN SEMBAHYANG SUNAT PADA MALAM NISFU SYA’BAN


Mengenai mengkhususkan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban, ulama’ khilaf tentangnya.
Hujjah al-Islam, Imam Al-Ghazali adalah antara ulama’ yang menthabitkannya15.

Sesuai dengan kedudukan Imam Al-Ghazali sebagai seorang fuqaha’ yang besar dalam
mazhab Syafi’i, kemungkinan yang beliau maksudkan sembahyang khas ini adalah
sembahyang sunat Muthlaq yang boleh dilakukan pada bila-bila masa – asalkan bukan pada
waktu tahrim (haram) – termasuklah pada malam Nisfu Sya’ban16.

SEMBAHYANG SUNAT TASBIH


Berkenaan dengan qiamullail pada malam ini dengan mengerjakan solat-solat sunat
terutamanya solat Sunat Tasbih, adalah sangat digalakkan oleh Syara’.

BACAAN SURAH YAASIN SEBANYAK 3 KALI

15Lihat Ihya’ Ulum ad-Din, 1/209-210. Imam Al-Ghazali mengatakan solat pada malam Nisfu Sya’ban 100
rakaat. Setiap dua rakaat, salam. Pada setiap rakaat dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali selepas Al-Fatihah. Boleh
juga sembahyang dengan 10 rakaat, tetapi bacaan Surah Al-Ikhlas ialah 100 kali. Imam Al-Ghazali
mengatakan sembahyang cara ini ada dilakukan oleh ulama’ Salaf dan mereka menamakannya dengan
Solat al-Khair (sembahyang yang mempunyai banyak kebaikan). Kadang-kadang mereka mendirikan solat
ini secara berjemaah.

Cara solat seperti ini juga dicatat oleh Syaikh Muhammad Husein bin Abdul Lathif al-Fathani (lebih dikenali
dengan Tok Kelaba Beris al-Fathani), di dalam kitabnya Hada’qush Sholawat, muka surat 1056 seperti
yang dinukilkan oleh Syaikhuna, Al-Mu’arrikh Syaikh Wan Muhammad Saghir dalam risalahnya Amalan
Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban (Bahagian Ketiga), muka surat 18-19.

Haruslah difahami bahawa mengerjakan solat sunat Muthlaq atau solat sunat Awwabin, boleh dilakukan
pada mana-mana malam sekalipun, termasuklah malam Nisfu Sya’ban.

16(Tanbih): Rujuklah kembali kitab-kitab feqah tentang perbahasan fuqaha’ tentang rukun-rukun niat
yang terdapat di dalam sembahyang fardhu, sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sebab, serta
sembahyang sunat Muthlaq. Ada perbezaan pada ketiga-tiga sembahyang ini.

Khusus untuk sembahyang sunat pada malam Nisfu Sya’ban ini, ia termasuk di dalam sembahyang sunat
Muthlaq. Apa yang menjadi rukun dalam sembahyang sunat Muthlaq hanyalah Qashad sahaja.
Menta’yinkan jenis sembahyangnya umpama “sembahyang malam Nisfu Sya’ban”, adalah sunat. Rujuklah
kembali kitab-kitab feqah tentang perbahasan fuqaha’ tentang rukun-rukun niat yang terdapat di dalam
sembahyang fardhu, sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sebab, serta sembahyang sunat
Muthlaq.

Semoga Allah Ta’ala memberi ganjaran yang sempurna kepada semua A’immah al-Mazahib dan fuqaha’nya
yang telah menunjukkan jalan kebenaran kepada umat dalam menjalani syariat agama bermazhab.
8
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

Amalan tradisi yang sangat baik yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu pada malam
Nisfu Sya’ban ialah membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas mengerjakan sembahyang
Maghrib. Bacaan yang pertama dengan niat panjang umur dalam kebaikan, yang kedua
dengan niat mendapat rezeki yang halal dan berkat sebagai bekalan untuk ibadah dan yang
ketiga dengan niat ditetapkan iman dan dikurniakan husnul khatimah (pengakhiran yang
baik).

Cara sebegini disebut di dalam kitab-kitab karangan ulama’ mu’tabar. Ia adalah amalan yang
baik sekali. Hakikatnya, tidak ada satu dalil pun yang mengharamkannya. Malah, terlalu
banyak hadith yang menerangkan pahala membaca Al-Qur’an dan Surah Yaasin mempunyai
fadhilat yang tersendiri seperti yang disebutkan dalam beberapa hadith.

Kaedah menyebutkan mengkhususkan tempat atau waktu untuk melakukan amalan soleh
secara berterusan (istiqamah) adalah termasuk dalam perkara yang dibolehkan oleh syarak
selama mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beriktiqad amalan atau
perkara itu adalah wajib di sisi syarak yang membawa hukum berdosa sekiranya
meninggalkannya.

Tambahan lagi, mengkhususkan melakukan sesuatu secara berterusan bukanlah perbuatan


yang salah atau menyalahi syarak. Ia pernah dicontohkan oleh Rasulullah sendiri.

Daripada Ibnu Umar dia berkata:

ُ ُ ْ َّ َ َ
.‫النب ُّي َيأتي َم ْسج َد ق َب ٍاء ك َّل َس ْب ٍت َماش ًيا َو َراك ًِبا‬ ‫كان‬

“Adalah Nabi (secara berterusan/ istiqamah) datang ke Masjid Quba’ pada setiap hari
Sabtu sama ada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”17
Atas dasar hadith inilah, Al-Hafizh al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menyebutkan di dalam
Fathnya:

“Di dalam hadith ini walaupun berbeza jalan periwayatannya, ia menunjukkan kepada
(hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian amalan-
amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

KENAPA PERLU BERNIAT?

17 Muttafaq ‘alaih
9
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

Niat sebelum membaca Surah Yaasin bertujuan supaya lebih tawajjuh (benar-benar
menumpukan hati) kepada hajat ketika membacanya. Tidak ada satu dalilpun yang
mengharamkannya.

GANJARAN PAHALA BACAAN YANG BANYAK


Membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali adalah lebih baik kerana lebih banyak ayat yang
dibaca, maka lebih banyak pula ganjaran yang diterima. Bukanlah satu huruf yang dibaca,
akan diberi ganjaran 10 pahala mengikut dalam riwayat hadith. Subhanallah…. Berapa banyak
huruf yang dibaca jika dikhatamkan sekali Surah Yaasin. Bagaimana pula jika dikhatamkan
sebanyak 3 kali?

MEMBACA SURAH YAASIN HANYA SEKALI?


Walau bagaimanapun, jika tidak mampu membaca 3 kali, tidak mengapa juga untuk membaca
sekali dengan meniatkan 3 niat yang telah disebutkan. Tidak ada larangannya.

Walau bagaimanapun, sudah tentu tidak sama pahala bacaannya seperti yang telah disebut
sekejap tadi dan hakikatnya sangat baik sekali mengikut amalan baik yang telah dibuat oleh
para ulama’ yang ‘amilin sejak sekian lama serta memberi kesan yang baik dalam perubahan
diri dan sikap individu itu sendiri dan hubungannya dengan Allah Ta’ala. Pun begitu, sekurang-
kurangnya ia termasuk di dalam kaedah:
ُّ ُ ْ َ ُّ َ
ِ .‫ ال ُيت َر ُك كل ُه‬،‫َما ال ُي ْد َر ُك ُجل ُه‬
“Apa yang tidak dapat dibuat semua, jangan tinggal semua.”

BERTAWASSUL DENGAN AMAL SOLEH


Di samping itu, membaca Surah Yaasin sebelum berdoa juga adalah termasuk dalam bab
bertawassul dengan amal soleh sebelum berdoa dan ittifaq (sepakat) para ulama
membolehkan bertawassul dengan amal soleh, tanpa ada seorangpun yang membantahnya.

Ia samalah juga dengan riwayat yang disebutkan di dalam hadith Sahih tentang 3 orang yang
terperangkap di dalam gua, tidak dapat keluar kerana pintu gua tertutup dengan batu besar.
Lalu salah seorang daripada mereka bertawassul dengan perbuatan baiknya terhadap kedua
orang tuanya. Orang kedua juga bertawassul dengan perbuatannya menjauhi perbuatan
buruk dan orang ketiga bertawassul dengan perbuatan amanahnya dengan menjaga harta
orang lain dan menunaikannya dengan sempurna.

10
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

Allah Ta’ala akhirnya mengabul doa mereka dengan cara tawassul tadi dan mereka dapat
keluar dari gua dengan selamat. Cara tawassul dengan amal soleh sebegini dijelaskan dengan
terperinci oleh Syaikh Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya Qa’idah Jalilah fi at-Tawassul wa al-
Wasilah.

Al-Allamah al-Muhaddith, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani menyebutkan di


dalam kitabnya Syahr Sya’: Maza Fiha:

“Membaca Surah Yaasin dengan niat meminta kebaikan dunia dan akhirat atau membaca Al-
Quran seluruhnya sehingga khatam, semua perkara itu tidak diharamkan, juga tidak
dilarang.”

Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Syaikh Dr. Ali Jum’ah, hafizhahullah, mantan Mufti Besar Mesir
berkata:

“Tidaklah mengapa sekiranya membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali selepas sembahyang
Maghrib secara nyaring dan beramai-ramai. Perkara ini termasuk di dalam perkara
menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir mempunyai ruang
perbahasan yang luas.

AMALAN TRADISI YANG BAIK DAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN BATAS


SYARAK SEBAIKNYA DIKEKALKAN

Amalan membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali ini sudah lama diamalkan dan menjadi amalan
tradisi dalam masyarakat Islam terutamanya di Nusantara ini. Amalan ini tidak sama sekali
bertentangan dengan hukum syarak.

Imam Ibnu Muflih al-Hanbali menukilkan dalam kitabnya Al-Adab asy-Syar’iyyah (2/47),
daripada Ibnu ‘Aqil al-Hanbali tentang galakan supaya tidak meninggalkan amalan tradisi
dalam masyarakat selama mana amalan tradisi tersebut tidak haram.

Di dalam kitab tersebut (2/47) disebutkan:

ْ َّ ُ ‫َِال َي َنبغي ْال ُخ ُر‬


َّ ‫وج م ْن َع َادات‬
ِ .‫الناس إال في ال َح َرام‬

“Tidak sepatutnya keluar (atau berhenti) daripada adat (atau tradisi) manusia, melainkan ia
termasuk dalam perkara haram.”

11
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

PENDAPAT SYAIKH ZAHID AL-KAUTHARI TENTANG KELEBIHAN


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYA’BAN
Al-Allamah al-Imam al-Musnid, Syaikh Zahid al-Kauthari dalam tulisannya Lailah an-Nishf min
Sya’ban mengatakan:

“Malam Nisfu Sya’aban adalah malam yang telah menjadi adat untuk umat
menghidupkannya dengan rangkaian amalan dan memanjatkan doa kepada Yang
Mengabulkan segala hajat, Jalla jalaluh, kerana terdapatnya athar yang warid
tentang kelebihannya. Ia juga mengkhabarkan berita gembira kepada kita dengan
dekatnya ketibaan bulan puasa agar kita bersedia menghadapinya.

Dan telah menulis Ahlil Ilm dulu dan sekarang tentang kelebihan malam tersebut
dalam tulisan-tulisan mereka yang khusus umpamanya ditulis oleh An-Najm al-
Ghithi, Ibnu Hajar al-Makki, Ali al-Qari, Salim as-Sanhuri dan selain mereka dalam
risalah-risalah mereka yang khusus dalam perbahasan ini. Dan antara yang paling
bermanfaat yang ditulis tentang kelebihan malam-malam dan hari-hari yang
barakah ialah kitab Al-Latho’if (iaitu kitab Latho’if al-Ma’arif) karangan Ibnu
Rajab al-Hanbali yang telah dicetak dan beredar di tangan-tangan pembaca.”18

ULAMA’ DAN KITAB-KITAB KARANGAN MEREKA TENTANG KELEBIHAN


MALAM NISFU SYA’BAN
(1) Imam Najmuddin al-Ghaithi

(2) Al-Hafizh al-Muhaddith asy-Syaikh Salim as-Sanhuri al-Maliki

Al-Hafizh al-Muhaddith asy-Syaikh Salim as-Sanhuri al-Maliki19 telah menulis risalah yang
sangat baik dan berguna dalam menerang dan membincangkan kelebihan malam Nisfu
Sya’ban ini dengan judul Risalah al-Kasyf wa al-Bayan ‘an Fadha’il Lailah an-Nishf min
Sya’ban20.

18 Lihat Lailah an-Nishf min Sya’ban dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 513.
19 salah seorang ulama’ besar Al-Azhar asy-Syarif pada kurun ke-8
20 Risalah al-Kasyf wa al-Bayan ‘an Fadha’il Lailah an-Nishf min Sya’ban, tahqiq Al-Arif billah Syaikh

Soleh al-Ja’fari, Qahirah: Dar Jawami’ al-Kalim, t.t. Asy-Syaikh Salim as-Sanhuri mengatakan bahawa apa
yang ditulisnya adalah ringkasan daripada kata-kata dan pendapat syaikh mereka iaitu Syaikh al-Islam,
Syaikh Najm ad-Din al-Ghaithi. Kitab ini kemudiannya diterjemahkan oleh Syaikhuna, Syaikh Muhammad
12
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

(3) Imam Ibnu Hajar al-Makki

(4) Imam Ali al-Qari

(5) Al-Allamah al-Imam al-Musnid, Syaikh Zahid al-Kauthari dalam kitabnya Lailah an-Nishf
min Sya’ban.

(6) Al-Muhaddith al-Alim al-Allamah, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani al-
Makki dalam kitabnya dalam kitabnya Maza fi Sya’ban21.

(7) Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dalam kitabnya Badai’ azh-Zhuhur.

(9) Al-Alim al-Allamah Asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linqi al-
Malayuwi (mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus) dalam kitabnya Tuhfah al-Authon
wa al-Ikhwan.

PERAKUAN SYAIKH IBNU TAIMIYYAH


Syaikh Ibnu Taimiyyah sendiri membolehkan pengkhususan amalan pada malam Nisfu
Sya’ban malah memujinya.

Di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa (23/132), beliau menulis:


َ ُ َ َ ْ َ َ ُ ْ ََ َ َْ َ َُ َ َ
ِ‫ َِونقِ َِل َِعن ِطائِ َِف ٍِة مِ َن‬.ِ‫حادِيثِ َِو ِآثار‬ َِ ‫ضلِ َِها ِأ‬
ِ ‫ي فِي ِف‬ ِ ِ‫ ِف ِق ِد رو‬- ‫ان‬ِ ‫ش ِع ِب‬ِ ‫ مِن‬- ِ‫صف‬ ِْ ِ‫َِوِأ َِّما ِل ِْي ِل ِة الن‬
َ ََ َ َ ْ َ َ ُ َ َ َ َ ‫َّ َ َ َّ ُ ْ َ ُ ُ َ ُّ َن‬
ِ‫ح َِّجة‬ ِ ِ‫ح َِد ُِه ِق ِْد ِت َِق َِّد َِم ُِه فِيه‬
ِ ُ ِ‫س ِلفِ َِوِل ُِه فِيه‬ ِ ‫جلِ فِ ِيها ِو‬ُِ ‫الر‬
َِّ ‫ص ِال ِة‬
ِ ‫ ِف‬،‫ص ِلو ِ فِ ِيها‬
ِ ‫الس ِلفِ ِأ ِن ِه ِم ِك ِانوا ِي‬
ِ
َ َ َ َ َ ً َ َ َ ُ َ َّ َ َ ْ َ ُ َ َ
‫جتِ َِماعِ َِع ِلى‬ َِّ ‫اع ِة ِف َِه ِذا َِم ِْبنِيِ َِع ِلى ِقاعِ َِد ٍِة َِع‬
ِْ ‫ام ٍِة فِي ا ِل‬ ِ ‫ج ِم‬ ِ ‫ ِأ َِّما‬.)) ‫نك ُِر مِ ِث َِل َِه ِذا‬
ِ ‫الص ِال ِة‬ ِ ‫(( ِف ِال ِي‬
ْ َّ
َِ ‫اعاتِ َِو ِالعِ َِب‬
ِ ...ِ‫ادات‬ َِ ‫الط‬
ِ

“Dan adapun berkenaan malam Nisfu - Sya'ban – maka sesungguhnya telah diriwayatkan
mengenai kelebihan malam Nisfu Sya'ban oleh hadith-hadith dan athar. Dan dinukilkan
daripada golongan Salaf bahawa mereka menunaikan sembahyang khas pada malam Nisfu
Sya’ban. Maka sembahyangnya seseorang pada malam itu secara berseorangan sebenarnya
telahpun dilakukan oleh ulama’ Salaf dan dalam perkara tersebut terdapat hujah, maka
jangan diingkari perkara seperti ini. Adapun sembahyang secara jemaah (pada malam Nisfu

Fuad bin Kamaludin as-Sanusi dengan judul Kelebihan Malam Nisfu Sya’aban, Negeri Sembilan: Abnak
Production, Cetakan Pertama, 1423H/ 2002M.
21 Mengenai doa yang selalu dibaca pada malam Nisfu Sya’ban, Sayyid Muhammad mengatakan ialah adalah

doa yang masyhur lagi mujarrab yang sebahagian besarnya diambil dari doa yang diriwayatkan daripada
Sayyidina Ibnu Mas’ud sebagaimana dikeluarkan oleh Imam Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf dan
Imam Ibnu Abi ad-Dunya dalam Ad-Du’a.
13
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

Sya’ban) adalah dibina atas hujah kaedah am pada berkumpulnya manusia dalam melakukan
amalan ketaatan dan ibadat..”

Di dalam kitabnya Iqtida’ ash-Shirath al-Mustaqim (ms. 266), Syaikh Ibnu Taimiyyah
menegaskan:

َ َ َّ َ ُ َ ْ َ َ َّ َ َ ُ ْ َ َ َ ْ َ َ
ِ‫ َِوِأ َّن م َن‬.ِ‫ض ِلة‬ ‫اآلث ِار َِما َِي ِْق َِتض ِي ِأ ِن ِها ِل ِي ِلةِ م ِف‬ ِ ‫وعةِ َِو‬ َِ ‫حادِيثِ ِال َِم ِْر ِف‬ َِ ‫اْل‬
ِ ‫ن‬ ِ ِ‫ضلِ ِها م‬ ِ ‫ي فِي ِف‬ َِ ِ‫ِف َِق ِْد ُِرو‬
َ َ َ َ ْ َ ْ َ ُ ْ َ َ َ َ َّ ُ َ َ َ َ َّ
.ِ‫يحة‬ َِ ِ‫صح‬ ِ َ ِ‫حادِيث‬ َِ ‫ت فِيهِ ِأ‬ ِ ْ ‫اء‬
َِ ‫ج‬ َِ ‫ان ِق ِْد‬ ِ ‫ش ِع ِب‬ ِ ‫ش ِه ِر‬ ِ ‫ص ِو ِم‬ ِ ‫ ِو‬.‫ص َِها بِالص ِالةِ فِ ِيها‬ ُِّ ‫ان َيخ‬ ِ ‫الس ِلفِ ِمن ِك‬
َ َْ َ َ َ َ ْ َ ََ ْ َ َ ْ َ ْ َ َّ َ َ ْ َ َ
‫ن فِي‬ ِ َ ‫ض ِل َِها َِو ِط َِع‬
ِ ‫نك ِر ِف‬ ِ ‫ن ِأ‬ِ ‫ال ِخ ِلفِ م‬ ِ ‫ن‬ ِ ِ‫ن ِأ ِْهلِ ِال َِمدِ َِينةِ َِو ِغ ِْي ِرهِم م‬ ِ ِ‫ م‬،ِ‫الس ِلف‬ ِ ‫ن‬ ِ ِ‫ن ِال َِع ِل َِماءِ م‬ ِ ‫ِوم‬
َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ َّ َ ْ َ
:‫ال‬َِ ‫ش ِْع ِر ِغ َِنمِ َِبنِي كِ ِلبِ )) َِو ِق‬ ِ ِ‫ن ِع ِدد‬ ِ ِ‫الله ِي ِغفِ ِر فِ ِيها ِْل ِك ِث ِر م‬
ِ ‫حدِيثِ (( إِ ِن‬ َِ ‫حادِيثِ ِال َِوا ِر َِدةِ فِ َِيها ِك‬ َِ ‫اْل‬
ِ
َ َ ْ ْ ََُُْ َْ ْ ْ ْ َ ْ َ َ َّ َّ َ َ َ َ
‫ص َِحابِ َِنا َِو ِغِْي ِرهِ ِْم‬ ِ ْ ‫ن ِأ‬ ِ ِ‫ن ِأ ِهلِ ِالعِ ِلمِ ِأ ِو ِأ ِك ِث ِر ِه ِم م‬ ِ ‫ن ِالذِي َِع ِل ِْيهِ ِكثِير م‬ ِ ِ‫ لك‬.‫ِال ِف ِْرقِ َِب ِْي َِن َِها َِوَِب ِْي َ ِن ِغ ِْي ِر َِها‬
ْ َ ُّ َ َ َ َّ َ ْ َ ْ َ ْ َ َ ْ َ ُّ َ ُّ ُ َ ْ َ َ َ َ َ َ
ِ‫حادِيثِ ِال َِوا ِر َِدة‬ َِ ‫اْل‬ِ ِ‫ لِ ِت ِع ِدد‬- ِ‫الس ِلف‬ ِ ِ‫ن ِأئِ َِّمة‬ ِ ِ‫ح ِن ِبل م‬ ِ ِ‫ ِابن‬- ‫ح ِم ِد‬ ِ ‫ص ِأ‬ِ ‫ ِو ِع ِل ِيهِ ِي ِد ِل ِن‬،‫َِع ِلى ِت ِْفضِيلِ ِها‬
َ ُّ َ َ َ َ ْ َ ُ ْ َ َ ُ ْ َ َ َّ َ َّ َ َ َ َ ُ ُْ َ ََ َ
.ِ‫الس ِنن‬ ِ ‫يد ِو‬ِ ِ‫سان‬ ِ ‫ضائِلِ َِها فِي ِال ِم‬ َِ ‫ض ِف‬ ِ ‫ي ِب ِع‬ ِ ِ‫ ِو ِق ِد ِرو‬،ِ‫الس ِلفِية‬ ِ ‫اآلث ِار‬
ِ ‫ن‬ ِ ِ‫ك م‬ ِ ِ‫ق ِذل‬ِ ‫ص ِد‬ ِ ‫ ِو ِما ِي‬،‫فِ ِيها‬

“Maka sesungguhnya telah diriwayatkan tentang fadhilatnya (iaitu malam Nisfu Sya’ban)
oleh banyak hadith yang marfu dan demikian juga atsar yang membawa kepada kefahaman
sesungguhnya ia (malam Nisfu Sya’ban) adalah malam yang dimuliakan. Dan sesungguhnya
ada di kalangan Salaf yang mengkhususkan sembahyang pada malam itu. Dan puasa bulan
Sya’ban, telah banyak hadith yang shahih tentangnya. Walau bagaimanapun, terdapat ulama
Salaf dari penduduk Madinah dan selain mereka dari kalangan ulama’ Khalaf yang
meningkari fadhilatnya dan ada juga memberi komen tentang hadith-hadith yang bersangkut
paut dengannya (malam Nisfu Sya’ban) seperti hadith (mafhumnya): “Sesungguhnya pada
malam itu, Allah mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing yang dimiliki oleh Bani
Kilab dan mereka berkata, “Tidak ada perbezaan malam itu (Nisfu Sya’ban) dengan malam
selainnya. Akan tetapi pendapat yang dipegang oleh ramai ahli ilmu atau majoriti daripada
sahabat-sahabat kita dan selain mereka tentang fadhilatnya. Imam Ahmad bin Hanbal yang
termasuk di kalangan ulama’ Salaf kerana banyak hadith tentangnya (malam Nisfu Sya’ban)
dan apa yang dibenarkan perkara itu daripada atsar ulama’ Salaf. Dan sesungguhnya telah
diriwayatkan sebahagian fadhilatnya di dalam beberapaM musnad dan Sunan.”

14
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

NASIHAT IMAM IBNU RAJAB AL-HANBALI


Beliau menyebutkan di dalam kitabnya Latho’if al-Ma’arif (ms. 136-137):
َّ ‫ِ َف َأ ْش َر ُف َه َذا‬
ْ ‫الش ْه ُر َل ْي َل ُة ن‬ َ ‫الشريف ُم‬ َّ ‫صف‬ ْ ‫َف ُق ْم َل ْي َل َة الن‬
ِ ِ‫صفه‬ ِ ‫صل ًيا‬
ُ َ ‫ِ َِو َق ْد ُنس َخ ْت فيه‬ َ ‫َف َك ْم من َف َتى َق ْد َب‬
ِ ِ‫صح َيفة َح ْتفه‬ ‫صف آم ًنا‬ ْ ‫ات في الن‬

ِ ِ‫ص ْرفه‬َ ‫وم ْال َم ْوت فيه ب‬ َ ‫ِ َو َحاذ ْر ُه ُج‬ ِ ِ‫ضائه‬ َ ‫َف َباد ْر بف ْعل ْال َخ ْير َق ْب َل انق‬
ْ ُ َْ َ ْ َْ َ َ َّ
ِ ِ‫ند الك َرب م ْنه بلطفه‬ ‫ِلتظفر ع‬ ِ ‫ص ْم َي ْو َم َها لله َوأ ْحس ْن َر َج َاء ُِه‬ ُ ‫َو‬

Maka bangunkan malam Nisfu Sya’ban dengan mendirikan solat


Semulia-mulia bulan Sya’ban ini terletak pada malam pertengahannya
Berapa ramai pemuda yang tidur pada malam ini dengan aman
Sedangkan telah ditulis tentang kecelakaan baginya dalam catatan
Maka, bersegeralah melakukan amal kebaikan sebelum sampai kematiannya
Dan berjaga-jagalah dengan kejutan kematian padanya dengan kekuasaan-Nya
Dan berpuasalah pada esok harinya kerana Allah dan perbetulkanlah harapan kepada-Nya
Agar kamu mendapat kurniaan kelembutan-Nya dari-Nya ketika berlaku huru-hara.

15
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

BAHAGIAN B (KHUSUS)

AMALAN PADA MALAM NISFU SYA’BAN DAN SIANGNYA

(A) AMALAN PADA MALAM NISFU SYA’BAN (HARI 14 SYA’BAN, MALAM 15


SYA’BAN)22
(1) Bangunkan malam Nisfu Sya’ban dengan segala amal kebaikan yang termampu dan
mohonkanlah keampunan serta pohonkan segala hajat kepada Allah Ta’ala kerana rahmat-
Nya sangat dekat ke langit dunia pada malam ini.

Daripada Sayyidina Ali, daripada Nabi bersabda:


ْ َ َ َ َ ُ ‫ان ُق ْو ُم ْوا َل ْي َل َها َو‬
َ ‫صف م ْن َش ْع َب‬ ْ ‫إ َذا َك َان ْت َل ْي َل ُة الن‬
‫ص ْو ُم ْوا َي ْو َم َها فإ َّن ت َبا َر َك َوت َعالى َين ِز ُل فِ ْي َها‬
َ ُ ُ َ َ ْ َ ْ ُ ْ َ َ ُ َ ُ ْ َ َ ْ َ ْ ُ ْ َ َ ُ ْ ُ َ َ َ ْ ُّ َ َّ ‫ل ُغ ُر ْوب‬
‫ق فأ ْرزق ُِه أآل‬ ِ ٍ ‫الش ْمس إلى َس َماء الدنيا فيقول أال من مستغف ٍر فأغفر له أال من مسترز‬
ُ.‫م ْن ُم ْب َت ًلى َف ُأ َعاف َي ُه َأ َال َك َذا َأ َال َك َذا َأ َال َك َذا َح َّتى َي ْط ُل َع ْال َف ْجر‬

“Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, bangunkanlah malamnya dan berpuasalah pada harinya
(siangnya/ esoknya) kerana sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan rahmatnya bermula
ketika tenggelam matahari (waktu Maghrib) di langit dunia, lalu berfirman, “Apakah tidak
ada orang yang ingin memohon keampunan, maka akan Aku ampunkan. Apakah tidak ada
orang yang ingin memohon rezeki, maka akan Aku berikan rezeki (kepadanya). Apakah tidak
ada orang yang ditimpa musibah, maka akan Aku berikan kesembuhan (kepadanya). Apakah
tidak perkara ini, apakah tidak perkara ini.. (maksudnya Allah sentiasa ingin menunaikan
permohonan dan hajat hamba-Nya yang memohon) sehingga terbit matahari (fajar).”23

(2) Selepas sembahyang Maghrib, bacalah Surah Yaasin sebanyak 3 kali.

Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi dalam kitabnya Fadha’il al-Ayyam wa asy-Syuhur
(ms. 38) menyebutkan bahawa antara amalan para solehin pada malam ini ialah membaca
Surah Yaasin sebanyak 3 kali, selepas sembahyang fardhu Maghrib dan sunat ba’diahnya.

22 Berusahalah untuk mengkhatamkan amalan-amalan dan bacaan-bacaan ini bermula Maghrib sehingga
Subuh. Usahakan juga untuk mengkhatamkan bacaan-bacaan mengikut jumlah yang disebutkan. Jika
merasakan jumlah bacaan agak banyak, tidak mengapa membacanya dengan bilangan yang paling sedikit
umpamanya 10 kali.
23 Riwayat Ibnu Majah

16
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

Niat ketika membaca Surah Yaasin

Bacaan Memohon dipanjangkan umur dalam kesihatan yang baik agar dapat
pertama beribadat mentaati Allah Ta’ala.
Bacaan kedua Memohon diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Bacaan ketiga Memohon ditetapkan iman dan mati dalam iman (husnul khatimah).

Doa selepas setiap kali bacaan Surah Yaasin

Setiap kali selepas membaca sekali Surah Yaasin, bacalah doa yang masyhur khusus dibaca
pada malam Nisfu Sya’ban seperti berikut:

َ‫ت‬ ْ َ َّ َ َ ْ ْ َّ َ ْ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ َ ُّ ُ َ َ َ َ ْ َ َ َّ ُ َّ َ
ِ ‫ ال إِله إِال ِأن‬،ِ‫ َِيا ذا الط ْول َوِالِن َعام‬،ِ‫ال َجالل َوِالِك َرام‬ ِ ‫ يا ذا‬،‫ك‬ ِ ‫اللهم يا ذا المن و ِال يمن علي‬
ْ ُ َ ُ َّ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ ْ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ْ َّ َ ْ َ
‫ الل ُه َّم إ ْن ك ْن َت ك َت ْب َتنِي عِ ْن َد َك ف ْي ِأمِ ِالك َتاب‬.‫الخائف ْي َن‬ ِ ‫ظهر الالجين وجار المستجيرين ِوِأمان‬
َ ْ ُ َّ ُ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ
‫ضل َك ف ْي ِأم الك َتاب ش َِق َاوتي‬ ْ ‫الل ُه َّم ب َف‬ ‫ فامح‬،ِ‫شق ًّيا ِأ ْو َم ْح ُر ْو ًما ِأ ْو َمط ُر ْو ًدا ِأ ْو ُم ْقت ًّرا َع ِل َِّي فِي الرزق‬
َ ْ َّ ً ْ ُ َْ ْ ْ َ
،ِ‫ َواثب ْتنِي ع ْن َد َك في ِأم ِالكِ َتاب َسع ْي ًدا َم ْر ُز ْوقا ُم َوف ًقا للخ ْي َرات‬،‫َوح ْر َماني َوط ْردي َِوإِق َت َار رزقي‬
ْ َ
ِ ُ ‫الله َما َيش ُاء َو ُيثب‬
‫ت‬ ُ ‫ (( َي ْم ُحو‬،ِ‫ال َح ُّق فِي ك َتاب َك ْال ُم ْن َزل َع َلى َنبي َك ْال ُم ْر َسل‬ ْ ُ َ ُْ
ِ ‫فإ َّن َك قل َت َوق ْول َك‬
َ
َّ َ ْ َ َْ َ ْ َ ْ
‫ الت ْي‬،ِ‫ان ال ُمك َّرم‬ ‫صف من شهر شعب‬ ْ ‫الت َجلِي ِْا َِْل ْع َظم في َل ْي َلة الن‬
َّ ‫ إله ْي ب‬،)) ِ‫َوع ْن َد ُه ُِأ ُّم ِْالك َتاب‬
َّ َْ َ َ َ َ َ َ ْ ْ ْ ُ َ ْ ُ َ ْ َ ْ َ ُّ ُ َ ْ ‫ُ ْ َ ُق‬
‫ َِوِأن َت َعال ُم‬،‫صرف َعن ْي م َن ا َلبالء َما ِأ ْعل ُم َو َما ِال ِأ ْعل ُِم‬ ‫ ا‬،‫يفر فيها كل ِأم ٍر حكي ٍم ويبر ِم‬
َّ
،‫ص ْحبه َو َسل َِم‬ َ ‫ َو َع َلى آله َو‬،‫الله َع َلى َسيد َنا ُم َح َّم ٍِد‬ُ ‫ص َّلى‬َ ‫ َِو‬،‫الراحم ْي َ ِن‬ َّ ‫ ب َر ْح َمت َك َيا َِأ ْر َح َم‬،ِ‫ِْال ُغ ُي ْوب‬
ِ .‫آم ْي َن‬

“Ya Allah, wahai Tuhan yang memberi nikmat, bukan yang diberi nikmat ke atas-Mu, wahai
Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang memiliki kekayaan dan
segala nikmat. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkaulah tempat
bersandar untuk orang yang memerlukan perlindungan, Engkaulah tempat berlindung untuk
orang yang meminta dan Engkau tempat keamanan untuk orang yang ketakutan. Ya Allah,
sekiranya Engkau telah menulis di sisi-Mu dalam Ummul Kitab yang aku adalah orang yang
tidak bahagia atau orang yang terbatas mendapat nikmat-Mu atau orang yang dijauhkan
daripada rahmatMu atau orang yang disempitkan kepadaku daripada mendapat rezeki,
maka aku memohon dengan kurniaan-Mu, hilangkanlah keadaanku yang tidak bahagia, yang
terbatas mendapat nikmat-Mu, yang dijauhkan daripada rahmatMu dan yang disempitkan
rezeki, dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bahagia, mendapat
keluasan rezeki serta diberi petunjuk kepada segala kebajikan, sesungguhnya Engkau telah
17
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

berfirman dan firman-Mu adalah benar di dalam kitab-Mu yang telah diturunkan kepada
Rasul-Mu yang diutuskan: “Allah mengubah dan menetapkan apa-apa yang dikehendaki-Nya
dan pada-Nya ada Ummul Kitab.” Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang agung pada malam Nisfu
Sya’ban, di bulan Sya’ban yang dimuliakan ini, yang ditetapkan padanya (malam Nisfu
Sya’ban) setiap urusan yang bijaksana dan ketetapan, maka jauhkanlah diriku daripada bala
bencana, sama ada yang aku tahu dan yang tidak aku tahu. Engkaulah Yang Maha
mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi, dengan rahmat-Mu juga (aku bermohon),
wahai yang Paling Pengasih di kalangan yang mengasihani. Semoga Allah merahmati
penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat Baginda, perkenankanlah
permohonan kami wahai Allah.”

Selepas membaca doa ini, ulangkan membaca Surah Yaasin untuk kali kedua. Begitulah juga
untuk kali ketiga.

(3) Rangkaian doa-doa

Doa-doa ini sesuai dibaca selepas membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali atau dibaca ketika
sembahyang sunat atau ketika qiyamullail pada malam Nisfu Sya’ban:

(i) Doa Syaikh Abdul Qadir al-Jilani

َ َ َ ْ َ َ َ َََْ ْ ُ َ َ َْ ََ َ َْ َ ُ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َّ ُ َّ َ
‫ َِو ِقدِ ِْر ِل َِنا‬،‫ك‬ ِ ِ‫ك ِوعِ ِتق‬ ِ ِ‫ ِف ِع ِد ِع ِل ِي ِنا بِ ِمن‬،‫ك‬ ِ ِ‫خ ِلق‬ِ ‫ان ِع ِلى‬ ِ ‫ش ِع ِب‬ِ ‫صفِ مِن‬ ِْ ِ‫ت ِل ِْي ِل ِة الن‬ِ ‫ِا ِلل ِه ِم إِ ِذا ِأ ِط ِل ِع‬
َ َّ َ َ َ َ ُ ُ َ َّ َ ْ َ ْ َ َ ْ َ َ َ ْ َ
‫ت فِ َِيها‬ ِ َ ‫ض ِْي‬
َِ ‫ ِا ِلل ُِه َِّم َِمن ِق‬.‫ك‬ ِ ِ‫حق‬ ِ ِ‫ك فِ َِيها بِ َِب ِْعض‬ ِ َ ‫وم ِل‬ ِ ‫اج ِع ِل ِنا مِ ِمن ِي ِق‬
ِ ‫ ِو‬،‫ك‬ ِ ِ‫ ِواسِ ِع ِر ِزق‬،‫ك‬ ِ ِ‫ضل‬
ِ ‫مِن ِف‬
َ َ ْ َ ُ َ َْ َ ََ َ ََ ْ َ َُ َ َ ََ ْ َ َ
،‫ك‬ ِ َ ‫ك نِ ِْع َِم َِت‬ِ َ ِ‫اج َِع ِْل ل ُه َِم َِع ِذل‬
ِ ‫ ِف‬،ِ‫ح َِياتِه‬ َِ ‫ت ِطو َِل‬ ِ ‫ض ِي‬ ِ ‫ ِو ِمن ِق‬،‫ك‬ ِ ‫ح ِم ِت‬
ِ ‫ك له ِر‬ ِ ِ‫اقضِ ِم ِع ِذل‬ ِ ‫ ِف‬،ِ‫بِ َِو ِفاتِه‬
َ َ ْ َّ َ َ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ْ َ َ َ َ ُ َ ُ َُْ َ َ َْ ََ
َ‫ك‬
ِ ِ‫ح ِمت‬ َ ْ َ
ِ ‫ بِ ِر‬،‫ين‬ َ
ِ ِ‫ب ِال ِع ِالم‬ ِ ‫ ِيا ِر‬،ِ‫ام ِب ِي ِن ِي ِد ِيه‬ ِ ِ‫خ ِْي َِر َِمن َِو ِق َِفت‬
ِ ‫اْل ِق ِد‬ ِ ‫ َِيا‬،ِ‫ال إِ ِل ِْيه‬ِ ‫اآلم‬
ِ ‫ِوِبلِ ِغ ِنا ِما ِال ِت ِب ِل ِغ‬
َ َ َ ََ ُ َّ َ َ َ َ
ِ َ ِ‫ج َِمع‬
.‫ين‬ ِْ ‫ص ِْحبِهِ ِأ‬ َِ ‫سيِدِ ِنا ُِم‬
ِ َ ‫ح َِّم ٍِد َِوآلِهِ َِو‬ ِ ‫الله ِع ِلى‬
ِ ‫ص ِلى‬ ِ ‫ ِو‬،‫ين‬ ِ ِ‫الراحِم‬ َِ ‫َِيا ِأ ِْر‬
َِّ ‫ح َِم‬

“Ya Allah, apabila Engkau telah mendatangkan malam Nisfu Sya’ban kepada makhlukMu,
maka curahkanlah kepada kami kurniaan dan pembebasanMu (dari api neraka), dan
pilihkanlah kami sebagai orang-orang yang mendapatkan kurniaanMu, kelimpahan
rezekiMu, serta jadikanlah kami sebagai orang-orang yang melaksanakan di antara hakMu.
Ya Allah, sesiapapun yang Engkau tetapkan untuk meninggal dunia pada malam Nisfu
Sya’ban ini, maka tetapkanlah bersamanya kasih sayangMu, dan sesiapapun yang Engkau
tetapkan pada malam Nisfu Sya’ban ini panjang umur, maka tetapkanlah bersamanya
curahan nikmatMu, serta sampaikan kami kepada sesuatu yang tidak dapat diraih oleh cita-
cita dan keinginan, Ya Allah Tuhan Sebaik-baik Pemberi orang-orang yang memohon, Ya Allah

18
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

Tuhan Pemelihara alam semesta, hanya kerana kasih sayangMu (doa dan harapan terpenuhi)
Ya Allah, Tuhan Sebaik-baik Pemberi Rahmat. Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmat-
Nya kepada Nabi Muhammad , keluarga Baginda dan seluruh para sahabatnya.”

(ii) Doa Imam Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad

ُ َ َّ َ َ ُ ً َ َ ًّ َ َ َ َ ْ َ ْ ْ ْ َّ ُ َ
‫الل ِْي ِلةِ مِن ِن ِو ٍِر َِت ِْهدِى‬ِ ِ‫س ِْم َِت ُِه فِي َِهذِه‬
ِ َ ‫يبا فِي ِكلِ ش ِ ْي ٍِء ِق‬ِ ِ‫ظا ِوِنص‬ ِ‫ح‬ ِ ‫ك‬ ِ ِ‫ظمِ عِ ِباد‬ ِ ِ‫اج َِع ِلنِى م‬
ِ ‫ن ِأ ِع‬ ِ ‫ِاللِ ِه ِم‬
َ ْ َ َ ََ ُ ُ َُ ْ َ َْ ُ ُ ُ َْ ْ َْ َ ُ ُ َ َ ْ َ َْ
ُِ ‫ َِيا ِا‬،‫ين‬
‫ َِيا‬،‫لله‬ ِ َ ِ‫ك ِال ُِم ِْؤمِن‬
ِ ِ‫ض ٍ ِل ِت ِقسِ ِم ِه ِع ِلى عِ ِباد‬ ِ ‫ ِأ ِو ِف‬،‫ط ِه‬ ِ‫س‬ ِ ‫ق ِت ِب‬ ِ ٍ ‫ ِأ ِو ِر ِز‬،‫نش ِر ِها‬
ِ ‫ح ِم ٍِة ِت‬ ِ ‫ ِأ ِو ِر‬،ِ‫بِه‬
َ َ َ َ َ َ َْ َ َ َ َّ َ َ َ ُ َ َ ُ َ
،‫ َبرًّيا ال كاف ًرا َوال شق ًّيا‬،‫ الل ُه َّم َه ْب لي قل ًبا تق ًّيا نق ًّيا م َن الش ْرك‬.‫نت‬ ِ ‫ ِال إِ ِل ِه إِ ِال ِأ‬،‫لله‬ِ ‫ ِيا ِا‬،‫لله‬ ِ ‫ِا‬
َ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َّ ُ َ ً َ ً َ ً َ ً ْ َ َ
ِ َ ِ‫ك َِو ِك َِمال‬
‫ك‬ ِ ِ‫ج ِمال‬ِ ‫ ِو‬،‫ك‬ ِ ِ‫اه ِدت‬
ِ ‫ش‬
ِ ‫نو ِار ِم‬ ِ ‫ك ِوِأ‬ ِ ِ‫ام ِل ِق ِلبِي بِ ِنور‬ ِ ‫ ِاللِ ِه ِم‬،‫وقلبا سليما خاشغا ضارعا‬
َ َ ََ ُ َّ َ َ َ َ ْ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ َ َّ َ َ َ
ِ‫ح َِّم ٍِد َِوآلِه‬َِ ‫سيِدِ ِنا ُِم‬ِ ‫الله ِع ِلى‬ ِ ‫ص ِلى‬ ِ ‫ ِو‬،‫ين‬ ِ ِ‫الراحِم‬ َِّ ‫ح َِم‬ ِ َ ِ‫ك َِوعِ ِلم‬
َِ ‫ َِيا ِأ ِْر‬،‫ك‬ ِ ِ‫ك ِو ِق ِد ِرت‬ِ ِ‫ص ِمت‬ ِ ِ‫ ِوع‬،‫ك‬ ِ ِ‫ح ِبت‬ِ ‫ِو ِم‬
َ َ ْ َ ْ َ َ
ِ .‫ين‬
ِ ِ‫ج ِمع‬ ِ ‫ص ِحبِهِ ِأ‬ ِ ‫ِو‬

“Ya Allah, jadikanlah aku dari semulia-mulia hambaMu yang mendapat tuah dan bahagian
pada setiap sesuatu yang telah Engkau bahagikan pada malam ini daripada cahaya yang
dengannya Engkau memberikan petunjuk atau rahmat yang Engkau sebarkan atau rezeki
yang Engkau hamparkan ataupun kurniaan yang Engkau bahagikan ke atas hamba-
hambaMu yang beriman. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Tiada Tuhan melainkan Engkau. Ya
Allah, kurniakanlah kepadaku hati yang bertaqwa, suci dan bersih dari kesyirikan, kekufuran
dan kecelakaan. Kurniakanlah kepadaku hati yang sejahtera, khusyu’ dan merendahkan diri
kepada-Mu. Ya Allah, penuhilah hatiku dengan cahayaMu, cahaya-cahaya penyaksianMu,
kecantikanMu, kesempurnaanMu, kasih kepada-Mu, penjagaanMu, kekuasaanMu dan
ilmuMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani. Semoga Allah
sentiasa mencurahkan rahmat-Nya kepada Nabi Muhammad , keluarga Baginda dan
seluruh para sahabatnya.”

(iii) Doa ini dibaca 10 kali:

ُ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ُ ْ َ َ ْ َ َ َّ َ َ ُ َ ْ َ َ ْ َ َ َّ َ َ ُ ُ َ
‫ك َِما‬ ِ َ ‫س ِأ ِل‬
ِ ‫ ِوِأ‬،‫ك‬ ِ ‫خ ِفى ِع ِل ِي‬ ِ ‫ك ِما ِال ِي‬ ِ ‫ش ِكو إل ِي‬ ِ ‫ ِأ‬،‫ك‬
ِ ‫ك ِق ِرِبنِي إِ ِل ِي‬
ِ ‫س ِان‬
ِ ‫ح‬ ِ ِ‫ ِوإ‬،‫ك‬ ِ ‫ك ِد ِلني ِع ِل ِي‬ِ ‫ود‬ ِ ‫ج‬ ِ ،‫إِ ِلهِي‬
ََ َ َ َُْْ َْ َ َُ َ َ ُ َ ْ ْ ْ َ ََْ ُ ُ ْ َ َ
‫ج َِعنِي َِما ِأ ِنا‬ ِْ ‫ ِف ِر‬،‫ين‬ ِ ِ‫ج ِك ِربِ ِال ِم ِك ِروب‬ ِ ‫حالِي َِي ِكفِي ِعن‬
ِ ‫ ِيا ِم ِف ِر‬،‫س ِؤالِي‬ َِ ِ‫ك ب‬ ِ َ ‫ إذ عل ُم‬،‫ك‬ ِ ‫س ِر ِع ِل ِي‬
ِ ‫ِال ِي ِع‬
َ ْ َ ُ َ ْ َّ َ َ ُ َ َ ْ َ َ ْ َ َّ َ ُ ُ َ َ ْ ُ َ َ َّ َ َ
ِ‫ن ِال ِغم‬ ِ ِ‫اه م‬ ِ ‫ج ِي ِن‬ِ ‫ج ِب ِنا ِل ِه ِوِن‬
ِ ‫اس ِت‬
ِ ‫ين (( ِف‬ِ َ ِ‫الظالِم‬
ِ ‫ن‬ ِ ِ‫نت م‬ِ ‫ك إِنِي ِك‬ ِ َ ‫ح ِان‬
ِ ‫س ِب‬
ِ ،‫نت‬ ِ ‫له إِ ِال ِأ‬
ِ ِ‫ ِال إ‬،ِ‫فِيه‬

19
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

َ ‫ك َِأ‬
ِ‫نت‬
ْ َ ْ َ َ ْ َ َ ُّ ُ َ َ َ َ ْ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ ُ ْ
ِ َ ‫إِ َِّن‬.....ِ‫اللِ َِوالِ ِك َِرام‬
ِ ‫ال َِج‬
ِ ‫ ِيا ِذا‬،ِ‫ن ِع ِل ِيه‬ ِ ‫ ِا ِلل ِه ِم ِيا ِذا ِال ِمنِ ِو ِال ِي ِم‬.)) ‫ين‬
ِ ِ‫ك ِننجِي ِال ِم ِؤمِن‬
ُ َ ََ
ِ ِ‫ِو ِكذل‬
َّ َ َ ْ َ َ َ َ َ ََ ُ َّ َ َ ُ َ ْ َ ُّ َ َ
.‫م‬َِ ‫س ِل‬ ِ ‫ح َِّم ٍِد َِو َِع ِلى آلِهِ ِو‬
ِ ‫ص ِحبِهِ ِو‬ َِ ‫سيِدِ ِنا ُِم‬
ِ ‫الله ِع ِلى‬
ِ ‫ص ِلى‬ ِ ‫ ِو‬.‫اْل ِك ِر ِم‬
ِ ‫اْل ِع ِز‬
ِ
“Tuhanku, kemurahanMu telah menunjukkan aku kepada-Mu, kebaikanMu telah
mendekatkan aku kepada-Mu, aku mengadu kepada-Mu perkara yang tidak tersembunyi lagi
pada pengetahuanMu dan aku memohon kepada-Mu perkara yang tidak susah padaMu,
kerana ilmuMu tentang keadaanku telah mencukupi daripada permohonanku. Wahai Tuhan
Yang Menghapuskan bebanan orang-orang yang kesusahan, hapuskanlah daripadaku semua
yang aku hadapi, sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau. (Ya
Allah), Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniya, tolonglah daku), sesungguhnya aku
adalah dari kalangan orang-orang yang menganiyai diri sendiri, (dengan berkat dan benarnya
firmanMu): “Maka Kami perkenankan permohonan doanya (Nabi Yunus) dan Kami
selamatkannya dari kesusahan yang menyelubunginya, dan sebagaimana Kami
menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka
merayu kepada kami).” Ya Allah, Tuhan Yang Memiliki Kurniaan…..sesungguhnya Engkaulah
Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmat-
Nya kepada Nabi Muhammad , keluarga Baginda dan seluruh para sahabatnya.”

(iv) Doa Nabi Adam

ْ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َّ َّ ُ َّ َ
‫ َِوِت ِْع ِل ُِم َما في ن ْفس ي َو َما عندي ِفا ِغفِ ِْر لِي‬،‫اق َِب ِْل َِم ِْعذِ َِرتِي‬ ِ ‫س ِري َرتي َِو َِعالنِ َِيتِي ِف‬
ِ َ ‫ك ِت ِْع ِل ُِم‬ ِ ‫ِا ِلل ِه ِم إِ ِن‬
ً َ ً ََ َْ ُ َُ ً َ َ َُ ْ َ َّ َ َ ُ َ َ َ ُ َْ ََ ُُ
،‫قا‬
ِ ِ‫صاد‬ ِ ‫ينا‬ ِ ِ‫ ِوِيق‬،‫يم ِانا ِي ِباشِ ِر ِق ِلبِي‬
ِ ِ‫ك إ‬ ِ ‫ ِا ِلل ُِه َِّم إني ِأ‬،‫س ِؤالِي‬
ِ ‫س ِأ ِل‬ ِ ‫اعطِنِي‬ ِْ ‫اجتِي ِف‬ِ ‫ح‬ ِ ‫ وتعل ِم‬،‫ِذ ِنوبِي‬
ْ ْ َ َ ْ َ َ َّ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َّ َ َ ُ َ ْ َ َ َ َّ َ َ َ َ َ
ِ .ِ‫اللِ َِوالِ ِك َِرام‬
ِ ‫ال ِج‬
ِ ‫ ِيا ِذا‬،‫ت علي‬ ِ ‫ضا بِ ِما ِقض ِي‬ ِ ‫الر‬
ِ ‫ ِو‬،‫يبنِي إال ِما ِك ِت ِب ِت ِه ِع ِل ِي‬ ُِ ِ‫ح َِّتى ِأ ِْع ِل َِم ِأ َِّن ُِه ِال ُِيص‬
ِ

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir
daripadaku, maka terimalah permohonan maafku, dan Engkau mengetahui apa yang ada
pada diriku dan di sisiku, maka ampunkanlah dosa-dosaku, dan Engkau mengetahui hajatku,
maka perkenankanlah permintaanku. Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu
iman yang mengembirakan hatiku, keyakinan yang benar, sehingga aku tahu bahawa apa
sahaja musibah yang menimpaku, itu tidak lain melainkan apa yang telah Engkau taqdirkan
ke atasku dan kurniakanlah aku redha dengan apa yang telah Engkau putuskan ke atasku,
wahai Tuhan Yang Mempunyai keagungan dan kemuliaan.”

Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika diturunkan dari syurga, Nabi
Adam telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Ka’bah. Baginda kemudiannya bersolat 2
rakaat mengadap Ka’bah. Selepas itu, Baginda pergi ke Multazam dan berdoa dengan doa ini.
Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Adam: “Wahai Adam, sesungguhnya engkau telah

20
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

berdoa kepadaKu dengan doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa
seseorang dari kalangan anak cucumu dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan
kesusahannya. Aku tahan daripadanya barangnya yang hilang. Aku cabutkan kefaqiran dari
hatinya. Aku jadikan kekayaan di antara dua matanya. Aku kurniakan kepadanya keuntungan
setiap orang yang berniaga dan datang dunia kepadanya dalam keadaan terpaksa, sekalipun
dia tidak mahu kepada dunia tersebut.”24

(v) Al-Allamah Sayyid Al-Winna’i berkata bahawa antara doa yang afdhal dibaca pada
malam Nisfu Sya’ban ialah:

َ َّ َ َ َ ْ َ َ ْ َ ْ َ ُ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ ْ َ ْ ُّ ُ َ َّ
‫الدائ َمة في‬ ‫ الل ُه َّم إني أسألك العفو والعافية‬.‫اعف َعني‬ ‫الل ُه َّم إ َّن َك َع ُفو كريم تحب العفو ف‬
ْ ُّ َ
ِ .‫الدن َيا َواآلخ َرة‬ ‫الدين و‬

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mulia yang suka kepada
keampunan, maka ampunilah dosaku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu
keampunan, keafiatan dan kesejahteraan yang berterusan di dalam agama, dunia dan
akhirat.”

(4) Bermohonlah kepada Allah Ta’ala untuk segala hajat dunia dan akhirat.

(5) Pada malam ini, sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan)
dan bertaubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta keampunan Allah  untuk ibu
bapa dan keluarga kita.

Al-Allamah al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki menjelaskan:

َ ْ َ ْ َ ْ ْ ُ ْ ََ َ َ َ َََْ َ ْ َ ْ ُ َْ ْ َ
ِ‫اْلِْزمِ َِنةِ ِال َِفاضِ ِلة‬ ِ ‫ش َِتغِ َِل بِهِ فِي‬ ِ ‫ال َِح ِريصِ ِأن َِي‬ ِ ِ‫سلِم‬ِ ‫نبغِي ِع ِلى ِال ِم‬ ِ ‫ظمِ ِوِأ ِوِلى ِما ِي‬ ِ ‫ن ِأ ِع‬
ِ ِ‫ستِ ِغ ِف ِار م‬
ِ ‫ِا ِل‬
ُ ْ َ َ َ ْ َّ َ َ ‫ْز‬ َ َ ْ ََُ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ َّ
ُِ ‫ص‬
‫وص‬ ُِ ‫ضلِهِ ِن‬ ِ ‫ت ِع ِلى ِف‬ ِ ‫ ِو ِد ِل‬،ِ‫الر ِق‬ِ ‫س َِبابِ ِت ِْيسِ ِير‬ ِ ْ ‫ن ِأ‬ِ ِ‫ ِو ِه ِو م‬،ِ‫صف‬ ِْ ِ‫ان َِوِل ِْي ِل ِة الن‬
ِ ‫ش ِع ِب‬
ِ :‫ِالتِي مِ ِن ِها‬
ْ ْ ْ ُْ َ ُ ُّ َْ َ ُ َ ََ ْ
ِ‫ َِوإِ ِذ َِهابِ لِ ِل ُِه ُِمومِ َِو َِد ِفع‬،ِ‫لذ ِنوبِ َِوِت ِْف ِريجِ لِ ِل ِك ُِروب‬
ِ ِ‫ َِوفِيهِ ِت ِكفِ ِير ل‬،ِ‫ح َِباب‬ِْ ‫اْل‬
ِ ِ‫سيِد‬ ِ َ ‫يث‬ ِ ِ‫حاد‬ ِ ‫ ِوِأ‬،ِ‫ِالكِ َِتاب‬
ُْ
ِ .ِ‫لِ ِل ِغ ُِموم‬

“Istighfar merupakan seagung-agung dan seutama-utama amalan yang sewajarnya orang


Islam yang bersungguh dengan agamanya untuk menyibukkan diri dengan istighfar pada

Rujuk Tarikh Makkah, Abu Walid al-Azraqi, 2/370 dan Fi Rihab al-Bait al-Haram, Al-Muhaddith Sayyid
24

Muhammad ibn Alawi al-Maliki, ms. 52. Sayyid Muhammad al-Maliki mengatakan: “Sanad hadith ini baik.”
21
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

waktu-waktu yang memiliki keutamaan seperti di bulan Sya’ban dan malam pertengahannya
(malam Nisfu Sya’ban). Istighfar adalah termasuk di dalam sebab-seban dimudahkan rezeki.
Fadhilatnyanya dijelaskan oleh nas-nas Al-Qur’an dan hadith Penghulu kepada semua kekasih
(Rasulullah ). Pada kelebihan yang ada dalam istighfar ialah ia menghapuskan dosa,
merongkaikan kesulitan, menghilangkan kesedihan dan mengubat duka cita.”

(i) Jangan sekali-kali lupa membaca Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar) kerana menurut
hadith riwayat Al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah mengatakan
sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan yakin dan meninggal siangnya juga
sebelum malam, dia ahli syurga dan sesiapa yang membacanya pada waktu malam dengan
yakin dan meninggal malamnya juga sebelum pagi, dia ahli syurga.

Inilah bacaannya:

ُ َ َ ْ ْ ِ‫ِ َوأ َناِعلى‬،‫ِ َوأ َناِ َع ْب ُد َك‬،‫تِ َخ َل ْق َتني‬ ْ َ َّ َ ْ َ َّ


ِ ‫ِ ِأ ُع‬،‫اس َتط ْع ُت‬
ِ‫وذ‬ ِ َ ‫ووعد‬
ِ‫كِما‬ ْ ِ‫ك‬ ِ َ ‫عهد‬ ِ َ ‫ِالِإلهِإ ِالِأن‬،‫تِ َربي‬
ِ َ ‫الل ُه َِّمِأن‬
َّ ُ ُّ ْ َ ْ َ ْ َ ُ َُ َ َ َ ْ َ َ ُ َ ُ ْ َ َ ْ َ
ِ‫ِفإ َّن ُِهِالِيغف ُِرِالذنوبِِإ ِال‬،‫وءِبذنبيِفاغف ِْرِلي‬ ِ ‫ِوأب‬،‫كِعلي‬ ِ ‫كِبنعمت‬ ِ ‫بوءِل‬ ِ ‫ِأ‬،‫نِشرِِماِصنعت‬ ِ ‫كِم‬ ِ ‫ب‬
َْ
ِ .‫ت‬ِ َ ‫أن‬

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku
dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam janji untuk mentaatimu sejauh kemampuanku.
Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukkan yang pernah aku lakukan. Aku mengakui
semua nikmat yang telah Engkau berikan dan aku mengakui semua dosa yang pernah aku
kerjakan. Oleh itu, ampunilah semua dosaku kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa
selain Engkau.”

(ii) Doa memohon keampunan untuk kedua orang tua sama ada yang masih hidup atau
telah meninggal dunia

َ ‫اغف ْرلي ُذ ُنوبي َول َوال َد َّي َوا ْر َح ْم ُه َما َك َما َرَّب َاياني‬
ِ .‫صغ ًيرا‬
ْ َ
‫رب‬

“Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya
sebagai mana keduanya merahmatiku di waktu kecil.”

(iii) Memohon keampunan untuk diri sendiri (baca 70 kali atau 100 kali)

22
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

َ ُ ََُ َ َ ْ َ ُ ْ َ ْ َ
ِ .‫وب إل ْيه‬ ‫أستغفر الله العظيم وأت‬

“Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya.”

(6) Bacalah mana-mana zikir, tasbih dan selawat.

(a) Tahlil

(i) Bacalah syahadatain (dua kalimat syahadah) sebanyak-banyaknya (untuk malam ini
boleh dibaca umpamanya 100 atau 300 kali).
Bacaannya:
َّ َ َ
.ِ‫سو ُِل الله‬
ِ ُ ‫ح َِّمدِ َِّر‬ ُِ ‫له إِ ِال‬
َِ ‫الله ُِم‬ ِ ِ‫ِال إ‬
Dua kalimat syahadah adalah kalimah yang sangat mulia. Ia sangat baik dibaca bila dan di
manapun, lebih-lebih lagi pada malam Nisfu Sya’ban yang penuh berkat ini. Al-Allamah al-
Muhaddith Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki mengatakan:
ََ َ َ َ ً ُ ُ َ َ َ ْ َ َْ َ َ َ َ ُ ْ َ َ َ َْ َ َ ْ ُْ َ ََ
ِ‫ش ِْع َِبا َ ِن َِوِل ِْي ِلة‬
ِ ‫ش ِْه َِر‬
ِ ‫وصا‬
ِ ‫ص‬
ِ ‫خ‬ ِ ‫اْل ِْو ِقاتِ ِال ِم ِب ِار ِكةِ ِو‬
ِ ‫ ِو‬،ِ‫اْلِزمِ ِنةِ ِال ِفاضِ ِلة‬ ِ ‫سلِمِ ِأن ِي ِغ ِتنِ ِم‬ِ ‫نبغِي لِ ِل ِم‬
ِ ‫ِوِي‬
ُ ‫ َال إ َله إ َّال‬:ِ‫ادة‬ َ َ ْ َْ ْ
.ِ‫الله ُم َح َّمد َّر ُسو ُل الله‬ ِ َّ ِ‫شتِ ِغالِ بِ ِكلِ َِمة‬
َِ ‫الش َِه‬ ِ ‫ بِا ِل‬،‫صفِ مِ ِْن ُِه‬
ِ ‫ستِ ِك ِث ِار فِ َِيها مِن ا ِل‬ ِْ ِ‫الن‬

“Sewajarnya seorang muslim mengambil peluang pada waktu-waktu yang penuh keberkatan,
di tempat-tempat yang ada kelebihan, khususnya bulan Sya’ban dan malam Nisfunya (malam
Nisfu Sya’ban) dengan memperbanyak padanya menyibukkan diri membaca dua kalimah
syahadah: “La Ilaha Illallah Muhammad Rasululullah.”

(ii) Bacalah bacaan ini 10 kali:


ُ ُ ‫ َال إ َله إ َّال‬،‫الله َب ْع َد ُكل َأ َحد‬
ِ‫الله َي ْب َقى َرُّب َنا َو َي ْف َنى ك ُّل‬ ُ ‫ َال إ َله إ َّال‬،‫الله َق ْب َل ُكل َأ َحد‬
ُ ‫َال إ َله إ َّال‬
ٍ ٍ
َ َ
ِ .‫أح ٍد‬

“Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum adanya setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah
setelah luput setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah, kekal Tuhan kami dan binasalah
setiap sesuatu.”

23
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

(iii) Bacalah 100 kali (ia dibaca juga setiap hari sepanjang bulan Sya’ban):

َ ‫ َو َل ْو َكر َه ْال َِكاف ُر‬،‫ين‬


ِ .‫ون‬ ُ ‫ ُم ْخلص َين َل ُه الد‬،‫ َو َال َن ْع ُب ُد إ َّال إ َّي ُاه‬،‫الله‬
ُ ‫َال إ َل َه إ َّال‬

“Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami beribadah kecuali kepadaNya. Kami
mengikhlaskan diri dalam agama, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

(b) Selawat

(i) Bacalah selawat ini (atau mana-mana selawat) 100 kali:

َ َ َ َ َ َّ ُ َّ َ
ِ .‫صلِ َعلى َسيدنا ُم َح َّم ٍد َو َعلى آل َسيدنا ُم َح َّم ٍد‬ ‫اللهم‬

“Ya Allah, berselawatlah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad dan ke atas keluarga
penghulu kami, Nabi Muhammad .”

(c) Tasbih

(i) Bacalah tasbih ini 100 kali:

َ َ ْ َ ‫ُس ْب َح‬
.‫ان َرب َي اْل ْع ِلى‬

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi.”

(ii) Baca juga tasbih ini 100 kali:

ْ َ ‫ ُس ْب َح‬،‫ان الله َوب َح ْمده‬


َ ‫ُس ْب َح‬
.‫ان الله ال َعظيم‬

“Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung.”

(iii) Bacalah juga bacaan tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan hauqalah ini 100 kali:

24
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

ْ ْ َّ َ ُ َ َ ْ َ ُ َ ُ َّ َ َ َ َّ ُ ْ َ ْ َ َ ‫ُس ْب َح‬
ِ .‫ َوال َح ْو َل َوال ق َّوة إال بالله ال َِعلي ال َِعظيم‬،‫الله أك َب ُر‬‫ان الله والحمد لله وال إله إال الله و‬

“Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah
Maha Besar (Agung), tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha
Agung.”

(7) Hidupkan malam ini dengan membaca Al-Qur’an.

(i) Baik juga membaca ayat 1 hingga ke-8, Surah Ad-Dukhan, sebanyak 30 kali

ُ َ َ َ ْ َ ْ ْ
ِ َ ‫ إ َّنا أ َنزل َن ُاه في ل ْيل ٍة ُّم َب َارك ٍة إ َّنا ك َّنا ُمنذر‬.ِ‫ َوالك َتاب ال ُمبين‬.‫ حم‬.‫بسم الله الرحمن الرحيم‬
.‫ين‬
ْ َّ ‫ َر ْح َم ًة من َّرب َك إ َّن ُه ُه َو‬.‫ين‬ ُ َ َ َ ُ ُ
ُِ ِ‫السم ُيع ال َِعل‬
.‫يم‬ ِ َ ‫ أ ْم ًرا م ْن عندنا إ َّنا ك َّنا ُم ْرسل‬.‫يم‬ ِ ٍ ‫ف َيها ُي ْف َرق ك ُّل أ ْم ٍر َحك‬
ُ ُ ُ ُ َ ْ ُ َ ُ َّ َ َ َ َ ُ َْ
‫يت َرُّبك ْم َو َر ُّب َآبائك ُم‬ ‫ ال إله إال هو يحيي ويم‬.‫ين‬ ِ ‫الس َم َاوات َواْل ْرض َو َما َب ْي َن ُه َما إن ك ُنتم ُّموقن‬ َّ ‫َرب‬
َْ
ِ .‫ين‬ِ َ ‫اْل َّول‬

Keterangan:
Al-Allamah Asy-Syarji telah menyebutkan di dalam Fawa’idnya bahawa barang siapa
membaca awal Surah Ad-Dukhan sehingga firman Allah Ta’ala: “… Al-Awwalin”, pada awal
malam bulan Sya’ban sebanyak 15 kali sehingga malam ke 15 (malam Nisfu Sya’ban),
kemudian membaca 30 kali (pada malam Nisfu Sya’ban itu), kemudian berzikir, berselawat
dan berdoa apa yang dihajatinya, InsyaAllah akan cepat diperkenankan hajatnya oleh Allah
Ta’ala25.

(8) Mendirikan sembahyang-sembahyang sunat terutama sekali sembahyang sunat Tasbih

(9) Bacaan ketika sujud dalam solat malam (terutamanya solat Tahajjud) semasa
qiyamullail (juga pada malam lain di bulan Sya’ban)

َ َُ َ َ َ ُ ُ ََ َ َ َ ُ ُ ََ َ َ ْ َ َْ ُ ُ َ
‫ ال أ ْحص ي ث َن ًاء‬،‫نك إل ْي َك‬ َ ‫ض‬
‫ وأعوذ بك م‬،‫اك من سخطك‬ َ ‫وذ بر‬ ‫ وأع‬،‫أعوذ بعفوك من عقابك‬
َ.‫نت َك َما َأ ْث َن ْي َت َع َلى َن ْفسك‬
َ ‫َع َل ْي َك َأ‬

25Lihat Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Al-Arif billah, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id al-Linggi, ms.
82)
25
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

“Aku berlindung dengan keampunan-Mu dari balasan siksa-Mu dan aku berlindung dengan
keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu (dari kejahatan yang
datang) dari-Mu kepada-Mu. Tidaklah mampu aku memuji-Mu seperti mana Engkau memuji
Zat-Mu sendiri.”

(10) Lakukanlah apa sahaja kebaikan dan hasanat yang boleh mendekatkan diri kepada
Allah Ta’ala.

(B) AMALAN PADA HARI NISFU SYA’BAN (IAITU PADA HARI 15 SYA’BAN)

(i) Berpuasa pada hari Nisfu Sya’ban (iaitu pada hari 15 Sya’ban):

Daripada Sayyidina Ali, daripada Nabi bersabda:

ُ ‫ان ُق ْو ُم ْوا َل ْي َل َها َو‬


.‫ص ْو ُم ْوا َي ْو َم َها‬ ْ ‫إ َذا َك َان ْت َل ْي َل ُة الن‬
َ ‫صف م ْن َش ْع َب‬

“Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, bangunkanlah malamnya dan berpuasalah pada harinya
(siangnya/ esoknya).”26

Beramallah mengikut kemampuan masing-masing. Jika tidak berupaya mengamalkan


kesemuanya, ikutlah panduan kaedah Ushul:

ُّ ُ ْ َ ُّ َ
.‫ ال ُيت َر ُك كل ُه‬،‫َما ال ُي ْد َر ُك ُجل ُِه‬
“Apa-apa yang tidak dapat dibuat semua, jangan ditinggalkan semua.”

.‫والله أعلم بالصواب وإليه المرجع والمآب‬

Disusun oleh:

Al-Faqir ilallahil Qadir,


Ustaz Muhadir bin Haji Joll,
Ghafarallaahu lahuu wa li masyaayikhihii wa liwaalidaih
14 Sya’ban 1438H/ 11 Mei 2017M
Selangor Darul Ehsan.

26 Riwayat Ibnu Majah


26
Amalan Pada Malam Nisfu Sya’ban

RUJUKAN:

1) Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban (Bahagian Ketiga),
Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian
Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, (ms. 18-19).
2) Bada’i az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-Allamah az-Zaki, Syeikh Wan
Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dikumpul oleh Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir
Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah
Fathaniyah, 1997M, Jilid Kedua, (ms. 67-71).
3) Doa Malam Nisfu Sya’aban, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani,
terjemahan Al-Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki, Negeri
Sembilan: Sofa Production, Cetakan Kedua, 1429H/2008M, (ms. 21-78).
4) Fazilat Bulan Rejab Sya’ban Ramadzan, Budiman Radzi, Alor Setar, tanpa penerbit,
1408H/ 1988M, (ms. 16-21).
5) Himpunan Doa dan Wirid Istimewa, Dr. Muhamed Hussein, Jakarta: Pustaka Dundia
Pustaka Jaya, Cetakan Ketujuh 1982, (ms. 55-59).
6) Majmu’ah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa
al-Awrad wa al-Ad’iyah allati tata’allaqu bi al-Awqat wa al-Azman (Jawi), Al-Arif
billah, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi,
Cetakan Kedua dengan kebenaran Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), (ms. 77-
82).

27

You might also like