You are on page 1of 3

Amalan Gaya Hidup Sihat

Dalam era yang menongkah arus pemodenan ini sering kali kita dikejutkan dengan berita
yang menyedihkan yakni berita yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Sebagai tamsilan,
penyakit diabetes, sakit jantung, kanser dan sebagainya. Oleh itu, kita mestilah mengetahui
cara-cara menjalani kehidupan yang sihat agar diri kita terhindar daripada masalah kesihatan
tersebut supaya nasi tidak menjadi bubur.

Pertama sekali, kita perlu mengamalkan aktiviti bersenam dan bersukan sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu. Contohnya berjoging, bermain bola sepak dan seumpamanya.
Hal ini penting untuk menjamin badan kita sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa.
Sekiranya aktiviti seumpama ini tidak diamalkan, badan kita akan mudah dijangkiti penyakit
berbahaya. Fungsi otak untuk memproses maklumat akan terganggu dan gagal
menyimpannya di kotak ingatan dengan sempurna. Justeru aktiviti kecergasan memberi
banyak faedah kepada kita bertepatan dengan slogan "badan sihat, otak cerdas".

Di samping itu, pengambilan makanan seimbang perlu kita amalkan agar berat badan
kita sentiasa ideal dan risiko dihinggapi penyakit akan berkurangan. Misalnya, kita perlulah
melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian. Seandainya
jumlah kalori dalam badan tidak seimbang masalah kesihatan akan berlaku seperti masalah
obesiti akibat pengambilan lemak yang berlebihan. Oleh itu, setiap individu perlulah peka
terhadap pemakanan mereka setiap hari agar tidak menyesal pada kemudian hari kerana
"sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".

Seterusnya, pemeriksaan kesihatan perlu juga dilakukan sebagai amalan gaya hidup
sihat. Setiap individu harus menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya dua kali setahun
bagi mengetahui tahap kesihatan pada satu-satu masa. Contohnya, pemeriksaan kadar
denyutan jantung, tekanan darah dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, kita akan dapat
mengesan penyakit yang kita hidapi dengan lebih awal. Dengan itu, kita tidak akan bersusah
payah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli ubat-ubatan kerana "mencegah lebih
baik daripada mengubati".

Selain itu, pengamal gaya hidup sihat juga amat mementingkan tidur dan rehat yang
secukupnya. Perkara ini sangat penting kerana kita akan kembali bertenaga untuk
melaksanakan tugasan harian dengan sempurna. Tidur yang mencukupi bagi seseorang ialah
selama lapan jam sehari. Sekiranya seseorang itu tidak mendapatkan tidur yang mencukupi
akan menyebabkan produktiviti mereka menurun malah proses biologi dalam badan turut
terganggu. Pendek kata, tidur dan rehat yang cukup menjamin kehidupan yang sihat
sejahtera.

Konklusinya, individu yang prihatin terhadap kesihatan mereka akan sentiasa


mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan ini perlu dibudayakan dalam kalangan masyarakat
Malaysia agar generasi hari ini sentiasa bertenaga untuk menyumbang kepada pembangunan
negara.
KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT

Kempen gaya hidup sihat telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dan kementerian kesihatan
malaysia. Namun demikian masih ramai lagi di antara rakyat malaysia yang mengamalkan
gaya hidup yang tidak sihat. Rakyat di negara kita terdedah denagn pelbagai masalah
kesihatan seperti masalah obesiti, diabetes, darah tinggi , strok dan lain-lain. Penyakit ini
akan menyerang mereka yang kureang peka denagn amalan gaya hidup sihat.. Jika kita lihat
senario pada hari ini, banyak berita tentang obesiti kanak-kanak, diabetes kanak-kanak
mahupun dewasa dan sebagainya terpampamg di dada-dada akhbar. Mengapa hal ini
berlaku? Ramai ibu bapa yang kurang prihatin tentang amalan gaya hidup sihat, mereka
membiarkan anak-anak mereka dan mungkin diri mereka sendiri makan tanpa kawalan dan
mengikut kehendak anak-anak. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu boleh menghidap
penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung dan sebagainya. Oleh itu, terdapat
pelbagai cara untuk melaksanakan kempen gaya hidup sihat.

Riadah setiap hari merupakan salah satu cara gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana,
badan sihat otak cergas. Jika kita melakukan riadah, badan kita akan mengeluarkan peluh
ynag mengandungi toksik yang merupakan mracun dalam badan kita.kurang senaman
dalam kehidupan seharian kita akan menyebabkan kita berasa lesu dan tidak bermaya,
malah otak kita tidak mampu untuk berfikir dengan kreatif dan kritis. Riadah tidak
semestinya kita perlu ke taman atau ke pusat gimnasium, kita juga boleh beriadah di rumah
. Bagi golongan ibu yang tdak bekerja boleh melakukan riadah ketika melakukan kerja-kerja
rumah kerana iadah merupakan latihan yang melibatkan gerak badan. Bagi golonan yang
bekerja, mereka mungkin tiada masa untuk beriadah atau bersenam, jadi mereka boleh
mencari alternatif lain untuk beriadah di tempat kerja. Contohnya, seperti menggunakan
tangga untuk naik dan turun. Aktiviti ini dapat menguatkan jantung kita.oleh itu, riadah
amat penting dalam kehidupan seharian kita.

Seterusnya, kita mesti mengamalkan makanan seimbang untuk menjaga kesihatan diri.
Pemakanan yang seimbang amat penting bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Hal ini
demikian kerana, jika kita makan makanan ynag tidak seimbang, kita boleh menghidap
pelbagai jenis penyakit seperti sembelit, penyakit jantung, diabetes, kadar kolesterol tinggi
ynag boleh menyebabkan strok, obesiti dan sebagainya. Makanan seimbang bereti makanan
yang mempnyai semua keperluan untuk badan mengikut kadar tertentu. Kadar pengambilan
makanan juga mesti di ambil kira kerana setiap peringkat umur memerlukan kadar makanan
yang berbeza. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mengambil makanan yang
seimbang sejak kecil lagi. Ibu bapa juga perlu mengurangkan tabiat anak-anak ynag suka
makan makanan segera seperti kfc, mc donalds dan sebagainya. Makanan segera seperti ini
mempunyai banyak kandungan lemak dan bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh kita.
Ibu sebagai suri rumah juga digalakkan memasak untuk keluarga bagi memeastikan
pengambilan makanan seimbang. Jadi, makanan seimbang merupakan elemen penting
dalam kempen gaya hidup sihat.

Selain itu, kita perlu mengelakkan amalan merokok dan minuman keras. Hal ini demikian
kerana, rokok merupakan pembunuh secara senyap dan menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan seperti, kanser mulut, kanser paru-paru, kerosakan hati dan sebagainya. Masalah
kesihatan ini juga mungkin dihidapi oleh seseorang terhidu bau asap rokok. Bak kata
pepatah, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Jika lihat anak- anak muda kini
sering terlibat dengan gejala merokok tanpa mengira usia. Mereka rela menahan lapar
untuk menyimpan duit yang dibekalkan oleh ibu bapa untuk membeli sebatang rokok.
Tindakan mereka tidak wajar kerana telah menggunakan kebaikan ibu bapa untuk membeli
benda yang terlarang bagi mereka. Arak atau minnuman keras dilarang sama sekali dalam
agama islam. Arak dikatakan dapat menjejaskan kewarasan akal dan kesihatan tubuh badan.
Arak juga dikatakan ibu segala kejahatan kerana apabila kita telah mengambil arak fikiran
kita tidak berfikir dengan betul dan kita lebih mengikut perasaan dan nafsu sendiri. Banyak
kes kemalangan ynag berlaku disebabkan oleh pemandu dibawah pengaruh alkohol. Oleh
itu, kita perlu menjauhi amalan merokok dan minuman keras.

Tuntasnya,usaha semua pihak amat diperlukan dalam memastikan kempen gaya hidup sihat
ini dapat dijalankan dengan efisien supaya masyarakat malaysia sentiasa berada dalam
keadaan sihat. Kita perlu melakukan riadah yang merupakan terapi untuk tekanan kerja dan
otak. Kita perlu ingat bahawa untuk bekerja kita memerlukan tubuh badan dan fikiran yang
cerdas. Pemakanan seimbang membantu kita untuk kekal bertenaga dan mampu bekerja
untuk mencari rezeki. Amalan merokok perlu dijauhi bagi memastikan kesejahteraan hidup.
Mereka yang merokok sebenarnya sedang membahayakan nyawa anak-anak dan isteri
mereka tanpa mereka sedari. Mereka harus ingat bahawa, kemana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi. Tabiat mereka mungkin akan diikuti oleh anak-anak mereka kelak. Anak anak
mereka merupakan aest negara dan perlu dipelihara. Kempen ini tidak akan berjaya tanpa
pengorbanan kerana tiada kejayaan semanis madu jika tiada pengorbanan sepahit
hempedu.

You might also like